Sunday, March 31, 2013

9 PERSOALAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DALAM KITAB BIBLE BAHASA MELAYU @ZULKIFLINOORDIN @ANWARIBRAHIM @NAJIBRAZAK


Persoalan 1

Kenapa Bible Bahasa Melayu kena gunakan kalimah Allah?


Persoalan 2

Kenapa tidak digunakan di dalam semua bahasa? Yakni Bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil, Telegu tetapi mesti bahasa melayu?



Persoalan 3

Apa kaitan lagu rasmi negeri dengan penyebaran Bible menggunakan nama Allah? Dalam perlembagaan ada sebut hanya Muslim sahaja yang dibolehkan menyebarkan fahaman agama Islam kepada agama lain, manakala agama lain, TIDAK SAMA SEKALI DIBENARKAN. 





Persoalan 4

Adakah mereka mesti menggunakan nama Allah? Kenapa bukan lagi 'Tuhan Yesus'?




Persoalan 5

Kenapa pula 'orang kita' yang bersungguh/ bermati-matian mempertahankan 'mereka'?




Persoalan 6

Kenapa 'orang mereka' sendiri ada yang tidak bersetuju tetapi 'orang kita' pulak yang beriya?







Persoalan 7

Adakah ini untuk memperjuangkan 'hak kebebasan' mereka ATAU membantu agenda memurtadkan 'orang kita'? 



















Persoalan 8

Adakah dengan memberi 'mereka' memakai/menggunakan Kalimah Allah sesuka hati, ianya dapat mengurangkan kadar pemurtadan / membaiki moral/akidah 'orang kita'? 

Persoalan 9

Jadi, apakah agenda 'mereka' yang sebenar-benarnya?






p/s - Untuk kita sama - sama fikirkan....... 



Ex General Tak dapat Tender Antara Senarai Calon Pakatan Haram @ANWARIBRAHIM

Di bawah merupakan senarai Calon Pakatan Haram :-

Senarai calon PKR (dikemas kini setakat 31 Mac 2013):

1. Gombak - Azmin Ali (penyandang)
2. Paya Besar - Murnie Hidayah Anuar
3. Indera Mahkota - Fauzi Abdul Rahman
4. Batu - Tian Chua (penyandang)
5. Sembrong - Onn Abu Bakar
6. Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein (belum diumumkan)
7. Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid (belum diumumkan)
8. Selayang - William Leong Jee Ken (penyandang)
9. Kuala Kedah -  Ahmad Kassim (penyandang)
10. Kuantan - Fuziah Salleh (penyandang)
11. Padang Serai - N Surendran
12 .Bagan Serai - Dr Mohd Nor Manutty
13. Pasir Salak - Mustafa Kamil Ayup
14. Gopeng - Dr Lee Boon Chye (penyandang)
15. Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (bertukar dari parlimen Machang)
16. Sungai Petani - Johari Abdul (penyandang)
17. Ampang - Zuraida Kamarudin (penyandang)
18. Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari
19. Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (penyandang) - Johor Bharu ?
20. Pandan - Rafizi Ramli
21. Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin
22. Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh
23. Saratok - Ali Biju
24. Hulu Rajang - Abun Sui Anyit
25. Baram - Roland Engan
26. Limbang - Baru Bian
27. Nibong Tebal - Mansor Othman (belum disahkan)
28. Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong (belum diumumkan)
29. Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (belum diumumkan)
30. Segamat atau Kulai - Dr Chua Jui Meng (belum disah dan diumumkan)
31. Batu Pahat - Syed Hamid Ali (belum disah dan diumumkan)

Senarai calon DAP - (kemas kini setakat 31 Mac 2013):

1. Gelang Patah - Lim Kit Siang
2. Bukit Gelugor - Karpal Singh - Kulai, Johor ?
3. Serdang - Teo Nie Ching (penyandang)
4. Beruas - Ngeh Koo Ham (penyandang)
5. Kluang - Liew Chin Tong
6. Ipoh Timur - Thomas Su (belum disah dan diumumkan)
7. Ipoh Barat - Wong Kah Woh (belum disah dan diumumkan)
8. Batu Gajah - V Sivakumar (belum disah dan diumumkan)
9. Bentong - Wong Tuck
10. Seputeh - Teresa Kok (penyandang)
11. Puchong - Gobind Singh Deo (penyandang)

