Friday, February 15, 2013

Edisi #1: Peristiwa di Pekan bukan seperti yang diceritakan GM13 @NajibRazak @MahasiswaMsia


GM13 sedang memberi risalah memburukkan PM


Kiri kanan pasang bodyguard siot. Macam ni ke masuk kampung orang 


Bodyguard GM13 pakai tactical boot dan tactical pant (askar habissssss)




Bawa si Adam 'Sime Darby Korek Minyak' Adli ni buat apa




GM 13 sedang merancang untuk membuat provokasi terhadap penduduk setempat


Sekarang tengah kecoh dengan kononnya peristiwa mahasiswa diserang oleh samseng UMNO. Jadi aku di sini mengambil kesempatan ini untuk menceritakan sedikit perkara yang telah berlaku (aku akan cuba ceritakan sepenuhnya bila tiba masanya). Untuk perhatian umum, mereka yang telah dilabel sebagai kononnya 'SAMSENG UMNO' merupakan penduduk penduduk di kawasan Pekan. Oleh disebabkan mereka rata-ratanya orang UMNO, maka mereka dilabel sebagai samseng UMNO. 

Yang pertamanya, penduduk kampung tidak marah dengan kedatangan pelawat ke kampung mereka waima sesiapa pun, walau bagaimanapun, sebagai seorang melayu Islam yang kaya dengan adat dan sopan santun, apalah salahnya, bila masuk kampung orang, perkenalkan diri kepada pemimpin tempatan di situ termasuklah Yang Berhormat yang menjaga kawasan di situ. 

Bukannya datang masuk kampung orang, buat ceramah menghasut, menyebarkan risalah memburukkan Perdana Menteri Dato Seri Najib, bila diajak minum berbincang oleh Yang Berhormat kawasan tersebut, mereka sekeras kerasnya membentak, menolak ajakan Yang Berhormat tersebut dengan memberi alasan bahawasanya mereka 'Mahasiswa' tidak makan duit haram UMNO. Sebagai seorang manusia biasa, yang mengajak dengan niat baik tetapi bila diperlakukan sebegitu rupa, sudah tentu akan marah. Mahasiswa tersebut beruntung yang mengajak itu adalah Yang Berhormat dan bukannya orang tua biasa,sebab kalau orang tua biasa, aku rasa dah lama makan penampar Jepun. 

Yang keduanya, berikutan dengan isu kononnya samseng UMNO mengepung mereka dengan menggunakan parang, sekali lagi di sini aku nak jelaskan perkara yang sebenar. Perkara yang sebenar adalah mahasiswa ini didatangi oleh seorang pakcik yang baru selesai pulang daripada berkebun disuruhnya balik GM 13 ni oleh pakcik tu, adat orang pergi berkebun, menyabit, mencantas semak samun menggunakan parang atau sabit. Pada waktu itu di pinggangnya tersisip kemas sebilah parang, maka dikatanya mereka di kepung oleh samseng bersenjatakan parang. Apa ni? Semudah itu yang lain ditipu oleh propa murahan? 

Yang ketiganya, datang tempat orang, bila orang dah bagi signal tak suka, takkan tak faham -faham lagi? Berambus lah dengan aman, ini tidak, datang dan bergerak secara gerombolan kemudian rempuh penduduk yang sedang berkawal. Kemudian bila tak dapat masuk dan dihalang oleh Pengurus Felda Cini, GM13 kemudiaanya mempersoalkan apa hak mereka untuk menghalang kedatangan GM13 ke Felda Cini. Aku di sini nak minta sangat sangat lah supaya sebelum GM 13 ni bertanyakan tentang hak mereka, tanya dulu tentang hak penduduk Felda Cini untuk menghalang individu yang cuba datang ke kampung mereka dan membawa mesej-mesej yang berunsurkan menghasut supaya berpecah belah. Takkan benda semudah itu tak faham? 

Yang keempatnya, kehadiran GM13 bukanlah untuk 'menjual' bakal bakal calon PRU 13 nanti tetapi hanyalah sebagai satu gerakan untuk meraih simpati, di samping itu memastikan nama baik UMNO terpalit dengan memainkan isu seperti mereka dipukul  oleh samseng UMNO sampai baju terkoyak (yang kena pukul pon rambut pailang,tapi dah kena mengadu), zalim, dikepung oleh samseng UMNO yang berparang dan sebagainya.

