Friday, March 30, 2012

Thank you, son: Al fatihah ASP Zabri





  









For all the people that still protest, you're WELCOME
We protect you and you are protected by the best
Your voice is strong and loud, but who will fight for you...???
No one standing in your crowd....

We are fathers,brothers and sons
wearing the boots and carrying guns,
We are the ones that leave all we own,
To make sure your future is carved in stone...

So when you rally your group to complain
Take a look in the back of your brain
In order for flag you love to fly
Wars must be fought and young man must die...

We have to fight for the ones who hold dear
If that's not respected, we would rather stay at home,
So please stop yelling and put down your signs
and Pray for those behind enemy lines

When the conflict is over and all is well
Be thankful that we chose to go through.....

HELL.

al-fatihah





p/s - Artikel ini dibuat sebagai peringatan terhadap perwira negara yang telah gugur di medan perang hanya kerana Alif Ba Ta, komunis kerat kemaluan, korek mata, masih ada yang mahu julang nama komunis? oh, SAS latih VAT69, video dari History Channel, mesti ada yang kata ini konspirasi YAHUDI-UMNO-APCO. LOL.



Tuesday, March 27, 2012

Kamal Ataturk di bumi UPSI: ISLAM dibasmi habis-habisan!!

Kamal Ataturk


Maklumat terbaru yang penulis perolehi daripada UPSI Daily bahawasanya pentadbiran UPSI sedang giat menjalankan usaha untuk membasmi aktiviti agama Islam. Biar betul, kalau macam ini makin teruk lah institusi pengajian tinggi kita. Daripada permasalahan peruntukan program di HEP, pagar kena panjat lah, klinik depan UPSI kena pecah, pelajar UPSI kena terajang, Pelajar UPSI sesak nafas, pelajar UPSI mabuk terbaring atas jalan raya sambut new year sampailah permasalah terbaru ini yang cukup membimbangkan.

Berikutan perkara tersebut, berbagai-bagai versi cerita yang jadi perbualan,andaian, sangkaan, penilaian oleh abang-abang dan kakak-kakak di UPSI. Walau bagaimana pun, suka penulis ingatkan, tersurat tidak seperti apa yang tersirat.

Apa pun, kita tengok kenyataan yang mengatakan UPSI giat membasmi ISLAM!!
















APA SEMUA NI? NAK TAHU LEBIH LANJUT RUJUK BRADER JAI DAN UPSI DAILY





p/s - direct dok buat propaganda ja geng-geng Pro mahasiswa nih...









Special edition: Thank you, son.



For all the people that still protest, you're WELCOME
We protect you and you are protected by the best
Your voice is strong and loud, but who will fight for you...???
No one standing in your crowd....

We are fathers,brothers and sons
wearing the boots and carrying guns,
We are the ones that leave all we own,
To make sure your future is carved in stone...

So when you rally your group to complain
Take a look in the back of your brain
In order for flag you love to fly
Wars must be fought and young man must die...

We have to fight for the ones who hold dear
If that's not respected, we would rather stay at home,
So please stop yelling and put down your signs
and Pray for those behind enemy lines

When the conflict is over and all is well
Be thankful that we chose to go through.....

HELL.



p/s- ada banyak lagi pengorbanan yg dilakukan oleh anggota

 beruniform kte, 

cukup sekadar ini sebagai peringatan kepada kita semua 

terhadap jasa mereka..semoga Allah merahmati roh 

allahyarham Ismayudin Ismail yang meninggal dunia semasa

menjalankan tugas..al fatihah..




Monday, March 26, 2012

ISU BUTTHURT: SAFWAN ANANG DAN SYAHID ZAINI AJAK DEBAT!!!


Gara-gara disebabkan video pengakuan daripada saudara Khairul Nizam yang membongkar penipuan Pro Mahasiswa selama mana beliau menjadi orang kuat Pro M ternyata mencetus kemarahan yang amat dasyhat daripada KEPALA-KEPALA Pro Mahasiswa. Maklumat terbaru, Safwan anang yg kononnya masih tidak boleh bernafas dengan sempurna gara-gara kejadian 'berdarah' UPSI tempoh hari, dan Syahid Zaini bekas YDPMPMUM telah mengajak saudara Nizam untuk berdebat.

