Persoalan 1 Kenapa Bible Bahasa Melayu kena gunakan kalimah Allah? Persoalan 2 Kenapa tidak digunakan di dalam semua bahasa? Yakni Bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil, Telegu tetapi mesti bahasa melayu?
Persoalan 3 Apa kaitan lagu rasmi negeri dengan penyebaran Bible menggunakan nama Allah? Dalam perlembagaan ada sebut hanya Muslim sahaja yang dibolehkan menyebarkan fahaman agama Islam kepada agama lain, manakala agama lain, TIDAK SAMA SEKALI DIBENARKAN.
Persoalan 4 Adakah mereka mesti menggunakan nama Allah? Kenapa bukan lagi 'Tuhan Yesus'?
Persoalan 5 Kenapa pula 'orang kita' yang bersungguh/ bermati-matian mempertahankan 'mereka'?
Persoalan 6 Kenapa 'orang mereka' sendiri ada yang tidak bersetuju tetapi 'orang kita' pulak yang beriya?
Persoalan 7 Adakah ini untuk memperjuangkan 'hak kebebasan' mereka ATAU membantu agenda memurtadkan 'orang kita'?
Persoalan 8 Adakah dengan memberi 'mereka' memakai/menggunakan Kalimah Allah sesuka hati, ianya dapat mengurangkan kadar pemurtadan / membaiki moral/akidah 'orang kita'? Persoalan 9 Jadi, apakah agenda 'mereka' yang sebenar-benarnya?
Senarai calon PKR (dikemas kini setakat 31 Mac 2013):
1. Gombak - Azmin Ali (penyandang) 2. Paya Besar - Murnie Hidayah Anuar 3. Indera Mahkota - Fauzi Abdul Rahman 4. Batu - Tian Chua (penyandang) 5. Sembrong - Onn Abu Bakar 6. Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein (belum diumumkan) 7. Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid (belum diumumkan) 8. Selayang - William Leong Jee Ken (penyandang) 9. Kuala Kedah - Ahmad Kassim (penyandang) 10. Kuantan - Fuziah Salleh (penyandang) 11. Padang Serai - N Surendran 12 .Bagan Serai - Dr Mohd Nor Manutty 13. Pasir Salak - Mustafa Kamil Ayup 14. Gopeng - Dr Lee Boon Chye (penyandang) 15. Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (bertukar dari parlimen Machang) 16. Sungai Petani - Johari Abdul (penyandang) 17. Ampang - Zuraida Kamarudin (penyandang) 18. Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari 19. Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (penyandang) - Johor Bharu ? 20. Pandan - Rafizi Ramli 21. Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin 22. Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh 23. Saratok - Ali Biju 24. Hulu Rajang - Abun Sui Anyit 25. Baram - Roland Engan 26. Limbang - Baru Bian 27. Nibong Tebal - Mansor Othman (belum disahkan) 28. Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong (belum diumumkan) 29. Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (belum diumumkan) 30. Segamat atau Kulai - Dr Chua Jui Meng (belum disah dan diumumkan) 31. Batu Pahat - Syed Hamid Ali (belum disah dan diumumkan)
Senarai calon DAP - (kemas kini setakat 31 Mac 2013):
1. Gelang Patah - Lim Kit Siang 2. Bukit Gelugor - Karpal Singh - Kulai, Johor ? 3. Serdang - Teo Nie Ching (penyandang) 4. Beruas - Ngeh Koo Ham (penyandang) 5. Kluang - Liew Chin Tong 6. Ipoh Timur - Thomas Su (belum disah dan diumumkan) 7. Ipoh Barat - Wong Kah Woh (belum disah dan diumumkan) 8. Batu Gajah - V Sivakumar (belum disah dan diumumkan) 9. Bentong - Wong Tuck 10. Seputeh - Teresa Kok (penyandang) 11. Puchong - Gobind Singh Deo (penyandang)
Senarai calon PAS - (kemas kini setakat 31 Mac 2013):
1. Marang - Tuan Guru Abdul Hadi Awang (penyandang) 2. Arau - Tuan Guru Haron Din 3. Shah Alam - Khalid Samad (penyandang) 4. Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (penyandang) 5. Pulai - Salahuddin Ayub 6. Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (penyandang - belum diumumkan) 7. Pendang - Mohamad Sabu (belum disah dan diumumkan) 8. Kuala Nerus - Ust Dr Khairuddin At-takiri (belum diumumkan) 9. Rantau Panjang - Siti Zailah Mohd Yusof (penyandang) 10. Tumpat - Dato' Haji Kamarudin Jaffar (penyandang) 11. Kuala Krai - Dr Haji Mohd Hatta Ramli (penyandang) 12. Parit Buntar - Datuk Ustaz Haji Mujahid Haji Yusof Rawa (penyandang)
P/s - PR letaklah Jeneral ke sesiapa pun, barisan jentera Barisan Nasional tak gentar. Kalau setakat Jeneral yg masuk PR sebab kecewa tender dia tak lulus, BAK DATANG WEYH!!!!
