Wednesday, November 28, 2012

TERUK MAHASISWA GASAK, YB MENTERI MENGAKU KALAH!!!!! @KHAIRYKJ @NAJIBRAZAK @BRADERJAI @HASRULAKHMAL @ WAHAZMAN @MATTDAUS


Mesej Dr Hishamudin (Dep. Dean Academic) yang diterima oleh beliau daripada Sr Ishak Ismail (Presiden MIPPM).  


Alhamdullilah suara dan perjuangan dalam menjaga imej, kedaulatan industri harta tanah Malaysia dan juga kebajikan Mahasiswa Pengurusan Harta Tanah telah didengar dan diambil berat oleh YB Menteri KPKT. Terima kasih diucapkan kepada barisan pejuang Pengurusan Harta Tanah yang telah berjuang secara langsung ataupun tidak langsung dan juga persetujuan YB Menteri KPKT untuk mendengar suara kami.  

Ini merupakan satu berita yang baik tetapi ini bukanlah objektif perjuangan. Selagi keperluan khidmat pengurus harta tanah berdaftar tidak diletakkan pada tempat yang sepatutnya, kami akan terus lawan. 

Pisang bentan masak ditingkap,
Anak kecil makan kedondong,
Sedangkan harimau dihutan lagi ku tangkap,
Inikan pula cicak mengkarung!!

LAWAN TETAP LAWAN.


p/s - Amaran pertama buat YB Menteri KPKT; Jangan ingat mahasiswa tak tahu. 






Tuesday, November 27, 2012

SILAP YB MENTERI, MAHASISWA TURUN PWTC GEGAR #PAU2012 SERAH MEMORANDUM !!! @NAJIBRAZAK @KHAIRYKJ @BRADERJAI @MYMAHASISWA @WAHAZMAN @DZAHRAIN


(BVAEA) VS (BMAM)


Pada hari Isnin, 26 November 2012, jam 7.30 malam yang lalu, Parlimen telah bersetuju, selepas beberapa debat hangat di antara MP BN, PR dan Bebas, untuk meluluskan Strata Management Bill 2012 (SMB2012) dengan membuang keperluan keperluan pengurus harta tanah berdaftar sebagai pengurus harta tanah yang sah seperti yang disebut di dalam seksyen 21(2)(f), 59(2)(f) dan perkara 6 Jadual Kedua rang undang-undang (SMB2012) yang asal. Berikut adalah senarai YB yang menentang perlaksanaan SMB2012 tanpa keperluan khidmat pengurus harta tanah berdaftar:


  1. YB Tan Sri Shahrir Samad BN Johor Bahru
  2. YB Wee Choo Keong BEBAS Wangsa Maju 
  3. YB Zaharin Hashim BEBAS Bayan Baru
  4. YB Hamim BN Ledang
  5. YB Mahfuz Omar PAS Pokok Sena
  6. YB Sallehudin Ayub PAS Kubang Kerian
  7. YB Dr Mariah PAS Kota Raja
  8. YB Jeff Ooi DAP Jelutong
  9. YB Sim Tong Him DAP Kota Melaka

YB yang menyokong Menteri KPKT, Dato Chor Chee Heung adalah:

  1. YB Mohamad Nizar Jamaludin PAS Bukit Gantang (Engineer)
Okay, sebelum aku pergi jauh, biar aku jelaskan apa itu Strata Management Bill 2012, dan apa istimewa sangat tentang akta yang baru ni dan apakah kelebihan jika bangunan strata diuruskan oleh pengurus harta tanah yang berdaftar.

Strata Management Bill merupakan akta baru yang telah dirangka dan telah dibincangkan selama tiga tahun oleh 'Drafting Committee' yang telah dilantik. Ianya bagi menggantikan 'Building and Common Property (Maintenance and Management) Act' yang mempunyai banyak kelemahan. Objektif utama akta ini dibuat adalah untuk  memastikan kebajikan rakyat iaitu pembeli dan pemilik bangunan strata terpelihara dan dilindungi daripada pemaju dan pengurus harta tanah tidak berdaftar yang tidak bertanggungjawab. Ini kerana terdapat banyak aduan dan isu-isu yang timbul berkenaan dengan pengurusan bangunan strata oleh mereka yang tidak berdaftar. 