Cukuplah setakat ni je aku cerita, aku malu tengok melayu nih, bila sama sama melayu bukan main 'tayang' baju masing masing, nak tunjuk siapa lagi pailang dengan rambut serupa gengster afrika tu, aku cakap tak payah lah. Kalau setakat nak sembang PUKIDA, PURKIDA, PERKASAM dalam twitter konon kutuk tapi masing masing ceroboh kampung orang 'tayang' baju nak tunjuk siapa paling gengster, aku nasihat, berenti berentilah, hormat lah si tuan rumah.  

Akan ada lagi update dari aku, tentang bagaimana handphone yang merakam aktiviti biadap GM13 ini dirampas dan dipijak pijak untuk hapus bukti dan banyak lagi untuk di nilai bersama. Update akan menyusul.



p/s - Nampak luar je bukan main pailang, padahal masuk markas Pas bukan main merayu nak balik rumah sebab dah tak tahan... kah3... Dan Ya telah diconfirmkan, GM13 bergerak balik rumah malam tadi naik bas 1Malaysia.....kah3...







Thursday, February 14, 2013

BUKTI: Kerana Meluat, Penduduk Hanya Tolak GM13, Bukan Pukul Seperti Yang Didakwa #GM13 @keris7lok @harapanesok @mymahasiswa






Kronologi pergerakan GM13 di Kg Temai Tengah, Pekan pada 14 Februari 2013

Gerakan datang dari Markas Pas Chini 3 dan tiba di Kg Temai Tengah pada jam 1230 tengahari. Ketibaan rombongan disambut ahli Pas dan Ketua Kampung Tema Tengah (Mohd Nizam bin Hassan). Perbincangan dibuat dan ketua Kampung menasihati mereka supaya tidak mengedar risalah di Kampung tersebut.

Pemimpin Pas dan mahasiswa bersetuju dengan mengambil keputusan untuk hanya membuat gotong royong di Markas Pas Kg Temai Tengah sahaja. Gotong royong dijalankan sambil menziarahi Hj Abdul Wahid bin Ishak (Ketua Pas Caw. Temai yang menghidap sakit stroke). Program selesai jam 2.00 petang dan Mereka Kemudiannya dilihat bergerak ke Masjid Acheh untuk solat, makan dan rehat.

Selepas rehat, mereka terus bergerak ke markas Pas Al husna, Jalan Rompin Lama,Pekan. Tiada laporan polis dibuat. Pada keseleuruhannya gerakan GM 13 gagal untuk menjalankan aktiviti seperti yang diarahkan Pakatan Rakyat Pusat.

 Sambutan dan sokongan daripada penduduk setempat tidak menggalakkan. Mahasiswa setakat ini menginap di Markas PAS dan hanya akan keluar untuk menghadiri ceramah pada malam tadi di Markas PAS Caw. Mengkasar.

Gambar sambutan masyarakat setempat terhadap ceramah GM13:-




Untuk berita selanjutnya, layari blog:

http://harapan-esok.blogspot.com/2013/02/terkini-1-juta-rakyat-desak-lawan.html

http://keris7lok.blogspot.com/2013/02/kampung-pm-diserang-gm13-tahniah-50.html


p/s- Wahai GM13, udah udah ler tu...kuliah dah start...boleh mula balik ke kampus masing masing...rakyat dah meluat...kah3...




Wednesday, February 13, 2013

Bukti gambar GM13 'hadiah' penduduk Felda Cini dengan duit RM 1 #politikwang

Patutla penduduk Felda Cini halau GM13, datang tempat orang tapi sebar risalah burukkan Dato Seri Najib. Untuk pengetahuan, Felda Cini merupakan kubu kuat Dato Seri Najib.

Selain Itu juga, GM 13 siap sediakan sampul duit untuk 'HADIAH' ambil hati Penduduk Felda Cini. Dua gambar yang disediakan ini merupakan bukti dan bukan omongan kosong.

Nilai Wang yg diselit di dalam sampul hanyalah note RM 1, RM 5, dan RM 10. Rendah betul nilai penduduk Felda Cini.

P/s - aku dah mula hairan, GM13 ni mahasiswa ka macai?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gempar!! Gambar GM 13 dihalau dari Felda Cini

Kronologi peristiwa GM13 dihalau dari gugusan felda cini. Gerakan mula dr jam. 1000 dgn edar risalah,kunjungan dr rmh ke. rmh di Felda Cini 4. Lbh krg jam 1530 GM13 cuba masuk ke Cini Timur tp ditahan oleh KRT/Rela. Ekoran halangan oleh pengurus felda , GM13 gagal masuk ke Cini Timur namun brlaku sedikit pertengkaran. mulut namun keadaan trkawal.

Jam 2130 majlis penerangan mahasiswa. brmula dimarkas PAS Cini 3. Penceramah trdiri dr mahasiswa dn antara isu yg dibawa I alah PTPTN,AUKU,FGVH,ketelusan SPR,pilihanraya kampus.Sambutan agak dingin.

Sepanjang gerakan GM13 di Felda Cini trdapat 2 laporan Polis berkaitan dengan GM13 Rpt:-180/13 (ugutan dgn Senjata-oleh GM13) dan Cini Rpt:- 182/13 (oleh pengurus felda).

Pada keseluruhanya gerakan GM13 tdk mendapat Sambutan dan sokongan dr penduduk setempat.

Mahasiswa menginap diMarkas PAS Cini 3 sehingga esok sebelum meneruskan gerakan dikawasan DUN Bebar pd 14/2/13.

P/s - tuan rumah dah tak suka, takkan tak faham faham lagi.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mahasiswa #GM13 Tak Tahu Hormat Jalur Gemilang Tapi Ada Hati Nak Jadi Calon PRU 13



Ini lah gelagat dan perangai mahasiswa GM 13 yg kononnya ingin bertanding di PRU 13 nanti. Gambar ini dirakam di satu program di DUN Chini untuk mwnghasut Rakyat dengan menggunakan nama mahasiswa.

Kita tengok gelagat mereka, kalau diri sendiri tak reti nak hormat Jalur Gemilang, biarkan Jalur Gemilang jatuh ke lantai,jadi alas Meja, macam ni ke perangai konon Calon mahasiswa utk PRU nanti?

Maaf bro, anda tak layak dan GM 13 xmewakili suara aku sebagai seorang mahasiswa.

lagi info tentang jelajah GM13 di;

http://harapan-esok.blogspot.com/2013/02/gambar-terkini-mahasewel-bodoh-gm13-tak.html?m=1

P/s - middle finger utk mereka yg xreti hormat bendera negara sendiri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Terbaru: Individu tunjuk isyarat lucah dipenjarakan!!



Berikutan dengan kes menghina dan menunjukkan isyarat lucah kepada DYMM Permaisuri Agung, Mahkamah Majistret Balik Pulau sebentar tadi telah menjatuhkan hukuman seperti berikut ke atas saudara Leong Pei Koe;

a) Hukuman Penjara 30 Hari kerana menghina DYMM Permaisuri Agung

b) denda RM 6000 kerana menghina DYMM Permaisuri Agung.

c) Hukuman Penjara 7 hari kerana menunjukkan isyarat lucah

d) Denda RM 2000 kerana menunjukkan isyarat lucah

Menjadikan jumlah hukuman penjara selama 37 hari dan denda sebanyak RM 8000 dan akan berkuatkuasa mulai esok.

Pesalah telah dijatuhkan hukuman penjara di Penjara Tapah.

Sumber: Polis Di Raja Malaysia


p/s- Ini kalau dekat Thailand, lagi teruk kena nih....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, February 12, 2013

GAMBAR @ANWARIBRAHIM HADIR MAJLIS MAKAN MALAM PAKAI SEBELAH KASUT SEBELAH SELIPAR, DAP KATA UNTUK 'ONG'