Semasa kami bergerak meninggalkan Kem Tanjung Pari, cuaca amat terang dan terik. Apabila pasukan FRU tiba, dan berhenti kira kira 100-150 meter dari rumah sasaran, hujan rintik rintik sudahpun bermula. Masa ketika itu jam lapan setengah. Kenderaan kami iaitu command vehicle berhenti lalu Komander FRU terus mengeluarkan arahan anak-anak buah untuk turun dan berkumpul di hadapan command vehicle itu. Pada masa yang sama, beberapa butir batu dari lastik telah datang dari arah semak samun kedua-dua belah bahu jalan. Anggota pasukan FRU kemudian bergerak mara, kira kira 50 meter dari rumah itu saya dapat lihat beberapa orang bersenjata keluar dari arah sebelah kanan jalan yang berdekatan dengan rumah suspek.
Mereka berdiri di tengah jalan menghadap command vehicle sambil berteriak melaungkan 'Allahu Akbar!'. Kesemuanya menghayun senjata masing- masing yang terdiri daripada beberapa bilah pedang/parang panjang dalam keadaan yang seakan akan dirasuk. Arahan bersurai diberi oleh Komander FRU tetapi apabila arahan tersebut tidak diendahkan, pasukan FRU mula menembak gas pemedih mata ke arah para penyokong Ibrahim Libya yang bersenjata tadi bagi menyuraikan mereka.
Kumpulan bersenjata itu kemudian berpecah, berlari-lari ke kiri dan kanan jalan raya. Seorang lelaki, yang bersenjatakan parang/pedang, tetap berdegil dan enggan melarikan diri. Terus tegak berdiri di situ dan tiba-tiba menghayunkan senjata nya lalu terus menerpa ke arah anggota FRU yang terpaksa berundur ke command vehicle kerana mereka tidak dilengkapi senjata berbahaya. Ketika hiruk pikuk inilah saya terdengar bunyi beberapa tembakan dilepaskan. Diikuti dengan beberapa anggota FRU yang rebah ke tanah. Lelaki yang tadinya bersenjata parang terus mara dan merapatkan dirinya kepada command vehicle dan pada masa itu sudah hampir menaiki command vehicle sebelum ditembak dari dalam oleh anggota keselamatan. Lelaki tersebut rebah ke tanah, meninggal dunia
Dari arah semak samun itu tadi , semakin banyak tembakan yang dilepaskan dari kiri dan kanan bahu jalan. Satu tembakan tersasar melepasi saya namun mengenai pipi kanan jurugambar polis tersebut. Ketika keadaan sudah mula untuk tenang, saya membawa jurugambar polis itu ke dek bawah command vehicle. Di bahagian dek bawah, saya ternampak seorang polis berpangkat Sarjan turut ditembak dan darah mula keluar melalui mulutnya. Manakala seorang lagi anggota polis berpangkat konstabel ditembak di tempurung lutut kirinya. Setelah beberapa ketika, konstabel tersebut telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya manakala Sarjan FRU, jurugambar polis dan mayat Konstabel itu tadi dikejarkan ke Hospital Daerah Sik.
Untuk pengetahuan, pada hari kejadian, Pengarah Kementerian Dalam Negeri pada waktu ketika itu, Datuk Yahya ada merayu melalui pembesar suara meminta penyokong penyokong suspek yang berada di rumah dan di sekeliling rumah beliau untuk menyerah diri kepada pihak polis. Datuk Yahya juga mmberanikan diri untuk berjalan menuju ke pintu pagar rumah suspek dan apabila sampai, saya diminta oleh Datuk Yahya untuk membacakan amaran bertulis tadi.
Selepas itu, Datuk Yahya sekali lagi membuat percubaan untuk berunding, berunding agar mereka menyerah diri kepada polis dan patut membenarkan wanita dan kanak kanak agar keluar dari situ, walau bagaimanapun mereka tetap enggan malah menyatakan bahawa mereka mahu kekal dan menghadapi apa sahaja yang bakal terjadi. Dan sekali lagi, Pengarah iaitu Datuk Yahya memberikan perusuh lima minit lagi untuk menimbangkan tawarannya.