Antara isu dan aduan yang diterima dan telah diketengahkan oleh 'Commissioner of Building' terhadap pengurus harta tanah tidak berdaftar dan pemaju yang tidak bertanggungjawab adalah:
  1. Penyelenggaraan dan pengurusan bangunan yang tidak memuaskan
  2. Penyelewengan dana (Pecah Amanah)
  3. Fi Penyelenggaran Bangunan yang dikenakan oleh develop tidak masuk akal (terlalu mahal/tinggi)
  4. Monopoli daripada pihak pemaju dalam pemberian kontrak penyelenggaraan bangunan.
  5. Akaun dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab (tak di audit) 
  6. Penyelenggaraan dan pengurusan bangunan yang dijalankan oleh mereka yang tidak berkelayakan.
  7. Deposit pengubahsuaian (renovation) tidak dipulangkan.
  8. Penyerahan tugas pengurusan bangunan tidak dijalankan dengan betul (tanpa hitam putih) 

Sebelum ini, bangunan strata dikawal oleh 'Strata Titles Act 1985' manakala pengurus harta tanah yang berdaftar pula dikawal oleh Akta Penilai, Pentaksir dan Harta Tanah 1981 dan juga oleh  'Building and Common Property (Maintenance and Management) Act' 2007. Disebabkan bangunan strata dan pengurus harta tanah berdaftar ini diselia dan dikawal oleh akta yang berbeza, yang mana telah menimbulkan banyak masalah dan kekeliruan, oleh itu, dengan kuasa dan kesedaran yang ada, Strata Management Bill 2012 RUU Asal dirangka dengan tujuan untuk memastikan ketiga-tiga Akta ini diintegrasikan ke dalam satu akta supaya kawalan dan penyeliaan itu mudah dilakukan oleh Badan Penilai, Pentaksir dan Harta Tanah. Justeru, ianya menjadikan akta ini satu akta yang sangat terperinci dan jelas tanpa meninggalkan ruang untuk keraguan dan salah tafsir seterusnya memastikan hak dan kebajikan rakyat terpelihara.

Kebaikan Strata Management Bill 2012 Rang Undang Undang(RUU) Asal:

  • Melindungi pembeli dan pemilik bangunan dan harta tanah strata daripada pemaju dan pihak pengurus harta tanah tidak berdaftar yang tidak bertanggung jawab.
  • Terperinci dan tidak meninggalkan sebarang ruang untuk keraguan dan salah tafsir
  • Peruntukan yang jelas dan tepat berkenaan mesyuarat (AGM & EGM)
  • Memperkenalkan 'Schedule of Parcels' untuk mengelakkan pemaju daripada menyalah gunakan mana-mana bahagian harta hakmilik bersama
  • Memperkenalkan 'Limited Common Properties dan 'Subsidiary Management Corporations'.
  • Memperkenalkan Strata Management Tribunal.
  •  Memperkenalkan 'Formulation of Allocated Share Units'.
  • Mengiktiraf keperluan khidmat pengurus harta tanah yang berdaftar dalam menjaga hak dan kebajikan pembeli dan pemilik bangunan strata bersesuaian dengan akta dan undang-undang yang termaktub.

Walau bagaimanapun, pada bacaan yang ketiga di Parlimen oleh YB Menteri KPKT,telah
membuat satu pindaan iaitu dengan mengeluarkan keperluan khidmat 'pengurus harta tanah berdaftar' daripada akta tersebut. Langkah ini menjadikan profesion pengurus harta tanah terbuka kepada sesiapa sahaja dan lebih teruk lagi mereka ini tidak dikawal oleh mana-mana badan profesional mahupun akta dan undang-undang. Pindaan ini dipercayai dibuat apabila ada pihak yang telah berjaya 'memujuk' Dato Chor untuk membolehkan pengurusan bangunan strata dibuat oleh mereka yang tidak berdaftar. Seperti yang anda sedia maklum, pindaan terhadap akta ini telah diluluskan oleh Parlimen pada hari Isnin yang lalu dan menjadikan akta ini satu akta yang berat sebelah dan membebankan rakyat.

