Friday, January 20, 2012

Ini contoh Islam yang PAS bawak????








Aku sure once aku post video ni mesti ada yang kata jangan buka aib orang, tapi statement tadi tu cuma eligible untuk segala yang berkaitan untuk depa lah. Bila mana datang benda-benda yang tak berkaitan dengan depa dan video yang memalukan pihak sebelah sana depa akan kata:-


INI KEBENARAN!!!
RAKYAT HARUS TAHU!!
INI HAK RAKYAT!!

sekarang lu orang tengok kebenaran yang terpampang depan mata..

INI JUGA KEBENARAN!!!
RAKYAT HARUS TAHU!!
INI HAK RAKYAT!!


#FACEPALMED





p/s- hehe.ini bukan kali pertama aku tengok..hehehehe...


owh..video atas tu tak berkaitan dengan aku.okbai














Thursday, January 19, 2012

Tony Pua Grill Berchilli! Hamekkaww!











Ini gambar yang aku dapat di sepanjang liputan sidang media Menteri Pertahanan dengan Yang Berhormat Pembangkang. Di dalam gambar juga boleh dilihat Yang Berhormat Bung Mokhtar dan Khairy Jamaludin.

Dengar cerita Tony Pua kena grill cukup-cukup dengan wartawan pertahanan Nasibah Harun dari Perajurit dan Saudara Khoo Jin Kiat dari China Press? Itulah Tony Pua, menyalak bukan maen tentang LCS tapi takde fakta. Itu LCS, cerita tentang Scorpene dulu bukan main bangang ko compare pembelian Kapal Selam RMN dengan beli kereta second hand. Ko ni sama je dengan Kua Kia Soong, berbual macam hebat, siap tulis buku pasal malaysian defence padahal copy paste dari Dzirhan Defence, haram langsung takde kredit untuk dia.

Hehehehe. Bajet pandai tentang defence hape, choyyyyy!


HAMEKAWWW!!

SETEPEK KENA MUKA!!


p/s- Nak best lagi kita tunggu video sidang media nih.Berpeluh Tony Pua bhai.hehehe



kredit: Kritisonline
           Perajurit





Ustaz Azizan ejen UMNO??




Selama ni aku ingat Pakatan Rakyat beriya-iya la sangat nak hapuskan AUKU kononnya atas nama kebebasan mahasiswa,kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun tapi indah khabar dari rupa. Penat-penat Pakatan letak parasit dalam universiti untuk pergi berdemo sampai kena tangkap untuk tunjukkan kezaliman Barisan Nasional, yelah menurut abang ANWAQ, AUKU itu undang-undang DRACONIAN, menekan kebebasan mahasiswa. hehehe, tapi part paling lucu bilamana, hehehe, hangpa baca la sendiri :


SHAH ALAM - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahasiswa dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, Watch 13 menggesa agar lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Kedah yang dikenakan tindakan tatatertib 2007 dibebaskan.
Pengerusinya, Mohd Mus'ab Habib berkata, mereka turut mendesak agar pihak pentadbiran Kuin dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agar menarik balik kes membabitkan lima penuntut terbabit serta-merta.
"Menjelang perbicaraan kes lima mahasiswa Kuin pada 18 Januari ini (esok), kami melihat isu yang menimpa mereka adalah satu bentuk penindasan terhadap hak mahasiswa untuk berpatisipasi.
"Kami juga menyelar tindakan Pakatan Rakyat (PR) yang tidak mempunyai pendirian yang konsisten terhadap isu ini," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Menurut Mus'ab lagi, adalah wajar bagi negeri yang dipimpin PR tidak menggunakan akta 'zalim' kerana sebelum ini mereka menegaskan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) seperti yang tercatat dalam Buku Jingga.
Mei tahun lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, Kuin.
Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.
Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah  Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.



apalah nasib diriku yang malang oh zizan..



zizan oh zizan..apa ceghita?



Geng-geng hero Malaya Adam Adli, Safwan Anang dengan Syukri  tengah dok meroyan nih. Meroyan sakit kepala apa motif,sebab musabab ustaz zizan pakai AUKU gantung bebudak KUIN nih.

