Monday, July 30, 2012

Video sempena #HariPahlawan 2012. Bebas Unsur Bodek Membodek. @DrRaisYatim






It is the soldier not the reporter, who has given us the Freedom of the Press, It is the soldier, not the poet, who has given us the Freedom of Speech. It is the soldier, not the campus organizer, who has given us the Freedom to Demonstrate. It is the soldier, not the lawyer, who has given us the right to a fair trial. It is the soldier, who salutes the flag, who serves beneath the flag, who allows demonstrators to burn the flag...and for those who had served and sacrificed, I salute you and recognize you for your honor and courage...
MAY ALLAH BLESS YOU

LEST WE FORGET...

Tentera mesti ada perasaan cemburu..cemburu dan iri pada apa jua perkara yang mengancam keamanan dan keselamatan negara...bukan kerana memihak ideologi politik kiri dan kanan, namun demi kedaulatan yang wajib dipertahankan. Kedaulatan Malaysia adalah HARGA MATI BUAT KAMI.. - Mejar Rizan





p/s- Kalau nak buat video patriotik, biarkan ia tersirat dengan semangat patriotik..jangan nak bodek je lebih, mesej entah ke mana...


Negeri Johor kaya, tapi kaya dengan rasuah. Murka @HRHJohor!!





Gua rasa Dayangku Intan ni dah salah masuk negeri. Dia masuk Kelantan ke Johor ni? Wakaka. Gua dah duduk dekat Johor dah tiga tahun, gua tak nampak apa yang miskin sampai dikatakan Kelantan lebih baik? Cuba pergi tengok kawasan Felda dekat Johor tu, mak aih bukan main meriah. Apa yang miskinnya? Kalau si Dayangku Intan ni nak kata Johor ni miskin sebab beberapa orang gelandangan yang dijumpainya di sana untuk tiga minggu yang lepas, kenapa tak kata Kuala Lumpur juga sebenarnya lebih miskin daripada Kelantan?

Gua percaya si Dayangku Intan ni mesti anak buah PAS, kau tengok kenyataan gila babi dia tu,

"NEGERI KAYA, KAYA DENGAN RASUAH NAK BUAT APA,TENTU TAK BERKAT', UJAR DAYANG

Kejap kata miskin kejap kata kaya. Kalah @DrRaisYatim punya ayat spin kona. Kikikiki.

Mana dia tahu entah kekayaan Negeri Johor disebabkan rasuah. Entah apa yang tak berkatnya, baik-baik makcik,buta-buta je kau fitnah seluruh rakyat Johor yang menyumbang kepada kekayaan negeri itu. Mungkin kayu ukur keberkatan tersebut diukur dengan jumlah masjid-masjid yang terbina di Kelantan? Kelantan ada satu masjid je bro. Tokong-tokong Buddha je yang bersepah . Kikiki. Cuba kira masjid dekat Johor. Banding dan lu pikir la sendiri.

Mungkin tak boleh nak salahkan si Dayang ni jugak, yelah ni semua salah PR, cuma salah si Dayang ni sebab bodoh percaya dengan momokan cai PR yang ternyata bodoh tersebut. Kejap lagi tengok akan muncul beberapa orang bodoh lagi menyokong kenyataan si Dayang ni. Alahai, ni semua langkah populis, eyh kejap, siapa si Dayang ni? 


p/s- Apa pasal makin banyak retis yang menunjukkan kebodohan mereka apabila masuk PAS nih?


@NajibRazak harga rokok nak naik jadi RM30 ke?




Entah betul entah tidak apa yang penulis dengar, ada pak menteri dalam kabinet yang mencadangkan harga rokok dinaikkan daripada RM10 kepada RM30 untuk 20 batang sekotak. Biar betul pak menteri nih, rokok 20 batang yang harga RM10 itu pun rakyat malaysia dah terkemut- kemut nak beli, inikan pulak rokok RM30 sekotak. Antara alasan pak menteri tersebut adalah untuk membanteras tabiat menghisap rokok di Malaysia ONCE AND FOR ALL. Kenaikan harga ini juga adalah untuk memastikan target group mereka iaitu dari golongan miskin dan para belia pelajar tidak menghabiskan duit dengan membeli rokok dan ianya juga difahamkan  adalah cara yang paling efektif dan diiktiraf oleh World Health Organisation's Framework Convention on Tobacco Control (FCTC).

