Saturday, May 26, 2012

Himpunan Jutaan Belia: Meriah Habis!!!





Pertunjukkan kehebatan Angkatan Tentera Malaysia:-




AKtiviti Paintball di HBN2012:-






Antara detik-detik di HBN 2012 yang berjaya dirakam semalam:-

































Antara gambar yang dapat dirakam di Hari Belia Negara semalam. Jangan lupa untuk datang memeriahkan lagi hari terakhir Hari Belia Negara 2012 hari ini. Ada lagi liputan dalam bentuk video tentang aktiviti akan penulis upload selepas selesai program Hari Belia Negara 2012.




Wednesday, May 23, 2012

GEMPAR: PENDEDAHAN PRO M UMNO MASUK KAMPUS!!!




Ekekekeke..gua tak tau apa kena dengan bebudak Pro M nih, bebal ke hape...nanti gua cakap bodo macam kurang sopan pulak....ekekeke....punya nak sangat mengata orang lain DUNGU sampaikan perkataan DUNGU pon boleh jadi DUNGGU? Apa punya bebal la bebudak nih...itulah orang suruh belajar engko pegi sibuk nak berdemo...tak cukup dengan berdemo, SMM yang rata-rata semuanya budak Pro M sibuk pulak nak jadi calon PRU 13 nanti. Kata nak bertanding atas nama BEBAS tapi SU SMM cakap sebelum bertanding, SMM akan mintak kebenaran dekat Pakatan Rakyat dulu. Ekeke. BEBAS JADAH HAPE KALAU MACAM TU.



Gua ingat level anak buah je yang FAIL mengeja tapi MENTOR dieorang sendiri pon FAIL. Gua pon pelik macam mana seorang cikgu pon boleh fail mengeja. Owh mungkin chegubard pon kaki demo dalam kampus jugak agaknya. Ekekekeke.




p/s- DUNGU PON EJA SILAP, ADA HATI NAK BERTANDING? PUIIII.....





Friday, May 18, 2012

Jelajah Destini Anak Bangsa: 3781 Pelajar Diterima.Tahniah! #JDAB2012 @JelajahDestini @datosahol @NajibRazak



PENGENALAN

Apa itu Jelajah Destini Anak Bangsa?

Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia (JDAB 1Malaysia) merupakan satu siri jelajah ke seluruh Malaysia anjuran badan bukan kerajaan, iaitu Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA.

Program naungan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ini bertujuan untuk membantu anak-anak golongan kurang berkemampuan di luar Bandar, pedalaman dan miskin Bandar dalam bidang pendidikan.

Siri Jelajaini memfokuskan kepada kesedaran pendidikan terutama kepentingan pendidikan tinggi dalam kehidupan. Selain itu, penekanan kepada rakyat melalui Gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan akan diguna pakai secara menyeluruh dalam program ini.

Apa matlamat Jelajah Destini Anak Bangsa?

  • Menterjemahkan aspirasi YAB Perdana Menteri dalam membantu rakyat kurang berkemampuan.
  • Memberi peluang kepada masyarakat yang kurang berkemampuan untuk melibatkan dan menyertai program Destini Anak Bangsa.
  • Memastikan kumpulan sasar dalam program destini anak bangsa tercapai.


Apa rasional MDAB?

Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) secara dasarnya menumpu kepada segala usaha university  mengubah nasib anak bumiputera miskin menerusi suatu pross pemindahan ilmu secara formal di UiTM.

Untuk memberi ruang dan peluang kepada pelajar Melayu dan Bumiputera yang berupaya terutamanya di luar Bandar yang tidak berkemampuan untuk menimba ilmu di peringkat tertinggi kerana factor kewangan.
Memberi peluang pendidikan kepada calon-calon yang tidak berjaya mendapat tempat ke IPTA oleh kerana factor merit akademik yang tinggi.


APA HASIL?