Di bawah adalah kenyataan dari Safwan Anang:

“Masih belum ada kenyataan rasmi daripada KUIN, kerajaan negeri Kedah khususnya Menteri Besar dalam isu penggantungan lima mahasiswa KUIN ini.
“Jika di Selangor Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengatakan AUKU tidak akan digunakan. Jadi apa pendirian Kedah di bawah PAS dalam isu ini…dalam manifesto Pakatan Rakyat mengatakan akan mansuhkan AUKU tapi di Kedah macam mana pula?” katanya pada sidang media di hadapan ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut di sini.
Jelas Safwan, penggantungan lima mahasiswa KUIN itu bertentangan dengan janji dan prinsip Pakatan Rakyat untuk memansuhkan undang-undang yang telah menyekat kebebasan mahasiswa selama ini.

“Kita mahukan satu jawapan rasmi dan permohonan maaf daripada kerajaan negeri Kedah dalam perkara ini, jika perlu bayar ganti rugi.
“Namun sehingga kini tiada respons, memorandum sudah dihantar namun tiada jawapan,” katanya.

Di bawah adalah kenyataan dari Syukri SMM:
“Apa yang berlaku di KUIN bertentangan dengan apa yang diperjuangkan PAS dan Pakatan rakyat, kita membantah sebarang bentuk diskriminasi terhadap kebebasan akademik,” katanya.


Aik? Takkan hantar memorandum je? Taknak pegi pecahkan cermin klinik lagi? Panjat gegar pagar? Err, guling-guling atas jalan? Turun bendera? woi, turunkan la bendera Pas tuh, ganti dengan bendera Bebas. Sibai bias! Kewak lah ngko Bebas. Takde telor ke hape? Ada jugak laporan tentang demo depan pejabat Pas, nah baca bawah: 

Kira-kira 20 aktivis mahasiswa berkumpul di hadapan ibu pejabat PAS sambil membawa sepanduk tertulis “Bebaskan 5 Mahasiswa KUIN”, “Benarkan Mahasiswa Bersuara”, “Mahasiswa Tolak AUKU” dan “Mansuhkan Akta 174”.


Woi, takkan 20 orang mahasewel je join demo depan ibupejabat Pas? Mana abang long kawasan baju merah yang dkt UPSI aritu? Dah ilang telor lepas kena sumbat dalam lokap ke hape? Itu je korang boleh buat? Takde publisiti besar-besaran? Puihhh.Aku nak tengok jugak korang guling-guling depan Pejabat Pas tuh. Jangan risaulah depa tak marah, sebab nya orang Pas la dok mula ajaq guling-guling atas jalan, takkan dah lupa weyh?
Syukri dengan Safwan dok sibuk bercerita tentang kejadian di KUIN ni bertentangan dengan apa yang diperjuangkan PAS dan Pakatan Rakyat nak buat apa? Hari tu sembang BEBAS dan SMM tak bercampur dengan politik luaq jadi kenapa perlu ambik tahu tentang perjuangan Pas dengan Pakatan Rakyat? Apa sibuk-sibuk? Atau kecewa kerana ditipu dan diperalat? Geng-geng Pro mahasiswa takmau bersuara jugak ka? Takmau mencapub buat PC jugak? Sedih lah aku dgn korang nih. Hidup terkontang kanting. Buat demo against Kerajaan pon kena buang, demo against proksi sendiri pon kena buang. Alahai..
Pergi belajar, duduk diam-diam lagi baik daaaaaa........

HEHEHEHEHEHEHEHEHEHE...

P/S= SOLIDARITI UNTUK KUIN LIMA BERSAUDARA TAKDAK KA? HEHEHE...TAKUT LAWAN TAUKE LETTEEEEWWWWW.....

Macam Brader Jai cakap la, apa barang PAS, sekarang DSAI la bro..baru UP..hehe






Tuesday, January 10, 2012

Coachella: Punca PKR bergomol dengan Perkasa. Macam budak 10 tahun!!















