PENGENALAN
Apa itu Jelajah Destini Anak Bangsa?
Jelajah
Destini Anak Bangsa 1Malaysia (JDAB 1Malaysia) merupakan satu siri jelajah ke
seluruh Malaysia anjuran badan bukan kerajaan, iaitu Gerakan Destini Anak
Bangsa (GDAB) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA.
Program
naungan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ini
bertujuan untuk membantu anak-anak golongan kurang berkemampuan di luar Bandar,
pedalaman dan miskin Bandar dalam bidang pendidikan.
Siri Jelajaini
memfokuskan kepada kesedaran pendidikan terutama kepentingan pendidikan tinggi
dalam kehidupan. Selain itu, penekanan kepada rakyat melalui Gagasan 1Malaysia
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan akan diguna pakai secara menyeluruh
dalam program ini.
Apa matlamat Jelajah Destini Anak
Bangsa?
- Menterjemahkan aspirasi YAB Perdana Menteri dalam membantu rakyat kurang berkemampuan.
- Memberi peluang kepada masyarakat yang kurang berkemampuan untuk melibatkan dan menyertai program Destini Anak Bangsa.
- Memastikan kumpulan sasar dalam program destini anak bangsa tercapai.
Apa rasional MDAB?
Program
Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) secara dasarnya menumpu kepada segala usaha
university mengubah nasib anak bumiputera
miskin menerusi suatu pross pemindahan ilmu secara formal di UiTM.
Untuk memberi ruang dan peluang kepada pelajar Melayu dan Bumiputera yang
berupaya terutamanya di luar Bandar yang tidak berkemampuan untuk menimba ilmu
di peringkat tertinggi kerana factor kewangan.
Memberi peluang pendidikan kepada calon-calon yang tidak berjaya mendapat
tempat ke IPTA oleh kerana factor merit akademik yang tinggi.
APA HASIL?
Siri Jelajah
Destini Anak Bangsa (JDAB2012) hari ini telah meneruskan siri jelajahnya di
Negeri Pulau Pinang. Empat buah lokasi telah menjadi tumpuan JDAB2012 pada hari
ini ialah:
- Dewan Seri SMK Seri Balik Pulau
- Dewan SMK Dato Onn, Butterworth Penang
- Dewan Serbaguna Jawi, Seberang Perai Selatan
- Dewan SMK Dato’ Hj. Ahmad Badawi, Kepala Batas
Dato’ Prof.
Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar selaku VC UiTM telah meluangkan masanya untuk bersama-sama
para sukarelawan dalam satu majlis menyampaikan surat tawaran kepada 50 orang
bakal mahasiswa UiTM yang telah berjaya dalam permohonan pada bulan April yang
lalu. Selain itu, Dato’ Sahol telah meluluskan permohonan serta rayuan yang
dibuat oleh ibu bapa yang hadir berdasarkan syarat-syarat yang telah
ditetapkan.
Berita terbaru yang penulis terima petang tadi, hasil daripada program Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia ini, seramai 3781 orang pelajar kurang berkemampuan berjaya dikenal pasti dan dikumpulkan hasil usaha dan bantuan @datosahol. Satu usaha yang bagus dalam memastikan anak bangsa melayu yang pintar tetapi tidak berkemampuan untuk ke menara gading tidak ditinggalkan dan terbiar. Tahniah @NajibRazak kerana berjaya mengekalkan aspirasi ayahanda tercinta Allahyarham Tun Abdul Razak dalam membantu masyarakat luar bandar terutama bangsa Melayu.
Untuk maklumat lanjut mengenai Program Jelajah Destini Anak Bangsa dan apa syarat kelayakan bagi menyertai Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) ini, boleh rujuk perihal di dalam blog rasmi JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA.
Terbukti Jelajah Destini Anak Bangsa adalah satu usaha yang baik
hasil buah fikiran YAB Perdana Menteri. Jumlah 3781 pelajar kurang berkemampuan
yang layak memasuki program MDAB adalah satu figure yang besar, dan perlu diingat program
ini masih rancak berlangsung dan daripada khabaran yang diterima, team
#JDAB2012 sedang berada di Kuala Perlis. Selamat berjuang di ucapkan demi
agama, bangsa dan tanahair. Moga nasib anak bangsa terus terbela.
p/s- Sedang Pakatan terus politiking,sibuk selesaikan skandal seks
di kalangan pemimpin mereka, kerajaan pimpinan Dato @NajibRazak terus
memperjuangkan nasib bangsa Melayu selari dengan aspirasi dan semangat
1Malaysia. Untuk Pakatan Rakyat, ko ada? ekekeke.
No comments:
Post a Comment