Kalau aritu Anwar ajak RPK dan DS Najib berdebat, sekarang anak didik-anak didik Anwar ini telah mencontohi langkah beliau dengan mengajak debat peringkat Mahasiswa. Pada masa anda membaca post ini, saudara nizam dihentam bertubi-tubi di page FB beliau.

Kalau dulu, bilamana saudara Nizam keluar dari pro Mahasiswa untuk join Pro Aspirasi, saudara Nizam telah dibelasah dengan teruk oleh 2 daripada 6 orang ahli Pro M yang bertindak mengepung beliau di dalam bilik beliau sendiri kononnya tidak berpuas hati apabila Nizam sebagai seorang orang no 1 Pro M UTM suatu ketika dahulu bertindak meninggalkan perjuangan Pro M yang penuh dengan penipuan. Adakah ini perangai dan perwatakan oleh mahasiswa yang kononnya berjuang untuk Islam,yang memakai kopiah, bertudung labuh dan sebagainya?

siapa mereka ini yang bertindak lebih gangster daripada gangster?? Ini perjuangan Pro M? Pukul orang sana sini?

Ini bahaya Pro M, gangster lebih dari gangster,  kongsi Melayu, kongsi cina, tiga line, Pekida pon tak macam ni, kalau boleh masalah diselesaikan dengan perbincangan terlebih dahulu. penulis xnak komen banyak tentang ini, hanya jauhari mengenal manikam.


 p/s- penulis tahu siapa yang pukul saudara nizam.ekekeke.nanti kita cerita lebih detail kejadian tersebut, bagaimana saudara Nizam dipukul. Tunggu.




Sunday, March 25, 2012

Mahasiswa Biadap! BN salah!!




Dalam kekalutan nak berpolitik,kononnya demokrasi untuk mahasiswa terkubur, memorandum yang hendak diberi pon boleh tak di tandatangan...buat malu mahasiswa sahaja..ops silap buat malu nama PRO MAHASISWA..ke mana hilang PRO nye kalau memo pon bole lupa nak sign...hehehe...aparaaaa...PRO MAHASISWA la sangat...ekekekeke...




udah ler tak sign, eja pon silap..kikiki



punya beriya sangat nak malukan orang dengan bagi batu nisan nih, hah tengok Allah SWT balas on the spot setepek kena batang idung, eceyh, konon nak jadi hero macam Adam Adli ler tewww...ekekeke..konon perjuangan..puiii..

Eyh kejap, mungkin ada yang tak tahu lagi kenapa la mahasiswa-mahasiswa yang kononnya PRO ni, beriya-iya datang jumpa SU Politik Menteri Pengajian Tinggi kita, ketika disoal pertanyaan berikutan kejadian ini kepada SU Politik sendiri iaitu Tuan Mohammad Khairi A Malik, ini jawapannya:

"Dia org nk minta cepat kan praya kampus um bro..batu nisan tu kononnya lambang demokrasi pelajar dh berkubur..so saya tanya apa yg dh berkuburnya..dia bgtau pasal kegiatan mereka disekat di uni..apa yg disekat..apa yg mereka buat n ckp kita ada halang..smua dia org buat..boleh..bawak keranda..bawak batu nisan..kata mcm2 kat blog n fb..apa yg berkuburnya demokrasi pelajar..skadar gimik murahan bro..saya x terima batu nisan tu tadi..sbg simbolik kpd menolaknya dakwaan mereka demokrasi pelajar dh berkubur"


Adakah ini perangai biadap mahasiswa di seluruh universiti sekarang??

Adakah ini salah BARISAN NASIONAL? 

Jawapannya adalah TIDAK!


Nah, kalau geng Pro Mahasiswa sibuk nak beri batu nisan, keranda dekat orang, berdemo pong pang pong pang habuk pun tarak, kita tengok segelintir  lagi mahasiswa yang selayak-layaknya dipanggil mahasiswa, apa sumbangan dan aktiviti mereka..

















