Thursday, June 7, 2012

@AmanKampus: Team #AmanKampusKenyalang meriahkan Gawai Eve!








MAKAN BESAR

Hari Gawai Dayak merupakan perayaan terbesar di Sarawak dinikmati oleh terutamanya kaum Iban yang menjadi komuniti terbesar di Sarawak. Team Aman Kampus Kenyalang amat bertuah dapat menghadirkan diri di Rumah Panjang Ngaluang bersama-sama dengan masyarakat di sini menjelang malam perayaan tersebut. Ternyata sekali, begitu ramai anak perantauan rumah tersebut yang pulang bagi merayakan Hari Gawai berikutan dengan cuti umum selama 3 hari yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada rakyatnya.

Rumah Panjang Ngaluang dihiasi dengan begitu cantik sekali sesuai dengan sambutan Hari Gawai dan ianya menjadi lebih cantik bagi menyambut kedatangan 'anak-anak angkat ' baru Rumah Panjang Ngaluang iaitu peserta Aman Kampus Kenyalang. Menjelang pukul 8 malam, setiap keluarga angkat mula mengangkat hidangan masakan istimewa yang diletakkan di hadapan anjung utama (raung seperti balkoni panjang) bilik masing-masing. Pada masa yang sama, ketua-ketua bilik mula berkumpul memanjang di hadapan bilik masing-masing bersama ahli keluarga mereka.

Dengan mengambil semangat 1Malaysia, keluarga-keluarga angkat yang memahami bahawa 'anak-anak' angkat mereka ramai terdiri daripada penganut Agama Islam, mereka dengan besar hati dan tidak kisah apabila pengurusan Aman Kampus telah menyediakan makanan sendiri yang dibungkus di dalam bungkusan polestrin, asalkan 'anak-anak' angkat mereka kenyang dan tidak kelaparan. Itulah kasih sayang yang ditunjukkan oleh setiap keluarga di Rumah Panjang Ngaluang kepada team Aman Kampus Kenyalang.

Begitu pun tidak dapat menyediakan makanan sendiri kepada team Aman Kampus, ini tidak menghalang untuk setiap keluarga ini menyediakan makanan ringan seperti kacang, kuih baulu, asam, kek batik dan lain-lain juadah yang dibeli dikedai. Menu makanan ringan di sini tidak jauh bezanya dengan seperti mana sambutan Hari Raya Aidilfitri di semenanjung. Makan besar keluarga ini juga tidak diubah seperti makan besar kaum Cina sekaligus membuktikan meyemarakkan lagi semangat perpaduan di kalangan mereka dan sekali lagi terbukti inspirasi semangat 1Malaysia yang dipelopori oleh Dato Seri Najib itu disambut dan dipraktikkan oleh rakyat Malaysia di seluruh pelusuk negeri.

Suasana menjelang malam Hari Gawai. Bermula dengan makan besar.




















'Pengerusi Bersekutu Aman Kampus Kenyalang selesai makan bersama keluarga dan menantikan acara "ngaptara" dijalankan.' 



NGAPTARA


Ngaptara adalah salah saut acara tradisi yang diamalkan oleh kaum Iban menjelang Malam Hari Gawai. Tuai Rumah bersama sekumpulan pemain muzik akan mula berpusing sekitar anjung utama rumah panjang dan pergi dari satu bilik ke satu bilik bagi menjemput wakil bilik (kebiasaannya adalah ketua bilik untuk menyertai perarakan barisan rumah panjang. Ketua bilik dan ahli keluarga akan mula mengikut tawaf tersebut yang akan dilakukan sebanyak 7 pusingan.

Sepanjang-panjang "ngaptara", wakil rumah (kebiasaannya si isteri dan anak perempuan) akan menuangkan air tuak ke dalam gelas dan dihulurkan kepada barisan "ngaptara". Setelah selesai 7 pusingan, maka "ngaptara" akan berhenti dan masing-masing akan duduk memanjang di tepi dinding anjung rumah panjang.


















AMAN KAMPUS BERSAMA ATM


Dalam siri-siri jelajah Aman Kampus sebelum ini, PDRM sentiasa memberikan kerjasama yang terbaik mengiringi konvoi Aman Kampus untuk memberikan perjalanan yang baik sepanjang beribu km. Namun kali ini, satu lagi cabang keselematan negara turut bekerjasama dengan AMan Kampus iaitu Angkatan Tentera Malaysia.


Kerana motto dan kempen yang dibawa oleh Aman Kampus supayakan CINTAKAN KEAMANAN (tak macam Adam Adli, ATM turut serta untuk bekerjasama dengan AmanKampus tuerutamanya dalam menediakan makanan halal yang susah diperolehi sepanjang kembara ini.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menyokong masakan chef mereka di Rumah Panjang Gundak dan di rumah panjang Keli di Sarikei, Sarawak.  Begitu juga sewaktu di Rumah Panjang George Chungut yang menyaksikan YAB Perdana Menteri turun bagi meraikan Hari Gawai. ATM dan PDRM membantu menyediakan makanan halal kepada peserta Aman Kampus dan pengunjung yang beragama Islam termasuklah YAB Perdana Menteri sendiri.

















Logo MINDEF antara logo yang tertera pada banner Aman Kampus Kenyalang sebagai pihak yang bekerjasama dengan Aman Kampus Kenyalang. 





 YB Dato Dr Latif, Timb Menteri Pertahanan Malaysia sewaktu di Lapangan Terbang Udara TUDM, Subang.





Jangan lupa untuk melawat blog rasmi Jelajah Aman Kampus- Anak Sarawak Pulang Berbakti untuk liputan penuh. Untuk pengetahuan pembaca, semalam merupakan hari terakhir mereka  di sana dan apa yang telah disampaikan kepada penulis, team AmanKampus telah selamat sampai di Semenanjung dan telah pulang ke universiti masing-masing. Dari meja penulis, penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas pengorbanan masa yang dilakukan dan semoga maju jaya dalam menghadapi peperiksaan kelak. Tahniah diucapkan!






p/s- Comel sungguh gadis berbaju merah, bertudung hitam yang bergambar dengan YB Timbalan Menteri Pertahanan tu..hehe..elok la tu, muka cantik, peribadi pon sopan..jangan jadi sesetengah orang tu, nampak sopan tapi kurang ajar, cakap lebih kurang dengan pengetua pon ada...hehe..apa nak diherankan, pergi demo pon boleh joget-joget,jerit-jerit sampai keluar anak tekak...uish..uish...suara tu aurat dek non oi...siapa lah ye orang tu....












No comments:

Post a Comment