Tuesday, June 29, 2010

AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

Pemerintahan KALIPAH di Pulau Mutiara

Jam menunjukkan 3 pagi semasa nukilan ini tercetus. Ketika Wak leka menonton perlawanan antara Spain menentang Portugal, muncul satu perasan untuk menulis apa yang terbuku di hati terhadap pemerintahan,sikap dan pendirian KALIPAH di sini. Pemerintahan yang diterajui oleh KALIPAH ini ada menunjukkan beberapa perubahan yang ketara berbanding pemerintahan yang terdahulu. Antara perubahan besar adalah :

1)      Mengamalkan system open tender untuk semua projek di Pulau Pinang

2)      Memperkenalkan CAT (cekap, amanah, telus)

3)      Berupaya untuk memperbaiki deficit kewangan di dalam tabung kewangan Majlis Perbandaran (untung juta-juta beb)>>>BN bodoh,seriously.

Tujuan posting kali ini adalah bukan bertujuan untuk mencium bontot sesiapa mahupun menjilat ludah sendiri dan sudah pasti bukan menawarkan diri untuk menjadi anjing dan babi pemerintahan KALIPAH berkenaan yang mana melanggar prinsip-prinsip sebagai  seorang yang  begitu MELAYU.

Berasal dari Melaka dan bukan dari Pulau Mutiara sendiri membuktikan yang KALIPAH tersebut bukanlah anak jati Pulau Mutiara. Keadaan ini menyebabkan tahap kerendahan pemahaman dan kecintaan KALIPAH tersebut terhadap rakyat jelata Pulau Mutiara yang terdiri daripada tiga kaum utama iaitu kaum CINA,MELAYU,dan INDIA (ada TIGA kaum bukan SATU kaum) dan sentiasa hidup dalam keadaan aman damai walaupun dahulunya pulau yang indah ini diperintah oleh kerajaan The National Front. The National Front ini seperti yang datuk, datin,tuan-tuan, puan-puan,adik, kak long ,mak long tahu diterajui oleh sebuah parti yang dikatanya penuh dengan pemimpin RASIS,PERKASA, DIKTATOR,LEPASAN SPM PON XLEPAS, BEKAS SAMSENG,XMAKAN BABI, KAKI KRONI,KAKI MAKAN RASUAH dan macam-macam perangai buruk yang dihindar daripada parti yang disertai oleh si KALIPAH>>THE PEOPLE’S FACTION.

THE PEOPLE’S FACTION ini diterajui oleh seorang yang pernah Wak sanjung ketika dahulu tetapi ....ya, ada tetapi...disebabkan tidak dapat mengenal pasti sexual orientation makhluk tersebut, Wak mula meragui dan Wak pun angkat kaki (bukan angkat bontot) untuk berada di kalangan TNF.

Pengumuman hasrat kerajaan dalam  ingin memberi lesen judi bola(sports betting) kepada Ascot Sport baru-baru ini ( xbagi lagi pun, tp Geng Depa tu hingaq mcm da bagi) telah mendapat tentangan dari pelbagai pihak termasuklah dari parti Umno sendiri. Antara pihak yang menentang  adalah Kerajaan KALIPAH dan Kerajaan GAGAP, kerajaan KALIPAH dengan lantang menegaskan bahawa selari dengan moto kerajaan beliau, ‘AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR’, Pulau Mutiara bebas dari sebarang judi sukan (sports betting) walaupun industry lumba kuda di sana bergiat dengan begitu aktif setiap hari ataupun si KALIPAH ni x tau yang lumba kuda pon dikategorikan sebagai sports betting?? >>TAIK HANG LA KALIPAH OI

 

 

(gambar sekadar hiasan) 

Pada pendapatan umum Wak, tiada seorang pon yg teringat akan industry lumba kuda di Pulau Mutiara, tapi kalau diingatkan pon mesti si KALIPAH akan kata>> ‘ITU SALAH BN,LUMBA KUDA DAH ADA SEJAK ZAMAN DATUK AZHAR,BUKAN SALAH KAMI, PERGI MARAH BN LA,’ kata si KALIPAH. Tapi kan, Wak rasa, kalau si KALIPAH ni betul-betul nak berubah, si KALIPAH dah consult PAS tanya ttg hal ni. Macam PAS kata kt UMNO la>>> ‘KLU UMNO NAK BERUBAH,DAH LAMA DAH BERUBAH, XPAYAH NAK AJAK ULAMA JOIN UMNO’>>Pas la kata..bukan Wak kata...Alhamdullilah..sebagai sebuah Kerajaan yang mendengar akan keluhan rakyatnya maka Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Najib Tun Razak telah sebulat suara untuk tidak memberi lesen tersebut. (pergh, baik punye Wak kipas)

Untuk sajian seterusnya, wak hidangkan pembaca dengan keputusan untuk merobohkan pintu gerbang  150K yang telah dibina di Penang Botanical Garden. Keputusan ini telah dibuat oleh Kementerian Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen berdasarkan survey yang telah dibuat, Majoriti rakyat jelata Pulau Mutiara berpendapat adalah lebih baik pintu gerbang 150K tersebut dirobohkan kerana terlalu artifiSIAL dan tidak sesuai dengan taman tersebut. Ini menunjukkan bahawa projek pembinaan pintu gerbang ini daripada mula lagi adalah satu pembaziran yang besar.