Siri Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB2012) hari ini telah meneruskan siri jelajahnya di Negeri Pulau Pinang. Empat buah lokasi telah menjadi tumpuan JDAB2012 pada hari ini ialah:

  1. Dewan Seri SMK Seri Balik Pulau
  2. Dewan SMK Dato Onn, Butterworth Penang
  3. Dewan Serbaguna Jawi, Seberang Perai Selatan
  4. Dewan SMK Dato’ Hj. Ahmad Badawi, Kepala Batas


Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar selaku VC UiTM telah meluangkan masanya untuk bersama-sama para sukarelawan dalam satu majlis menyampaikan surat tawaran kepada 50 orang bakal mahasiswa UiTM yang telah berjaya dalam permohonan pada bulan April yang lalu. Selain itu, Dato’ Sahol telah meluluskan permohonan serta rayuan yang dibuat oleh ibu bapa yang hadir berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Berita terbaru yang penulis terima petang tadi, hasil daripada program Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia ini, seramai 3781 orang pelajar kurang berkemampuan berjaya dikenal pasti dan dikumpulkan hasil usaha dan bantuan @datosahol. Satu usaha yang bagus dalam memastikan anak bangsa  melayu yang pintar tetapi tidak berkemampuan untuk ke menara gading tidak ditinggalkan dan terbiar. Tahniah @NajibRazak kerana berjaya mengekalkan aspirasi ayahanda tercinta Allahyarham Tun Abdul Razak dalam membantu masyarakat luar bandar terutama bangsa Melayu.

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Jelajah Destini Anak Bangsa dan apa syarat kelayakan bagi menyertai Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) ini, boleh rujuk perihal di dalam blog rasmi JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA. 


Terbukti Jelajah Destini Anak Bangsa adalah satu usaha yang baik hasil buah fikiran YAB Perdana Menteri. Jumlah 3781 pelajar kurang berkemampuan yang layak memasuki program MDAB adalah satu figure yang besar, dan perlu diingat program ini masih rancak berlangsung dan daripada khabaran yang diterima, team #JDAB2012 sedang berada di Kuala Perlis. Selamat berjuang di ucapkan demi agama, bangsa dan tanahair. Moga nasib anak bangsa terus terbela. 


p/s- Sedang Pakatan terus politiking,sibuk selesaikan skandal seks di kalangan pemimpin mereka, kerajaan pimpinan Dato @NajibRazak terus memperjuangkan nasib bangsa Melayu selari dengan aspirasi dan semangat 1Malaysia. Untuk Pakatan Rakyat, ko ada? ekekeke.








Tuesday, May 15, 2012

PERUTUSAN: HARI GURU PUN HARAM WOI.JANGAN SAMBUT.




PERUTUSAN HARI GURU 2012




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.


Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan  murid-murid yang dikasihi 
sekalian,


1. Semenjak tahun 1972, peranan dan fungsi guru telah diiktiraf begitu signifikan  dan diabadikan menerusi ungkapan  tema Hari Guru yang diraikan  pada  16 Mei setiap tahun.  Guru  dipandang tinggi sebagai pemangkin pembangunan negara,  pembentuk generasi dan menjadi asas kemajuan pendidikan negara  di samping memacu kejayaan rakyat.  Guru yang  melengkapi diri dengan kualiti dan  Standard  Guru Malaysia diakui mampu menjamin  keberhasilan negara, antaranya guru  yang inovatif dan kreatif  teras  kejayaan wawasan,  guru berkesan pendidikan cemerlang, 
guru berkualiti pemangkin kegemilangan dan guru cemerlang negara terbilang.


2. Pada tahun  ini, tema “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi 
Pendidikan Negara” telah dipilih sebagai galakan kepada guru 
menyuburkan inovasi. Tema ini selaras dengan pengisytiharan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia bahawa tahun 2012 merupakan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional. Sehubungan itu, amat wajarlah bagi para pendidik mempersiap diri membudayakan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti ko akademik serta kokurikulum di dalam dan di luar bilik darjah.


3. Sebagai  golongan profesional yang menjana dan menjuarai
perubahan, kita perlu peka dan bersedia  memperlengkapi diri menjadi guru yang inovatif. Guru yang inovatif berupaya menjana idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkat amalan berkesan  dalam menyampaikan  ilmu kepada generasi  anak didik. Guru yang inovatif juga berkemampuan mencipta kelainan  atau modifikasi  menggunakan unsur dan sumber sedia ada  serta menjelmakannya sebagai elemen  sintesis yang memudah dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, seorang guru yang inovatif  juga  mempunyai  tahap  ketekunan 
yana tinggi,  belajar daripada kesilapan, menyusun dan mengurus idea secara perekodan sistematik serta sentiasa cenderung mendapatkan pengetahuan baharu. Natijah yang akan dihasilkan ialah modal insan yang berpengetahuan dan bermaklumat serta berinovatif dalam mempermajukan teknologi, berkebolehan mencerna dan mengadaptasikan teknologi dan seterusnya berupaya mengembangkan idea-idea.


Warga pendidik yang diraikan sekalian,
4. Kesinambungan sistem pendidikan negara  dimanifestasi melalui 
transformasi  yang berbentuk dinamik dan progresif  yang  akan 
direalisasikan oleh  para guru yang inovatif, proaktif, berdedikasi,  dan berdaya saing. Sehubungan itu,  Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan  program  bina upaya  untuk  meningkatkan  amalan profesionalisme keguruan bagi menyokong usaha melaksana transformasi pendidikan secara keseluruhan.  Objektif  Pelan Pembangunan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan  secara khususnya bermatlamat melahirkan para pendidik  yang berwatak profesional, berkompeten dan berkesanggupan memikul amanah yang lebih besar. 


Warga pendidik sekelian,
5. Pelbagai ganjaran  disediakan  dan inisiatif  direncana  oleh pihak 
kerajaan  bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan guru terjamin. Keprihatinan kerajaan ini disalurkan  menerusi pelbagai usaha, misalnya melalui  pemberian dan penganugerahan kepada warga guru seperti dalam aspek perjawatan dan perkhidmatan. Anugerah dan beberapa penambahbaikan dalam skim perkhidmatan guru menggambarkan keprihatinan kerajaan kita. Sesungguhnya perkara ini diharapkan menjadi sebagai satu inspirasi dan dorongan kepada guru untuk terus memberikan perkhidmatan yang effisyen dan  cemerlang dalam dunia pendidikan yang berkembang pesat di samping melengkapkan diri bagi menghadapi cabaran global.


6. Pihak kerajaan dan kementerian juga amat prihatin dengan beban 
tugas guru yang semakin bertambah dan rencam. Sehubungan itu, 
bermula pada tahun 2012, Jawatankuasa Kerja Pelaksana Menangani Isu Beban Tugas Guru (JKPMIBTG) telah memberikan tumpuan kepada lima fokus utama bagi  menangani isu beban tugas guru iaitu menambah baik pelan operasi latihan tahunan untuk mengelakkan pertindihan kursus; menambahkan staf sokongan untuk tugas perkeranian; mengurangkan bilangan jawatankuasa di peringkat sekolah; mengurangkan bilangan ujian/peperiksaan dan meningkatkan  penggunaan ICT dalam pengurusan sekolah dan pengajaran dan pembelajaran.


7. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini mewakili semua 
warga pendidik di negara ini untuk menyatakan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak kerajaan yang tidak pernah meminggirkan kebajikan para guru. Keprihatinan berterusan oleh kerajaan ini merupakan suntikan semangat  agar warga pendidik terus gigih, inovatif, berdedikasi dan berintegriti dalam menggalas tanggungjawab  melahirkan  generasi masa depan yang berjati diri, berdaya saing, bertanggungjawab,  berpegang teguh kepada ajaran 
agama serta mengamalkan nilai sejagat.


Anak-anak murid yang disayangi sekelian,
8. Saya  yakin  bahawa tanggungjawab berat yang digalas oleh para 
guru di samping tekanan yang dihadapi sedikitpun tidak melunturkan rasa kasih dan sayang kepada anak-anak didik semua. Semua guru yang ada di hadapan murid-murid semua adalah guru penyayang.  Kehadiran murid ke sekolah tentulah dengan harapan dan semangat untuk menimba ilmu dan  mempertingkat kualiti diri.  Setiap murid di mata dan hati seorang guru adalah permata yang mempunyai keistimewaan dan kebolehan tersendiri. Jika digilap dan dikembangkan potensinya nescaya  akhirnya mereka dapat menjadi  individu  dan warganegara  yang berdaya saing,
berfikiran  kreatif dan kritis, berbudi pekerti mulia dan  sedar akan 
kepentingan  amalan  berterima kasih. Sekiranya ada antara murid-murid yang ditegur oleh guru, janganlah mudah berkecil hati atau merasa diri kurang disayangi. Anggaplah para guru sebagai ibu dan bapa di sekolah yang sentiasa mengambil berat dan menginginkan yang terbaik untuk murid-murid semua. 


