Sunday, September 23, 2012

Edisi Terjah: Evo M dibekalkan 'AVANZA' sempena PRK? Gambar mengatakan UMNO terlibat!!!

Selain daripada isu enam tuntutan yang dilakukan oleh Pro M UTM, mereka juga menyebar fitnah kepada masyarakat kampus dengan mengaitkan Evolusi Mahasiswa dengan UMNO tanpa bukti-bukti yang kukuh. Berbekalkan beberapa gambar yang telah di 'photoshop' gambar UMNO dengan tujuan untuk menjatuhkan Evo M, jelaslah yang mereka ini sememangnya didalangi oleh parti pembangkang. Ini kerana mainan menjatuhkan pihak lawan ini menggunakan photoshop adalah mainan totok-totok politik luar dan bukannya pendekatan seorang mahasiswa yang intelektual.

Kalau betul betul lah Evo M ini UMNO, kenapa mereka tidak membuat serangan balas terhadap tohmahan yang dilakukan dengan menggunakan pendekatan jijik yang sama?

Semua sedia maklum, cai-cai Pro M sememangnya menyukai Dato Saifudin Abdullah dan di dalam buku yang ditulis ada menyebut tentang politik Ilmu dan ianya disokong oleh cai cai Pro M dan telah menjdi inspirasi bagi mereka untuk menjatuhkan Evo M walau dengan cara apa sekalipun. Malang sekali ia hanyalah laungan retorik yang dimainkan untuk mendapat perhatian warga kampus walhal inilah wajah mereka yang sebenar, PENYEBAR FITNAH.

Mereka lupa yang mereka berada di UTM, universiti yang mempunyai barisan siswa dan siswi berintelektual tinggi, tidak mudah termakan dengan fitnah photoshop dan juga drama/sinetron/wayang calon diculik oleh alien. Mahasiswa UTM juga tidak akan merempuh dan memecahkn pintu klinik swasta.

Sudah sudahlah wahai Pro M, kamu semua buang masa, a sore to the eyes bak kata omputih. Berkempen pun melanggar peraturan, terpekik terlolong, suka memfitnah sesama saudara Islam macam mana lah nak jadi pemimpin yang baik nanti?

Gua berenti setakat ini sahaja untuk membiarkan warga kampus berfikir sejenak mengenainya agar mereka senang membuat pilihan pada hari mengundi esok.

p/s- Berdekah gua gelak bila gua dengar Calon Pro Mahasiswa yang bertanding di Fakulti gua tak tahu beza TRITON dengan AVANZA. Niat nak burukkan orang lain kononnya di 'sponsor' bagai. Hambek ko, Allah bayar CASH la der.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment