Friday, August 31, 2012

BAJU KUNING: RAKYAT KATA TIDAK. KITA SATUMALAYSIA @KLPOS @PAPAGOMO @NAJIBRAZAK





Jawapan telah diberikan oleh rakyat Malaysia kepada Pakatan Rakyat. Jawapan yang terang, nyata dan jelas. Kalau anda fikir, rakyat menyebelahi anda. Anda salah. Bagus, teruskan lagi dengan sandiwara dan lakonan anda. Lagi banyak sandiwara yang dihasilkan, lagi celik mata rakyat tentang wajah sebenar di sebalik 'TOPENG KEBENARAN' anda itu. Penulis pelik ramai betul ca yu nun alif yang join salah satu daripada usaha 'mengREPUBLIKkan' Malaysia ni. Mungkin disebabkan seronok kerana ada bangsa melayu kita yang berkongsi bantal dengan mereka. 

Buat ibu bapa di luar sana, ambil perhatian, penulis baru mendapat tahu Khalid Ismath akan mempengaruhi pelajar-pelajar universiti lebih - lebih lagi pelajar yang menyertai Pro Mahasiswa untuk mengadakan satu perhimpunan seperti BERSIH. Penulis percaya tuan-tuan dan puan-puan tahu apa impak BERSIH. Jaga tingkah laku anak tuan-puan, Pro M bergerak dengan tema warna OREN dan trademark penampilan seperti seorang muslim dan muslimah sejati. Mereka ini juga diantara pelajar-pelajar yang membuat lambang cross menggunakan jari di dataran tempoh hari. 

Majoriti yang penulis kenal berperwatakan agresif, sombong, taksub dan nekad untuk setiap tindak tanduknya. Disebabkan itu juga, mereka di antara penyebab UTM dikenali sebagai Universiti Tentera Militan, Persatuan Mahasiswa UTM (PMIUTM) juga pernah diharamkan disebabkan TAMRIN yang mereka adakan mengandungi unsur untuk merekrut pelajar sebagai tentera militan dan tempat yang diadakan tamrin itu juga lengkap dengan kubu pertahanan. Tak percaya bukan? Penulis ada ramai saksi. Jangan sampai anak tuan-puan terpengaruh dengan pengaruh negatif ini. 

Membantah adalah bagus. Tetapi hanya patut dilakukan pada waktu,tempat, medium dan di atas tujuan yang sesuai.



p/s -  Ini belum buat survey tanya pendapat rakyat malaysia tentang bendera REPUBLIK MALAYSIA yang telah dikibarkan tu. Mampus, ada yang kena halau keluar Malaysia nanti. 









No comments:

Post a Comment