Followers

Friday, June 1, 2012

Syabas @AmanKampus: #AmanKampusKenyalang Hari Ke-3 Part 1




Hari ini merupakan hari yang ketiga Team Aman Kampus Kenyalang yang diketuai oleh Saudara Shahar Abdullah berada di Sarawak. Perjalanan untuk hari ini diteruskan lagi dengan melawat Rumah Panjang Ngaluang. Untuk pengetahuan pembaca Ngaluang merupakan nama bagi 'TUAI RUMAH' ataupun 'TUAN RUMAH' untuk rumah panjang tersebut. Sedikit fakta untuk pembaca, RP Ngaluang mempunyai 34 bilik kesemuanya dan itu bermakna ianya didiami 34 keluarga mengikut bilangan bilik. Tuai Ngaluang tadi ataupun 'TUAI GHUMAH' itu menjadi ketua kepada kesemua 34 keluarga yang berteduh di rumah panjang tersebut.

Kehadiran Team Aman Kampus Kenyalang pada 1hb Jun iaitu merupakan Hari Gawai yang merupakan Hari Perayaan yang terbesar di Sarawak dan ini terbukti apabila Hari Gawai diberi cuti umum sebanyak dua hari. Team Aman Kampus Kenyalang disambut dengan begitu meriah sekali diselangi dengan pelbagai adat dan istiadat di sana.

Perjalanan hari yang ketiga ini bermula pada jam 9 pagi bertolak dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan mengikut kebiasaannya, perjalanan dari Kuching menggunakan jalan darat ke Saratok mengambil masa lebih daripada 5 jam. Ketika dalam perjalanan, konvoi ini telah membuat dau kali perhentian dan yang pertama di Pekan Serian dan kedua di kawasan Rehat Betong, Seri Aman. Konvoi ini telah selamat tiba di RP Ngaluang tepat pada pukul 3 petang. Untuk pengetahuan pembaca jalan memasuki kawasan RP Ngaluang dari Jalan besar mengambil masa kira-kira 15 minit dan di RP Ngaluang, Tuai Rumah beserta ketua-ketua bilik (ketua keluarga kecil) telah siap menantikan kehadiran konvoi Aman Kampus Kenyalang.

Turut tiba di RP Ngaluang adalah Yang Berbahagia Tuan Jeliang Mersat, ahli Parlimen Saratok merangkap Timbalan Menteri Pengangkutan. Untuk pengetahuan pembaca, Pada Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu Tuan Jeliang Mersat telah berjaya mengenepikan cabaran dari Mohd Yahya Abdullah dari Parti Keadilan Rakyat dengan majoriti sebanyak 8706 undi.

Berbalik kepada tadi, sebelum memasuki rumah panjang, ianya sudah menjadi adat resam penduduk di sini untuk mengadakan adat resam 'Miring' di hadapan pintu masuk rumah panjang tersebut. Adat 'Miring ' merupakan adat istiadat kaum Iban iaitu memohon restu kepada Tuhan dan roh nenek moyang supaya memberkati kehidupan mereka dan setelah selesai upacara 'Miring' tersebut, jemaah pun memasuki Rumah Panjang dan disambut oleh Ratu Kumang (anak-anak dara jelita) kaum Iban dengan pakaian tradisi mereka. Mereka menghulurkan segelas air untuk  diminum sebagai menyambut tetamu. Kalau dulu, mereka menggunakan TUAK, tetapi menghormati budaya dan agama lain, mereka menggantikan TUAK tersebut dengan menggunakan air biasa atau pun air ber-gas.

Setelah selesai upacara minum, team Aman Kampus berjalan mengelilingi seluruh bilik-bilik untuk bersalam dengan ketua bilik dan keluarga masing-masing dan sesudah itu, Team Aman Kampus duduk memanjang menghadap bilik-bilik yang terdapat di dalam Rumah Panjang tersebut. Kemudiannnya, team maan Kmaous disajikan dengan tarian NGAJAT dari pahlawan dan srikandi Iban dan sebelum acara rasmi dijalankan upacara Miring diadakan sekali lagi.

 Di dalam acara rasmi tersebut, ucapan telah diberikan oleh Tuai Rumah, Saudara Shahar Abdullah dan akhir sekali YB Tuan Jelaing Mersat. Di dalam ucapan Tuan Jelaing Mersat, beliau mahukan supaya kaum Iban menekankan soal pendidikan bagi menaik-taraf kehidupan mereka. Beliau juga menegaskan bahawa beliau pernah menyampaikan hasratnya kepada Dato Idris Jala mengenai soal kehidupan dan sara hidup penduduk luar bandar di Sarawak diberikan penekanan. Justeru bagi menjawab permintaan tersebut, kerajaan melalui GTP dan ETP telah diperkenalkan kepada seluruh rakyat negara Malaysia bagi memastikan faedah daripada kemakmuran dan hasil negara dapat dirasai dan dikongsi bersama.

Manakala, Saudara Saudara Shahar Abdullah di dalam ucapan beliau menekankan soal pendidikan sebagai satu peluang yang sangat penting bagi memastikan kesejahteraan suku kaum Sarawak yang pelbagai. Tanpa mengenepikan dan melupuskan adat yang sedia ada, kerajaan Malaysia melalui Aman Kampus sebagai medium perantaraaan imenginginkan ilmu itu diberikan kepada anak-anak Iban terutamanya bagi meningkatkan taraf hidup agar dapat sama-sama duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan rakyat Malaysia yang lain. Sebelum berakhirnya lawatan konvoi Aman Kampus di Rumah Panjang Ngaluang telah diadakan satu program penyerahan anak angkat di mana melibatkan setiap ketua bilik. Setiap ketua bilik ini akan diberikan empat orang anak angkat dan setiap 34 bilik memperolehi anak angkat termasuklah pemandu bas dan lori dari team Aman Kampus Kenyalang.

Berikut adalah detik-detik yang berjaya dirakam sepanjang lawatan team Aman Kampus di RP Ngaluang:-

                    i) Gambar perjalanan






Team AmanKampus



              ii) Tiba di RP Ngaluang







Ratu Kumang





iii) Adat Miring









Tuai Ngaluang




iv) Aktiviti di atas RP Ngaluang







Presiden AmanKampus sedang berucap


Saudara Shahar bersama YB Tuan Jelaing Mersat





Nantikan entry #AmanKampusKenyalang selanjutnya bagi mengetahui pergerakan mereka di Sarawak. Jangan lupa untuk visit blog rasmi Jelajah Aman Kampus Kenyalang 2012 - Anak Sarawak Pulang Berbakti



p/s- Mak aihhhh....cantik la pulak ratu kumang kt rumah panjanggg neyhhh...oiii AmanKampus aku nak ikut jugakkkkkkk....





1 comment:

Anonymous said...

DITUJUKAN KEPADA ADMIN, SY NAK TEGUR DISINI BAHAWA ADA KESALAHAN DALAM INFORMASI ANDA. "RATU KUMAN" YG ANDA CATAT ADALAH TIDAK BETUL....YANG BETUL ADALAH..."RATU KUMANG"....SILA BETULKAN KESALAHAN....TERIMA KASIH...

DARI KUMANG SARAWAK