Kena Ranjau Hidup-Hidup!! Ajaq Pala Hangpa la Weyh!
Ranjau secara ringkasnya bermaksud TIPU dalam loghat orang Pulau Pinang. Sapa yang kena ranjau? Bagi wak, seluruh Melayu Pulau Pinang dek akibat terpedaya dengan janji-janji dan manifesto-manifesto yang ditaburkan oleh Parti DAP. Lepas satu masalah ke satu masalah yang lain, itulah yang dapat dirasai oleh Melayu Pulau Pinang. Kalau sebelum ini kes yang berkaitan dengan penduduk India Kg Buah Pala yang telah dihalau dari kampong mereka atas tujuan untuk memberi laluan kepada pembangunan, kini tiba sudah giliran kampong Melayu.
Sewaktu kes Kampung Buah Pala kecoh, parti pimpinan KALIPAH dengan senang menuduh kerajaan terdahulu. Kali ini apa lagi alasan yang nak diberikan oleh KALIPAH??
Hilangnya Kg Melayu
16 buah rumah orang Melayu di Kg Pokok Asam akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada sebuah projek perumahan kerajaan negeri. Projek perumahan berkenaan akan dibina dengan kediaman-kediaman berharga RM800,000 sebuah. Bayangkan harga kediaman projek tersebut berharga lebih setengah juta tetapi pampas an yang diberikan kepada penduduk kampong hanya berharga RM75,000 sahaja.
Kalau projek pembangunan itu perlu sangat pun dan memang tidak dapat dielakkan, mintak sangat-sangatlah supaya pampas an yang diberikan berpatutan. RM 75,000 boleh ka beli rumah dekat tengah-tengah Georgetown nih? Harga sebuah rumah teres dekat Bertam, Kepala Batas pun harganya RM80,000 itupun harga 5 tahun yang lalu,inikan pulak harga sebuah rumah dekat Georgetown yang orang panggil ‘TANAH EMAS’ ni. Takkan kerajaan negeri xboleh pikir? Ada akai pikiaq la. Laenlah kalau kerajaan negeri memang berniat nak halau orang Melayu Pulau Pinang keluaq dari Pulau Pinang dan berpindah ke Sg Petani yang harga rumahnya jauh lebih murah dari harga rumah di Pulau Pinang.
Kampung Pokok Asam didiami oleh lebih 200 penduduk kampong yang mana setiap rumah ada lebih kurang tiga buah keluarga. Kalau boleh dapat pun sebuah rumah teres dengan harga 75 K tu, muat ka kalau nak sumbat tiga keluarga dalam sebuah rumah teres? Memang dengan projek mewah sebegini akan menguntungkan kerajaan negeri dan memang cukup baik dalam memulihkan industry pelancongan di Pulau Pinang tapi janganlah sebab kelabu asap dengan keuntungan, kebajikan rakyat Pulau Pinang sendiri diabaikan oleh kerajaan negeri. Kalau macam tu apa yang bezanya antara pemimpin parti pakatan dengan pemimpin parti barisan?
Lepas Kampung Pokok Asam, kampong yang seterusnya adalah Kampung Binjai. Dilaporkan 50 buah rumah akan digantikan dengan pembinaan rumah berkembar tiga tingkat berharga lebih kurang RM 500,000 setiap satu. Sekali lagi, pampas an yang dibuat tidak munasabah dan tidak adil bagi penduduk Kg Binjai. Kalau penduduk Kampung Buah Pala boleh mendapat pampasan yang lebih lumayan, kenapa tidak penduduk Kg Binjai dan Kg Pokok Asam? Xdapat Binjai, Benjoi yang melekat kt muka nanti....
Haa, pemimpin UMNO, hgpa dok tunggu pa lagi?? Cargas la buat kerja...
Kafe Do Re Mi
Kafe Do Re Mi baru ja dirobohkan oleh majlis perbandaran apabila didapati bertapak di atas tanah kerajaan negeri. Setelah sekian lama beroperasi, berkongsi kisah pahit manis,suka duka dan lara dengan pengunjung-pengunjung setia tanpa dikacau oleh majlis perbandaran, bila DAP ambil alih ja, BOOM!! Kafe Do Re Mi jatuh rebah ke tanah.
Baru-baru ni kawan Wak bukak cerita pasai Kafe ni.Dia kata dia pernah buat barbeku kat situ.Kawan wak kata Kafe Do Re Mi ni dikelilingi oleh rumah-rumah mewah yang dibina berdekatan dengan pantai. (alah stended la orang-orang kaya nih,bajet dok kt Miami kot) Kawan Wak kata, salah satu daripada sebab kafe ni dirobohkan adalah sebab kafe ni terlalu bising sehingga menganggu ketenteraman penduduk-penduduk rumah mewah nih. (nak dok tenteram,pi dok dalam hutan la weyh),tambah rakan Wak lagi, ada sesetengah rumah yang dibina dah masuk kawasan tanah kerajaan tapi xpun dikacau oleh majlis perbandaran. Pemilik rumah tu mesti satu geng hang kan KALIPAH MOTHER F-ER.Ada elemen-elemen double standard ka kt sini? Depan penyokong hangpa,bukan main lagi AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR,ADIL LA,SAKSAMA LA,TELUS LA, APA JADAH LAGI NTAH. Teloq hang la KALIPAH MOTHER F-ER weyh!
