Sunday, August 14, 2011

Bacaan Al Quran dan Spekaa.


Isu Bacaan Al Quran sebelum Azan



14 0119H Ogos 2011

Alasan-alasan Ustaz MAZA berikutan pendirian beliau:

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nab, kata Abu Sa'id al-Khudri: “Ketika Nabi beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda.

Sememangnya, aku bersetuju dengan kenyataan beliau tetapi tidak semua dan janganlah kata bila aku tak setuju nanti ada yang keluar statement menuduh aku kafir dan sebagainya. Aku ambil pengalaman aku dahulu ketika aku masih bersekolah di Penang Free School, Asrama aku memang dekat dengan Masjid Negeri dan sememangnya setiap pagi aku akan dengar bacaan ayat suci Al Quran sebelum azan subuh dan ikhlas bercakap dengar sahaja bacaan tersebut aku dah tau azan subuh dah dekat dan selalunya masa yang diambil untuk memasang kaset bacaan tersebut tidak lama, yakni mengukuhkan lagi bukti bahawa qariah masjid memang tidak berniat untuk menganggu ketenteraman orang awam, Lagipun ianya merupakan bacaan ayat suci al quran dan bukannya lagu rock metal, mustahil akan menimbulkan rasa tidak tenteram bukan? Sebenarnya, ramai orang bukan Islam di Malaysia yang tidak mengenal Islam walaupun dah lama dah berkawan dengan orang Islam, ada yang ingat bacaan selepas azan itu merupakan cara kita sembahyang dan aku pernah dengar guru tuisyen aku dengar hati riang ria dan gembira melaungkan azan dalam nada mengejek dan sebagainya dan perbuatan ini disambut oleh gelak ketawa rakan-rakan non muslim aku yang lain. Apa yang aku buat terhadap guru tuisyen aku selepas insiden tersebut biarlah menjadi kenangan aku seorang.

Hujah mengatakan bahawa bacaan ayat suci al quran menggunakan pembesar suara akan menganggu Jemaah yang sedang beriktikaf adalah tidak masuk akal kerana kalau tak salah aku pembesar suara tu boleh di adjust mode sama ada :

i) Mode dalam dan luar( dimana Jemaah di dalam dan di luar masjid pon dengar)

ii) Mode dalam (dimana Jemaah di dalam sahaja dengar)

iii) Mode Luar ( dimana Jemaah di luar sahaja dengar)

Aku pernah mengalaminya dimana sebelum aku masuk ruang solat aku boleh mendengar bacaan ayat suci al quran yang dimainkan tapi bila aku masuk dalam ruang solat tiada lagi bacaan ayat suci al quran dan aku tahu ianya masih dimainkan tapi tak taulah kalau ada qariah masjid yang tak sedar adanya teknologi sebegini. Lagipun, waktu subuh keadaan di sekitar masjid adalah lengang, sunyi sepi tanpa sebarang aktiviti oleh itu bacaan ayat al quran hanyalah sebagai satu langkah untuk mengimarahkan masjid atau surau berkenaan dan aku tak nampak kat mana yang salahnya dan menurut Majlis Fatwa Kebangsaan juga, keputusan yang dikeluarkan oleh JHEAIPP ini akan memecah belahkan perpaduan umat Islam di Negara kita. Lepas ni,konfem, Majlis Fatwa Kebangsaan akan dicop sebagai EJEN UMNO.

Menurut Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Datuk Dr Abd Shukor Husin, berkata, larangan itu tidak perlu diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri sebaliknya mengikut budi bicara dan disesuaikan dengan keadaan sesuatu tempat. Beliau berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri seharusnya mengadakan perbincangan dulu bersama mufti di negeri lain melalui Majlis Agama Islam kerana larangan itu dibimbangi akan menjadi asas hukum kepada larangan sama di negeri lain.

Katanya, pertemuan dengan masyarakat setempat perlu diadakan bagi memperoleh kata sepakat sama ada mereka bersetuju jika dilaksanakan larangan itu atau tidak. “Sepatutnya tak payah keluarkan fatwa dulu, fatwa itu harus berhemah dan berhikmah, kena kaji sama ada tempat itu memerlukan larangan atau tidak, kerana bila sudah difatwakan ia akan menjadi isu yang boleh menjadi punca masyarakat Islam tidak bersatu.

