Followers

Wednesday, June 6, 2012

Bertam Nite Blues: Tarian Kemban Pon Ada Baq Hang!!!!




Bukan main putih melepak depa menari. Berkemban pulak tuuu...ini kalau program UMNO konfem kena bambu gila punya...haa...apa lagi saudara AMK, AJK Pas dan Bang Nuar yang ini tak nak marah jugak ke?? Atau bahagian dada dan lurah dendam dihalalkan tengok asalkan bukan peha dan kangkang putih gebu? Ke guane??

EKEKEKEKEKE..


p/s- sebab semalam dah ada satu press conference di Bertam bagi memohon maaf tentang aksi KPOP PKR, aku rasa ramai lagi ahli-ahli PAS yang nak kan penganjur iaitu Parti PKR buat sekali lagi Press Conference khas untuk tarian kemban ni... haaa...apa macam? 






Tuesday, June 5, 2012

Bertam Nite Blues: Pak Aji berjubah, berkopiah pon ada beb!!!



Depa kata hat dalam gambaq ni semua konspirasi UMNO.Umno yang buat, betui ka? Kita tengok bukti kat bawah.

GAMBAR KANTOI


GAMBAR DARI BNUNTUKKEPALABATAS



PERMOHONAN MAAF DARI CAI PAS?





Apa beza program atas ni dengan program KPOP Hari Belia 2012? Bezanya adalah program PKR Bertam Night ni adalah private function, disaksikan dan dihadiri oleh Ustaz Rosidi merangkap ahli majlis agama Pulau Pinang, dan dihadiri juga oleh mereka yang berkopiah putih yang melambangkan kesucian. Perbezaan yang paling ketara juga adalah dimana seorang ajk PAS yang membuat permohonan maaf secara terbuka di alam maya berikutan tarian kangkang tersebut walaupun  tarian kangkang ini adalah bukan anjuran PAS. Kenapa bukan PKR yang memohon maaf secara terbuka dan kenapa setelah perkara ini menjadi satu viral di internet barulah muncul kenyataan sebegini?

Yang penulis pelik, pada awal video tarian ini ditunjukkan di youtube, pelbagai tohmahan dan kata-kata keji dilemparkan terhadap UMNO, UMNO juga dituduh melakonkan perkara di atas semata-mata untuk memburukkan PKR sehinggakan ada yang mengaitkan perkara terbabit dengan nama baik mantan Perdana Menteri kita, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi sendiri. Kali ini, pengakuan dan permohonan maaf telah dibuat oleh puak PAS, aku nak tanya, segala tohmahan dan fitnah tu korang nak buat apa? Tarik balik? Telan balik ludah kau tu? Puii. Ustaz-ustaz kau nak tanggung dosa kau? Ustaz-ustaz korang lagi selamba, tengok tarian sampai selesai, stylo habis beb. Bukan ustaz Pakatan lagi ISLAM dari ustaz UMNO ke? Atau ustaz-ustaz PAS sudah tidak mampu menegur kerana telah dijanjikan dengan pelbagai jawatan kelak PR menang PRU13?  Sudah lah dengan alasan nak bolak balik, terbukti PAS dalam Pakatan Rakyat hanya jilat punggung PKR sahaja. Kami semua dah tahu lama dah.



Pencacai PR juga bukan main sedap kata, Pakatan lagi gentleman sebab minta maaf buat silap, dey thambiiii, UMNO hantar itu Shabery Cheek la mohon maaf dekat mainstream newspaper, itu newspaper tarak baca juga ka? Puiiii. Ini Pakatan hanya boleh hantar ajk PAS sahaja? Lepas tu baru nak buat official statement? Gentleman taik. Aku respek la pencacai PR yang masih maki hamun PR tentang video ni seperti mana pencacai ni jugak yang maki hamun KBS tentang tarian KPOP, yang lain still cium jubor, tak habis-habis dengan teori INI SEMUA SALAH UMNO. Bermati-matian si mamat AJK PAS ni selamatkan PKR sampai keluar kenyataan 'BERGEGAS MEMBERHENTIKAN PERSEMBAHAN' walhal kalau tengok video tarian tu sampai selesai, seorang hamba Allah pun tiada yang pergi halang. Jadi mana yang tergesa-gesanya?




p/s- Depa buat boleh sedia. Wa halalku, wa haram mu. Puiiii. Aku masih lagi siasat isu ni, akan ada lagi info yang akan didedahkan. Tunggu beb tunggu.