SYABAS TEAM AMAN KAMPUS! TAHNIAH TEAM ASPIRASI EVOLUSI UTM!

ANDA TERBAIK!

TERUSKAN USAHA MURNI INI!


Akhir kata daripada penulis, biarlah mereka merebut menuju ke bulan dan bintang, kami di sini akan terus menabur bakti di bumi ini.



p/s - untuk ibu bapa yang ada anak dekat universiti, kalau tak nak anak anda semua dijumpai merusuh,panjat pagar, pecah klinik, terbaring tengah jalan, pastikan mereka JAUHI PRO MAHASISWA.KATAKAN TAK NAK!








Friday, March 23, 2012

Mahasiswa IPTA vs Fuziah Salleh (PAKAR LYNAS) : Siapa yang Menang???



Kita banding apa yang dicakapkan oleh Fuziah Salleh Adun Kuantan yang kononnya seorang pakar mengenai LYNAS sehinggakan cakap Dr Rosli Che Mat pon dia tak percaya dengan seorang Mahasiswa dari sebuah universiti tempatan. Kita tengok hebat tak hebat sejauh mana hebat Si Fuziah nih, kalau setakat sembang takdak fakta dan kepakaran baik duduk diam bagi laluan aje dekat Dr Rosli Che Mat tu.

Antara isi kandungan penting petikan Fuziah Salleh berkenaan Jawatan kuasa Khas Lynas di Parlimen tempoh hari :


1) Dakwaan rakyat malaysia tertekan dengan kewujudan kilang ini.

2) Mempersoalkan kredibiliti malaysia sama ada boleh menguruskan Lynas dengan membandingkan ketidak wujudan definisi rare earth di dalam Bahasa Malaysia

3) Lynas dianugerahkan Strategic Pioneer Status dengan pengecualian cukai selama 12 tahun.

4) Nilai Hartanah di Gebeng sudah jatuh. ( where the hell is Gebeng, anyway?)

5)Persoalan di mana sisa buangan 'radioaktif' ini akan dibuang.

6) Pengumuman Lynas untuk mengkomersialkan sisa buangan radioaktif mereka.

7)Kepakaran akademia tempatan akan digunakan untuk membuat kajian mencari jalan utk mengitar sisia radioaktif kepada bahan seperti baja, papan gypsum dan asas binaan untuk dibuat jalan

8)Malaysia tidak ada kompetensi dan kemampuan untuk menjadi regulator kilang pemprosesan rare earth terbesar di dunia di luar seperti Negara China. (tahukah anda Jepun juga tidak pernah menyangka dapat mengalahkan Russia di dalam Perang Jepun-Russia dulu)

9) sisa buangan radioaktif Lynas terdiri daripada thorium dan uranium

10) Pembuangan sisa cecair sejam setiap hari ke dalam sungai balok

Baca artikel Fuziah yang penuh di SINI



~isap kok tang luuuu~



Tengok sejauh mana pulak kehebatan mahasiswa keluaran universiti tempatan. Beliau merupakan pelajar di dalam bidang Industrial Chemistry di Universiti Malaysia Pahang. Antara isi penting yang beliau kemukakan:

1) Pembinaan kilang ini yang dilabelkan sebagai loji janakuasa nuklear.

2) Berkenaan emisi radiasi alpha yang bakal terlepas dari pemprosesan

3) Pengeluaran residue daripada kilang iaitu Flue Gas Desulpharisation(FGD), Neutralisation Underflown Fluid (NUF) dan Water Leach Purification (WLP)

4) Kronologi peristiwa mengapa ianya dibina di Kuantan.

5) Sebab kenapa pengecualian cukai diberikan selama 12 tahun kepada LYNAS

6) Kegunaan nadir bumi untuk kaum manusia ( sangat penting utk gadget freak)

7) Kebenaran perembesan Thorium dan Uranium seperti yang didakwa oleh 'PAKAR LYNAS' Fuziah.