Senarai calon PAS - (kemas kini setakat 31 Mac 2013):

1. Marang - Tuan Guru Abdul Hadi Awang (penyandang)
2. Arau - Tuan Guru Haron Din
3. Shah Alam - Khalid Samad (penyandang)
4. Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (penyandang)
5. Pulai - Salahuddin Ayub
6. Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (penyandang - belum diumumkan)
7. Pendang - Mohamad Sabu (belum disah dan diumumkan)
8. Kuala Nerus - Ust Dr Khairuddin At-takiri (belum diumumkan)
9. Rantau Panjang - Siti Zailah Mohd Yusof (penyandang)
10. Tumpat -  Dato' Haji Kamarudin Jaffar (penyandang)
11. Kuala Krai - Dr Haji Mohd Hatta Ramli (penyandang)
12. Parit Buntar - Datuk Ustaz Haji Mujahid Haji Yusof Rawa (penyandang)


P/s - PR letaklah Jeneral ke sesiapa pun, barisan jentera Barisan Nasional tak gentar. Kalau setakat Jeneral yg masuk PR sebab kecewa tender dia tak lulus, BAK DATANG WEYH!!!!


------------------

Saturday, March 30, 2013

REVISITING #MEMALI (VIDEO 2) - MENGHADAPI SAAT-SAAT KEMATIAN




Semasa kami bergerak meninggalkan Kem Tanjung Pari, cuaca amat terang dan terik. Apabila pasukan FRU tiba, dan berhenti kira kira 100-150 meter dari rumah sasaran, hujan rintik rintik sudahpun bermula. Masa ketika itu jam lapan setengah. Kenderaan kami iaitu command vehicle berhenti lalu Komander FRU terus mengeluarkan arahan anak-anak buah untuk turun dan berkumpul di hadapan command vehicle itu. Pada masa yang sama, beberapa butir batu dari lastik telah datang dari arah semak samun kedua-dua belah bahu jalan. Anggota pasukan FRU kemudian bergerak mara, kira kira 50 meter dari rumah itu saya dapat lihat beberapa orang bersenjata keluar dari arah sebelah kanan jalan yang berdekatan dengan rumah suspek.

Mereka berdiri di tengah jalan menghadap command vehicle sambil berteriak melaungkan 'Allahu Akbar!'. Kesemuanya menghayun senjata masing- masing yang terdiri daripada beberapa bilah pedang/parang panjang dalam keadaan yang seakan akan dirasuk. Arahan bersurai diberi oleh Komander FRU tetapi apabila arahan tersebut tidak diendahkan, pasukan FRU mula menembak gas pemedih mata ke arah para penyokong Ibrahim Libya yang bersenjata tadi bagi menyuraikan mereka. 

Kumpulan bersenjata itu kemudian berpecah, berlari-lari ke kiri dan kanan jalan raya. Seorang lelaki, yang bersenjatakan parang/pedang, tetap berdegil dan enggan melarikan diri. Terus tegak berdiri di situ dan tiba-tiba menghayunkan senjata nya lalu terus menerpa ke arah anggota FRU yang terpaksa berundur ke command vehicle kerana mereka tidak dilengkapi senjata berbahaya. Ketika hiruk pikuk inilah saya terdengar bunyi beberapa tembakan dilepaskan. Diikuti dengan beberapa anggota FRU yang rebah ke tanah. Lelaki yang tadinya bersenjata parang terus mara dan merapatkan dirinya kepada command vehicle dan pada masa itu sudah hampir menaiki command vehicle sebelum ditembak dari dalam oleh anggota keselamatan. Lelaki tersebut rebah ke tanah, meninggal dunia

Dari arah semak samun itu tadi , semakin banyak tembakan yang dilepaskan dari kiri dan kanan bahu jalan. Satu tembakan tersasar melepasi saya namun mengenai pipi kanan jurugambar polis tersebut. Ketika keadaan sudah mula untuk tenang, saya membawa jurugambar polis itu ke dek bawah command vehicle. Di bahagian dek bawah, saya ternampak seorang polis berpangkat Sarjan turut ditembak dan darah mula keluar melalui mulutnya. Manakala seorang lagi anggota polis berpangkat konstabel ditembak di tempurung lutut kirinya. Setelah beberapa ketika, konstabel tersebut telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya manakala Sarjan FRU, jurugambar polis dan mayat Konstabel itu tadi dikejarkan ke Hospital Daerah Sik.

