Monday, April 16, 2012

PTPTN: UAI SOKONG BN.

Macam ni Persatuan Mahasiswa Islam mengajar anak buah macam mana nak hormat orang tua? Tak tau langsung makna hormat.




Aku tahu korang dah bosan dengan isu PTPTN nih dan aku tahu majoriti mahasiswa di Malaysia setuju untuk tidak memansuhkan PTPTN. Ya, dan majoriti itu adalah daripada mahasiswa yang berpegang prinsip non-partisan. Dan majoriti mahasiswa inilah yang sering dihentam oleh Pro Mahasiswa Kaki Demo Guling-Guling sebagai tidak berpendirian, penakut, mahasiswa yang tak tahu dunia luar,tak tahu pasal malaysia, hanya tahu dating, DOTA, wayang, sukan, dan sebagainya yang tidak dapat disenaraikan oleh aku.

Perlu diingat, kelompok Pro Mahasiswa Kaki Demo Guling-Guling ini juga lah yang selalu menyalak tentang kebebasan bersuara, freedom of speech, hak sebagai rakyat, dan ko peduli hape nak ngutuk bebudak atas pagar ni yang nampak tak ambil pusing pasal negara tapi sebenarnya mempunyai hujah-hujah dan semangat yang luar biasa. Ko hape tahu Kaki Demo, ko lepak puak ko je, orang lain ko kondem.

Ok, berbalik kepada video di atas, aku sikit punya jelek tengok brader bulat buncit kepala botak sentiasa lapar perut masuk angin (aku pedulik hape, freedom of speech woi!), macam dengan siyeee berlagak. Tak kisah nak berlagak tapi jangan sampai menjatuhkan maruah orang lain walaupun orang tersebut seorang peminta sedekah sekalipun. Come on berbual macam orang pandai, tapi aku ni haaa rakyat jelata nampak ko sangat membodohkan diri sendiri. Dan satu lagi, ehem, aku nak bagitau, ye memang betul perlembagaan itu lagi tinggi daripada undang-undang DBKL tapi ko kena ingat, pikir sendiri pakai kepala otak, undang-undang yang kecil inilah yang akan membentuk undang-undang yang besar, yang kecil menjadi dasarnya sebab ianya lebih detail. Itulah setakat ambil sekerat sekerat dalam GROUP FB politik pastu sekali gaya berbual dah macam Hakim Negara. Ok sebagai contoh, aku quote daripada Perlembagaan Malaysia sendiri, Artikel 10 tapi aku lebih fokus kepada kebebasan berhimpun.


Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan

10. (1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)---

(a) tiap-tiap warganegara  berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara:
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata
(c)semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan

(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan---

(b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya  perlu atau suai manfaat demi KESELAMATAN PERSEKUTUAN ATAU MANA-MANA BAHAGIANNYA ATAU KETENTERAMAN AWAM.


Jadi suka untuk mengatakan yang bodohnya bukan penguatkuasa DBKL tetapi mamat botak pendek buncit itu. Penjawat awam ini sememangnya arif akan tugas mereka. Berdasarkan layman's view, aku berpendapat  DBKL berhak mengenakan syarat-syarat bagi memastikan ketenteraman awam itu terjamin bagi memastikan dan memudahkan untuk mereka mengetahui siapa individu yang akan berhimpun di tempat jagaan mereka supaya jika berlaku sebarang masalah, DBKL tahu dengan siapa mereka berurusan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mencegah itu sesungguhnya lebih baik daripada merawat.

Menyebut tentang hak rakyat, abang badan besar baju merah tapi cakap serupa ponde tu, mungkin terlupa majoriti rakyat malaysia yang juga rakyat dan mempunyai hak sebagai rakyat untuk mempunyai sebuah negara yang aman tanpa sebarang kisah-kisah buruk, demo pala buto yang akan menakutkan pelancong di Malaysia bahkan pelajar Malaysia di luar negara juga berpendapat Malaysia sudah tidak aman lagi gara- gara segelintir pendemo ini. Pendemo-pendemo ini gah mengatakan mereka pejuang hak rakyat, tetapi susah ke untuk Pro Mahasiswa dan anak ikannya memperjuangkan hak rakyat dengan menghormati hak rakyat yang lain untuk mempunyai sebuah negara yang aman?

Bukan kah lebih sesuai dan beradab untuk mereka ini duduk dan berbincang, berdebat mungkin, tentang apa implikasi pemansuhan PTPTN. Ya, itu akan mendatangkan banyak kesenangan kepada pelbagai pihak yang terlibat yakni kepada pendemo itu sendiri. Tak perlu untuk buat khemah bagai. Sudah nyata dalam arahan supaya jangan erect stucture di tempat berhimpun.bukan susah.susah duduk bawah khemah buat apa. Perjuangan? Perjuangan habessss.Nak kata buat teduh dari panas pon nak percaya tak boleh sebabnya khemah itu sendiri panas berkuap di bawah sinaran mentari.

Oh ya, aku berenti setakat ini untuk korang semua menghayati video di bawah:









Aku assume korang dah hayati video yang aku saji tu kan? So sekarang aku nak tanya, ada sesiapa paksa ko bersusah payah menyiapkan dokumen PTPTN dan berbondong bondong beratur seperti itik pulang petang yang panjangnya boleh menjangkau dari Penang ke Kuala Lumpur? Sembang pasal perjuang hak rakyat tapi sendiri pakai duit rakyat sapu hutang sendiri.

Ko malu? Heh.

Tapi mamat pendemo ni tak tahu malu. Jom tengok satu lagi laporan pendemo-pendemo ni curik makanan gelandangan. Dengan gelandangan pon nak bersaing???? PUiiiiii! Tengok sini KAKI DEMO KAKI TIPU





p/s- Puak-puak nih dengar nasihat puak-puak dia ja, sebab tu aku letak video UAI, cbe aku letak video Hassan Ali ke, Ustaz Kazim ke, Ustaz Zul Nordin ke, haram sampai ke sudah tak dipercayanya. Peh, ini semua unsur kroni. Kroni dalam ilmu agama.


 

Laju-Laju Perahu Laju,
Perahu bernama Si Kapal Layar,
Jaga-jaga Orang Melayu,
Ditelan Naga Dibelit Ular













No comments:

Post a Comment