Followers

Monday, December 24, 2012

Isu Kalimah Allah: PAS bantah Guan Eng tapi...

Kuala Lumpur : Pas Dan ulama membidas tindakan Lim Guan Eng membangkitkan semula isu menuntut Kerajaan Pusat membenarkan kalimah Allah digunakan dalam bible versi Bahasa Melayu.

Tindakan itu kata mereka bukan saja akan mengelirukan umat Islam malah menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak menghormati keputusan yang sudah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Guan Eng dalam perutusan khas sempena Krismas di laman blognya, semalam menggesa Kerajaan Pusat diterajui Barisan Nasional (BN) membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu.




Ahli Majlis Syura Ulama Pas yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi, berkata tindakan Setiausaha Agung DAP itu mengelirukan umat Islam di Negara ini.

"Pas mengambil pendirian seperti diputuskan Majlis Syura parti sebelum ini, tidak bersetuju dengan desakan mana-mana pihak berhubung isu berkenaan.

"Kita tidak boleh lawan Majlis Syura yang sudah putus perkara ini sebelum ini, kalau lawan....jadi benda lain. Kita tidak akan ikut, pakai dia (Guan Eng) sebab dia keliru banyak, nak guna benda karut.

"Tapi terpulang kepada kerajaan (persekutuan), kalau nak buat. Bagi Pas, Kita bantah, tidak boleh guna perkataan itu," katanya kepada BH. Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi mahu Guan Eng berhenti daripada membangkitkan isu itu kerana boleh mencetuskan kekeliruan umat Islam.

"Tindakan Guan Eng itu boleh mencetuskan semula polemik yang sudah lama reda. Isu ini tidak perlu ditimbulkan lagi dan sepatutnya beliau merujuk kepada ulama sebelum mengeluarkan kenyataan seperti itu secara terbuka.

"Isu kalimah Allah ini bukan boleh dijadikan polemik kerana ianya sangat sensitif dan boleh menimbulkan ketegangan agama jika tidak ditangani dengan baik," katanya.

Nasrudin berkata, jika masyarakat agama lain masih tidak memahami isu itu sewajarnya ia dibincangkan secara tertutup bersama ulama bagi mengelakkan ketegangan agama.

Ditanya sama ada PAS akan bertemu dengan Guan Eng berhubung isu terbabit, Nasrudin berkata, perkara itu diserahkan kepada pucuk pimpinan parti.



MAJLIS SYURA??????






TOK GURU KATA BOLEH




p/s- No wonder la guan Eng berani....dapat lesen besar terrrrr....




2 comments:

taipingcentral_harapan melayu said...

As Salam bro..

Mohon di linkkan blog saya ni ye..

http://taipingcentral.blogspot.com/

Semoga pertalian ini menyambung ukhuwah antara kita..

Tq bro, blog bro sempoi dan menarik..

Jumpa lagi, c u soon..

wakdanial said...

Wassalam bro.

Sudah. Sye dah linkkan.