Untuk pengetahuan, pada hari kejadian, Pengarah Kementerian Dalam Negeri pada waktu ketika itu, Datuk Yahya ada merayu melalui pembesar suara meminta penyokong penyokong suspek yang berada di rumah dan di sekeliling rumah beliau untuk menyerah diri kepada pihak polis. Datuk Yahya juga mmberanikan diri untuk berjalan menuju ke pintu pagar rumah suspek dan apabila sampai, saya diminta oleh Datuk Yahya untuk membacakan amaran bertulis tadi.

 Selepas itu, Datuk Yahya sekali lagi membuat percubaan untuk berunding, berunding agar mereka menyerah diri kepada polis dan patut membenarkan wanita dan kanak kanak agar keluar dari situ, walau bagaimanapun mereka tetap enggan malah menyatakan bahawa mereka mahu kekal dan menghadapi apa sahaja yang bakal terjadi. Dan sekali lagi, Pengarah iaitu Datuk Yahya memberikan perusuh lima minit lagi untuk menimbangkan tawarannya.

However, the least expected outcome did happened and its saddened me. 

Kerana taksub.


Tunku Muszaffar Shah
OCPD Baling
Kem UKK Tanjung Pari
19 November 1985 / 8.15 pagi


Thursday, March 28, 2013

REVISITING MEMALI (VIDEO 1) : APA KAITAN DENGAN SAUK, BERSIH DAN LAHAD DATU? @ZAHID_HAMIDI @HISHAMMUDDINH20




"Bunuh! Bunuh! Allahu Akbar! Allahu Akbar!"


Pisau pisau panjang, golok-golok, buluh-buluh runcing serta batang-batang kayu yang semakin menggila bersimpang siur mengelilingi saya. Beberapa batang lastik pula sentiasa diarahkan ke wajah saya. Tolakan atau singgungan yang paling lembut pun sudah cukup membuatkan beberapa butir peluru lastik tersebut terbang ke arah saya dengan  bunyinya yang bersiungan. 


Ini sepatutnya cuma satu rondaan rutin yang biasa, sekadar mahu memandu melewati ceramah politik umum oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bagi memastikan sendiri undang-undang terus dihormati dan keselamatan awam pula terkawal. Anak-anak buah yang lain pula sedang menjalankan tugas mereka, mengawal lalu lintas dan memastikan keselamatan para hadirin. 


"Bunuh! Bunuh! Bunuh! Bunuh!"


Sebatang dahan pokok sedang ditarik melintasi jalan. Saya bersama sama rakan sepasukan kini sudah terperangkap. Malah pintu kereta pun tidak dapat dibuka langsung. Sekurang-kurangnya seramai 200 orang lelaki telah mengepung kereta peronda yang saya naiki, yang terus menerus dipukul dan dihentam dengan segala senjata sambil mereka melaungkan bermacam-macam ugutan. 


Sebilah pisau panjang muncul tak sampai satu kaki pun jaraknya dari tingkap saya yang terbuka. Dengan harapan dapat mengejutkan para perusuh tersebut agar kembali waras, saya pun menghulurkan lengan keluar lalu menampar sisi pintu kereta dengan sekuat-kuatnya. " Bertenanglah. Apa masalah ini?"


"Pulangkan balik senjata kami kalau tidak kami bunuh!' jerit seseorang. Para perusuh menangkap katanya dan jeritan mereka makin bergempita.


"Bunuh! Bunuh! Bunuh! Bunuh!' kemudian diikuti pula oleh satu hinaan yang tidak menyenangkan langsung. "Kami mati syahid, hangpa mati katak!"