Terdapat dua pihak yang terlibat di dalam pertikaian ini:-

 A)PIHAK YANG MENYOKONG KEPERLUAN KHIDMAT 'PENGURUS HARTA TANAH BERDAFTAR'

  1. Malaysian Institute of Professional Property Managers (MIPPM)
  2. National House Buyers Association (HBA)
  3. Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents
  4. Persatuan Pelajar Pengurusan Harta Tanah Universiti Teknologi Malaysia (PEHARTA) 
  5. Persatuan Pelajar Pengurusan Harta Tanah Universiti Malaya 
  6. Persatuan Pelajar Pengurusan Harta Tanah UiTM (EMASPERAK)
  7. Persatuan Pelajar Pengurusan Harta Tanah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (REALTORS)
  8. Persatuan Pelajar Pengurusan Harta Tanah Kolej Tunku Abdul Rahman (TARC)
  9. Institut Penilaian Negara (INSPEN) 

SEBAB-SEBAB MENYOKONG KEPERLUAN KHIDMAT PENGURUS HARTA TANAH BERDAFTAR
  1. Pengurusan harta tanah merupakan satu PROFESION dan bukannya BISNES.
  2. Penyelenggaraan dan pengurusan bangunan yang tidak memuaskan
  3. Penyelewengan dana (Pecah Amanah)
  4. Fi Pengurusan Bangunan yang dikenakan oleh pemaju tidak masuk akal (terlalu mahal/tinggi)
  5. Monopoli daripada pihak pemaju dalam pemberian kontrak penyelenggaraan bangunan.
  6. Akaun dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab (tak di audit) 
  7. Penyelenggaraan dan pengurusan bangunan yang dijalankan oleh mereka yang tidak berkelayakan.
  8. Deposit pengubahsuaian (renovation) tidak dipulangkan.
  9. Penyerahan tugas pengurusan bangunan tidak dijalankan dengan betul (tanpa hitam putih)
  10. Pengurus harta tanah tidak berdaftar selalu 'overcharge'.
  11. Menjadikan profesion pengurusan harta tanah transparens dan telus.
  12. Lebih 1000 Graduan Pengurusan Harta Tanah akan hilang pekerjaan
  13. Subjek Pengurusan Harta Tanah telah diiktiraf dan diakreditasi oleh Royal Institute of Chartered Surveyor (RICS) 
  14. Subjek pengurusan Harta Tanah yang dirangka oleh Badan Penilai, Pentaksir dan Harta Tanah ini memerlukan Graduan Pengurusan Harta Tanah untuk melalui 14 minggu kuliah dan tutorial, latihan praktikal selama satu semester, menghadapi peperiksaan dan ujian selama 6 - 8 semester, perlu menyiapkan Projek Sarjana Muda sebagai keperluan wajib untuk konvo dan terlibat dengan pelbagai aktiviti ko-kurikulum yang telah ditetapkan universiti.


B) PIHAK YANG MENENTANG KEPERLUAN KHIDMAT 'PENGURUS HARTA TANAH  BERDAFTAR'

  1. Building Managers Association of Malaysia (BMAM)
  2. Real Estate and Housing Developer's Association of Malaysia (REHDA) 
  3. Institut Jurutera Malaysia (*nampak tak kenapa YB Nizar sokong? Dia Engineer oi!!)
  4. Pertubuhan Arkitek Malaysia

SEBAB-SEBAB MENENTANG KEPERLUAN KHIDMAT 'PENGURUS HARTA TANAH BERDAFTAR'

  1. Pengurusan Harta Tanah merupakan satu BISNES dan bukan PROFESION jadi ianya tidak boleh dikhaskan kepada ahli satu badan profesional sahaja yakni Badan Penilai, Pentaksir dan Harta Tanah
  2. Menidakkan hak pemilik bangunan, Joint Management Body dan Management Corporation untuk melantik pengurus harta tanah yang mereka kehendaki dan mengikut syarat-syarat yang mereka tetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
  3. Akan menyebabkan 'rent seeking', korupsi dan salah guna kuasa.
  4. Memalukan Malaysia di mata dunia kerana tidak ada di negara lain di dunia yang mengkhaskan pengurusan harta tanah kepada satu badan profesional sahaja.
  5. Building Managers Association Malaysia juga telah menyediakan satu subjek pengurusan bangunan dan harta tanah iaitu program 'executive MBA' dan diploma di dalam bidang pengurusan bangunan dan fasiliti melalui beberapa universiti swasta di mana graduannya hanya perlu melalui kuliah dan tutorial selama 15 bulan, seminggu sekali.
  6. Akan menaikkan kos pengurusan sesebuah bangunan.
  7. AKAN MENYEBABKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL KALAH KERANA PEMILIK DAN PENDUDUK BANGUNAN STRATA MERUPAKAN PENGUNDI YANG LAYAK. (ini paling bangang)