Ketika ditanya KALIPAH tersebut, reaksi beliau adalah dengan mengatakan bahawa Pegawai Pembangunan Negeri tersebut iaitu Nik Ali Mat Yunus patut dipersalahkan seratus peratus di atas kejadian ini dan Nik juga sepatutnya membiayai kos untuk merobohkan pintu gerbang tersebut kerana tidak merujuk kepada rakyat jelata dan kerajaan KALIPAH sebelum meluluskannya. Si KALIPAH juga menuduh Nik Ali sebagai >> ‘a little Napoleon who is incompetent, unprofessional, practised partisan politics and who bullied the State Gov’.

Pergh..SyIAL betula la KALIPAH ni, senang je dia lepas tangan..ada ke patut dia tuduh si mamat Nik macam tu je..kesian lu bhai..wa simpati dengan lu..Bagi Wak, untuk KALIPAH bercakap sedemikian adalah satu perbuatan yang tidak relevan.Secara logiknya, Nik, sebagai seorang Pegawai di dalam organisasi pentadbiran Kerajaan KALIPAH, untuk meluluskan sebarang projek di dalam Pulau Mutiara sepatutnya sudah pun memberitahu(inform dalam bahasa Inggelish) kepada si KALIPAH.  Lagipun semasa pintu gerbang tersebut di dalam fasa pembinaan kenapa si KALIPAH hanya berdiam seribu bahasa? Aik? Xkan lu punya negeli, lu xtau? Lu jadi bos tapi lu xtau apa yang jadi dkt lu punya negeli ka? U ni bos apa macam KALIPAH? Bila sampai keadaan camni, senang-senang je si KALIPAH salahkan pegawai dia..mentang-mentanglah pegawai dia melayu (melayu kan baik,XPA). Cilakak pondan punya KALIPAH.

Kebernasan si KALIPAH sebagai seorang yang selalu melaungkan perkataan HAK ACACI dan FREEDOM OF SPITCH telah terbukti sekali lagi apabila wujudnya Speaker’s Square buat julung kalinya di Pulau Mutiara. Tapi malangnya Speaker’s Square hanya tinggal speaker sahaja. (KAHKAHKAH) Tinjauan mengatakan apa yang telah disuarakan di Speaker’s Square tidak diambil serius oleh kerajaan KALIPAH. SS hanyalah medan untuk mereka yang SYIOK SENDIRI sahaja sambil KALIPAH dok gelak keh3 dari jauh kat dalam pejabat dia di KOMTAR nuh..eih perasan x>>  SPEAKER’S SQUARE = SS pastu SYIOK SENDIRI = SS.pergh..patutla pun..kena tipu lagi rakyat marhaen pulau mutiara..adoi..haha

Dah xlarat dah nk cerita pasai KALIPAH ni..adoi..dah la tu..wak nak pi celebrate kemenangan Spain ke atas Portugal.  Weehuu!!! La Furia Roja Spain!!>>>>klu translate bermaksud= HARIA SPAIN HARIA! HAHA

 

 

Laju-Laju Perahu Laju,

Perahu Bernama Si Kapal Layar,

Jaga-Jaga Orang Melayu,

Ditelan Naga Dibelit Ular.

 

*wakdanial*

Thursday, June 24, 2010

Lesen Judi- Pendirian Pemuda UMNO

Pendirian Pergerakan Pemuda Umno berhubung isu lesen pertaruhan atau judi sukan bola sepak

Menurut Ketua Pemuda Umno, beliau telah pun menyampaikan pendirian beliau (mewakili Pemuda Umno) berhubung isu lesen pertaruhan atau judi sukan bola sepak kepada pucuk pimpinan melalui saluran dalaman. Walau bagaimanapun, beliau terpanggil utk menyuarakan pendirian tersebut secara terbuka kerana merasakan masih ada tekanan dari pihak2 tertentu utk menjayakan pemohonan Ascot Sports. Syarikat itu juga telah memberi gambaran kononnya mereka telah menerima kelulusan dari Kementerian Kewangan utk memulakan operasi mereka sepenuhnya walaupun YAB Perdana Menteri masih lagi member ruang untuk maklum balas umum mengenai perkara tersebut.