Tunku Muszaffar Shah bin Tunku Ibrahim
OCPD Baling
Ceramah Politik Umum PAS
Kampung Memali, Baling, Kedah
20 Oktober 1985 / 8.00 malam



MEMALI REVISITED


Petikan di atas merupakan sebahagian daripada nukilan pengalaman Tunku Muszaffar selaku OCPD Baling pada waktu kejadian Memali berlaku, yang ditulis di dalam buku beliau 'Memali: Pengalaman Seorang Polis'. Sepanjang pengalaman beliau bertugas, beliau mendapati Amanat Haji Hadi adalah salah satu penyebab/punca utama kepada perilaku orang kampung yang merusuh seakan akan dirasuk dan melawan kerajaan. Amanat ini yang dipercayai disampaikan oleh Ibrahim Libya kepada pengikutnya di setiap ceramah beliau juga telah menyebabkan beberapa pengikut mereka yang anak-anak berkahwin dengan polis atau pun orang UMNO telah dipulau oleh Ibrahim Libya sendiri dan pengikut pengikut yang lain.

Melalui petikan diatas ini juga kita boleh lihat betapa taksubnya pengikut Ibrahim Libya terhadapnya dan juga terhadap amanat Haji Hadi Awang. Di mana-mana, melalui video yang ditayangkan jugak, kita boleh lihat amanat tersebut digantung dan disebarkan di dalam pelbagai bentuk dan kaedah semata mata untuk memastikan amanat itu disebarkan secara meluas dan digunakan secara maksimum untuk membangkitkan perasaan benci yang amat sangat kepada UMNO dan Polis.

Ibrahim Libya merupakan satu satunya anak jati kampung yang berjaya belajar di luar negara (Maahad Dakwak, Tripoli, Libya) pada waktu ketika itu, dan kemudiannya bertugas sebagai pendakwah yang dibiayai oleh Kerajaan Libya dan ditempatkan di Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri dan pernah beberapa kali  menyampaikan syarahan agama menerusi Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). Pada 16 Januari 1976 beliau meletak jawatan dan kembali ke kampung halaman dan mengajar di Madrasah Ittifaqiah Islamiah.

Mengikut cerita oleh orang kanan Ibrahim Libya iaitu Muhamad Yusuf Husin, memberitahu, dalam hal kematian, jika ada orang Pas yang mati, sebahagian besar orang UMNO akan datang berziarah. Tetapi jika ada kematian di kalangan orang UMNO, Ustaz Ibrahim dan pengikutnya tidak pergi menziarahi mayat, malah menurut Yusuf Husin lagi, masyarakat Memali akan mengadakan sembelihan di Madarasah Islahiah  Diniah pada tiap tiap tahun. Ibrahim Libya tidak membenarkan orang orang UMNO dijemput atau daging korban disedekahkan kepada mereka dengan alasan orang UMNO itu kafir.

Pada 12 Jun 1984, di Kg Musa Pedu, Kuala Nerang Kedah, beliau menyeru supaya "MENENTANG SESIAPA SAHAJA DENGAN PEDANG WALAUPUN ADIK,ABANG ,PAK CIK ATAU DATUK NENEK KITA SENDIRI DAN JANGAN KITA CAMPURI MEREKA KERANA MEREKA ITU ADALAH MURTAD. JANGAN BERCAMPUR GAUL DENGAN ORANG ORANG UMNO YANG TELAH KAFIR. SEMBELIHAN MEREKA, MASAKAN MEREKA ADALAH HARAM. JANGAN KITA HADIRI KENDURI MEREKA."

Bapa kepada Ibrahim Libya, iaitu Haji Mahmood mempercayai Ibrahim Libya mula menjadi EKSTREM ketika datangnya Ustaz Mohd Hassan bertemu dengan anak nya. Bapa Ibrahim Libya, menambah, " Anak saya itu tidak suka mengikut nasihat orang lain termasuk diri saya sendiri. Saya telah menasihatkannya sebanyak 20 kali iaitu selepas 20 kali hari Jumaat supaya ia menyerah diri tetapi dia terus berdegil. Saya ingat 20 kali ini kerana mengikut orang tua-tua, kalau hendak menasihatkan anak, elok dibuat selama 20 Jumaat. Kali terakhir saya menasihatkannya ialah pada pagi 19 November 1985 tetapi dia terus engkar walaupun saya mengugutnya jika dia tidak mahu mendengar nasihat saya, saya tidak mahu mengakunya anak."

