Friday, March 9, 2012

Gempar! Selepas Adam, kini PR berjumpa satu lagi 'pejuang' baru!


Selepas Adam Adli, mungkinkah imam ini akan menjadi Panglima Perang yang akan dibawak ke serata negeri untuk berkempen bagi Pakatan Rakyat? Dengan bermodalkan hidup rakyat, sesungguhnya imam ini layak untuk menjadi Duta bagi meraih simpati agar undi PRU nanti berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Sama jugak macam Adam, bapak-bapak ibu ibu sanggup datang ke ceramah Pakatan di kampungnya sendiri 5  Mac tempoh hari untuk mendengar pembohongan yang dilemparkan oleh Adam kononnya dia dan rakan-rakannya hanya membaca puisi ketika sambutan new year di depan pintu gerbang UPSI tempoh hari, Adam jugak dengan nada meraih simpati, berkata dia dan rakan-rakannya disimbah,dicurah asid,cuka dan racun. Adam juga menggelarkan sesiapa yang mengambil BR1M ibarat seperti kambing yang sedang tunggu masa untuk disembelih.

Adam lupa, bahawasanya di dalam ribuan rakyat malaysia yang memohon BR1M, kedua orang tua dia sendiri antara yang layak dan juga penerima BR1M dan mereka adalah dua orang yang mula-mula datang buat permohonan BR1M di Pusat Khidmat Adun Bertam. Sesungguhnya daripada amatan penulis, Adam seperti menyamakan orang tuanya sebagai kambing. Kambing yang terawal. Tak cukup dengan itu, walaupun bergelar bakal guru, Adam masih tak tahu sejarah, dikatanya Sime Darby dan Guthrie itu datang ke Tanah Melayu untuk korek minyak. Semua orang tahu Sime Darby tiada kena mengena dengan minyak mahupun minyak lintah SensaOil. Ini antara penipuan Adam ketika dia berceramah di hadapan kira-kira 100 orang kampung penduduk Permatang Rambai tempoh hari.

Kalau dulu Adam yang pembohong nih ada road tour, Imam kali ini pasti akan ada road tour dan yang paling penting akan ada penambah perasa bagi menyedapkan cerita kononnya mahkamah ini zalim,mahkamah umno ini zalim dan segala yang terjadi ini adalah konspirasi UMNO. Walaupun penulis tidak berapa setuju dengan tempoh hukuman yang diberikan kepada imam ini, tetapi sebagai seorang imam seharusnya beliau menunjukkan sikap,teladan dan satu karakter yang boleh dicontohi dan dikagumi oleh orang lain lebih-lebih lagi yang bukan muslim. Dengan sikap sebegini, macam mana orang bukan Islam nak respek,ini yang nampak, yang tak nampak? Imam, kalau marah sekalipun janganlah berperangai buruk macam tu. Malu weyh malu. Udah-udah ler dengan yang makan rasuah, skandal seks, skandal bontot membontot, kantoi khalwat, kantoi bagi tazkirah pukul 3 pagi apa semua tu.



~see..i told u guys msti ade punyeeee

Ini baru permulaan, kononnya pembelaan untuk Imam Hoslan, lepas nih dah tolong, disuruh pulak pergi ceramah pagi petang siang malam atas nama kononnya berjuang,berjihad tapi setiap kali ceramah tiada input yang baik tetapi kutuk sana,kutuk sini, maki sana,maki sini. Masih ingat lagi siapa tonggak PAS yang telah commercialisekan perkataan BARUA? Moga-moga dah duduk dalam penjara tu, terbuka la hati tu,moga-moga sedar apa yang dilakukan tu keterlaluan. Jangan pulak lepas keluar penjara, daripada jadi imam masjid jadi imam politik. Mudah-mudahan tidaklah ye. Gamaknye begitulah.





p/s = sedih pi ceramah adam aritu, dia dok mohong atas pentas, orang kampung leh percaya bulat-bulat. dia ingat orang kg semua bodo ka. haish.xlama leh kena haria budak nih.




No comments:

Post a Comment