8) Dos Radiasi yang boleh diterima manusia

9)Perbandingan dos radiasi di Iran

10) Sistem pengurusan pepejal Lynas.

BACA ARTIKEL PENUH BELIAU DI SINI




 Depa ni pandai ka dok bercakap pasal Lynas? 
Mana Dr Rosli?




p/s - Dengaq tadi ada mahasiswa yang kononnya mewakili mahasiswa pi KPT jumpa Menteri KPT bagi batu nisan. Apa bala mahasiswa macam ni?? Puiii....






Tuesday, March 20, 2012

TERIMA RM500 JADIK KAMBING, TERIMA RM1000 JADIK APA PLAK DAH??





Tudia....! Tudia..! Oi orang kampung mai dengaq, mai dengaq! Kerajaan Selangoq cakap depa nak huloq RM1000 untuk rakyat. Depa kata hat ni kononnya satu langkah Pakatan Rakyat nak merakyatkan ekonomi Selangoq. Kalau dulu, PAS merata punya baguih dok canang siapa-siapa yang pi mohon Bantuan Rakyat 1Malaysia tu ibarat kambing atau ayam yang tunggu masa untuk disembelih, depa cerita depan-depan orang kampung, orang kampung ni pon kelupoq-kelupoq mata depa dok dengaq, yang malu,terkejut pon ada, memang la dah habeh orang kampung yang dengaq ceramah PAS tu boleh kata semua mohon BR1M.

Kesian tengok, dah la pi dengaq ceramah kena naik moto pakai minyak, lepas tu kena kutuk lagi kot ataih, dah habis ceramah depa mintak DERMA IKHLAS pulak dah. Hehe. Apa lah nasib jadi orang kampung nih,   asyik kena mohong ja, da la kena mohong, kena kutuk sampai macam tu punya hina gelaran depa bagi.

Ni sat aku nak tunggu, PAS nak samakan dengan menatang apa plak untuk orang kampung yang akan mohon Skim Kesejahteraan Rakyat Selangor. Hehe. Tu pon kalau jadi la. Geng-geng Pakatan ni pandai dok buat wayang, wayang china doll ada,wayang bangkok doll ada, wayang tazkirah bini orang dlm bilik hotel pukoi 3 pagi pon ada.hehe.



p/s- Entah-entah duit RM1000 yang depa nak bagi nih dari DERMA IKHLAS yang depa dok kutip lepas ceramah tu kot.hehehe





Thursday, March 15, 2012

Elaun sampai 10K, rakyat dapat taik gigi

Penulis baru-baru ini menerima emel daripada salah seorang pembaca, berikut adalah artikel beliau.

Pada PRU 12 mac 2008 kerajaan negeri Selangor telah bertukar wajah, daripada tangan kerajaan Barisan Nasional ianya bertukar kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Semua sedia maklum, Selangor adalah negeri yang terkaya kalau hendak dibandingkan dengan negeri-negeri lain di negara ini. Apabila tampuk pemerintahan bertukar tangan ramai yang terperanjat dan tidak menyangka ianya akan terjadi umpama jatuh kaca mata yang dipakai, kehilangan kuasa kerajaan Barisan Nasional di negeri Selangor, adalah satu kegagalan yang besar buat Barisan Nasional.

Masa telah berlalu dengan pantas, kini sudah 4 tahun ia berlalu, adakah semua masih ingat lagi pada PRU Mac 2008, sebelum itu Pakatan Rakyat dengan nama asalnya Alternative Front, mereka telah lakarkan 31 janji-janji semasa PRU sedang berlangsung. Sehingga hari ini, hanya sedikit sahaja janji yang telah dikotakan oleh Pakatan Rakyat, salah satunya yang selalu kita dengar adalah pemberian subsidi penggunaan 20m padu air yang pertama meskipun janji itu tidak mesra alam.