Saturday, June 2, 2012

GEMPAR: Pengakuan 'MANGSA' Anwar Ibrahim



Satu video pendedahan yang dibuat oleh rakan blogger gua dan untuk pengetahuan korang 'MANGSA' tersebut juga merupakan rakan gua. Gua dah tengok dah direct message dia dengan Brader Anwar. Geli beb gua baca. Nak tahu apa kandungan Direct message tu? Jom kita terjah video ni!




Apa macam? Dah tengok dah video? Terkejut bukan? Sekali lagi gua nak bagitahu ini bukannya satu usaha fitnah daripada rakan gua, nak fitnah buat apa? Ko gila, dah la dapat dosa kering, buta ja kena saman nanti. Tak ke kes naya tu, Anwar dapat sedap, member gua dengan gua masuk lokap. Korang nilailah sendiri, gua dedahkan aje kebenaran di sebalik wajah suci Brader Anwar.



p/s- Lepas ni gua akan dedahkan perancangan Pakatan Rakyat selepas memiliki Putrajaya. Sumber ni gua dapat dari sumber yang mempunyai level classified tahap gaban beb. Lu nak tau, tunggu entry gua yang seterusnya.








Friday, June 1, 2012

Syabas @AmanKampus: #AmanKampusKenyalang Hari Ke-3 Part 1




Hari ini merupakan hari yang ketiga Team Aman Kampus Kenyalang yang diketuai oleh Saudara Shahar Abdullah berada di Sarawak. Perjalanan untuk hari ini diteruskan lagi dengan melawat Rumah Panjang Ngaluang. Untuk pengetahuan pembaca Ngaluang merupakan nama bagi 'TUAI RUMAH' ataupun 'TUAN RUMAH' untuk rumah panjang tersebut. Sedikit fakta untuk pembaca, RP Ngaluang mempunyai 34 bilik kesemuanya dan itu bermakna ianya didiami 34 keluarga mengikut bilangan bilik. Tuai Ngaluang tadi ataupun 'TUAI GHUMAH' itu menjadi ketua kepada kesemua 34 keluarga yang berteduh di rumah panjang tersebut.

Kehadiran Team Aman Kampus Kenyalang pada 1hb Jun iaitu merupakan Hari Gawai yang merupakan Hari Perayaan yang terbesar di Sarawak dan ini terbukti apabila Hari Gawai diberi cuti umum sebanyak dua hari. Team Aman Kampus Kenyalang disambut dengan begitu meriah sekali diselangi dengan pelbagai adat dan istiadat di sana.

Perjalanan hari yang ketiga ini bermula pada jam 9 pagi bertolak dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan mengikut kebiasaannya, perjalanan dari Kuching menggunakan jalan darat ke Saratok mengambil masa lebih daripada 5 jam. Ketika dalam perjalanan, konvoi ini telah membuat dau kali perhentian dan yang pertama di Pekan Serian dan kedua di kawasan Rehat Betong, Seri Aman. Konvoi ini telah selamat tiba di RP Ngaluang tepat pada pukul 3 petang. Untuk pengetahuan pembaca jalan memasuki kawasan RP Ngaluang dari Jalan besar mengambil masa kira-kira 15 minit dan di RP Ngaluang, Tuai Rumah beserta ketua-ketua bilik (ketua keluarga kecil) telah siap menantikan kehadiran konvoi Aman Kampus Kenyalang.

Turut tiba di RP Ngaluang adalah Yang Berbahagia Tuan Jeliang Mersat, ahli Parlimen Saratok merangkap Timbalan Menteri Pengangkutan. Untuk pengetahuan pembaca, Pada Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu Tuan Jeliang Mersat telah berjaya mengenepikan cabaran dari Mohd Yahya Abdullah dari Parti Keadilan Rakyat dengan majoriti sebanyak 8706 undi.