(gambar atas ni semua geng Pakatan Rakyat Punya)




(yang ni Perkasa punya, depa tak sempat bukak semua banner, teruih kena serbu)



Kalau nak diikutkan dengan apa yang dicakapkan atau disebut atau didengar dalam video PERKASA KENA BALUN , rata-rata orang Parti Keadilan Rakyat sangat marah dan tidak puas hati dengan Perkasa sebab bawak banner. Yang aku peliknya, hangpa geng PKR boleh bawak plak? Bias? Selama ni dok kata UMNO ni kroni, berat sebelah apa semua tapi sekarang hangpa pulak ikut style tu? Ludah langit kena muka sendiri?


Ada jugak kata, Perkasa datang tu nak bertembung dengan PKR dan bagi aku yang berada di tempat kejadian, statement tu tak boleh pakai sebabnya  sepanjang pergerakan Perkasa turun dari masjid sehinggalah beratur panjang di seberang jalan, tiada kata caci, maki hamun dan provokasi dari Perkasa. Yang aku dengar cuma maki hamun dari geng PKR. Jadi,persoalan sekarang, siapa provok siapa? Aku juga nampak seorang pakcik ni pergi tarik banner sampai jatuh, ahli perkasa buat apa? pegi pukul pakcik tu? takda bro, ahli perkasa tu angkat balik banner tu sambil senyum last2 orang tua tadi yang meroyan. Yang aku pulak, dok tengah-tengah sambil suruh geng Perkasa relax jangan butthurt. Sebab apa aku pi kat Perkasa bukan PKR? Sebab nanti aku pulak kena henyak takut depa ingat aku orang Perkasa. LOL.


Ramai yang bersorak, berseronok dan memuji tindakan PKR yang berjaya menghalau Perkasa. Nih nak habaq mai, PKR tu ramai dan satu lagi Perkasa datang dengan niat membantah Anwar bukan nak cari gaduh dengan geng PKR. Kuantiti depa pon sikit.Geng PKR ja yang nak gian nak bergadoh dengan geng Perkasa. Yalah, mana la tau kan esoknya gambaq keluaq paper. Leh jadi feymes macam hero kita adam adli. hehe

p/s- aku rasa ada monyet terlepas time perhimpunan 901 nih.








Monday, January 9, 2012

Hero Adam Adli digantung pengajian 3 semester








p/s- LIVE result dari UPSI. Mohon di-enlarge kan ya gambar ini. Terima kasih. 

Sunday, January 8, 2012

Budak Perkasa kena hempuk dengan PKR. Aku pon kena!! CEyt!!!







------->>>> baju kuning tu geng perkasa



p/s- ramai dok mintak nak video penuh.nah, aku bagi video penuh,puas ati hampa. Tapi maaflah aku xdapat nak bagi video yang lagi elok sebab aku pakai kamera biasa ja,yela, blogger tak bertuan, mana ada duit. Aku ada satu babak ada sorang bapak budak hentak budak tp aku tak sempat nak rakam. Xpa lah, biaqlah bukti tu aku yang simpan, sebab jadi depan kepala mata aku sendiri. Hangpa nak tau, kita boleh sembang lama sambil minum kopi. Aku malas cakap banyak, hangpa nilai sendiri. Sedih aku sebenaqnya,sebab aku dok tengah pergaduhan nih, aku sendiri pi mintak geng-geng perkasa rilek, jangan butthurt dengan maki hamun PR. Haish, malas aku nak komen, hangpa nilai sendiri lah..









Naib Ketua Cabang PKR Lembah Pantai kena serangan jantung.









Habis ja provokasi PKR dengan Perkasa dekat masjid, tiba-tiba pulak muncul budak-budak PR  tengah usung mamat nih keluar dari kawasan depan masjid ke kawasan trafik light. Mula-mula aku ingat dia ni kena pukoi, tapi bila pi dekat, dengaq depa kata mamat nih kena serangan jantung. Sebab aku takmau ada pihak yang akan spin cerita mamat ni kena pukoi, jadi aku rakam live untuk hangpa semua.