Dengan detail dan sebab-sebab yang telah disediakan di atas, adalah dikhuatiri dan disyaki bahawasanya YB Menteri KPKT telah berjaya 'dipujuk' oleh pihak-pihak yang menentang keperluan khidmat pengurus harta tanah berdaftar yang rata-ratanya terdiri daripada pemaju-pemaju yang kaya raya. Aku, mewakili pelajar pengurusan harta tanah juga sangsi terhadap kenyataan oleh pengurus harta tanah tidak berdaftar bahawa mereka hanya kenakan fi pengurusan yang rendah, kalau rendah, masakan ramai pihak termasuk arkitek dan jurutera ingin turut serta terlibat di dalam profesion ini? Masakan mereka sendiri mengubah definisi PROFESION pengurus harta tanah kepada BISNES? Atas meja aku ada tesis yang menyatakan penglibatan pengurus harta tanah tidak berdaftar adalah disebabkan DUIT. Tesis ni dapat A woi. Nak baca?


YB Menteri KPKT bersama Presiden REHDA ketika pelancaran MAPEX 2012


Rang undang-undang asal Strata Management Bill diwujudkan untuk mengawal dan menjadikan segala tindakan yang dibuat oleh pengurus harta tanah berdaftar terikat dengan undang-undang yang telah disediakan. Jadi segala 'claim' yang mengatakan pengurus harta tanah berdaftar sesuka hati menaikkan fi pengurusan yang tinggi merupakan satu 'claim' yang bodoh dari orang yang buat-buat bodoh kerana standard Fi Pengurusan telah ditetapkan oleh Badan Penilai, Pentaksir dan Harta Tanah Malaysia. Alasan kerajaan Barisan Nasional akan kalah juga satu lagi alasan bodoh. Pihak YB Menteri perlu ingat, mahasiswa juga adalah PENGUNDI YANG LAYAK. Kalau nak dibandingkan dengan fi pengurusan yang terpaksa dibayar  oleh pembeli dan pemilik bangunan strata dengan beban yang ditanggung oleh mahasiswa, beban mahasiswa lagi besar nilainya.  

Berikutan dengan perkara tersebut, seramai lebih kurang 50-60 orang wakil mahasiswa Pengurusan Harta Tanah di seluruh Malaysia akan hadir DENGAN AMAN ke PWTC pada 30 November 2012, selepas sembahyang jumaat untuk menyerahkan memorandum kepada Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaludin dan juga Timbalan Menteri KPT Dato Saifudin Abdullah bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan Parlimen dalam meluluskan Strata Management Bill 2012 dengan membuang keperluan khidmat pengurus  harta tanah berdaftar. Senator Dato Rahim juga akan memperjuangkan isu ini di Dewan Negara supaya ianya akan kembali dibincangkan di Dewan Rakyat.

Persoalannya sekarang adalah;

Adakah YB Menteri KPKT sudah kena 'beli'?

dan

Jurutera dan arkitek juga boleh dikatakan satu BISNES dan bukan PROFESION. Why not kita buka dua profesion ni kepada public? Setuju? 



p/s - Si Nizar pon kalut nak curi periuk nasi orang lain. Rasa-rasanya dia pun ada melobi YB Menteri tak? 







Link untuk rujukan selanjutnya:






Sunday, November 25, 2012

Gangguan Seksual oleh Kedai Gunting di Kelantan.



As I'm in a very difficult situation, and in a no position qualified in explaining 'activities' happening at Kelantan, I hereby copy and paste this article from Tuan Syeikh Kickdefella's blog. Enjoice.




