Followers

Tuesday, August 7, 2012

ISU KG GENTING: CUBAAN MR LIM JADI HERO GAGAL, RAKYAT TAK MUDAH DITIPU!!!


Penulis menerima satu emel daripada salah seorang penduduk Kg Genting berkaitan isu pengambilan tanah mereka untuk memberi laluan kepada satu projek yang kononnya dari Kerajaan Persekutuan yang dinamakan sebagai Projek AWLU. Setahu penulis, isu ini telah menyepi sejak dua tahun lalu dan kemudiannya timbul semula apabila mereka menerima dua pucuk surat, satu daripada Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat dan satu lagi daripada Pejabat SUK pada 20 dan 29 Jun 2012 yang lalu. Sebelum penulis ulas lebih lanjut, Projek AWLU atau Asian Women Leadership University ini merupakan satu projek EPP (Entry Point Project) oleh Kerajaan Persekutuan diluluskan sendiri oleh YAB TPM iaitu Tan Sri Hj. Muhyidin bin Hj. Mohd Yasin di Hub Pendidikan Pulau Pinang. Di sini, kerajaan negeri telah diberikan amanat oleh kerajaan Persekutuan untuk mencari kawasan atau tanah yang sesuai untuk merealisasikan projek tersebut. Pihak AWLU juga telah menyatakan hasrat mereka kepada Ketua Menteri Pulau Pinang untuk tidak melibatkan sebarang pengambilan tanah yang mempunyai penduduk.

Walau bagaimanapun, pihak kerajaan Negeri telah mewartakan pengambilan beberapa lot tanah kampung Genting pada awal bulan Ogos 2010 dan sekitar awal bulan Oktober 2010, penduduk terbabit telah mula menerima notis daripada Pejabat Daerah dan Tanah. Jika pihak AWLU sendiri berhasrat untuk memiliki tanah milik kerajaan negeri, kenapa Kerajaan Negeri masih pilih tanah penduduk? Untuk pengetahuan pembaca, pengambilan tanah Kg Genting ini akan melibatkan 12 pemilik tanah melayu yang berukuran lebih kurang 44 ekar dan 10 pemilik Cina berkeluasan lebih kurang 29 ekar dan selebihnya tanah milik syarikat.

Surat yang dikatakan oleh penulis tadi merupakan surat daripada Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya Ruj PTBD/B/315(50) bertarikh 29 Jun 2012 yang bertajuk PERJUMPAAN TUAN TANAH BERSAMA YAB KM PULAU PINANG BAGI PERMOHONAN PENGAMBILAN TANAH UNTUK TUJUAN AWAM (INSTITUSI PENDIDIKAN) DI MUKIM J DAN 7, DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANG, sementara surat  dari Pejabat SUK Ruj PSUKPP/05/0761/27 Klt.18 bertarikh 20 Jun 2012 yang bertajuk PEMBINAAN UNIVERSITI DI GENTING, BALIK PULAU-AWLU DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI (ETP) KERAJAAN PERSEKUTUAN.

Melalui surat tersebut, penduduk diarahkan untuk berjumpa dengan Ketua Menteri pada 3 Julai 2012 bertempat di KOMTAR untuk membincangkan mengenai harga yang akan ditawarkan. Satu lagi persoalan timbul tentang budi bahasa Ketua Menteri Pulau Pinang ini, tanah orang yang nak diambil, sepatutnya beliaulah yang berjumpa dengan penduduk bukannya penduduk terhegeh-hegeh jumpa beliau. Adakah ini budi bahasa seorang yang diangkat sebagai Khalifah Umar? Mengambil kira amanat kerajaan Persekutuan yang telah diberikan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memilih tanah yang sesuai ini, Ketua Menteri Pulau Pinang dilihat mengambil kesempatan untuk menawarkan tanah kampung Genting kepada AWLU walaupun pihak AWLU telah menegaskan mereka berkehendakkan tanah kerajaan negeri bukannya tanah penduduk. Bukankah ini dilihat sebagai satu langkah opportunis oleh Ketua Menteri Pulau Pinang untuk memfitnah Kerajaan Barisan Nasional sebagai kerajaan yang tidak berperikemanusiaan,regim dan kejam apabila mengambil tanah penduduk untuk sebuah projek di bawah Program ETP? Kita semua sedia maklum Kerajaan Negeri bukanlah mereka yang menyokong kerajaan pusat dan perkataan PROJEK BARISAN NASIONAL merupakan perkataan yang digilai oleh pencacai pencacai PR untuk digunakan sebagai modal fitnah. 




Surat dari CM kepada AWLU setelah dibantah



Surat bantahan dari AWLU




Surat bantahan dari AWLU



Untuk makluman pembaca, projek AWLU ini tidak ditentang oleh penduduk cuma apa yang ditentang adalah sikap tidak mengambil peduli kerajaan negeri Pulau Pinang terhadap nasib yang bakal menimpa penduduk. Majoriti penduduk membantah pengambilan tersebut di atas beberapa sebab iaitu:

i) Mereka tiada tanah lain untuk berpindah dengan keluarga yang besar dan mereka memang tidak mampu untuk membeli rumah yang terlalu mahal di Balik Pulau kerana kerajaan Negeri tidak pernah membina rumah kos rendah.

ii) Harga pampasan yang telah ditawarkan terlalu rendah iaitu RM8 ke RM10 sekaki persegi walhal harga pasaran sekarang adalah dalam lingkungan RM35 ke RM40 sekaki persegi. Dengan harga pampasan ini, penduduk tidak mampu untuk membeli tanah ataupun rumah lain di Balik Pulau melainkan berpindah keluar dari Pulau Pinang dan mencari rumah atau tanah di Sungai Petani yang jauh lebih murah.