DAP kata ONG pakai sebelah kasut sebelah selipar


Majlis Makan Malam Pakatan Rakyat Pulau Pinang Sempena Tahun Baru Cina 2013


Bertempat di perkarangan tapak letak kenderaan Pasar Awam Balik Pulau, Pulau Pinang telah diadakan satu majlis makan malam pada 12 Feb 2013 semalam. Majlis ini dipengerusikan oleh Lim Boon Tong, Pengerusi JKKKN Titi Serong dan Yusry bin Yaakob, Pembantu Khas Speaker Dun Pulau Pinang. Kehadiran pada malam tersebut hanyalah seramai 1300 orang yang terdiri daripada kepimpinan Pakatan Rakyat, Ahli serta penyokong PR serta penduduk setempat. Antara yang dikenali hadir adalah :

a) Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR Pusat

b) Dato Mansor Othman - Tmbalan Ketua Menteri

c) Dato Abdul Halim Hussain - Speaker DUN Pulau Pinang

d) Mohf Yusmadi Yussuf - MP Balik Pulau

e) Prof Dr Aziz Bari

f) Chaw Koon Yeow - Pengerusi DAP Pulau Pinang

g) Law Choo Kiang - Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang

h) Dato Mustapa bin Kamal - Pengarah Pilihanraya PR Pulau Pinang

i) Mohd Fauzi bin Yusof - YDP Pas Balik Pulau

Pada Majlis makan malam ini barisan kepimpinan Pakatan Rakyat mengambil kesempatan untuk menabur 'MANIFESTO BUKAN JANJI' mereka kepada rakyat Balik Pulau. Rata- rata apa yang disampaikan adalah auta semata- mata berikutan pimpinan Pakatan Rakyat ini menganggap rakyat Balik Pulau hanyalah orang - orang kampung yang tidak mempunyai pelajaran tinggi. Walau bagaimanapun mereka adalah bijak dan ini boleh dilihat daripada jumlah tetamu yang hadir, untuk majlis peringkat negeri sebegini, kalau hanya dihadiri oleh 1300 orang, ia adalah jumlah yang terlalu sedikit.

Antara 'MANIFESTO BUKAN JANJI' serta 'DAKYAH HASUTAN' yang ditabur dan dihambur adalah:

- Menyatakan selepas PRU 2008 PR telah memerintah 4 buah negeri dan jelas terbukti mendapat pencapaian terbaik menurut juruaudit negara. Penyataan ini sebenarnya tidak penuh, ia sepatutnya diberitahu tanpa  bantuan terus menerus daripada kerajaan Pusat iaitu Barisan Nasional, pencapaian tersebut tidak dapat dikecapi tetapi disebabkan audience mereka adalah orang kampung, pimpinan PR terus menerus menipu.

- menyatakan isu kemiskinan harus ditangani manakala isu perumahan kerajaan negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan sebanyak RM1,900,000 bagi membina rumah kos rendah di negeri Pulau Pinang. Penyataan ini adalah tidak benar sama sekali, kita boleh tanya rakyat Balik Pulau sama ada projek perumahan yang baru di sana projek perumahan kos rendah atau sebaliknya? Masakan di Balik Pulau (kawasan luar bandar) makin bercambah projek perumahan elit, pimpinan PR terus masih lagi berani menipu rakyat Balik Pulau.

- menyatakan isu kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang adalah disebabkan ramai pelancong tertarik untuk melancong ke Pulau Pinang yang cantik dan bersih. Penyataan ini merupakan satu penyataan yang bodoh dan satu alasan untuk lepas tangan. Lagi sekali rakyat Balik Pulau diperbodohkan.

- menyatakan kini rakyat malaysia khususnya di Sabah dan Sarawak mula bersama PR ingin melakukan perubahan

- menyatakan perhimpunan akan bertukar menjadi kecoh sekiranya pihak polis masuk campur dan menyifatkan ini atas arahan pihak umno/bn. Penyataan ini adalah bodoh. Perhimpunan menjadi kecoh bila para demonstran tak patuh pada peraturan yang telah disediakan.

- menyatakan hanya Parti PR sahaja menjamin masa depan rakyat.

- Menyatakan rakyat mula bangkit setelah Anuwar Ibrahim dipecat dan disepak terajang pada tahun 1998 lalu. Penyataan ni penyataan mengampu Anuwar, bertambah pulak lagi seorang mat jambu yang teringin nak jadi blue eyed boy Anuwar. Sekarang Azmin, esok lusa mungkin Si Yusmadi pulak.

- menyeru hadirin bersatu bersama PR bagi menentang kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh UMNO/BN. Sekali lagi penyataan yang tak berasas.