KAITAN INSIDEN MEMALI, SAUK, BERSIH, LAHAD DATU

Di sini kita boleh lihat, tercetusnya Peristiwa Memali bukan disebabkan oleh Ustaz Ibrahim Libya tetapi ianya  dek termakan dengan hasil Hasutan Ustaz Mohd Hassan melalui amanat Haji Hadi Awang. Ustaz Ibrahim Libya selaku seorang idola kampung halamannya sudah tentu mempunyai ramai anak buah, justeru, Ustaz Mohd Hassan telah mengambil kesempatan terhadap beliau dengan menggunakan pengaruh yang besar itu, bagi menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan.

Penangan amanat Haji Hadi itu masih lagi boleh dirasakan sampai ke hari ini, di Sauk, bagaimana tumpasnya kumpulan Al Maunah, semasa Bersih, Polis sekali lagi dihina sebagai anjing kerajaan, dipijak, dirempuh ditendang oleh perusuh-perusuh terutamanya dari PAS sendiri iaitu melalui Unit Amal mereka. Untuk kes di Lahad Datu pula, polis dihina sehina hinanya apabila dituduh anjing kerajaan, sanggup jual maruah dan nyawa sendiri semata mata untuk memenangkan Barisan Nasional pada PRU 13 nanti berikutan dengan kenyataan Tian Chua menyatakan krisis di Lahad Datu hanyalah SANDIWARA yang DIORKESTRAKAN oleh UMNO.

Jelas, di Memali, Sauk dan Lahad Datu, yang memulakan 'panic attack' atau menyebarkan propaganda adalah daripada pihak pembangkang dan aku sendiri pun tak faham kenapa mesti dari pihak pembangkang. Adakah ini bukti jelas menunjukkan mereka sememangnya adalah dalang dalam kes di Lahad Datu dan juga di dalam peristiwa peristiwa lain untuk mengkucar kacirkan negara?

Persoalan tersebut aku biarkan kepada pembaca untuk sama-sama kita fikirkan.



p/s - Revolusi PAS, dulu nasionalis sayap kiri (sebelum Merdeka), kemudiannya Islamist Radikal (acuan Pas terhadap revolusi Iran), dan pada hari ini Islam Liberal. (Monopoli Puak Erdogan) 




Wednesday, March 27, 2013

JAGA BAIK!! 13 KEJUTAN @ANWARIBRAHIM YANG AKAN BUATKAN @NAJIBRAZAK TAK TIDO MALAM!!!

















p/s - Ya semua ini akan dipercayai oleh penyokong-penyokong benak Bang Non. Penyokong PAS selama ni xbenak pon dah jadi benak sebab makan banyak sangat dedak Bang Non. Dah- dah la tu Bang Non..your time is DUE!!

Kruuu...

Kruuu...




Tuesday, March 26, 2013

Media dilarang buat liputan, tutup rahsia @anwaribrahim meliwat!!!


Kebebasan bersuara yang kononnya diangkat dan diperjuangkan oleh Parti Keadilan Rakyat. Belum lagi pun berkuasa,belum lagi pun memerintah, dah tunjuk lagak, bayangkan Kalau dah perintah.

Kalau hari ini, media yang dihalang hak mereka, jangan terkejut sampai masa nanti hak anda sebagai Rakyat Malaysia pun dihalang dan diketepikan.

Sia sia sajalah segala penat lelah berguling,menyalak bawah hujan panas selama ni. Semuanya semata mata nk angkat buntut bang Non ke atas.

Terima kasih Pakatan. Rakyat Malaysia tak akan salah pilih saat PRU 13 nanti.



p/s- Emm...kalau tak bersalah, kenapa nak halang? Simpan rahsia 'besar' eyhhhh....


------------------

Tuesday, March 19, 2013

Ringkasan Laporan yang buat @anwaribrahim tak senang duduk!!! @siswa4peace @najibrazak


Ringkasan Laporan tahunan untuk GTP & ETP. 2012 oleh Perdana Menteri DS Najib Razak.

1) Pendapatan negara (GNI) meningkat 49% sepanjang 3 tahun lepas.

