Monday, August 29, 2011

Mat Sabu: Wira komunis yang tak didendang





Kedaulatan yang kian rapuh


Di saat orang lain gembira bercerita mengenai raya ,hantar ucapan raya dan sebagainya aku sedih melihat apabila kita sebagai generasi-generasi pasca kemerdekaan kian melupakan apa erti sebenar kemerdekaan dan apa yang nenek moyang kita telah korbankan untuk mendapat kemerdekaan tanah air tercinta kita. Genap 31 Ogos 2011, cukuplah usianya mencecah 54 tahun dan Setelah sekian lama,kemerdekaan yang ditagih akhirnya berada di genggaman. Tarikh keramat 31 Ogos 1957 menjadi saksi kepada seluruh rakyat Tanah Melayu ketika itu bahawasanya penat jerih dan setiap titik darah yang menitis bukan satu pekerjaan yang sia-sia. Roh-roh pejuang yang melayang ketika berjuang untuk kemerdekaan ini akhirnya boleh bersemadi dengan tenang.

Sedih aku bila Mat Sabu si pelopor al juburi mengeluarkan kata-kata nista dan biadap kepada anggota-anggota Balai Polis Bukit Kepong yang telah terkorban dengan mengangkat mat indera dan 200 ahli PKM yang lain sebagai Hero sebenar pada malam tersebut. Mat Sabu sendiri pon takde pada malam tersebut,berani dia kata macam tu. Untuk pengetahuan pembaca, mat indera adalah komunis yang bertanggungjawab dalam mengetuai serangan berdarah tersebut. Serangan itu yang bermula sekitar jam 5.00pagi dan bertarikh 23 Februari 1950 dan dalam kejadian tersebut para anggota polis berjuang habis habisan sehingga seorang demi seorang gugur menyembah bumi. Dua orang isteri anggota polis marin yang terkorban juga turut sama mengangkat senjata apabila mendapati mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Mat Indera

Balai Polis Bukit Kepong yang diketuai oleh Sarjan Jamil Mohd Shah dan dianggotai oleh platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan 3 Anggota Konstabel Polis Marin dan 4 anggota Polis Tambahan menjadikan kekuatan penuh seramai 22 orang anggota kesemuanya dan itu tidak termasuk dengan 13 belas orang isteri dan anak-anak anggota yang tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Waima dengan kekuatan yang sedikit ini jika nak dibandingkan dengan kekuatan komunis yang menyerang mereka, sudah tentu mereka akan kalah tetapi mereka tidak berganjak malah berjuang sehingga titisan darah yang terakhir dan ada diantara mereka yang dicampak ke dalam api dan dibakar hidup-hidup.








Di sini aku senaraikan beberapa anggota dan ahli keluarga anggota yang terselamat :-