Suka saya merujuk kepada berita bertajuk Exco Kelantan: ‘Hak Karpal Jika Mahu Saman MPKB’ (Sinar Harian Online 26 November 2012) dan Kelantan refuses to budge from unisex hair salon ruling (The Star Online 26 November 2012).
Kenyataan YB Dato’ Takiyuddin Haji Hassan, Exco Kerajaan Negeri Kelantan adalah tepat dan selari dengan pelaksanaan undang-undang Islam seperti yang ditimbulkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed di dalam suratnya kepada MB Kelantan pada 15 Julai 1994.
Tun Dr Mahathir di dalam suratnya mempertikaikan perlaksanaan hukum hudud yang dicadangkan oleh PAS Kelantan kerana PAS hanya bercadang hukum itu diguna ke atas orang Islam sahaja. Penjelasan Tun Dr Mahathir adalah seperti berikut,
“Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku.”
Tun Dr Mahathir turut menyambung,
“Memang benar di zaman Nabi Muhammad S.A.W. orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kita Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbeza dengan hukum-hukum dalam al Quran.”
Tun Dr Mahathir memberi beberapa contoh ketidakadilan dan kezaliman yang boleh berlaku di dalam perlaksanaan hukum hudu PAS itu, antaranya adalah seperti berikut;
(i)             Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman.,
(ii)            Masalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kepada undang-undang PAS, jika seseorang wanita belum berkahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat saksi (yang terdiri daripada orang-orang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan. Seperti kita ketahui melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang baik.’
(iii)           Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kepada semua pihak. Ia bukan bertujuan untuk melakukan kezaliman.
Ringkasnya, hukuman jenayah perlu sama tanpa mengira agama dan keturunan. Tidak boleh ada 2 set hukuman jenayah.
Oleh yang demikian, tindakan Dato’ Takiyuddin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Kelantan adalah langkah permulaan yang tepat sebelum PAS mengorak ke arah perlaksanaan hukum hudud. Antara lain ia membuktikan bahawa PAS tidak mengamalkan double standard. Atau lebih teruk lagi, lulus dan pinda enakmen, tetapi sekadar untuk tujuan politik dan bukan untuk dilaksanakan.
Takiyuddin menjelaskan bahawa larangan pekerja salon perempuan mengunting atau mencuci rambut pelanggan lelaki adalah bertujuan untuk melindungi kaum wanita daripada terdedah kepada elemen gangguan seksual. Berdasarkan kenyataan itu, tidak kiralah apapun agama wanita tersebut, undang-undang berlandaskan pemahaman Islam akan melindungi mereka. Itulah baru keadilan namanya.
Ianya menimbulkan kontroversi dan ada dikalangan pimpinan PAS Kelantan sendiri jelas melahirkan rasa kurang selesa kerana takut kehilangan sokongan masyarakat bukan Islam. Tentangan yang hebat juga diberi boleh Pengerusi DAP, YB Karpal Singh.
Takiyuddin dipetik Sinar Harian sebagai berkata,
“Kedai gunting rambut seringkali dilaporkan hanya menjadi topeng perniagaan sahaja di hadapan, tapi dibelakang (ia) dijalankan perniagaan yang bercanggah dengan undang-undang dan moral.”
Kerajaan PAS Kelantan harus juga lebih serius menangani isu ini. Saya perhatikan sehingga semalam aktiviti-aktiviti maksiat seperti pelacuran di Limau Manis dan aktiviti pusat hiburan masih berleluasa.
Aktiviti maksiat di tepi jalan berdekatan landasan di Lapangan terbang Sultan Ismail Petra juga terus rancak.





Dimanakah squad AMRU yang ditubuhkan oleh PAS Kelantan? Bagaimana pula dengan pusat-pusat hiburan yang menghidangkan minuman keras? Adakah Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam mengeluarkan lesen pusat hiburan? Sudah tentu begitu banyak gangguan seksual terjadi disini.  Masalahnya ialah terdapat begitu ramai pemimpin PAS yang begitu sayangkan undi bukan Melayu dan mengajak kita menutup sebelah mata.
Meletakkan beban ke atas MPKB-BRI adalah tidak tepat. Sebaliknya kita juga harus bertanya, berapa banyakkah peruntukan di dalam bajet surplus yang dibentangkan PAS Kelantan yang bertujuan untuk mempertingkatkan keberkesanan MPKB-BRI menangani masalah maksiat dan gejala sosial di dalam Bandar Raya Islam?

COPY PASTE DARI TUAN SYEIKH KICKDEFELLA




Friday, November 9, 2012

ISHAM RAIS @ TUKAR TIUB: UMNO BODOHKAN ORANG MELAYU MASUK ISLAM







Dari dulu sampai sekarang, tak habis habis nak menyalahkan UMNO. Sampaikan bab agama pun nak buat main. Tahi sendiri basuh lah, tak perlu calit dekat orang lain. Rakyat dah muak! Tak percaya? Boleh klik link ini untuk maklumat lanjut >>>>> 




p/s: Dah tengok belum video Izzah kata hak untuk memilih agama adalah hak individu,termasuklah bangsa melayu? Tengok dulu beb, sebelum korang meroyan dekat aku.