Berikut adalah pendirian Pemuda Umno, antaranya:

1)      Lesen pertaruhan ini tidak diterima dengan baik oleh majority rakyat Malaysia tidak kira agama. Sebagai umat islam sudah tentu membantah sebarang cadangan sebegini kerana ianya bertentangan dengan ajaran agama di samping tidak yakin dengan jaminan bahawa  orang beragama Islam tidak akan terlibat dengan gejala judi ini, walaupun dikendalikan oleh pengusaha berlesen.

 

Mereka yg beragama Islam juga tidak bersetuju dengan cadangan pemberian lesen ini, lebih – lebih lagi apabila ada suara yang menyatakan bahawa judi itu adalah sebahagian dari budaya mereka.

2)      Hujah bahawa judi sudah pun menjadi perkara yang lazim melalui pasaran gelap juga dapat disanggah apabila kita melihat penguatkuasaan yang berkesan dalam dua minggu yg lepas ini. Isunya bukan sama ada judi itu adalah sebahagian daripada reality lantas wajar dihalalkan, tetapi yg penting adalah iltizam utk menguatkuasakan undang-undang sedia ada bagi membanteras kegiatan jenayah ini. Mutakhir ini kita membaca laporan mengenai serbuan dan operasi pihak polis membanteras gejala judi habis-habisan. Ini membuktikan bahawa jika ada komitmen dan iltizam, maka masalah judi haramboleh ditangani. Pemuda Umno di sini juga menggesa agar penguatkuasaan yang kita saksikan akhir-akhir ini bukan bermusim dek kerana isu lesen pertaruhan ini hangat diperkatakan atau musim Piala Dunia, sebaliknya penguatkuasaan perlu dilaksanakan secara berterusan.

3)      Persoalan juga timbul mengapa Ascot Sports telah membuat kenyataan mengenai lesen yang kononnya bakal diberi kepadanya tanpa sebarang kelulusan dari Kementerian Kewangan? Bukankah sepatutnya lesen in ditawarkan secara tender terbuka? Alasan bahawa lesen yang diberi ini kononya adalah untuk memperbaharui lesen yg pernah diberi dahulu tidak boleh diterima sama sekali kerana lesen tersebut telah pun luput. Maka, Ascot Sports tidak lagi mempunyai hak penafian pertama atau first right of refusal. 

Tambah Ketua Pemuda Umno lagi, oleh sebab-sebab diatas, Pemuda Umno membantah sekeras-kerasnya sebarang cadangan pemberian lesen judi atau pertaruhan sukan bola sepak dan berharap bahawa Kerajaan akan mengumumkan keputusan muktamad mengenai perkara ini dalam masa terdekat, setelah mengambil kira sentimen dan maklum balas dari rakyat Malaysia.

Wakdanial

kenyataan ini telah dipetik dari rembau.net untuk rakan-rakan yg tidak pernah terdetik utk membaca blog atau laman web pemuda umno dan blog-blog sedemikian rupa.  Sebagai salah seorang dari Pemuda, post kali ini adalah untuk manfaat semua. 

Berbagai-bagai rungutan dan juga tuduhan mengatakan kerajaan ingin menggunakan hasil dari sumber haram sebagai pendapatan Negara. Adakah dengan tidak memberikan lesen judi, semua hasil pendapatan Negara masih lagi drpd sumber-sumber yg halal? Habis tu mcm mna  pulak dengan perniagaan yg dtg dari sumber yg halal tetapi telah diurus dengan cara yang haram di sisi Islam? Sudah semestinya kenyataan ini akan mendapat komen2 yg berbunyi spt >> “UMNO RASUAH ITU, UMNO RASUAH INI, KRONI SANA KRONI SINI”

Persoalannya adakah semua kakitangan dan pegawai  yg berkhidmat dlm sektor kerajaan ini adalah orang UMNO??  Macam mana pulak dengan 40 lesen arak yg telah diluluskan oleh kerajaan PAS di Kelantan??  Keuntungan daripada penjualan arak ini secara tidak langsung  akan digunakan utk membiayai pentadbiran Kerajaan pusat. Sumber laen2 tp tetap haram jgk. Kenapa xdak bunyi pon dari ahli-ahli Pas? Owh  terLupa plak..org Pas konfem masuk syurga,org UMNO konfem masuk neraka. Jgn dok sibuk jaga tepi kain org laen klu kain sendiri pon x terjaga. Apa-apa pun keputusan yg telah dibuat oleh parti masing-masing, apa yg salah tetap salah, yg betul tetap betul. Mana yg salah kita tegur, mana yg betul kita sokong.

 

Laju-laju perahu laju,

Perahu bernama si kapal layar,

Jaga-jaga orang Melayu,

Ditelan naga dibelit ular.

 

*Wakdanial*