However, the least expected outcome did happened and its saddened me.
"Bunuh! Bunuh! Allahu Akbar! Allahu Akbar!" Pisau pisau panjang, golok-golok, buluh-buluh runcing serta batang-batang kayu yang semakin menggila bersimpang siur mengelilingi saya. Beberapa batang lastik pula sentiasa diarahkan ke wajah saya. Tolakan atau singgungan yang paling lembut pun sudah cukup membuatkan beberapa butir peluru lastik tersebut terbang ke arah saya dengan bunyinya yang bersiungan. Ini sepatutnya cuma satu rondaan rutin yang biasa, sekadar mahu memandu melewati ceramah politik umum oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bagi memastikan sendiri undang-undang terus dihormati dan keselamatan awam pula terkawal. Anak-anak buah yang lain pula sedang menjalankan tugas mereka, mengawal lalu lintas dan memastikan keselamatan para hadirin. "Bunuh! Bunuh! Bunuh! Bunuh!" Sebatang dahan pokok sedang ditarik melintasi jalan. Saya bersama sama rakan sepasukan kini sudah terperangkap. Malah pintu kereta pun tidak dapat dibuka langsung. Sekurang-kurangnya seramai 200 orang lelaki telah mengepung kereta peronda yang saya naiki, yang terus menerus dipukul dan dihentam dengan segala senjata sambil mereka melaungkan bermacam-macam ugutan. Sebilah pisau panjang muncul tak sampai satu kaki pun jaraknya dari tingkap saya yang terbuka. Dengan harapan dapat mengejutkan para perusuh tersebut agar kembali waras, saya pun menghulurkan lengan keluar lalu menampar sisi pintu kereta dengan sekuat-kuatnya. " Bertenanglah. Apa masalah ini?" "Pulangkan balik senjata kami kalau tidak kami bunuh!' jerit seseorang. Para perusuh menangkap katanya dan jeritan mereka makin bergempita. "Bunuh! Bunuh! Bunuh! Bunuh!' kemudian diikuti pula oleh satu hinaan yang tidak menyenangkanlangsung. "Kami mati syahid, hangpa mati katak!" Tunku Muszaffar Shah bin Tunku Ibrahim OCPD Baling Ceramah Politik Umum PAS Kampung Memali, Baling, Kedah 20 Oktober 1985 / 8.00 malam MEMALI REVISITED
Petikan di atas merupakan sebahagian daripada nukilan pengalaman Tunku Muszaffar selaku OCPD Baling pada waktu kejadian Memali berlaku, yang ditulis di dalam buku beliau 'Memali: Pengalaman Seorang Polis'. Sepanjang pengalaman beliau bertugas, beliau mendapati Amanat Haji Hadi adalah salah satu penyebab/punca utama kepada perilaku orang kampung yang merusuh seakan akan dirasuk dan melawan kerajaan. Amanat ini yang dipercayai disampaikan oleh Ibrahim Libya kepada pengikutnya di setiap ceramah beliau juga telah menyebabkan beberapa pengikut mereka yang anak-anak berkahwin dengan polis atau pun orang UMNO telah dipulau oleh Ibrahim Libya sendiri dan pengikut pengikut yang lain.
Melalui petikan diatas ini juga kita boleh lihat betapa taksubnya pengikut Ibrahim Libya terhadapnya dan juga terhadap amanat Haji Hadi Awang. Di mana-mana, melalui video yang ditayangkan jugak, kita boleh lihat amanat tersebut digantung dan disebarkan di dalam pelbagai bentuk dan kaedah semata mata untuk memastikan amanat itu disebarkan secara meluas dan digunakan secara maksimum untuk membangkitkan perasaan benci yang amat sangat kepada UMNO dan Polis.
Ibrahim Libya merupakan satu satunya anak jati kampung yang berjaya belajar di luar negara (Maahad Dakwak, Tripoli, Libya) pada waktu ketika itu, dan kemudiannya bertugas sebagai pendakwah yang dibiayai oleh Kerajaan Libya dan ditempatkan di Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri dan pernah beberapa kali menyampaikan syarahan agama menerusi Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). Pada 16 Januari 1976 beliau meletak jawatan dan kembali ke kampung halaman dan mengajar di Madrasah Ittifaqiah Islamiah.