Pihak medikal punya respon sangat cepat, sekejap ja mamat ni dah dapat rawatan. Ada jugak yang bising, kenapa tak call ambulans,jadi aku pon rakam lah waktu medical ni mintak bantuan ambulans. Pergerakan ambulans agak terhad dan lambat sebab datang dari arah mahkamah. Sepanjang jalan tu penuh dengan penyokong PR yang berkumpul untuk celebrate kemenangan Anwar. harap mamat ni sembuh, takut jadi apa-apa dekat dia nanti, pihak medikal pulak dipersalahkan sebab ambulans lambat sampai. apa pon tak boleyyy..



p/s- ada info bagitau,mamat ni bukan calang-calang orang, Saudara Bakhta Naib Ketua Cabang PKR Lembah Pantai. 

Tenang di UPSI sepanjang menunggu perbicaraan Adam Adli









Keadaan tenang di UPSI.Mungkin semua penyokong Adam beralih angin menuju ke Kuala Lumpur atau masih enak dibuai mimpi? Kejap, bukan ke dulu ada yang berbual pompang sana pompang sini kononnya pelajar UPSI menyokong Adam Adli seterusnya menyokong perbuatan adam adli menurunkan bendera? Mana pergi SMM, yang memperjuangkan kononnya kebebasan akademik sehingga sanggup baring di jalanan tapi tiba-tiba keluar perkataan 'HANCUR UMNO'??? Apa kejadah ini semua? 

Kita tunggu perbicaraan Hero kita Adam Adli di UPSI pukul 3 ptg nih. Kepada abang polis, hormat ke hadapan hormat!!!! Jalankan tugas dengan baik bro, semoga segalanya dipermudahkan. Amin. 





gambar ehsan dari : harapanrakyat.blogspot.com


Laporan Ceramah Kelab Sultan Sulaiman

Penceramah:

Dato Mansor
Fadiah Nadwa
Shamsul Iskandar
Tian Chua
Mat Sabu
A Samad Said
Wan Azizah
Anwar Ibrahim
Nurul Izzah

Kronologi:

Tian Chua - menghasut hadirin supaya tak tidur dan turun berjalan dan berkumpul di masjid negara untuk bergabung dengan kumpulan yang lain. Tian Chua juga membangkit anti sentimen benci polis dan anti kerajaan.

Shamsul Iskandar - menghasut semua orang turun ke jalanraya. Mengatakan bahawa tiada bukti yang menunjukkan saiful diliwat. Tak lama berucap hanya lima minit sahaja, takda modal katanya. Dia jugak ajak tidur bertilamkan rumput,tar sejuk dan berbumbungkan langit di masjid dan Kg Pandan.

Mat Sabu - membangkitkan sentimen anti kerajaan dengan mengupas isu seperti PKFZ, AP dan NFC. Malah mat sabu mendakwa, jikalau anwar masuk penjara sekalipun pakatan akan tetap memerintah negara tanpa anwar kerana rakyat telah memilih Pakatan. Beliau samakan isteri bekas Perdana Menteri Tunisia dengan Rosmah.

A Samad Said- Lebih pada menyakinkan anak muda dalam menyokong ABU dan menanam sentimen dalam mengajak anak muda menyokong PR. Puisi pemimpin catik serukit dan puisi khas anwar ibrahim juga dialunkan bagi menanam perasaan simpati terhadap anwar.

Wan Azizah- tidak ambil endah jika anwar bersalah pon. Lebih menaikkan sentimen menentang kerajaan.

Anwar Ibrahim- ayat dia 'esok saya wajib tidak bersalah'. Dia ulas pasal kes liwat yang lama, isu bodyguard kena suntik dengan morfin. Yang aku paling heran, dia tak sebut pon pasal video seks china doll dia. Ada je kat aku video tu tapi hehehe...