9. Akhir kalam, besarlah harapan saya agar warga pendidik yang 
dikasihi sekalian terus melaksanakan amanah yang diberi  penuh 
dedikasi,  bertunjangkan integriti dan  berlandaskan etika perkhidmatan. Selaku  pencetus, penggerak dan pemegang amanah kepada proses transformasi sistem pendidikan negara, warga pendidik  mempunyai kedudukan tersendiri,  disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Marilah kita teruskan amalan budaya kerja cemerlang, sikap kebertanggungjawaban, istiqamah dan semangat mujahadah setiap daripada kita untuk  melakukan yang terbaik demi nusa dan bangsa.Sebagai penutup,  ingin saya titipkan mutiara kata  Syeikh Muhammad Abduh, seorang tokoh pendidikan di Mesir, 


“Kemuliaan ialah membangun umat yang telah binasa, membuka selubung kebodohan mereka, memberi peringatan dan petunjuk (hidayah), menuntut hak yang terampas, mengingatkan akan kemuliaan yang hilang, membangun umat 
dari tidur dan kelalaian mereka, serta menyatukan suara untuk 
memperbaharui gerak langkah”.




WARGA PENDIDIK YANG DIKASIHI SEKALIAN
TERIMA KASIH CIKGU …


 “SELAMAT HARI GURU”!






DATO’ SRI ABD GHAFAR BIN MAHMUD
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Perutusan Hari Guru 2012




p/s: Di kesempatan ini, penulis juga ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru dan individu yang bertindak seperti guru. Happy Teachers Day!!! Harap lepas ni tiada  lagi individu yang bawa keluar statement kata sambutan Hari Guru haram. Yang paling terbaru, sambutan Hari Ibu yang dikatakan haram. Bukan apa, orang melayu kita ni cepat sangat melatah. Takkan nak sambut Hari  Ibu dengan belanja makan, bagi bunga, buat household chores untuk ibu pon haram? Jangan buat lawak boleh?







PROMO VIDEO- #HBN2012 WAJIB TURUN!!










JOM MERIAHKAN HARI HIMPUNAN JUTAAN BELIA DI PUTRAJAYA 23 MEI-27 MEI INI DI PUTRAJAYA. GENERASI Y YANG RASA DIRI COOL DAN SEMPOI DI ALU-ALUKAN UNTUK DATANG MERAMAIKAN LAGI HIMPUNAN INI. DATANG JANGAN TAK DATANG, MALU LAH DENGAN BELIA PURBA DEKAT VIDEO TU KALAU TAK DATANG.EKEKEKE. 

JUMPA DI SANA!!




p/s- Penulis tak wajibkan eyh. Ini bukan macam Bersih. Xde nak keluar hukum wajib ke haram ke harus. ekekeke. :P





Politik Troll Nizar: Anwar Siap Sedia.




Tindakan Nizar menyerbu masuk ke satu siri ceramah membongkar pembohongan beliau di Tualang Sekah baru-baru ini dilihat sebagai satu tindakan yang gentleman oleh setiap penyokong Pakatan Rakyat. Ya, penulis sendiri mengaku dan memuji itu adalah satu tindakan yang sangat berani dan gentleman tetapi sudahkah Nizar memikirkan kesan-kesan yang akan dihadapinya? Atau kesan yang akan dihadapi oleh bos beliau iaitu Anwar? Bayangkan bagaimana penerimaan puak-puak Anwarinas ini apabila menerima kunjungan hormat daripada bekas rakan-rakan beliau di UMNO dan Parti Keadilan suatu ketika dahulu?


Penulis khuatir hanya Anwar yang pucat lesi muka beliau tetapi puak-puak Anwarinas akan bertindak provokatif seperti mana yang pernah berlaku ketika hari #901 tempoh hari hanya disebabkan tindakan PERKASA turun bersama-sama banner dan kain rentang menentang ideologi LGBT dan Anwar, ahli-ahli PERKASA dipukul. Penulis hairan apabila puak-puak Anwarinas yang memukul, tiada perkataan gangster dilemparkan kepada mereka oleh ahli-ahli PAKATAN RAKYAT yang lain sebaliknya mereka bersorak dan menyokong tindakan ganas tersebut. Bayangkan kalau pihak UMNO yang melakukan perkara sedemikian? Maki hamun pun dianggap GANGSTER.


UMNO tidak takut dan penulis mendapat berita dengan precedent terbaru ini, ahli-ahli UMNO dan Barisan Nasional sedang giat menyediakan jentera untuk mengikut trending yang telah dilakukan oleh Nizar ini dan Anwar bakal menerima kunjungan hormat daripada tetamu yang tidak diundang tidak lama lagi. Penulis juga difahamkan, ceramah yang terdekat adalah di dalam satu siri roadshow "Ceramah Merdeka Pasca Bersih 3.0".


Masih ingat lagi video ini? #901.





p/s- Brader Anwar amacam? ada bran? Takpe, brader Anwar tak takut punya. Ada banyak barua yang sanggup pukul dan backup untuk Anwar, lepas tu lari. Eh, ye ke? Puihh.




