Sunday, August 9, 2009

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU



Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Tanah Melayu adalah sebuah kawasan yg dipecahkan mengikut negeri masing-masing. Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Negeri Kedah, Kerajaan Negeri Melaka adalah sebuah empayar yg berbeza dan diketuai oleh Raja masing-masing. Untuk Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, raja-raja Melayu telah dipujuk untuk menyerahkan kuasa mutlak terhadap negeri mereka itu dan bergabung dengan negeri-negeri yg lain untuk membentuk Perseketuan Tanah Melayu. Bagi Raja-Raja, untuk bergabung dengan negeri-negeri lain adalah sesuatu yg agak berat untuk dilakukan Baginda kerana Raja-Raja ini telah memerintah negara mereka sejak sekian lama. Ada yang telah memerintah selama 10 keturunan dan ada juga 18 keturunan. Oleh sebab itu, Sebagai jaminan kepada Raja-Raja Melayu, 7 wasiat Raja-Raja Melayu telah dibentuk bagi memastikan kuasa mereka kekal,kewujudan bangsa Melayu diiktiraf dan terjamin dan Tanah Melayu yg dicintai ini terpelihara dari anasir-anasir jahat.

Wasiat itu berbunyi begini:

1) Kami namakan dan panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yg kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU(sekarang dikenali sbg MALAYSIA)

2) Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan umtuk anak cucu kamu,selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu berebutlah bersama kaum yg lain.

3) Bagi menjaga kamu dan anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4) Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

5) Kami isytiharkan ISLAM sebagai agama rasmi Persekutuan.

6) Kami tetapkan bahasa kebangsaan adalah BAHASA MELAYU.

7) Kami amanahkan dan pertanggungjawabkan kepada RAJA-RAJA MELAYU untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEW ORANG MELAYU dan kepentingan SAH KAUM-KAUM LAIN.(kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan negeri Sarawak)