Bunting promo GRAND OPENING VIEW NITE
pada waktu malam
pandangan hadapan 'VIEW NITE'
BUKTI KEHADIRAN DAN GAMBAR SEKSI DJ LIZ CANDY:-
bukti kehadiran Dj Liz Candy
AKSI DJ LIZ DI BEBERAPA SHOW BELIAU:-
Penulis berpendapat selepas kerajaan Kedah jatuh ke tangan pembangkang dan kemudian dipimpin oleh barisan Parti Islam Se-Malaysia, dah tak akan ada pusat-pusat hiburan yang lagha ni..sebab apa yang dikatakan pada manifesto yang lepas,pusat-pusat hiburan akan ditutup..tapi sekarang yang hakikatnya bukan main lagi siap promosi pakai banner dan bunting gantung dekat tiang-tiang lampu sekitar Mergong dan lebih mengejutkan seorang DJ International dari Perancis juga dijemput hadir bagi merasmikan kelab tersebut.
Kalau tak silap penulis, ini merupakan kali pertama yang penulis jumpa, sebuah kelab malam mempromosikan majlis GRAND OPENING mereka kepada umum secara terbuka dan kebiasaannya perkara sebegini hanya disebar mulut ke mulut sahaja dan dibuat secara DISCRETE, di mana hanya kaki tegar kelab malam sahaja yang akan tahu tetapi lain pula di Mergong dan ianya amat mengecewakan.
Isu bahawasanya kelab 'VIEW NITE' hanyalah dibuka untuk patron atau pengunjung bukan Melayu, boleh dipersoal. Percaya atau tidak, salah seorang daripada DJ kelab hiburan tersebut merupakan seorang Melayu dan kebarangkalian untuk mereka yang beragama Islam untuk hadir adalah sangat tinggi. Penulis setuju jika ada yang menegur bukan setakat kedah sahaja yang ada kelab malam,walhal negeri pimpinan BN pun ada. Niat penulis di sini bukan untuk memulakan THE BLAME GAME tetapi sebagai sebuah negeri yang dipimpin oleh barisan ulama mengapa perkara sebegini dibenarkan?
Penulis juga setuju kalau ada yang mempertikaikan kelab malam ini dibuka sebagai memenuhi hak non muslim untuk berhibur kerana sebagai orang Islam hiburan melampau sebegini sangat ditegah. Sedang kita bertelagah tentang hak itu, mari berfikir di mana hak kamu sebagai seorang muslim adakah dihormati ketika bunting kelab malam ini dipromosi sebegini rupa? Lebih - lebih lagi apabila kelab hiburan ini dibuka di hadapan pusat beli belah keluarga TESCO MERGONG?
Persoalan yang masih menjadi misteri di kepala penulis, adakah dengan ternaiknya bunting-bunting semeriah begini dan kebenaran lesen perniagaan yang diberikan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar kepada kelab hiburan tersebut untuk beroperasi di hadapan pusat membeli belah TESCO MERGONG itu membuktikan bahawasanya kewujudan kelab hiburan sebegini DIRESTUI OLEH BARISAN PEMIMPIN TERTINGGGI PAS?
Benarlah kata totok-totok Pakatan PAS FOR ALL bukan retorik!!:-
p/s: Mungkin sebab nama dia DEEJAYYYY bukan kpop sebab tu dapat kelulusan kottt....eyh jap...DEEJAYYY ka DAJEEYYYYYY? ekekeke...
1 comment:
Kaki Blogger . Kaki Wayang . Kaki Movie . Jom Jalan2 kat http://sasaumovie.blogspot.com/
Post a Comment