Tuesday, September 25, 2012

@aspirasievolusi menang besar di UTM. Tanda sokongan kepada Dato Seri @NajibRazak.

Tahniah diucapkan keputusan Pilihan Raya Kampus di Universiti Teknologi Malaysia tahun 2012 kali ini memihak kepada pihak Aspirasi Evolusi, sejumlah 47 kerusi daripada 54 kerusi yang dipertandingkan telah dikuasai oleh pihak Evolusi. Satu lagi sejarah baru telah dilakar, dengan penambahan peratusan kerusi yang dimenangi daripada 85% meningkat kepada 87%.

Selain itu juga fakulti yang sebelum ini merupakan kubu kuat Pro Mahasiswa seperti Fakulti Mekanikal, Fakulti Sains Komputer, Fakulti Elektrikal, dan Fakulti Sains telah jatuh rebah ke tangan Aspirasi Evolusi dengan margin undi yang sangat besar.

Untuk tahun ini, pihak Pro Mahasiswa hanya menghantar empat orang calon untuk bertanding kerusi umum dan daripada jumlah tersebut hanya dua orang sahaja yang berjaya, selebihnya dipenuhi calon Evolusi Aspirasi.

Keadaan pilihan raya yang agak suram tanpa tandingan sengit daripada pihak Pro M seperti sebelum ini menimbulkan tanda tanya. Calon yang dihantar pon lebih kurang saja, menampakkan ketidak sediaan mereka untuk bertanding.

Ada yang kata dekat gua, pihak Pro M ni bergaduh tapi daripada pemerhatian aku tadi mustahil dieorg gaduh. Jadi, dari pendapat gua sebagai blogger jalanan, gua rasa pihak Pro M ni tak cukup duit dan tak dapat funding yang secukupnya seperti tahun lepas. Gua agak sebab bayar sewa jet dan bas mewah kot. Gua agak je la. Kikiki.

Apa pun yang jadi dekat dieorang, gua pasti dengan kehadiran yang turun mengundi di UTM sebanyak 83% menunjukkan mahasiswa menyokong kepimpinan dan transformasi yang dibawa oleh Dato Seri Najib. Syabas, Dato Seri kerana berjaya memenangi hati orang muda.

Akhir kata, jangan jadi Pro M yang berdoa panjang lebar dalam dewan tadi, siap dengan chanting thank you Hema tapi bila bukak FB, kutuk, caci maki semua keluar.


P/s - Fakulti yang gua lead, menang bersih la bhai. 3-0. Hehe.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, September 23, 2012

Edisi Terjah: Evo M dibekalkan 'AVANZA' sempena PRK? Gambar mengatakan UMNO terlibat!!!

Selain daripada isu enam tuntutan yang dilakukan oleh Pro M UTM, mereka juga menyebar fitnah kepada masyarakat kampus dengan mengaitkan Evolusi Mahasiswa dengan UMNO tanpa bukti-bukti yang kukuh. Berbekalkan beberapa gambar yang telah di 'photoshop' gambar UMNO dengan tujuan untuk menjatuhkan Evo M, jelaslah yang mereka ini sememangnya didalangi oleh parti pembangkang. Ini kerana mainan menjatuhkan pihak lawan ini menggunakan photoshop adalah mainan totok-totok politik luar dan bukannya pendekatan seorang mahasiswa yang intelektual.

Kalau betul betul lah Evo M ini UMNO, kenapa mereka tidak membuat serangan balas terhadap tohmahan yang dilakukan dengan menggunakan pendekatan jijik yang sama?

Semua sedia maklum, cai-cai Pro M sememangnya menyukai Dato Saifudin Abdullah dan di dalam buku yang ditulis ada menyebut tentang politik Ilmu dan ianya disokong oleh cai cai Pro M dan telah menjdi inspirasi bagi mereka untuk menjatuhkan Evo M walau dengan cara apa sekalipun. Malang sekali ia hanyalah laungan retorik yang dimainkan untuk mendapat perhatian warga kampus walhal inilah wajah mereka yang sebenar, PENYEBAR FITNAH.

Mereka lupa yang mereka berada di UTM, universiti yang mempunyai barisan siswa dan siswi berintelektual tinggi, tidak mudah termakan dengan fitnah photoshop dan juga drama/sinetron/wayang calon diculik oleh alien. Mahasiswa UTM juga tidak akan merempuh dan memecahkn pintu klinik swasta.

Sudah sudahlah wahai Pro M, kamu semua buang masa, a sore to the eyes bak kata omputih. Berkempen pun melanggar peraturan, terpekik terlolong, suka memfitnah sesama saudara Islam macam mana lah nak jadi pemimpin yang baik nanti?

Gua berenti setakat ini sahaja untuk membiarkan warga kampus berfikir sejenak mengenainya agar mereka senang membuat pilihan pada hari mengundi esok.

p/s- Berdekah gua gelak bila gua dengar Calon Pro Mahasiswa yang bertanding di Fakulti gua tak tahu beza TRITON dengan AVANZA. Niat nak burukkan orang lain kononnya di 'sponsor' bagai. Hambek ko, Allah bayar CASH la der.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, September 22, 2012

Calon Pro Mahasiswa UTM bakal dibantah besar-besaran!!! @mymahasiswa @aspirasievolusi #AspirasiEvoUTM









Berdasarkan Buku Panduan dan Kod Etika Pemilihan MPPUTM sesi 2012/2013, Perkara (7), klausa (7.2)(V) ada menyatakan CALON TIDAK DIBENARKAN UNTUK BERKEMPEN SECARA BERKUMPULAN dan sebelum itu juga pada klausa (7.2) (IV), ianya ada disebut bahawa CALON DILARANG BERKEMPEN MELALUI ATAU MENGGUNAKAN PERSATUAN YANG DI BAWAH PENYELIAAN PEJABAT HAL EHWAL MAHASISWA & ALUMNI ATAU PERSATUAN LUAR dan bagi gua penyataan di atas sudah cukup untuk membuatkan calon-calon daripada pihak Pro Mahasiswa ini layak dibantah dan ini akan membuatkan calon-calon di pihak Aspirasi UTM menang tanpa bertanding. Senang bukan nak menang? Tapi gua pelik. 

Pelik sebab gua rasa Pilihan Raya Kampus kali ini sunyi sepi. Lagi pelik disebabkan keadaan pihak di sebelah sana terlalu diam, diam seakan-akan tidak ada apa-apa yang akan berlaku. Musykil nih musykil. Apa je lah game yang nak dimain. Gua tengok dah macam pihak Aspirasi lawan sesama sendiri. Tindakan seperti ini gua rasa memang dirancang seperti yang Pro M mahukan ianya berlaku sepertimana Enam Tuntutan mereka. 

Enam tuntutan yang dimaksudkan: 



Jadi, dekat sini apa yang gua boleh simpulkan adalah Pro Mahasiswa UTM sememangnya ingin calon-calon mereka ini dibantah disebabkan salah laku semasa berkempen yang telah mereka lakukan secara terbuka. Bila calon mereka dibantah habis-habisan, Aspirasi di UTM akan menang mudah dan ianya merupakan reflek kepada apa yang telah berlaku di Pilihan raya Kampus di UTHM. Seperti rakan-rakan lain sedia maklum di UTHM, seramai 12 orang calon Pro Mahasiswa UTHM dibantah daripada bertanding di atas sebab yang sama iaitu berkempen secara berkumpulan lalu memberikan kemenangan mudah buat pihak Aspirasi UTHM. 

Terjadinya perkara seperti ini akan mencerminkan seolah-olah pihak Pro M ini ditindas dan dizalimi oleh pihak atasan, seterusnya menjadikan enam tuntutan yang di war-warkan seperti sesuatu yang sangat relevan di mata orang awam. Modus operandi yang digunakan saling tak tumpah dengan modus operandi pihak luar.  Ini gua tak tuduh eyh, gua teka je,cakap-cakap kosong. Kahkahkah Nanti gua tuduh, ada pulak geng-geng Pro M yang salam gua tak nak senyum. Dah penamaan calon baru senyum, kalau tak ketat memanjang. Hehehe.

Nantikan pendedahan gua tentang video BONGKAR yang dikatakan adalah bukti bahawasanya Pro M memang parti kader untuk Pakatan Rakyat. 


p/s- Nanti depa kata ini semua KONSPIRASI. KONSPIRASI OPS 2020. Pungkoq.





Tuesday, September 18, 2012

Video Jelajah Merdeka Rakyat, JOHOR: Bukti PR akan menang, DSAI disambut meriah oleh penduduk Bandar Baru UDA



Video sekitar lawatan Jelajah Merdeka Rakyat Hakkkptuihhh Abang ANUar di Bandar Baru UDA yang menunjukkan betapa abang ANUar disanjung tinggi oleh masyarakat setempat. Ramai beb yang pegi 'sambut' kehadiran dia,siapa ada karpet merah tu. Tak cukup dengan karpet merah, bas mewah nya pon turut dicalit cat merah. KAHKAHKAH. Betapa menunjukkan kegembiraan penduduk setempat.

Gua difahamkan lawatan ni untuk ziarah jenazah tapi menurut rakan sepermainan gua masa kecik-kecik dulu yang sememangnya penduduk di situ, tak ada pon pengumuman di surau yang dibuat mengatakan ada orang meninggal. Gua tengah menyediakan bukti bertulis ni bagi menyokong kenyataan verbal dari makcik di dalam video tu. Jadi kalau dah tak ada orang meninggal, macam mana boleh timbul kenyataan nak lawat jenazah? Aiyoyoyoy..cakap serupa itu pusing juga. 

Rupa-rupanya tujuan mereka ini adalah melawat keluarga si mati yang telah lama mati. Jadi di sini, gua pon xfaham apa kaitan dengan melawat jenazah. Atau memang ada sesuatu yang tersirat di balik yang tersurat sampaikan berbelit-belit lidah cai-cai pembangkang nak spin kenyataan awal penyokong mereka yang kononnya memang datang nak lawat jenazah. Tak pasal-pasal orang yang diziarah didoakan cepat mati. Apa la nak jadi ni.

Cantik bas abang ANUar, besar pon besar. Agak-agak buat projek baru dalam tu, kantoi tak? KAHKAHKAH


p/s - Kalau dah perangai cenggini, memang patut pon cai Pakatan dengan Abang Anu nya kena baling cat merah. 


Saturday, September 8, 2012

Pengawal Peribadi @anwaribrahim Acu Pistol Depan Orang Awam

Terkejut gua tengok perangai pengawal peribadi Anwar ni, baru hadap orang UMNO je pon dah menggelabah nak tunjuk pistol.Apa citer nih?

Bekas OCPD Baling masa dekat Memali dulu walaupun kena kepung dengan orang ramai yang bersenjata parang dan buluh runcing pon hanya tepuk pintu kereta nak tenangkan orang sekeliling kereta peronda dia.

Gua tak faham lah, dia ingat ni negara luar ke senang-senang nak tunjuk senjata? Sudah lah datang tempat orang, langsung takde respek. Bodyguard Najib pon takde macam perangai bodyguard Anwar nih.

Lepas peristiwa Bas mewah Merdeka Rakyat, datang pulak Lori Merdeka Rakyat, lepas tu bodyguard tunjuk pistol pulak? Memanglah ternyata menghabis duit rakyat.
Gua tak nak komen banyak, lu orang boleh ushar link yang gua akan letak kejap lagi untuk tahu lebih lanjut tentang cerita tunjuk pistol ni. Layan bro.

LINK: http://alamijiwaparadox.blogspot.com/2012/09/wajah-pengawal-peribadi-anwar-ibrahim.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&utm_campaign=Feed:+blogspot/GdVbq+(Jiwa+Paradox)&m=1

p/s: Nasib baik tak tunjuk pistol sendiri.hehe.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, September 1, 2012

Perutusan YAB Perdana Menteri @NajibRazak Kepada Pelajar-Pelajar Baru IPT 2012 supaya menyokong Aspirasi Universiti






BUAT ADIK-ADIK YANG AKAN MENYAMBUNGKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JANGAN LUPA UNTUK MENYOKONG ASPIRASI UNIVERSITI









p/s - Psssttt....elakkan daripada warna oren ye...bahaya warna oren nih..tak pasal pasal jadi tentera militan...TAPI kalau jadi tentera dengan PALAPES, itu AMAT BAGUS..