Video ceramah dekat Kelab Sultan Sulaiman ada tapi akan diupload kemudian. Kita warm up dulu! Hehe


p/s- Kak Jijah sendiri pun tak ambil endah tentang kes laki dia. Yang lebih menakutkan, banyaknye penyataan yang berbaur hasutan. Satu benda je yang aku nampak, waima apa pon keputusan esok, gerakanbebasanwar901 tetap berjalan. Yang paling teruk kalau verdict tidak menyebelahi Anwar, apakah tindakan penyokong Anwar demi merealisasikan gerakanbebasanwar901? Aku bukan nak menghasut,tidak, tapi mengikut laporan esok anwar akan berucap diatas lori yang akan dibawa masuk ke dalam tempat berhimpun bagi membakar semangat penyokong-penyokongnya. Moga kita dihindar dari perkara yang tidak elok.




karpal sendiri cakap 
perbuatan meliwat 
antara saiful dan anwar dilakukan 
diatas dasar suka sama suka yeop!!!!!!!






kredit to keris7lok.blogspot.com,kedahkekl.blogspot.com,medantempurkedah.blogspot.com


10000 orang sokong Anwar malam ni????






Solat hajat di rumah DSAI. Lebih kurang 200 orang yang hadir. Kalau nak dibandingkan dengan expectation 10000 orang yang akan hadir, sememangnya malam tadi tak ramai. Aku malas nak cakap lebih-lebih nanti ada yang cakap aku main-mainkan solat. Baguslah Anwar buat solat hajat, maksudnya memang dia akan redha dan terima segala keputusan dan verdict hakim esok pagi. Waima, apa pun yang terjadi jangan salahkan hakim,jangan kata hakim kena beli. Apa pun, kita tunggu keputusan esok. Hehehe.  

p/s- Dengar kata DSAI akan bakar semangat penyokong dia sebelum keputusan dibacakan, atas lori tu beb. Harap-harap takdalah monyet di kalangan penyokong-penyokong Anwar nanti.

ini monyet






Tuesday, January 3, 2012

RUSUHAN 901- KERAHAN BERMULA HARI INI DI SEREMBAN!!!!





PETALING JAYA, 3 Jan - Parti Pembangkang (Pakatan Rakyat) akan menggerakan 100,000 orang penyokong untuk berhimpun secara aman sebagai tanda sokongan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini bagi mendengar keputusan berhubung kes liwat II. 
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali (foto) berkata, muslihat UMNO-Barisan Nasional yang mereka saya tomahan ini tidak akan menggelincirkan Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan persekutuan. Tegas beliau, Pakatan akan bangkit meruntuh tembok kezaliman walau apa pun konspirasi untuk memenjarakan Anwar. 
"Walau apapun keputusan pada 9 Januari ini, pimpinan Keadilan bersama Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia keseluruhannya telahpun bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan tepat. 
"Justeru saya memberi jaminan bahawa kepimpinan Keadilan akan terus menerajui agenda rakyat. Persoalan kepimpinan sememangnya diputuskan melalui permuafakatan dalam parti. 
"Semenjak dari penubuhannya kepimpinan parti merupakan suatu "evolutionary process," dan bukannya suatu "revolutionary process", katanya. 
Mengenai pendirian dan sokongan DAP pula katanya, Ketua AMK, Shamsul Iskandar sudah berjumpa dengan pimpinan DAP dan ianya akan dibincangkan semula dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat petang ini dan taklimat Pakatan Rakyat pada 5 Januari ini 
Ujar beliau lagi, Pakatan Rakyat akan meneruskan program himpunan besar-besaran di Pulau Pinang pada sebelah malam pada hari yang sama. 
"Apa yang telah kita susun, kita teruskan sama ada beliau dibebaskan ataupun dijatuhkan hukuman with bill atau without bill kerana gerakan ini bukan bermusim. "Gerakan rakyat akan berterusan sehingga PRU-13. 
Diharapkan beliau akan diberikan Keadilan. "Kita akan teruskan sama ada dibebaskan atau dipenjarakan dengan segera pada hari tersebut kita akan Penang. Kita ada satu perhimpunan besar pada 9 Jan jam 8 malam di tapak ekspo. 
"Kalau dibebaskan beliau akan balik ke kampung untuk meraikan kemenangan tersebut. "Sekiranya beliau ditahan kita akan balik ke Pulau Pinang untuk menuntut beliau dibebaskan daripada kezaliman," katanya. 
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Othman memberikan jaminan, Pas akan gerakkan rakyat turun berhimpun bersama pada 9 Januari ini. "Saranan saya, jangan seorang pun bawa senjata. Bawa video atau kamera untuk rakam. Saya seru ahli PAS untuk turun pada 9 Jan," katanya.