Sebagai simbolik membantah pengambilan tanah tersebut, penduduk sebulat suara menghantar surat rasmi bantahan kepada TKM 1 dengan menandatangani surat tersebut dengan dakwat merah (simbolik kepada darah). Berikutan tindakan itu, YB Mansor telah memperlekehkan orang kampung sebagai mereka yang tidak tahu menandatangani surat disebabkan tidak menggunakan pen berdakwat hitam.

Mengikut para ketiga surat dari Pejabat SUK Ruj PSUKPP/05/0761/27 Klt 18 bertarikh 20 Jun 2012, ada menyatakan bahawa pihak AWLU telah mengenal pasti tanah seluas 100 ekar di Genting, Balik Pulau. Persoalannya, bagaimanakah pihak AWLU mengetahui berkaitan dengan tanah ini? Tentunya dengan maklumat dari pihak kerajaan Negeri sendiri. Yang menghairankan adalah, setelah pihak kerajaan Negeri tahu akan bantahan penduduk, mengapa tanah di Kg Genting masih dimaklumkan kepada pihak AWLU bahawa tanah itu boleh digunakan untuk pembinaan universiti mereka? Kita yakin jika sekiranya dari awal lagi pihak AWLU diberikan maklumat sebenar berkaitan dengan tanah dan pendirian pemilik tanah Kg Genting, tentunya keputusan juga akan berbeza.

Kenyataan penulis bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang ini sebagai opportunis telah terbukti apabila pada satu sidang akhbar beliau menunjukkan kepada wartawan surat bertarikh 12 Jun 2012 daripada YB Senator Idris Jala sebagai bukti bahawa projek itu adalah projek kerajaan Persekutuan dan pengambilan tanah Kg Genting adalah di atas tindakan kerajaan Persekutuan. Pada perjumpaan baru-baru ini yang bertarikh 22 Julai 2012, pemilik tanah telah dipanggil sekali lagi dan kali ini, Ketua Menteri Pulau Pinang membuktikan beliau adalah 'hero penyelamat' Kg Genting dengan menunjukkan sepucuk surat kepada penduduk bahawa beliaulah individu yang bertanggungjawab mencadangkan kepada pihak AWLU supaya memilih tanah di tempat lain untuk pembinaan universiti tersebut sedangkan penduduk tahu dari awal lagi keputusan untuk memilih Kg Genting adalah keputusan kerajaan Negeri kerana pada surat tersebut tidak ada pun disebut tentang pemilihan Kg Genting sebagai tapak AWLU. Seperti apa yang penulis katakan, Ketua Menteri cuba menangguk di air yang keruh.

Sekali lagi, persoalan ditimbulkan kepada pembaca, mengapa Ketua Menteri, Lim Guan Eng sangat berminat untuk mengambil tanah Kg Genting walhal masih banyak lagi tanah kosong yang lebih luas di Balik Pulau ini. Adakah tindakan ini benar seperti apa yang dispekulasikan oleh orang ramai bahawa beliau ingin mengusir penduduk tempatan secara halus dan menggantikan dengan penduduk luar yang lebih berkemampuan untuk membeli rumah kos tinggi yang giat dibina di Balik Pulau? Persoalan itu, penulis tinggalkan kepada pembaca untuk menjawabnya.

Konflik berusia dua tahun ini telah pun selesai di mana tanah Kg Genting bukan lagi pilihan Ketua Menteri. Projek AWLU telah pun dipindah kepada kawasan yang baru yang bertempat tidak jauh dari Kg Genting iaitu di Jalan Pondok Upeh. Untuk makluman, kawasan tanah Pondok Upeh yang diberikan kepada pihak AWLU ini telah pun menjadi tanah kerajaan negeri sejak sekian lama lagi tapi penduduk Kg Genting pelik kenapa tanah ini tidak menjadi pilihan utama tetapi sebaliknya tanah mereka. Tindakan Ketua Menteri dalam melaksanakan amanat kerajaan Persekutuan adalah seperti layar yang menimpa tiang, harapkan pegar, pegar makan padi. Bagi penulis,  kesilapan terbesar Ketua Menteri adalah apabila menganggap penduduk Kg Genting ini seperti langau di jubur gajah.
Akhir sekali, penulis ingin menyampaikan pesanan daripada Sharil Ahmad, Pengerusi Badan Bertindak Kg Genting yang penulis terima melalui emel :-

'Kepada pihak AWLU, Balik Pulau adalah tempat tinggal kami. Jangan memusuhi kami jika anda mahu menjadi sebahagian daripada kami.' 

p/s- Nampak kan permainan halus ni macam mana? Sebelum KM mendabik dada pasal isu ni dalam Buletin Mutiara biar aku dedahkan apa yang sebenarnya berlaku. Kalau Cai PR bolehla lu nak kencing Mr Lim.






No comments: