Friday, October 26, 2012

DANA PRU HARAM: PAKATAN RAKYAT BAKAL TUMBANG PRU 13 NANTI. @NAJIBRAZAK @CHEGUBARD @TIANCHUA











Restoran Kim Leng? Buat apa Chegubard di sini? Owh Majlis Makan Malam 'Dana PRU' rupanya. Tapi kenapa di sini? Kenapa tidak boleh satu restoran yang lebih Satu Malaysia? Mungkin kerana mereka bukan dari golongan yang mendokongnya. Mungkin ini salah satu restoran kenalan, atau lebih tepat lagi kroni, jadi sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk mengkayakan sekutu dan kroni, yelah, kalau kawan tak tolong kawan, buat apa panggil kawan bukan? 

Ini bukan yang pertama aku lihat, pernah satu ketika dahulu aku menyelinap masuk di salah satu majlis makan malam seperti ini, tapi ketika itu mereka gunakan nama si Mati, si mati yang jatuh dari Tingkat 14, katanya, nak kumpul fund. Majlis makan malam itu dibahagi meja kepada Non Muslim dan Muslim. Di atas meja Muslim terhidang air kosong, di meja Non Muslim terhidang arak. Mungkin betul,mungkin juga aku silap. Mungkin juga Azmin boleh tolong aku untuk buat penjelasan. Mereka ini modus operandinya biasa, kutip fund, sebar fitnah, guna nama si mati, guna nama kebangkitan rakyat, untuk kumpul fund. Mereka disertai oleh para cendiakawan dari pelbagai bidang termasuklah pakar ekonomi, Doktor, namun meminta sedekah atau mengumpul fund adalah cara yang terbaik yg dapat difikirkan. Dan mereka juga masih berani menjanjikan Bulan dan Bintang pada Bajet yang mereka bentangkan, Bajet Alternatif. Atau ini hanya gimik mengaburi mata rakyat yang mereka tidak mendapat 'sedekah' daripada pihak luar. 

Chegubard juga mungkin merasakan orang Melayu hanya mampu sedekah note satu angka kepada 'perjuangan' mereka dan itu tidak cukup. Chegubard juga mungkin merasakan part usaha tersebut telah dilakukan oleh Rakan Bulan mereka dan sudah tiba masanya Chegubard mencipta nama sendiri dengan mengampu rakan sepet mereka untuk berikan fund lima angka yang dikehendaki, cuma kali ini mereka tidak mati. Dan demi fund ini juga Chegubard gagal membezakan mana halal dan haram. 


ADAKAH MAKANAN DAN MINUMAN YANG DIMAKAN ITU HARAM ATAU HALAL DARI SEGI SYARAK? 

BERSIHKAH PERALATAN MEMASAK YANG DIGUNAKAN?

SEDANGKAN KOPI JUGA TERLEKAT PELEKAT HALAL. 


p/s- Halal ke duit jual buku untuk sebar fitnah sesama Islam? Hikayat Rosmah? Hikayat kepala jimbit dia.





Tuesday, October 16, 2012

PESTA ARAK DI SELANGOR: DEMI RAKYATTTTTTTTTT...KATANYA.



Tuan-tuan dan puan-puan, gadis-gadis dan abang kacak, mempersembahkan OKTO BEER FEST!!!! Kalau dulu, OKTO BEER FEST seperti ini hanya boleh didapati di negara asalnya Jerman, tetapi kini diatas nama globalisasi dan memenuhi tagline 'NEW HOPE NEW INSPIRATION' yang dibawa oleh parti PKR, Kerajaan Negeri Selangor 'membawakan' kepada RAKYATTTTTT....festival yang sudah menjadi satu budaya di Jerman ke Malaysia buat julung kalinya! Syabas diucapkan di atas kecekapan pemerintahan kerajaan Negeri Selangor sekarang kerana berjaya membela RAKYATTTTTT. 

Apa itu OKTOBER FEST?