Antara janji-janji pada PRU Mac 2008 yang lalu adalah seperti berikut:


1) Penurunan kadar cukai pintu sebanyak 20%
2) Pengurangan caj cukai lesen perniagaan sebanyak 10%
3) Subsidi khas diberikan kepada suri rumah yang memilih untuk menjaga anak-anak di rumah
4) membantu golongan muda yang mahu mendirikan rumah tangga
5) membantu semua rakyat negeri Selangor untuk mempunyai rumah sendiri dan sebagainya.


Di negeri selangor , cukai pintu tidak berkurang sebaliknya apa yang berlaku adalah elaun ahli majlis naik tiga kali  di dalam masa 4 tahun, saya percyaa ini telah memecah rekod dalam sejarah perkhidmatan awam.


Double Standard


Ketika pemerintahan Barisan Nasional di Selangor,imbuhan dan elaun ahli majlis hanya sekadar berjumlah RM 500, elaun hadir mesyuarat hanya sekadar RM50 untuk setiap kali kehadiran. Semasa Pakatan Rakyat ambil alih sepanjang tahun 2010 elaun ahi majlis dinaikkan dengan kadar RM750, pada tahun 2011 dinaikkan lagi dengan kadar RM 1000, pada tahun ini dinaikkan sekali lagi RM 1500 di mana setiap kali kehadiran mesyuarata elaun dinaikkan kepada RM150. Ada sesetengah ahli majlis diberi elaun sebanyak RM 2500 untuk melantik pembantu dan membuka Pusat  Khidmat, saya percaya elaun ahli-ahli majlis di Selangor antara yang paling tinggi di seluruh negara. Jika nak dibandingkan dengan zaman pemerintahan Barisan Nasional,ianya seperti langit dan bumi. Majlis Perbandaran Kajang juga telah mengisytiharkan majlis dibawah kelolaan mereka telah membuat penilaian semula dan dijangka pada tahun 2013 kadar cukai pintu akan dinaikkan.


Elaun tetap ahli parlimen dan ADUN di seluruh negara dengan kadar RM4112.74, saya percaya ramai yang tidak tahu berapa banyakkah elaun yang diperoleh oleh ADUN Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor dan pada tahun lepas kadar dan elaun dinaikkan kepada RM6000 dan kini elaun itu dinaikkan hampir mencecah RM 10,000. Pemimpin Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim membantah Parlimen kerana mahu menaikkan elaun ahli Parlimen dengan alasan jangan bebankan kewangan negara, sebaliknya semua orang sedia maklum bahawa ahli-ahli parlimen dari pakatan Rakyat memang mahu elaun dinaikkan tetapi hanya kerana pemimpin mereka melarang, mereka terpaksa berdiam diri dan menerima seadanya.


Saya ingin bertanya, Kerajaan PR naikkan kadar elaun ADUN, ahli majlis daerah bukankah ini tidak membebankan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan? Jelas Pakatan Rakyat sedang bermain wayang dengan rakyat jelata.


Chew Lee Geok




p/s : Elaun ADUN Selangor dah tinggi nih, ape lagi rakyat selangor, mintak ja peruntukan tu, 10K woo...takkan nak bagi dia makan sorang..hehehe



Monday, March 12, 2012

Penyokong PR hipokrit!


Geng-Geng Pakatan Rakyat bila tengok gambar nih. Meracau-racau macam orang kena rasuk lepas ada kartunis lukis kartun kutuk anwar. Keluaq habis semua dalil, hadis segala bagai tapi sampai geng depa yang buat kartun kutuk Barisan Nasional semuanya dibolehkan.Puiiiiiiiiii.Freedom of speech la sangatttt. 
























Di atas adalah leaflet yang dikatakan daripada jentera Barisan Nasional, sekarang kita tgk komen yang diberi oleh puak-puak PR. Antaranya:

i) gile  fitnah tuuuu..alahai terdesak sgt ke..politik kotor...
ii) umno sampah
iii)hahahaha..fakta xde, main kutuk sentimen je UMNO tahu
iv) orang yang de maruah je buat macam ni

Tudiah antara komen depa yang menusuk dalam ke lubang jubor, sebelum melatah kita tgk perbandingan yang seterusnya, kalau sketch diatas oleh kartunis tiada nama tapi kali ni punya, kartunis zunar yang punya. Tengok dan nilai.





Ini apa? Fakta ke? DEFUQQQQQ LAHHHHHHHHHH.


Kalau betullah jentera BN yang buat sketch pertama tadi, di sini keadilan telah terjadi, check and balance juga telah dikecapi seperti mana yang pencacai-pencacai PR mahukan. Apa yang ditunjuk oleh sketch pertama tidak keterlaluan seperti sketch zunar ini,kamu nilai sendiri. Mereka selar negara ini tiada kebebasan, disekat sana disekat sini. tidak boleh meluahkan perasaan. Kalau disekat masakan hasil seni sepuaka ini boleh ditontonkan di ruang maya dan toko-toko buku?

Ini adalah black propaganda yang dilakukan oleh pihak Pakatan. Tidak mustahil kartun diatas itu datang dari pihak mereka sendiri. Kebolehan mereka hanya menuduh-menuduh dan terus menuduh, memaki dan menipu. Kalau diri sendiri boleh terima kartun zunar ini, masakan tidak kartun anwar itu? jangan jadi manusia hipokrit. Mana keadilan dan kebebasan bersuara yg selama ini dicanangkan?


p/s- Tiap hari, DS Najib keluaq news, umum pembaharuan, program, infra dan peluang kerja yang bermanfaat untuk rakyat. PR pulak keluaq news, fitnah-fitnah dan fitnah. Ada PR atau PAS bentang rangka undang-undang hudud?  Gajah dah terbang tinggi pon tak terbuat dek PAS nih.


Friday, March 9, 2012

Gempar! Selepas Adam, kini PR berjumpa satu lagi 'pejuang' baru!


Selepas Adam Adli, mungkinkah imam ini akan menjadi Panglima Perang yang akan dibawak ke serata negeri untuk berkempen bagi Pakatan Rakyat? Dengan bermodalkan hidup rakyat, sesungguhnya imam ini layak untuk menjadi Duta bagi meraih simpati agar undi PRU nanti berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Sama jugak macam Adam, bapak-bapak ibu ibu sanggup datang ke ceramah Pakatan di kampungnya sendiri 5  Mac tempoh hari untuk mendengar pembohongan yang dilemparkan oleh Adam kononnya dia dan rakan-rakannya hanya membaca puisi ketika sambutan new year di depan pintu gerbang UPSI tempoh hari, Adam jugak dengan nada meraih simpati, berkata dia dan rakan-rakannya disimbah,dicurah asid,cuka dan racun. Adam juga menggelarkan sesiapa yang mengambil BR1M ibarat seperti kambing yang sedang tunggu masa untuk disembelih.

Adam lupa, bahawasanya di dalam ribuan rakyat malaysia yang memohon BR1M, kedua orang tua dia sendiri antara yang layak dan juga penerima BR1M dan mereka adalah dua orang yang mula-mula datang buat permohonan BR1M di Pusat Khidmat Adun Bertam. Sesungguhnya daripada amatan penulis, Adam seperti menyamakan orang tuanya sebagai kambing. Kambing yang terawal. Tak cukup dengan itu, walaupun bergelar bakal guru, Adam masih tak tahu sejarah, dikatanya Sime Darby dan Guthrie itu datang ke Tanah Melayu untuk korek minyak. Semua orang tahu Sime Darby tiada kena mengena dengan minyak mahupun minyak lintah SensaOil. Ini antara penipuan Adam ketika dia berceramah di hadapan kira-kira 100 orang kampung penduduk Permatang Rambai tempoh hari.

Kalau dulu Adam yang pembohong nih ada road tour, Imam kali ini pasti akan ada road tour dan yang paling penting akan ada penambah perasa bagi menyedapkan cerita kononnya mahkamah ini zalim,mahkamah umno ini zalim dan segala yang terjadi ini adalah konspirasi UMNO. Walaupun penulis tidak berapa setuju dengan tempoh hukuman yang diberikan kepada imam ini, tetapi sebagai seorang imam seharusnya beliau menunjukkan sikap,teladan dan satu karakter yang boleh dicontohi dan dikagumi oleh orang lain lebih-lebih lagi yang bukan muslim. Dengan sikap sebegini, macam mana orang bukan Islam nak respek,ini yang nampak, yang tak nampak? Imam, kalau marah sekalipun janganlah berperangai buruk macam tu. Malu weyh malu. Udah-udah ler dengan yang makan rasuah, skandal seks, skandal bontot membontot, kantoi khalwat, kantoi bagi tazkirah pukul 3 pagi apa semua tu.



~see..i told u guys msti ade punyeeee

Ini baru permulaan, kononnya pembelaan untuk Imam Hoslan, lepas nih dah tolong, disuruh pulak pergi ceramah pagi petang siang malam atas nama kononnya berjuang,berjihad tapi setiap kali ceramah tiada input yang baik tetapi kutuk sana,kutuk sini, maki sana,maki sini. Masih ingat lagi siapa tonggak PAS yang telah commercialisekan perkataan BARUA? Moga-moga dah duduk dalam penjara tu, terbuka la hati tu,moga-moga sedar apa yang dilakukan tu keterlaluan. Jangan pulak lepas keluar penjara, daripada jadi imam masjid jadi imam politik. Mudah-mudahan tidaklah ye. Gamaknye begitulah.





p/s = sedih pi ceramah adam aritu, dia dok mohong atas pentas, orang kampung leh percaya bulat-bulat. dia ingat orang kg semua bodo ka. haish.xlama leh kena haria budak nih.




Monday, March 5, 2012

Beruk Ketawa Hina YDPA. KDN tunggu apa lagi?

Berlanjutan daripada dakwaan blog Beruk Ketawa yang mengatakan bahawasanya Jeneral Datuk Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin tidak layak memegang turus Angkatan Tentera Malaysia sebagai Panglima Tentera Darat adalah tidak tepat dan berbentuk fitnah semata-mata. Sebelum itu, mari kita berkenalan terlebih dahulu dengan Jeneral Datuk.



JENERAL DATUK HJ ZULKIFLI BIN HJ ZAINAL ABIDIN
PGAT PJN SIMP PSAT DGMK DPTS PAT JSM KMN AMK BSK rcds mpat lmt mm (AIM)
Manila ADBM (Wales)



Dilahirkan di Perak pada 30 November 1958, Jeneral Datuk mula berkhidmat dalam Tentera Darat Malaysia pada 5 Januari 1978. Beliau juga merupakan pemegang Diploma Perniagaan dan Pengurusan dari Swansea Institute of Higher Education, University of Wales pada 1995. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Asian Institute of Management dan berjaya menamatkan pelajaran dalam Bidang Sarjana Pengurusan pada 1998. Selain daripada itu juga, beliau adalah graduan lepasan Diploma, Royal College of Defense Studies dari Imperial Defense College, London dan selain memiliki kelulusan akademik, beliau juga berkelulusan dalam bidang ketenteraan, antaranya, Diploma Maktab Turus Angkatan Tentera pada 1992, Diploma Maktab Pertahanan Malaysia pada 1999. Sebagai seorang pegawai tentera, beliau mengikuti pelbagai kursus ketenteraan dan awam di Malaysia, Australia, United States, United Kingdom dan New Zealand


Jeneral Datuk juga pernah menjadi jurulatih dan pengajar di salah sebuah akademi yang dikenali Army Training Group and Senior Instructor di New Zealand Army Infantry School pada 1986 hingga 1988. Di situ, beliau dipertanggungjawabkan bagi mengajar pegawai-pegawai dari New Zealand dan Negara Komanwel yang lain tentang persenjataan ,taktik dan Counter Insurgency Warfare (CIW). Pada tahun 1992 hingga 1993, beliau telah menjadi jurulatih di Institut Pengurusan Tentera Darat (IPDA). Beliau juga pernah menjadi Komandan PUSASDA di Port Dickson pada tahun 2002 hingga 2004. Seterusnya beliau telah menyandang jawatan sebagai Naib Canselor di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).


Berdasarkan pengalaman beliau yang mantap, beliau adalah di antara calon yang sangat diyakini untuk memegang tampuk pemerintahan di dalam Tentera Darat. Pada 21 Mei 2010 beliau telah diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat. Langkah kerjaya beliau semakin di mercu lantas pada 14 Jun 2011, atas keyakinan dan kepercayaan yang penuh serta dedikasi yang tinggi , beliau telah dilantik sebagai Panglima Tentera Darat yang ke - 24. 


Antara pencapaian beliau di sepanjang perkhidmatan adalah menjadi penuntut terbaik dalam pelbagai kursus ketenteraan yang beliau hadiri. Semasa memegang jawatan sebagai Panglima 7 Briged, beliau juga telah berjaya memenangi Army Award Excellence in Management pada tahun 2006 dan Armed Forces Award of Excellence pada tahun 2007.

Di atas merupakan sedikit sebanyak profil Panglima Tentera Darat kita, dan perlu diingatkan bahawasanya perlantikan jawatan dalam Tentera Darat lagi-lagi yang melibatkan perlantikan seseorang itu sebagai PAT/PTD/PTU/PTL bukanlah diatas kuasa SBPA secara total. Ianya adalah satu penghinaan daripada Beruk Ketawa seolah-olah Tentera Darat mengikut telunjuk SBPA dan tidak tahu bagaimana untuk melantik seorang ketua bagi menerajui kepimpinan tertinggi Tentera Darat itu sendiri. Kalau isu tentang gaji itu pon, memerlukan perbincangan yang menyeluruh bersama-sama Pegawai-Pegawai tentera berjawatan tinggi yang lain, inikan pula isu dalam memilih siapa yang akan jadi Panglima Tentera Darat. Tolonglah Beruk Ketawa, nak buat posting pun janganlah menampakan kebodohan diri sendiri.Semua ni adalah satu usaha untuk menanam perasaan benci rakyat terhadap Angkatan Tentera Malaysia. Harap takde la sesiapa yang sebodoh Beruk Ketawa.

Di dalam perlantikan sebagai seorang Panglima, memang betul elemen senioriti juga diambil kira walaubagaimana pun bukan setakat ciri tersebut sahaja yang diambil kira. Sebenarnya tidak semestinya seorang pegawai senior itu lebih baik daripada seorang pegawai junior, ini kerana setiap individu itu mempunyai kelebihan-kelebihan yang tersendiri seperti juga beribu-ribu ekor ikan di lautan luas. Tidak terlintas di ruang benak fikiran saya untuk membandingkan Jeneral Datuk dengan mana-mana pegawai lain yang lebih senior daripada beliau. Sesungguhnya, setiap daripada tuan-tuan sekalian, adalah permata yang begitu bernilai. Apa yang penting di sini, perlantikan Datuk sebagai Panglima Tentera Darat dibuat berdasarkan kelebihan dan kredibiliti yang dimiliki oleh Datuk.

Beruk Ketawa, isu negeri kelahiran Jeneral Datuk dari Perak tidak timbul sama sekali kerana perlantikan sebegini penting memerlukan perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, iaitu Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. Jikalau Beruk Ketawa mengatakan Datuk Zahid Hamidi 'kautim' dengan Jeneral Datuk,secara tidak langsung Beruk Ketawa juga menuduh YDPA sebagai salah seorang yang terlibat dengan 'konspirasi' yang dikatakan oleh Beruk Ketawa wujud dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Ini merupakan satu penghinaan kepada institusi raja-raja Melayu dan juga kepada seluruh kaum kerabat Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin dan Beruk Ketawa perlu MEMINTA MAAF kepada Tuanku Sultan.



p/s: Tun Hanif Omar dilantik sebagai Ketua Polis Negara dulu pon mendahului rakan-rakannya yang lebih senior,kenapa baru sekarang isu ini hendak timbul? Kalau dulu depa paksa  ATM paparkan seluruh maklumat pertahanan Malaysia, dah tak berjaya, nak attack PTD pulak? baik-baik, tersilap langkah, ko kene attack.