Sunday, May 13, 2012

Majlis Fatwa: Islam dalam PAS akan dibuang?






KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata perjuangan PAS kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan agama Islam demi kuasa dan kerusi politik.

Berikutan itu beliau bersedia mencadangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mempertimbangkan saranan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran parti itu menggunakan perkataan Islam dalam nama parti.

"Perjuangan parti itu semakin jauh menyeleweng daripada matlamat asal untuk menegakkan Islam yang direncanakan sejak lebih enam dekad lalu," katanya yang juga ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.

Beliau berkata demikian kepada Berita Harian semalam ketika diminta mengulas saranan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaaan mengadakan muzakarah untuk membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam pada nama parti itu.

Ibrahim berkata, sudah sampai masanya majlis fatwa berbuat demikian memandangkan ia boleh mengeliruka umat Islam, terutama di kalangan penyokong fanatik parti itu.

Harussani juga menggesa ahli dan penyokong Pas, khususnya yang fanatik dan taksub segera kembali kepada ajaran Islam sebenar dan berfikiran waras.

"Gunakan akal yang dianugerahkan Allah untuk berfikir...sama-sama memahami isi kandungan al-Quran , jangan hanya tahu mengutuk. Banyak sangat PAS menyalahgunakan Islam untuk kepentingan politik demi mendapatkan kuasa, pengaruh, kedudukan dan kerusi,"katanya.

Beliau juga melahirkan kebimbangan dengan perpecahan umat islam kerana sifat dengki, tamak, mengejar pangkat dan kedudukan di kalangan pemimpin parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam.


UNTUK BERITA PENUH DI BERITA HARIAN


p/s: Makin marah lah puak-puak pembangkang dengan Majlis Fatwa. Selepas Bersih diharamkan oleh Majlis Fatwa kini menyusul isu penggunaan Islam di dalam Pas pulak. Hehe, kalau hilang nama Islam tu, nak pakai nama apa? LGBT? wakakaka.



SEKSINYA PUTERI KELANTAN #UMNO66





GUA TAK NAK CAKAP BANYAK, GAMBAR ATAS TU, GAMBAR YANG TELAH DIEDIT UNTUK MEMBURUKKAN UMNO. KONONNYA YANG PUTERI UMNO NI MEMANG PEREMPUAN JALANG, TAYANG PERUT, TAYANG PUSAT SANA SINI.

MACAM BIASA, BILA  GAMBAR INI DI'UP' OLEH PENCACAI PR, BANYAKLAH PULA BARUA PR YANG SHARE GAMBAR NI, DENGAN SATU NIAT UNTUK MEMBURUKKAN LAGI UMNO, LEBIH-LEBIH LAGI DARI SEBELAH PIHAK PUTERI UMNO.

YANG GUA TAK PAHAM, BILA PERKARA-PERKARA YANG MENGAIBKAN UMNO, PENCACAI PR NI MACAM MENGHALALKAN PERKARA TERSEBUT TAPI BILA SAMPAI KES AISKRIM MAGNUM AZMIN BUKAN MAIN LAGI PANDAI PULAK NAK NASIHAT TAK BAIK TUNJUK AIB ORANG.

HAA SEKARANG NIH, GAMBAR YANG KEDUA TU MEMBUKTIKAN BAHAWASANYA DAKWAAN PUTERI UMNO ITU SEKSI SEMASA PERHIMPUNAN ULANGTAHUN UMNO YANG KE 66 ITU  ADALAH SALAH DAN PENCACAI-PENCACAI PR INI KAKI MENIPU, KAKI FITNAH DAN GUA TAK PAHAM ADA JUGAK PENYOKONG PR YANG BODO BEBAL PERCAYA DENGAN GAMBAR EDIT NI.

GUA TAK PAHAM BEB, GUA TAK PAHAM....




p/s: Gua ingat dekat kelantan siapa-siapa tak pakai tudung,bukak aurat, dedah pusat akan kena saman,kena rejam. Ke gua yang silap? 











Friday, May 11, 2012

BUKTI: AMARAN AWAL 100 RIBU AHLI SANG SAKA BANGSA UNTUK PAKATAN!!





Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Ulangtahun yang ke-66, Semoga Perjuangan kita diberkati Allah SWT, Insyallah. Di bawah ini, penulis ingin berkongsi sedikit gambaran keadaan di sekitar Bukit Jalil yang kini sedang berlangsung satu perhimpunan mega bagi menyambut Ulangtahun UMNO yang ke - 66.













Penulis berpendapat kejadian hitam pada 28 April 2012 yang lalu dapat dielakkan sekiranya penganjur akur dengan pilihan tempat yang disediakan untuk mereka menganjurkan Bersih 3.0. Stadium Merdeka juga salah satu daripada pilihan yang diberi, bukan kah tempat itu cukup bersejarah dan 'simbolik' dengan apa yang Bersih 3.0 cuba tegakkan? Persoalan yang kini timbul di dalam kepala penulis, kalau pelawaan kerajaan untuk Bersih 3.0 dibuat di Stadium Merdeka ataupun mana-mana stadium yang disediakan, adakah kekuatan mereka akan SEKUAT DAN SEBANYAK ini? 

Penulis tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh salah seorang Pemuda UMNO yang penulis jumpa, beliau berkata;



"UMNO tak perlu membakar sentimen ahli untuk menunjukkan kekuatan sokongan. 100 ribu ahli UMNO membanjiri Stadium Bukit Jalil hanyalah signal awal. Presiden parti kalau nak 200K, selamba je. Nak sejuta, 2 juta...Hehehe. Kita (UMNO) nak berkuasa di pentas pilihanraya. Bukan di Jalan raya." 




p/s- Lepas ni mesti ada yang buat pengakuan, saya dibayar RM 200 untuk menghadiri perhimpunan ini. Hehehe. Takpe. Penulis standbye untuk rebutt claim tersebut. :D







Thursday, May 3, 2012

BUKTI: Khalid Ismath ludah polis?







Gangster. Itu perkataan paling tepat. Lagi taiko daripada abang-abang besar dekat luar sana. Ini geng berapa line ni, aku rasa dah sampai 10 line hape? ke camne? Atau memang geng-geng pahaman syiah memang bahasa macam ni? sebijik itu gengster cina? Emm, marah? Betul beb, aku pon paham perasaan ko beb, marah, yelah, mak sendiri kena tembak, sape tak marah?

Sejauh mana kebenaran mak dia kena tembak, aku tak tau nak kata beb. Tapi aku ada gambar yang dikatakan mak dia kena tembak, haa, tengok bawah:




Ada jugak blog yang claim usus mak dia pecah, tapi aku heran sebab I dont see any blood stains from this picture point of view. Mungkin blood stains dekat tempat lain? Mungkin. Claim usus pecah aku tak boleh belah beb, appendiks yang kecik pecah pon orang dah boleh meninggal, ini pulak usus pecah. Kalau flesh wound, aku percaya dari segi medikal, kematian boleh dielakkan. Err, ada sesiapa tahu status mak dia tak? Aku heran nih, heran, kenapa takde dalam news? FB? Malaysiakini? Malaysiadulu? Why no hebahan simpati yang meluas? Kenapa? Kalau lah kejadian ni berlaku, cerita aiskrim magnum azmin pon newpaper buat tak heran beb, giler ko, mak orang kena tembak polis, cerita hangat kot tapi takde pon publish dalam news. TV3 suku pon takde. 

Aku sebenarnya tak berapa paham dengan status si Khalid nih, apa point dia sebenarnya, dia nak polis bantu mak dia dapat keadilan atau dia sengaja nak mencari publisiti di facebook dengan 'like' status yang terbanyak?

Khalid ko paham tak, kalau pegawai polis ambil statement mak ko, lagi memudahkan kerja-kerja penyiasatan untuk membela nasib mak ko. Lagipun itu menunjukkan bahawasanya POLIS AMBIL BERAT. Benda simple, takkan tak boleh nak paham. Jadi presiden dah macam-macam persatuan dah, tapi pemikiran tak macam manusia matang. 

Aku pon tak berapa berkenan buat post macam nih, tapi aku tak tau kenapa aku terpanggil untuk tulis jugak. Apa pun, semoga mak ko cepat sembuh la ye. Itu pon kalau claim mak ko kena tembak tu betullllll kalau tak betul anggaplah ni doa aku untuk mak ko sejahtera tubuh badannya.

Ok.

Bye Khalid.


p/s: kalau ko marah sangat dengan polis, aku nasihat baik ko pergi mana-mana Balai Polis, eyh jangan, lebih baik Ibu Pejabat Polis, lagi gangster, carik pegawai mana-mana ko ludah la sampai puas. Baru tercapai hasrat ye idak? daripada tunggu macam tunggul, berdegar-degar depan FB, adik aku pon boleh buat. zzzzZZZ.