Dan yang paling ironic sekali, pemilik Kafe Do Re Mi ni adalah penyokong tegar PKR. Haa..tu la hang dulu bukan main dok ludah lagi,ludah sana,ludah sini, sekarang ni semua jatuh kt muka hang balik. Dok puja sgt Bang Nuar hang tuh, sekarang dia boleh buat apa? Dia Boleh tolong hang ka? Xdak la weyh. Hang kena ingat hang tu sapa. Hang boleh tolong dia pi Putrajaya?? Kalau xboleh jangan mimpi la dia nak tolong hang. Senyum kambing la sekarang. Pi tukaq parti cepat-cepat la weyh.
Balik Pulau
Sebagai seorang yang membesar dekat sini, hati Wak betul-betul dekat dengan Balik Pulau. LekLau yang dulu dengan sekarang dah jauh berbeza dah. Kalau dulu stesen bas kecik dkt tgh2 pekan, tapi sekarang stesen dah besaq,canggih, dan lagi lawa. Kalau dulu xdak KFC,xdak McD, tapi sekarang dah ada dah, kalau dulu xdak Kassim Mustaffa tapi sekarang, dah ada dah. Bagi Wak itu adalah pembangunan yang perlu untuk rakyat Balik Pulau Cuma pembangunan yang Wak against adalah bila dapat tahu, ada kawasan lereng bukit Balik Pulau akan ditarah jadi kawasan perumahan kediaman mewah. Mewah sangat ka kalau duduk sorang -sorang kt dlm hutan atas bukit tu? Habaq mai kat Wak. Bukit LekLau tu dah la fragile.Bila hujan lebat ja ada la tanah runtuh. Xdak projek perumahan pon dah ada tanah runtuh inikan pulak nak buat projek perumahan. Nak mati ka? Gila la weyh. Tolong la kekalkan keadaan sebuah perkampungan dekat pekan Balik Pulau ni.Janganlah sampai satu hari nanti Balik Pulau jadi tempat tinggal untuk THE RICH AND FAMOUS sahaja.
Wahai orang muda,
jangan terlalu mendabik dada di atas kemenangan kamu di PRU 12 tempoh hari. Buat pengetahuan kamu. Kemenangan kamu disebabkan undi protes orang Melayu Balik Pulau terhadap kerajaan BN yang telah mencalonkan Dr Norraesah.Macam mana Wak tahu? Wak tahu sebab Wak ada dekat sana bro.
Wahai orang muda,
Jangan terlalu berpolitiking sampai terlupa akan kebajikan rakyat Balik Pulau. Lu ingat lu boleh tahan lama ka olang muda? Jangan mimpi di siang hari la. Wak dah lama memerhati kamu nih. Apa yang kamu dah buat untuk rakyat Balik Pulau? Jadi 15 MP yang nak jatuhkan Kalid Gagap? Woi budak hingusan! Jaga tempat hang dah la mangkaq ubi oi!
Wahai orang muda,
Kelayakan pelajaran kamu, kepetahan bercakap kamu tidak akan menambat hati rakyat Balik Pulau selama-lamanya. Apa yang rakyat LekLau nak adalah seorang pemimpin yang sedia berbakti untuk mereka dan lebih utama pemimpin yang xbanyak POLITIKING macam kamu tu. Blog kamu pun last update 27 April 2010, itupun tajuk kamu>> JUSTICE FOR ANWAR IBRAHIM.
Wahai orang muda,
Ini bukan amaran, ini satu teguran. Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Laju-Laju Perahu Laju,
Perahu Bernama Si Kapal Layar,
Jaga-Jaga Orang Melayu,
Ditelan Naga Dibelit Ular.
*wakdanial*
SLM BRO..ORG MLAYU YG DAH UNDI PUAK KOMUNIS TU TAK PAYAH LA NK RASA KESAL SBB GERAM X BERTEMPAT PUNYE PSL. TERIMA LA NASIB SEADANYA DEK KRN MENGUNDI IKUT KEPALA LUTUT. BAK KATA ORG2 TUA "SESAL KMUDIAN DH X BERGUNA" ADOIYAIII
ReplyDeleteHuhuhu..betul tu bro...tp masalahnye yg x ngundi puak komunis pun kena tempias bro.xpasal-pasal nnti Wak jadi rakyat republik Pulau Pinang. Bro cuba lalu dkt persiaran bukit jambul kt pulau pinang, kt batu ferringghi, semua projek perumahan untuk org kaya...mcm cendawan sekarang ni tumbuh..sye amik contoh kondo exclusif the cove, dengan satu perumahan exclusif dkt lereng bukit balik pulau nk menghala ke batu ferringhi>>Botanica CT.memang dasyat.lepas ni ramai ler rakyat singapore n hongkong masuk. Adoiyai! habes la! lepas ni kemungkinan Singapore nak join malaysia semula pun xmustahil semuanya bergantung kepada result PRU 13 akan datang le gamaknye. Adoiyai!!
ReplyDelete