Friday, May 11, 2012

BUKTI: AMARAN AWAL 100 RIBU AHLI SANG SAKA BANGSA UNTUK PAKATAN!!





Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Ulangtahun yang ke-66, Semoga Perjuangan kita diberkati Allah SWT, Insyallah. Di bawah ini, penulis ingin berkongsi sedikit gambaran keadaan di sekitar Bukit Jalil yang kini sedang berlangsung satu perhimpunan mega bagi menyambut Ulangtahun UMNO yang ke - 66.













Penulis berpendapat kejadian hitam pada 28 April 2012 yang lalu dapat dielakkan sekiranya penganjur akur dengan pilihan tempat yang disediakan untuk mereka menganjurkan Bersih 3.0. Stadium Merdeka juga salah satu daripada pilihan yang diberi, bukan kah tempat itu cukup bersejarah dan 'simbolik' dengan apa yang Bersih 3.0 cuba tegakkan? Persoalan yang kini timbul di dalam kepala penulis, kalau pelawaan kerajaan untuk Bersih 3.0 dibuat di Stadium Merdeka ataupun mana-mana stadium yang disediakan, adakah kekuatan mereka akan SEKUAT DAN SEBANYAK ini? 

Penulis tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh salah seorang Pemuda UMNO yang penulis jumpa, beliau berkata;



"UMNO tak perlu membakar sentimen ahli untuk menunjukkan kekuatan sokongan. 100 ribu ahli UMNO membanjiri Stadium Bukit Jalil hanyalah signal awal. Presiden parti kalau nak 200K, selamba je. Nak sejuta, 2 juta...Hehehe. Kita (UMNO) nak berkuasa di pentas pilihanraya. Bukan di Jalan raya." 




p/s- Lepas ni mesti ada yang buat pengakuan, saya dibayar RM 200 untuk menghadiri perhimpunan ini. Hehehe. Takpe. Penulis standbye untuk rebutt claim tersebut. :D







No comments:

Post a Comment