Friday, August 17, 2012

- KENYATAAN RASMI MPM UTM SESI 2011/2012 SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI - @WAHAZMAN @JUSTAZIE @SHUK002 @IDZUANJAMAL @BRADERJAI @EFFYHARIDTH @MATDESPATCHOTAI @ASPIRASIEVOLUSI @AJUYA_AYISH @AFIFOSMAN @SHAHARABDLH @SARFARMS @SHAHIZZATISMAIL @CIKMUST @MYMAHASISWA





" Selamat Hari Raya Aidilfitri Tahun 2012/1433 Tahun Hijrah"

1. Sebagai pemegang mohor besar Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia, saya mewakili Pemangku Presiden, Saudara Wan Ahmad Hazman dan barisan pemangku MPM UTM yang lain mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua masyarakat UTM terutamanya mahasiswa yang beragama Islam.

2. Selepas hampir sebulan kita berpuasa dan melalui pelbagai cabaran dalam kita beribadah kepada-Nya pada bulan yang mulia ini, akhirnya sampailah kita pada penghujungnya. semoga kita semua bersama-sama mendapat kebaikan yang berganda sepanjang bulan ini dan pada masa hadapan kelak.

3. Selain itu juga, kami ingin memohon maaf kepada semua sahabat-sahabat kami, masyarakat UTM secara amnya, sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang tampuk pentadbiran kami selama 1tahun 7 bulan ini. Sekiranya terdapat apa-apa persoalan bolehlah diajukan kepada kami kerana kami masih lagi berfungsi untuk anda semua.

4. Diingatkan juga, kepada krew MTM sesi kali ini, anda diminta untuk melaporkan diri di UTM pada 27Ogos 2012 bagi mengikuti kursus MTM. Berhati-hatilah semasa ingin pulang ke kampung halaman, dan jangan bermain mercun. Sekian sahaja daripada kami diharapkan agar sahabat semua sihat walafiat dan sentiasa dirahmati oleh-Nya.

"Kerana Tuhan Untuk Manusia"

Wan Frany Muhtaddin Masbak
Pemangku Setiausaha Agung,
Majlis Perwakilan Mahasiswa,
Universiti Teknologi Malaysia sesi 2011/2012

p/s- Kenyataan ini telah diekstrak khas daripada facebook peribadi Wan Franny buat tatapan umum dengan niat untuk menyampaikan apa yang patut disampaikan, moga apa yang ditulis dapat menjadi iktibar dan pedoman buat pelajar UTM sekalian dan lebih-lebih lagi kepada bakal wakil pelajar nanti. 



No comments:

Post a Comment