Buat masa ni, harga minimum sekotak rokok adalah RM6.40, dan kalau nak dibandingkan dengan negara lain yang mempunyai pendekatan anti rokok ini, Malaysia jauh bezanya. Di Australia harga untuk sekotak rokok adalah RM52, Norway (RM45), Ireland (RM38), United States (RM37.80), United Kingdom (RM32) dan Singapura (RM29). Thailand yang juga telah membuat perkara yang sama telah membuktikan kejayaan langkah tersebut apabila 58% perokok telah dikurangkan dan 10% daripada jumlah tersebut telah berhenti daripada merokok. 

Penulis bersetuju dengan apa yang dibangkitkan oleh pak menteri ini dan alasan kononnya perokok mempunyai banyak idea dan menyumbang kepada peratusan besar pembangunan negara adalah salah kerana negara Singapura seperti kita sedia maklum lebih maju berbanding Malaysia hanya mempunyai 14.3 peratus perokok sahaja berbanding Malaysia 2.8 Juta perokok tegar dan 200,000 bawah umur. Walau bagaimanapun penulis beranggapan, langkah yang menyeluruh perlu diambil termasuk membanteras sindiket penyeludupan rokok murah, di mana perokok di Malaysia menjadikannya sebagai alternatif kepada rokok mahal yang telah dicukai. 

Di samping mempunyai kawalan kualiti yang lebih rendah, rokok seludup ini sangat merbahaya kepada rakyat Malaysia. Mungkin hukuman penjara kepada pembeli rokok seludup boleh dipraktikkan dan bukan sekadar memasang peringatan di depan kaunter membeli rokok ataupun memberi ganjaran kepada whistle blower lebih lumayan dan efektif.

Mungkin sudah tiba masanya kerajaan mengambil langkah ini sebagai satu alternatif baru hasil pendapatan negara dan bukan hanya bergantung kepada hasil bahan mentah seperti gas asli dan minyak yang dihasilkan oleh syarikat Petronas negara. Penulis juga pasti rakyat Malaysia bersedia untuk mendengar penjelasan ataupun debat mengenai kadar peningkatan cukai/harga rokok di pasaran. Langkah agresif seperti ini perlu diambil segera melihatkan langkah meletakkan gambar-gambar ngeri di paket rokok kurang berjaya. Dan semestinya langkah ini lebih baik daripada menaikkan cukai kad prabayar. Win-Win Situation.


p/s- Apa kata perokok? 



Sunday, July 22, 2012

Rakyat Malaysia mohon @NajibRazak nasihat DS Rosmah bertudung. Insyallah






Buat DS Najib, DS Rosmah sememangnya liabiliti kepada pentadbiran unggul Dato Seri seperti mana yang diulas oleh Ustaz Kazim. Ini boleh dilihat apabila serangan peribadi yang dibuat oleh blogger-blogger pembangkang banyak menjurus kepada peribadi Datin Seri bukan DS Najib, di minta Datin Seri kurangkan penampilan di khalayak ramai, mengambil langkah seperti mana yang pernah dilakukan oleh Datin Seri Hasmah di sepanjang tampuk Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri satu ketika dahulu. Penulis merasakan penulis bukan yang pertama dalam menegur Datin Seri Rosmah, ramai lagi blogger pro BN telah membuat teguran yang sama. Kami berbesar hati sekiranya terdapat perubahan selepas ini demi kebaikan semua. Salam ramadhan daripada penulis kepada Dato Seri Najib sekeluarga.


p/s- Marilah kita jadikan bulan yang mulia ini sebagai ruang untuk kita saling nasihat menasihati. Selamat menyambut ramadhan buat seluruh umat islam di Malaysia.