Thursday, February 14, 2013

BUKTI: Kerana Meluat, Penduduk Hanya Tolak GM13, Bukan Pukul Seperti Yang Didakwa #GM13 @keris7lok @harapanesok @mymahasiswa






Kronologi pergerakan GM13 di Kg Temai Tengah, Pekan pada 14 Februari 2013

Gerakan datang dari Markas Pas Chini 3 dan tiba di Kg Temai Tengah pada jam 1230 tengahari. Ketibaan rombongan disambut ahli Pas dan Ketua Kampung Tema Tengah (Mohd Nizam bin Hassan). Perbincangan dibuat dan ketua Kampung menasihati mereka supaya tidak mengedar risalah di Kampung tersebut.

Pemimpin Pas dan mahasiswa bersetuju dengan mengambil keputusan untuk hanya membuat gotong royong di Markas Pas Kg Temai Tengah sahaja. Gotong royong dijalankan sambil menziarahi Hj Abdul Wahid bin Ishak (Ketua Pas Caw. Temai yang menghidap sakit stroke). Program selesai jam 2.00 petang dan Mereka Kemudiannya dilihat bergerak ke Masjid Acheh untuk solat, makan dan rehat.

Selepas rehat, mereka terus bergerak ke markas Pas Al husna, Jalan Rompin Lama,Pekan. Tiada laporan polis dibuat. Pada keseleuruhannya gerakan GM 13 gagal untuk menjalankan aktiviti seperti yang diarahkan Pakatan Rakyat Pusat.

 Sambutan dan sokongan daripada penduduk setempat tidak menggalakkan. Mahasiswa setakat ini menginap di Markas PAS dan hanya akan keluar untuk menghadiri ceramah pada malam tadi di Markas PAS Caw. Mengkasar.

Gambar sambutan masyarakat setempat terhadap ceramah GM13:-




Untuk berita selanjutnya, layari blog:

http://harapan-esok.blogspot.com/2013/02/terkini-1-juta-rakyat-desak-lawan.html

http://keris7lok.blogspot.com/2013/02/kampung-pm-diserang-gm13-tahniah-50.html


p/s- Wahai GM13, udah udah ler tu...kuliah dah start...boleh mula balik ke kampus masing masing...rakyat dah meluat...kah3...




No comments:

Post a Comment