Oktober Fest adalah merupakan satu festival untuk meraikan 'ARAK' secara besar-besaran dan diadakan di Munich, selama 16 hari berturut-turut dari hujung bulan September sehingga minggu pertama bulan Oktober. Nama Oktober Fest ini diambil sempena bulan Oktober yang selalu diadakan festival ini. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, festival ini sudah menjadi satu budaya buat masyarakat Munich, kerana festival sudah dijalankan turun temurun sejak tahun 1810 dan dipelopori oleh King Ludwig I sempena perkahwinannya dengan Puteri Therese of Saxe-Hildburghausen pada Oktober 12,1810. Semenjak tarikh tersebut, festival ini diabadikan sebagai festival wajib setiap tahun di Munich. Selain arak, dihidangkan juga makanan-makanan lain seperti babi dan sebagainya. Di dalam festival ini juga, turut diadakan 'GAY DAY' buat GAY-GAY disana. 

Apa itu OKTO'BEER' FEST? 

OKTO'BEER' FEST merupakan satu festival dua hari berturut-turut yang menyerupai OKTOBER FEST yang diadakan di Malaysia, untuk lebih spesifik lagi di Klang Selangor, dan untuk lebih spesifik lagi di Centro Mall, pelawat dihidangkan dengan arak, sate, PORK KNUCKLE (salah satu part di badan babi yang dikatakn rangup dan sedap), dan  footlong sosej iaitu sejenis sosej babi, pretzel dan macam-macam lagi. Dan seperti mana pesta-pesta arak yang lain, gadis-gadis pelayan yang seksi dan menggiurkan berpakaian tema seperti di Oktober Fest di Munich juga turut hadir bagi menjamu mata abang-abang kacak. Selain daripada gadis seksi yang menghiburkan, live band juga  disediakan sebagai halwa telinga bagi pelawat-pelawat yang tidak mempunyai nafsu kepada gadis-gadis seksi. Walaupun tiada GAY DAY seperti di Munich tetapi hati gua merasakan ianya akan diadakan untuk edisi akan datang dan Ada benda yang lebih penting lagi tentang pesta nih, seperti mana RAKYATTTTTT MALAYSIA SUKAKAN :-




Selain di Centro Mall Klang, Oktobeer Fest juga telah meluaskan jajahan takluk mereka ke beberapa daerah di Selangor, dan tidak lupa juga di Penang, Gurney Paragon. Berikut adalah gambar-gambar gadis-gadis sexy Oktobeer Fest cukup untuk menggambarkan suasana di Pesta tersebut. 





Pesta ini juga merupakan kerjasama simbolik kerajaan Selangor dan kerajaan Kedah dalam mempromosikan arak dan kelab malam, yalah, kalau di Kedah, kelab malam baru banyak diluluskan dan tanpa ARAK, apalah sangat KELAB MALAM tu ye dak? Isu kelab malam di Kedah boleh dilihat di sini 



Ramai jugak yang pompang-pompang sebut pasal kilang arak sebelah highway tu, gua hairan jugak nih, dulu ada jugak yang pompang-pompang nak tutup kilang tu kalau menang Selangor, sekarang dah menang, bila ditanya pasal kilang tu, dia kata ITU AHMAD ALBAB YANG PUNYAAAAAAAAA. 

Jadi, mungkin sebab itulah gua rasa kilang itu masih teguh berdiri. 

Itu belum gua dedah pasal muzik event tiap-tiap minggu dekat Sepang. PBT luluskan, last-last polis juga jadi balaci pergi event tu tangkap budak tingtong. Pusher jual 'barang' macam jual popcorn. 

Sekian, pendedahan satu lagi kejayaan manis Pakatan. Demi RAKYATTTTTTTTT....katanya.




p/s: Nasib baik si polan bin si polan yang kata nak tutup kilang kaler ijau tepi highway tu tak janji nak kerat konek mahupun bogel depan Pavilion kalau tak tutup jugak kilang tu time depa menang Selangor. Kalau tak, gua seru satu Malaysia tuntut. Kah3.