Contohnya satu kes masjid berdekatan dengan hospital, bila nak masuk waktu solat, imam baca al-Quran sehingga mengganggu pesakit, jadi mereka jumpa dengan mufti dan larangan itu boleh dipertimbangkan mengikut kawasan,” katanya

Apa yang aku takut dengan pendirian Dr Maza ini adalah ianya akan memberi peluang kepada orang bukan Islam untuk menolak azan kelak. Yalah, Dr Maza kata tak nak ganggu ketenteraman, ganggu tidur, dan ganggu segala ganggu ketenteraman orang bukan Islam yang lain. Lagipun Dr Maza kata, sedangkan jamaah yang mengangkat suara bacaan pon ditegur Nabi Muhammad S.A.W inikan pula azan yang menggunakan pembesar suara walhal pada satu ketika dahulu azan tidak pernah didengarkan melalui pembesar suara hanya menggunakan kelunakan dan kesampaian dan kebolehan anak tekak masing-masing.

Aku takut selepas ini azan pulak diperlahankan dan makin lama langsung tidak kedengaran disebabkan kerana tak nak mengganggu ketenteraman orang lain yang sedang nyenyak tidur, bersenggama dan sebagainya dan takut-takut akan ada orang yang akan beri alasan bahawa jika azan dimainkan di pembesar suara akan mengundang perbuatan tidak elok seperti azan diejek-ejek dan sebagainya. Masih ingat lagi peristiwa di mana Teresa Kok dan 12 orang yang lain membuat petisyen supaya azan di masjid dan surau di perlahankan dengan menggunakan alasan mengganggu ketenteraman bukan muslim yang lain? Nampaknya impian Teresa Kok kelak akan menjadi kenyataan.

Aku mungkin betul dan aku mungkin silap dan aku sedar aku tidak setaraf dan selayak Dr MAZA untuk mengupas isu ini tapi inilah apa yang aku rasa dan tergerak hati aku untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang lain supaya rakan-rakan lain faham dan sedar apa yang sedang berlaku baik di Malaysia mahupun di Pulau Pinang. Bagi aku, semua ini hanyalah permulaan bagi satu grand master plan yang ingin menggugat kesucian agama Islam dan aku percaya akan ada lagi yang lebih hebat akan menyusul semuanya hanya menunggu masa. Aku percaya ada pihak yang akan kata UMNO lah yang punca segala masalah murtad, tak cukup Islam dan sebagainya tapi sekarang ini kita bukan nak kata pihak mana salah tapi inilah masa untuk kita mengubah apa yang tak diubah, kalau dulu kononnya PAS tidak dapat sokongan UMNO berikutan isu Murtad, sekarang apa salahnya kalau UMNO dan PAS sama-sama perjuangkan isu murtad ini di Parlimen? At the end of the day,masing-masing akan dapat political mileage yang dikehendakkan di samping berjaya menegakkan syiar Islam. Mungkin kenyataan aku ni hanya boleh dipakai pada waktu ketika sebelum PAS bersekongkol dengan DAP,yelah, sebabnya PAS pun kena pikir jugak perasaan member-member dalam Pakatan Rakyat. Kita sendiri boleh tengok kepada pendirian Pas dalam-dalam isu-isu yang lain seperti isu disko di Kedah. Dan setelah berpuluh tahun lamanya bacaan al quran sebelum subuh di lakukan menggunakan pembesar suara mengapa baru sekarang ianya dipersoalkan?

p/s- rumah-rumah di kawasan Bandar semuanya rapat dan ada juga masjid yang dibina betul-betul di belakang rumah…kalau terus azan waktu subuh mau melompat dari katil orang-orang bukan muslim dengar…yelah mau pulak tiba-tiba ditukarnye setting mike high pitch hari tuuu…tak ke nayoooo….dan ini juga boleh dijadikan alasan untuk azan diperlahankan…dan aku tak terkejut kalau Dr Maza pon sokong nanti…..

No comments:

Post a Comment