Mengikut cerita oleh orang kanan Ibrahim Libya iaitu Muhamad Yusuf Husin, memberitahu, dalam hal kematian, jika ada orang Pas yang mati, sebahagian besar orang UMNO akan datang berziarah. Tetapi jika ada kematian di kalangan orang UMNO, Ustaz Ibrahim dan pengikutnya tidak pergi menziarahi mayat, malah menurut Yusuf Husin lagi, masyarakat Memali akan mengadakan sembelihan di Madarasah Islahiah Diniah pada tiap tiap tahun. Ibrahim Libya tidak membenarkan orang orang UMNO dijemput atau daging korban disedekahkan kepada mereka dengan alasan orang UMNO itu kafir.
Pada 12 Jun 1984, di Kg Musa Pedu, Kuala Nerang Kedah, beliau menyeru supaya "MENENTANG SESIAPA SAHAJA DENGAN PEDANG WALAUPUN ADIK,ABANG ,PAK CIK ATAU DATUK NENEK KITA SENDIRI DAN JANGAN KITA CAMPURI MEREKA KERANA MEREKA ITU ADALAH MURTAD. JANGAN BERCAMPUR GAUL DENGAN ORANG ORANG UMNO YANG TELAH KAFIR. SEMBELIHAN MEREKA, MASAKAN MEREKA ADALAH HARAM. JANGAN KITA HADIRI KENDURI MEREKA."
Bapa kepada Ibrahim Libya, iaitu Haji Mahmood mempercayai Ibrahim Libya mula menjadi EKSTREM ketika datangnya Ustaz Mohd Hassan bertemu dengan anak nya. Bapa Ibrahim Libya, menambah, " Anak saya itu tidak suka mengikut nasihat orang lain termasuk diri saya sendiri.Saya telah menasihatkannya sebanyak 20 kali iaitu selepas 20 kali hari Jumaat supaya ia menyerah diri tetapi dia terus berdegil. Saya ingat 20 kali ini kerana mengikut orang tua-tua, kalau hendak menasihatkan anak, elok dibuat selama 20 Jumaat. Kali terakhir saya menasihatkannya ialah pada pagi 19 November 1985 tetapi dia terus engkar walaupun saya mengugutnya jika dia tidak mahu mendengar nasihat saya, saya tidak mahu mengakunya anak." KAITAN INSIDEN MEMALI, SAUK, BERSIH, LAHAD DATU
Di sini kita boleh lihat, tercetusnya Peristiwa Memali bukan disebabkan oleh Ustaz Ibrahim Libya tetapi ianya dek termakan dengan hasil Hasutan Ustaz Mohd Hassan melalui amanat Haji Hadi Awang. Ustaz Ibrahim Libya selaku seorang idola kampung halamannya sudah tentu mempunyai ramai anak buah, justeru, Ustaz Mohd Hassan telah mengambil kesempatan terhadap beliau dengan menggunakan pengaruh yang besar itu, bagi menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan.
Penangan amanat Haji Hadi itu masih lagi boleh dirasakan sampai ke hari ini, di Sauk, bagaimana tumpasnya kumpulan Al Maunah, semasa Bersih, Polis sekali lagi dihina sebagai anjing kerajaan, dipijak, dirempuh ditendang oleh perusuh-perusuh terutamanya dari PAS sendiri iaitu melalui Unit Amal mereka. Untuk kes di Lahad Datu pula, polis dihina sehina hinanya apabila dituduh anjing kerajaan, sanggup jual maruah dan nyawa sendiri semata mata untuk memenangkan Barisan Nasional pada PRU 13 nanti berikutan dengan kenyataan Tian Chua menyatakan krisis di Lahad Datu hanyalah SANDIWARA yang DIORKESTRAKAN oleh UMNO.
Jelas, di Memali, Sauk dan Lahad Datu, yang memulakan 'panic attack' atau menyebarkan propaganda adalah daripada pihak pembangkang dan aku sendiri pun tak faham kenapa mesti dari pihak pembangkang. Adakah ini bukti jelas menunjukkan mereka sememangnya adalah dalang dalam kes di Lahad Datu dan juga di dalam peristiwa peristiwa lain untuk mengkucar kacirkan negara?
Persoalan tersebut aku biarkan kepada pembaca untuk sama-sama kita fikirkan. p/s - Revolusi PAS, dulu nasionalis sayap kiri (sebelum Merdeka), kemudiannya Islamist Radikal (acuan Pas terhadap revolusi Iran), dan pada hari ini Islam Liberal. (Monopoli Puak Erdogan)
p/s - Ya semua ini akan dipercayai oleh penyokong-penyokong benak Bang Non. Penyokong PAS selama ni xbenak pon dah jadi benak sebab makan banyak sangat dedak Bang Non. Dah- dah la tu Bang Non..your time is DUE!!