Thursday, April 23, 2009

korupsi=rasuah=duit kopi

di dalam edisi kali ini izinkan wak untuk bermadah dalam bahasa ibunda yang tercinta

assalamualaikum

RASUAH!!
APAMENGAPABAGAIMANA

Rasuah-amalan tidak berintegriti yang harus dibenci. Secara umumnya
rasuah merupakan jenayah atau kesalahan undang-undang apabila
seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan daripada pihak
berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah keraian dan
lain-lain bentuk kepada pihak-pihak tersebut.
Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia,
empat kesalahan rasuah yang utama:
  1. MEMINTA/MENERIMA RASUAH
  2. MENAWAR/MEMBERI RASUAH
  3. MEMBUAT TUNTUTAN PALSU
  4. MENYALAHGUNAKAN WATAN/KEDUDUKAN
MENGAPARASUAHBERLAKU

  1. Hilang nilai keimanan dalam kehidupan manusia
  2. mmg tabiat manusia sukakan harta benda dan kemewahan
  3. Tidak amanah. Amanah terpinggir apabila urusan diberikan pada seseorang yang tidak layak menyandangnya.
  4. Tiada penerapan hukum Allah dalam kehidupan manusia.
  5. Kurang pemahaman atau tidak faham langsung dengan konsep serta ajaran Islam secara betul dan menyuluruh
  6. Lemah pendidikan agama dan etika.
  7. Tamak.
  8. Banyakl berhutang.
  9. Ada keinginan dan ada peluang.
  10. Kepimpinan dan pentadbiran yang lemah.
  11. Faktor sosial menganggap rasuah sbg cara hidup.
  12. Untuk mencapai cita-cita.
  13. Belanja hidup yang semakin meningkat.
RASUAHDIMALAYSIABARUBARUINI
  • Dato' Seri Ali Rustam( Ketua Menteri Melaka)
STATUS= Beliau telah didapati bersalah dan telah digantung daripada turut serta di dalam pilihan raya Umno baru-baru ini. Perlu diambil perhatian DS Ali Rustam terlibat secara tidak langsung kerana perkara tersebut dilakukan oleh Setiausahanya, oleh sebab itu UMNO telah menghukumnya kerana telah melanggar etika parti.(hmm,rasuah tetap rasuah walau bagaimanapun wak berharap DS akan lebih berhati2 kerana perkara tersebut telah mencemar nama baik DS, all the best in ur future)
  • KHAIRY JAMALLUDIN (KETUA PEMUDA UMNO)
STATUS=Ni sorang lageyh..huhu dah la wak dok bawah dia sebagai seorang ahli pemuda umno..
okeyh2..minta maaf bos..haha..beliau telah didapati bersalah walau bagaimanapun tidak dikenakan sebarang hukuman dan cuma diberi amaran oleh Lembaga Disiplin Umno..huhu..xtaulah wak nk ckap..sorang lagi bersalah kena gantung tapi mai tang bos wak dapat amaran ja??hehe xpa2..takdir allah..wallahualam mcm mana boleyh jadi kowt lagu tuh..macam mana pun wak tetap percaya KJ berkelayakan untuk memegang jawatan tersebut(wak nk mukhriz lagi etceli) wak memuji style,keberanian, kepintaran, kepetahan bercakap dan kepimpinan anda. Wak yakin!