Pada masa yang sama, selain Majlis Makan Malam, Tazkirah ringkas oleh Anuwar Ibrahim yang diadakan semalam pada pukul 7.50 malam, di Musolla taman Sri Nibong.

Kehadiran di Tazkirah tersebut adalah seramai 90 orang dan 8 orang wanita penduduk setempat dan antara bait-bait tazkirah yang disampaikan adalah:

- menyatakan akidah kita kena kuat sebab pejuang Islam boleh berperang dengan beribu musuh tapi kalah dengan wang. ( sepatutnya penyataan ni dia bagi example diri sendiri, kehkeh)

- menyatakan rasuah berlaku akibat salah guna kuasa bagi mendapat habuan dan kepentingan diri ( Anuwar juga patut terangkan kenapa perjuangan PKR sudah berubah dari memperjuangkan keadilan kepada membela diri nya sendiri. Rata rata yang keluar PKR adalah sebab di atas. Anuwar juga patut terangkan apa yang dia dah buat semasa di dalam UMNO semata mata nak jadi PM cepat)

- menyatakan pembelian subang yang tidak bermaksud cincin adalah satu pembaziran. (penyataan berkias tapi sebenarnya nak highlight isu cincin, beribu kali bagitahu itu bukan cincin rosmah tetapi tetap nak fitnah individu lain)

-menyatakan kerajaan menubuhkan SPRM untuk cegah rasuah tetapi rasuah masih berleluasa.

-menyatakan sehingga kini tidak dapat dibuktikan pembunuh altantuya.

Majlis tazkirah ringkas yang diadakan adalah bertujuan untuk menerangkan isu isu semasa disamping ianya juga untuk mendapatkan sokongan pengundi. Tazkirah ini juga dibuat bagi memenuhi masa ekoran Anuwar akan hadir memberi ceramah di Padang Awam bersebelahan Lebuh Nipah 3, Sungai Dua. Dilihat isu yang diketengahkan hanya sepintas lalu tanpa memberi penekanan terhadap isu isu sensasi . Sambutan dilihat tidak menggalakan di mana pihak penganjur mensasarkan kehadiran seramai 300 orang tetapi hanya 90 orang yang hadir.








 Pakai budak - budak sekarang, dulu pakai china doll






Monday, February 11, 2013

Gambar individu yang menunjukkan isyarat lucah kepada DYMM Permaisuri Agong didedahkan!!


Pada 11 Feb 2013 jam 1.05 tengahari, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pegawai keselamatan cawangan istana negara berikutan insiden menunjukkan isyarat lucah oleh seorang lelaki berbangsa cina terhadap DYMM Permaisuri Agong.

 Menurut pengadu, beliau sedang mengiringi konvoi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di Terminal Pelepasan Lapangan Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang dan telah melihat seorang lelaki cina menunjukkan isyarat lucah kepada kereta rasmi DYMM Permaisuri Agong.

Berikutan dengan itu, si pengadu telah keluar dari kenderaan tersebut dan menjerit memberikan amaran kepada lelaki cina tersebut dan apabila beliau menghampiri lelaki cina itu sekali lagi, lelaki cina turut juga menunjukkan isyarat lucah kepada beliau untuk beberapa kali dan pengadu telah mengarahkan polis berhampiran untuk menangkap lelaki cina tersebut.

Difahamkan lelaki cina tersebut sepatutnya berlepas ke Singapura menaiki pesawat Tiger Airways (TR 2423) penerbangan jam 1.40 tengahari bersama keluarganya. Lelaki cina tersebut telah dibawa ke Balai LTAB Bayan Lepas untuk disoal siasat dan dokumentasi. Lelaki cina terbabit ditemani keluarganya semasa soal siasat.

Lelaki tersebut dikenali sebagai :


Adakah ini gambar Leong Pei Koe?



Difahamkan kehadiran DYMM Permaisuri Agung adalah diatas memenuhi jemputan Dato Chuah Kim Seah untuk bermain golf di Kelab Golf Bertam Seberang Perai Utara. Sambutan kehadiran Tuanku sederhana dan hanya disambut oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, pihak keselamatan serta kakitangan pegawai pegawai kerajaan Negeri Pulau Pinang. Majlis sepatutnya berjalan dengan lancar tetapi diganggu oleh perbuatan cina biadap ini. 



p/s- Main api ke Cina nih? 