1. kalau ikutkan keratan akhbar ni, berat jugak si Azmin nak capai KPI 100 ribu org. Yelah, nak ajak pergi mahkamah tinggi KL tu bro..kereta jalan bukan pakai air bro..mustahil la semua ranting PKR hantar wakil..kalau ada pon, otai-otai depa yg akan menonong pergi mahkamah tinggi nanti.


2. Orang PKR sekarang pulak da jadi trend keluar parti untuk masuk UMNO. Aku heran, kalau betul-betul rakyat tolak UMNO, kenapa kalau keluar parti mesti masuk UMNO? Kenapa bukan DAP? Geng Boboi pulak da join UMNO. 


3. Kalau ikut keadaan semasa sekarang, mahasiswa ramai yang non partisan, walhal seciput lagi terdiri daripada panglima melayu yg beragama islam dan seciput lagi terdiri daripada panglima islam yang berbangsa melayu dan jangan lupa sekelumit lagi yang terdiri daripada Jet li, Jackie Chan dan Bruce Lee. Geng-geng Radjinikanh susah la nak nampak menonjol dalam universiti, kalau ada pon, pasti menyokong kuat di belakang panglima melayu.


4. Untuk kes Bang Nuaq ini, pastinya seciput panglima islam itu akan begitu semangat untuk hadir memberikan sokongan. Yelah, Bang Nuaq kan dah diangkat sebagai imam mahdi, jangan tanya aku, pi tanya Ustard badrool Amin. sekarang ni pulak, selalu aku dengar lagu-lagu yg membakar semangat jihad berkumandang dalam bilik aku, best jugak kekadang layan kepala roomate aku nih, tapi kenapa sekarang? persoalan yg sama yg diajukan kepada adam adli. 


5. Untuk seciput panglima melayu kt universiti ni pulak, tentulah kes ini akan ditunggu dengan penuh debaran. Tangguh lagi ataupun dihumban ke Sg Buloh? kalau ikut ura-ura yg aku dengar, next stop adalah Sg Buloh. Ok ni salah satu quote yang dah mula trending dengan penyokong Bang Nuaq:


'In my country, we go to prison first and then become President-Nelson Mandela'


* Puiiiiii!!!!>>>aksi meludah ke lantai, rummput mahupun meja oleh sekalian panglima melayu

6. Owh untuk bro Azmin yang sememangnya bermuka jambu, 9 januari nanti adalah minggu peperiksaan unutk semua mahasiswa IPTA di malaysia. Jadi jangan nak bermimpi sangatlah ye untuk mendapatkan sokongan dari golongan seciput panglima -panglima Islam. Kalau ada jugak yang datang, please bro, ambik dia sebagai the next pencacai bang Nuaq selepas Adam Adli.


7. Udah-udah le ajak mahasiswa pergi berdemo untuk Bang Nuaq, aku kesian tengok si adam tu dah la sekarang minggu exam, ko sibuk suruh dia pergi berdemo. Yang safwan dgn syukri tu takpa la, dua -dua dropout universiti. aku pon tertanya-tanya jugak apalah yang nak dijawab oleh si adam ni time ngadap kertas exam. kalau ikut umur mamat tu, sepatutnya dia pelajar tahun 4 dan rugilah kalau mamat tu kena buang bila dah Tahun 4.

8. Sebelum aku merepek meraban dengan lebih lanjut, moh le kita pergi dengar Amanat Bang Nuaq 4 Jan di  Seremban hari ini. Jomlah kita layan sekejap orang tua tu. soalan pertama aku nak tanya kat Bang Nuaq, BEST TAK CUTI DEKAT PHUKET SEMPENA NEW YEAR? LOLOLOLO




p/s = dah tengok medical report Safwan Anang? Jom singgah blog member aku Double Y dekat sini dan Nasihat oleh abang-abang senior utk SMM dan Adam Adli di sini