KOMEN WAKDANIAL
dah la tuh...wak malas r nk bermadah2 neyh..cam skema taik la pulak..okeyh..wak ada seorang rumate wak di matrix yg menyokong pas..wak tau pas adalah parti yang menegakkan islam..dan yang paling penting wak hormat tok gurunye iaitu Tok Guru Nik Aziz Nik Mat..walau bagaimanapun wak kdg2 x sekepala dengan tindak tanduk penyokong pas sendiri yang tidak menunjukkan islam sebuah agama yang tidak sukakan kekerasan dan keganasan. wak ambil contoh semasa pilihan raya 2008,wak sedih bila baca newspaper dan tgk berita kat tv yg tunjuk penyokong2 pas merosakkan kereta menteri2 BN dan UMNO dan membaling batu terhdap bas yang dikatakan membawa phantom voters , yang tambah memalukan siap pakai kopiah kat kepala..huhu..sebab tu kadang2 wak xsuka ngn dieorg tapi wak tetap memuji pas yang mempunyai asas dan ideologi mereka yang xpernah bertukar dari dahulu lagi iaitu menegakkan islam..itu wak sokong..xmcm pkr yang mcm lalang..bertukar asas dan ideologi mengikut kepentingan si anwar al-juburi..
wak x nak ckp pasal tu, matlamat wak ttg rasuah..rumate wak cakap KJ tu maen taktik kotor sebab tu boleyh naek cepat..huhu..wak cam sokong gak r tp wak xleyh nak sahihkan sbbwak xde bukti nk ckp dia naik dengan rasuah..wak dgr ajelah.. mungkin itu rezeki die nak naik cepat pastu dia tambah lagi..dia cakap azalina menang tanpa bertanding dulu pun sebab rasuah..wak dah xingat azalina lwn ngn sapa tp xsilap wak org pas jugak..yang wak herannya mana dia dengar cerita??bukti??wak xpernah dengar pun dakwaan ke atas azalina keluar?mcm nilah..wak bwat konklusi cerita dia tadi..klu bn atau umno menang ja..semua rasuah..kami menang kotor..PR ja betul mcm lah diorg neyh xpernah terima rasuah..ttg kes azalina td..klu azalina rasuah kita tanya balik,dia rasuah siapa? klu x silap yg lwn dia adalah org pas so makna kata azalina rasuah orang pas lah..klu jadi macam tu..adakah adil hanya azalina sahaja yang digelar kotor? habis yang penerima rasuah macam mana? di biar bebas senang lenang menikmati duit rasuah??patutkah pemberi rasuah shaja yg patut disiasat?ha..itu kita kena pikir balik..rasuah adalah satu hubungan dua hala,rasuah tidak akan terjadi kalau si penerima menolak sogokan tersebut..oleh sebab itu kawan2 sekalian terutama muda mudi malaysia sekarang, bakal pemegang tampuk pimpinan di masa depan, janganlah kita cepat terpengaruh, menuduh sana-sini ttg rasuah tanpa mengetahui kesahihan atau hujung pangkal cerita tersebut..adalah lebih baik kita tengok,lihat,jeling dan dengar..kita ambil segala cerita ttg rasuah sebagai iktibar untuk diri kita sendiri agar kita tidak akan terlibat dengan aktiviti yang kotor dan keji tersebut..kepada sahabat2 wak terutama yang masih belajar jgnlah terlalu seronok mengutuk, mengherdik dan mencaci mereka yang bersalah melakukan rasuah..perlu diingat kita belum lagi terjun ke alam bekerja,kita belum lagi menempuh alam ini yang merupakan alam yang paling mencabar dlam hidup kita..mungkin suatu hari nanti kita berpangkat besar,berkereta besar dan mempunyai simpanan yang besar..ingatlah ujian allah akn datang pada bila2 masa dan mungkin pada ketika itu akan ada sekumpulan manusia yang akan menyogok anda..klu diri anda baek insyaallah anda menolak sogokan tersebut..klu tidak hanya allah shj yang tahu..oleh sbb itu,mula dari sekarang kuatkanlah iman masing2, selalulah menghadiri ceramah agama agar iman kita 'MANTOP'..kesalahan orang laen mmg kita senang nmpak tetapi kesalahan sendiri susah sangat..nk buat mcm mana itulah lumrah manusia..remember, life is a circle, there are times when u r at the top of it and there are times when you are struggling at the bottom..JGN SEKARANG KITA PLG KUAT MENGUTUK PIHAK YANG TERLIBAT RASUAH,DAH KERJA NANTI KITA PLG KUAT MKN DUIT RASUAH..

sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam perahu,
ada silap tolong tegurkan,
kalau tak mana lah wak nk tahu.

semua yang baik datang daripada allah dan yang buruk terlebih terkurang datang dari kelemahan diri wak sendiri.. wallahualam..


No comments:

Post a Comment