Sunday, February 10, 2013

Lawatan Datuk Seri @Najibrazak ke Pulau Pinang sempena Tahun Baru disambut meriah






Pada 10 Februari 2013, jam 4.30 petang semalam, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak serta isteri Datin Seri Rosmah Mansur telah selamat sampai mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menaiki pesawat khas Kerajaan Malaysia. Turut serta kehadiran seramai lebih kurang 130 orang ahli dan Kepimpinan BN Negeri Pulau Pinang turun menyambut kehadiran Datuk Seri. Antara barisan kepimpinan yang turut hadir adalah :

a) Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

b) Dato Azhar Ibrahim - Adun Penaga

d) Dato' G. Rajoo - Penyelaras MIC Pulau Pinang

e) Dato' Loganathan - Pengerusi PPP Pulau Pinang

f) Dato' Loh Hock Hun - Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang

g) Dato' Musa Sheikh Fadzil - Timbalan Pengerusi BPUN Pulau Pinang

h) Dr Shaikh Hussein Mydin - Ketua PPUMNO Pulau Pinang

i) Siti Faridah Arshad - Penyelaras BN Parlimen Balik Pulau

j) K. Satiaseelan - Pengerusi MIC Bayan Baru

k) Dato' Jasmin Mohamed - Adun Sg. Dua

l) Dato' Abdul Rahim Saibu - Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru

m) Dato Zainal Abidin Osman - Pengerusi BPUN Pulau Pinang

n) Datuk Seri Hilmi Yahaya - Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau

o) Dato' Najmudeen Kader - Pengerusi Liga Muslim Pulau Pinang

p) Dato' Ismal Yahaya - Pengerusi Masjid Bayan Baru

q) Muhammad Farid Hj Saad - Adun Pulau Betong, Balik Pulau

r)Dato Suhaimi Khalid - Naib Ketua UMNO Bhg Tenggara


Selepas bacaan doa, Datuk Seri Najib bergerak ke Hotel Traders pada jam 4.45 petang dengan menaiki kenderaan bernombor daftar WTB 9597 (Perdana Hitam). Kehadiran Datuk Seri ke Pulau Pinang adalah sempena menghadiri sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri Pulau Pinang di Sekolah Han Chiang yang akan diadakan pada hari ini bertarikh 11 Feb 2013. Sambutan yang diberikan oleh penduduk setempat dengan kehadiran Datuk Seri adalah sangat baik. Lagi laporan sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri Pulau Pinang akan menyusul selepas ini.



Friday, February 8, 2013

1 warga Indon maut dlm Cubaan Kes Samun Bekas Polis

1. Cuba samun oleh 4 L Indon bertopeng dan parang di rumah 301, lrg 2, Taman Pegawai Kerajaan, Assam Kumbang, Taiping kepunyaan mangsa bekas Supt. Abd Jalil B Abd Wahab (bersara 2005) bekas
T/KPD Kota Star.
2. Pada 8/2/13 jam l/kurang 3.00 pagi 4 lelaki disyaki berbangsa Indonesia telah pecah masuk ke dalam rumah mangsa melalui pintu grill bahagian tepi rumah. 3 saspek masuk ke bilik tingkat atas yang diduduki oleh anak perempuan bersama menantu dan 2 orang cucu. Saspek kemudian bawa turun anak perempuan dan menantu serta mengugut cederakannya. Kemudian ada saspek cuba buka pintu bilik di bahagian tingkat bawah yang diduduki oleh mangsa dan isteri.
3. Mangsa yang melihat parang dihulurkan melalui tepi pintu di mana saspek berjaya membuka pintu dan masa itu mangsa terus melepaskan 2 das tembakan ke arah saspek.
4. Selepas itu, 4 saspek berjaya melarikan diri dari rumah. K9 dan Forensik IPK telah sampai tempat kejadian. Dengan bantuan K9, di kawasan hutan belakang rumah jarak l/k 100 meter telah jumpa mayat seorang saspek ada kesan satu das tembakan di bahagian perut. Mayat ini tiada apa dokumen berpakaian T shirt dan seluar pendek. Umor 30 ke 40.
5. Lain maklumat menyusul.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.