Anggota Polis

1. Konstabel 10533 Othman Yusoff (meninggal);

2. Konstabel Marin 37 Abu Bakar Daud (meninggal);

3. Konstabel Tambahan 3472 Ahmad Khalid (meninggal);

4. Konstabel 7645 Yusoff Rono (78 tahun pada tahun 2000, meninggal dunia pada tahun 2005)

Ahli keluarga anggota

1. Mariam Ibrahim - balu Konstabel Muhamad Jaafar

2. Zainun Muhamad - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar

3. Abu Samah Muhammad - anak lelaki Konstabel Muhamad Jaafar

4. Zaleha - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar

5. Jamilah - anak perempuan Konstabel Marin Abu Bakar Daud

6. Hussain - anak lelaki Konstabel Marin Abu Bakar Daud

7. Fatimah Abdul Manan @ Timah Lawa - isteri Konstabel Hassan Osman

8. Pon Khalid - isteri Konstabel Marin Awang Ali

9. Fatimah Tuani - isteri Konstabel Hamzah Ahmad

10. Edmund Ross Williams Hunt - orang asli bertugas sebagai pemandu arah

Mereka yang gugur : -

Anggota Polis

1. Sarjan 2493 Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)

2. Koperal 7068 Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)

3. Lans Koperal 7168 Jidin Omar

4. Konstabel 9136 Hassan Osman

5. Konstabel 3933 Hamzah Ahmad

6. Konstabel 8600 Jaafar Hassan

7. Konstabel 7493 Muhamad Jaafar

8. Konstabel 5674 Abu Mohd Ali

9. Konstabel 7862 Abu Kadir Jusoh

10. Konstabel Marin 60 Ibrahim Adam

11. Konstabel Marin 68 Awang Ali

12. Konstabel Marin 181 Basiron Adam

13. Konstabel Tambahan 3475 Mohd Top Lazim

14. Konstabel Tambahan 3795 Jaafar Arshad

Polis Bantuan

1. Ins. Kudarina Naknok

2. AP 2130 Samad Yatim

3. AP Mahmood Saat

4. AP 1925 Ali Akop

5. AP 2127 Othman Yahya

Keluarga Anggota

1. Allahyarhammah Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud

2. Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud

3. Allahyarhammah Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali

4. Allahyarhammah Simah Abu - anak kepada Konstabel Abu Mohd Ali

Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis

1. AP Redzuan Alias

2. Embong Lazim

3. Mendiang Koh Ah Cheng



Semoga Allah merahmati perjuangan mereka dan hanya Allah sahaja yang tahu siapa yang berada di pihak yang benar. UNtuk pengetahuan pembaca, objektif PKM bukan sahaja untuk menentang penjajah Inggeris tapi juga untuk mewujudkan Negara Demokratik Republik of Malaya.Berikut adalah excerpt yang diambil dari buku yang ditulis oleh Chin Peng sendiri. Tertubuhnya republic maka hilanglah Institusi Diraja Melayu dan tanpa institusi ini tiadalah YDPA.

Hasrat Chin Peng

Dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang sudah hampir, kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu ini merupakan satu penghinaan yang besar bukan hanya kepada wira-wira Bukit Kepong dan waris-warisnya tetapi kepada seluruh anggota keselamatan yang telah bertungkus lumus dalam menentang Komunis dan memastikan kemerdekaan itu satu kenyataan. Diharap Mat Sabu tahu akan implikasi kenyataan yang dibuat dan aku rasa tak mustahil raya nanti Mat Sabu akan diterajang dan dipukul oleh sanak saudara nya sendiri.


Wajarkah hanya kerana kuasa dan kerusi tambahan di PRU13 kelak, pejuang-pejuang kemerdekaan kita dihina? Dikata demikian rupa seolah-olah mereka lah petualang yang sebenar? Dikatanya mereka ini adalah askar British, berjuang untuk British dan bukan untuk tanah air yang tercinta. Dikatanya juga komunis ini berjuang untuk Negara menghalau askar british dan kononnya untuk kemerdekaan Negara tapi bagaimana pula 14 hari yang tersedia selepas Jepun Menyerah kalah? Adakah perbuatan mengganas sedemikian rupa merupakan perjuangan menuntut kemerdekaan? Adakah dengan membunuh,merogol dan menggantung rakyat Negara sendiri satu cara memperjuangkan kemerdekaan? Mereka kata sejarah Malaysia telah diubah dan direka oleh UMNO. Adakah kenyataan dari veteran perang juga satu usaha UMNO dalam menipu rakyat? Yang aku pasti sejarah pasti berulang disebabkan mereka ini yang tidak mengerti apa itu kemerdekaan dan tidak mengenal siapa pejuang yang sebenar. Hanya dengan satu ceramah pembohongan sebegini,rakyat generasi kini mudah tertipu. Malu. Ingat Mat Sabu, masa peristiwa bersejarah ini engkau masih budak hingusan. Sekarang pon engkau jangan cakap tentang perjuangan kalau setakat duduk rumah goncang batang sendiri. Ingat, kalau terjadi apa-apa terhadap Negara tercinta ini, aku orang yang pertama yang akan lenyapkan engkau dari muka bumi. Tanah bertuah ini tidak memerlukan orang macam engkau.

Untuk waris-waris Wira Bukit Kepong,selamat hari raya aku ucapkan. Moga-moga roh-roh mereka yang terkorban ditempatkan di sisi orang –orang yang beriman. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54. Sama-sama kita kekalkan keamanan yang kita kecapi dan kepada anggota ATM dan PDRM, teruskan perjuangan dan usaha anda dalam mengekalkan keamanan. Kami rakyat Malaysia menyokong dari belakang.


No comments:

Post a Comment