Berbalik kepada tadi, sebelum memasuki rumah panjang, ianya sudah menjadi adat resam penduduk di sini untuk mengadakan adat resam 'Miring' di hadapan pintu masuk rumah panjang tersebut. Adat 'Miring ' merupakan adat istiadat kaum Iban iaitu memohon restu kepada Tuhan dan roh nenek moyang supaya memberkati kehidupan mereka dan setelah selesai upacara 'Miring' tersebut, jemaah pun memasuki Rumah Panjang dan disambut oleh Ratu Kumang (anak-anak dara jelita) kaum Iban dengan pakaian tradisi mereka. Mereka menghulurkan segelas air untuk  diminum sebagai menyambut tetamu. Kalau dulu, mereka menggunakan TUAK, tetapi menghormati budaya dan agama lain, mereka menggantikan TUAK tersebut dengan menggunakan air biasa atau pun air ber-gas.

Setelah selesai upacara minum, team Aman Kampus berjalan mengelilingi seluruh bilik-bilik untuk bersalam dengan ketua bilik dan keluarga masing-masing dan sesudah itu, Team Aman Kampus duduk memanjang menghadap bilik-bilik yang terdapat di dalam Rumah Panjang tersebut. Kemudiannnya, team maan Kmaous disajikan dengan tarian NGAJAT dari pahlawan dan srikandi Iban dan sebelum acara rasmi dijalankan upacara Miring diadakan sekali lagi.

 Di dalam acara rasmi tersebut, ucapan telah diberikan oleh Tuai Rumah, Saudara Shahar Abdullah dan akhir sekali YB Tuan Jelaing Mersat. Di dalam ucapan Tuan Jelaing Mersat, beliau mahukan supaya kaum Iban menekankan soal pendidikan bagi menaik-taraf kehidupan mereka. Beliau juga menegaskan bahawa beliau pernah menyampaikan hasratnya kepada Dato Idris Jala mengenai soal kehidupan dan sara hidup penduduk luar bandar di Sarawak diberikan penekanan. Justeru bagi menjawab permintaan tersebut, kerajaan melalui GTP dan ETP telah diperkenalkan kepada seluruh rakyat negara Malaysia bagi memastikan faedah daripada kemakmuran dan hasil negara dapat dirasai dan dikongsi bersama.

Manakala, Saudara Saudara Shahar Abdullah di dalam ucapan beliau menekankan soal pendidikan sebagai satu peluang yang sangat penting bagi memastikan kesejahteraan suku kaum Sarawak yang pelbagai. Tanpa mengenepikan dan melupuskan adat yang sedia ada, kerajaan Malaysia melalui Aman Kampus sebagai medium perantaraaan imenginginkan ilmu itu diberikan kepada anak-anak Iban terutamanya bagi meningkatkan taraf hidup agar dapat sama-sama duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan rakyat Malaysia yang lain. Sebelum berakhirnya lawatan konvoi Aman Kampus di Rumah Panjang Ngaluang telah diadakan satu program penyerahan anak angkat di mana melibatkan setiap ketua bilik. Setiap ketua bilik ini akan diberikan empat orang anak angkat dan setiap 34 bilik memperolehi anak angkat termasuklah pemandu bas dan lori dari team Aman Kampus Kenyalang.

Berikut adalah detik-detik yang berjaya dirakam sepanjang lawatan team Aman Kampus di RP Ngaluang:-

                    i) Gambar perjalanan






Team AmanKampus



              ii) Tiba di RP Ngaluang







Ratu Kumang





iii) Adat Miring









Tuai Ngaluang




iv) Aktiviti di atas RP Ngaluang







Presiden AmanKampus sedang berucap


Saudara Shahar bersama YB Tuan Jelaing Mersat





Nantikan entry #AmanKampusKenyalang selanjutnya bagi mengetahui pergerakan mereka di Sarawak. Jangan lupa untuk visit blog rasmi Jelajah Aman Kampus Kenyalang 2012 - Anak Sarawak Pulang Berbakti



p/s- Mak aihhhh....cantik la pulak ratu kumang kt rumah panjanggg neyhhh...oiii AmanKampus aku nak ikut jugakkkkkkk....





Saturday, May 26, 2012

Himpunan Jutaan Belia: Meriah Habis!!!





Pertunjukkan kehebatan Angkatan Tentera Malaysia:-




AKtiviti Paintball di HBN2012:-






Antara detik-detik di HBN 2012 yang berjaya dirakam semalam:-

































Antara gambar yang dapat dirakam di Hari Belia Negara semalam. Jangan lupa untuk datang memeriahkan lagi hari terakhir Hari Belia Negara 2012 hari ini. Ada lagi liputan dalam bentuk video tentang aktiviti akan penulis upload selepas selesai program Hari Belia Negara 2012.