2) 438,000 peluang pekerjaan telah dicipta dari 2011-2012

3) Pertumbuhan sepanjang 3 tahun lepas mengjangkaui purata global. 7.2% 2011 dan 5.2% 2012 ketika dunia alami kegawatan!

4) Pelaburan swasta meningkat tiga kali ganda sejak pelancaran #ETP iaitu RM139.5 bilion pada 2012.

5) Kadar kemiskinan Negara menurun dari 3.8 peratus pada 2009 kepada 1.7 peratus pada tahun 2012

6) Kadar Inflasi Negara kekal rendah pada. kadar 1.3 peratus setakat Januari 2013

7) Pekali Gini menurun kepada 0.431 pada tahun 2012

8) Indeks KLCI capai rekod tertinggi pada 4 Januari 2013: 1,692.65 points.

9) Lebih 6 juta rakyat Malaysia atau sejumlah lebih RM2.34 juta peruntukan mendapat manfaat BR1M

10) Lebih 5.24 juta pelajar murid-murid sekolah atau lebih RM524 juta peruntukan. menerima faedah bantuan persekolahan RM100

11) Lebih 390,000 pelajar institut pengajian tinggi yang mendapat faedah ini dan sejumlah lebih RM97.5 juta peruntukan Baucer Buku 1Malaysia

12) RM37.8 bilion telah diperuntukkan bagi membiayai pelbagai bentuk pemberian di mana sebanyak RM22.3 bilion adalah untuk Subsidi, RM873.5 juta untuk Insentif manakala RM14.6 bilion untuk Bantuan.

13) Seramai 106,967 orang berjaya didaftarkan dan dilibatkan di bawah program-program 1Azam

14) Sebanyak 89% atau lebih 100,000 mereka yang mendaftar dalam E-Kasih telah dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan dalam tempoh hanya 3 tahun

15) Lebih 100,000 unit kediaman mampu milik di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, DBKL dan SPNB telah ditawarkan

16) Kesemua inisiatif di bawah NKRA mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar telah menambah baik kesejahteraan hidup hampir 4 juta rakyat Malaysia

17) Enrolmen prasekolah telah berjaya ditingkatkan kepada hampir 770,000 pada 2012 atau 80% kohort umur berkenaan

18) Mengeluarkan 164 atau lebih 40% sekolah-sekolah dari kumpulan bresprestasi rendah atau Jaluran 6 dan 7 kepada jaluran yang lebih baik iaitu Jaluran 1 hingga 5

19) Kadar jenayah menurun sebanyak 27% sepanjang 3 tahun lepas.

20) Seramai 1,172 pesalah rasuah disiarkan dalam laman web MACC

21) Sebanyak 6,688 kontrak kerajaan disiarkan dalam pengakalan data atas talian

22) Kedudukan Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International menunjukkan peningkatan: naik enam anak tangga kepada kedudukan ke-54 pada tahun 2012

23) Ikrar Integriti Pilihanraya yang. ditandatangani oleh YAB PM sendiri

24) Penubuhan 14 Mahkamah Sesyen Khas dalam tempoh 3 tahun lalu: lebih 400 kes rasuah telah dibicarakan dan daripada itu hampir 260 kes telah berjaya diselesaikan pada akhir tahun 2012

25) Sejak pelancaran ETP, pelaburan swasta mencatat peningkatan sebanyak 22% pada tahun 2012

26) Nisbah pelaburan swasta meningkat kepada 58% pada tahun 2012 berbanding 52% pada tahun 2009

27) Pada tahun 2012, pelaburan swasta telah mengatasi sasaran dengan mencapai RM139.5 bilion, dipacu oleh perbelanjaan modal tinggi dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan perlombongan

28) Pelaburan swasta sepanjang 10 tahun telah menunjukkan peningkatan

29) Pada 2011 dan 2012, jumlah pelancong. yang melawat Malaysia ialah hampir 50 juta orang dengan jumlah PNK bernilai hampir RM100 bilion

30) Setakat 31 Disember 2012, MRT telah menawarkan 48 pakej kontrak berjumlah RM19.8 bilion dan 45% atau RM8.9 bilion dan daripada jumlah keseluruhan telah diberi kepada kontraktor Bumiputera

31) Pada 2011 dan 2012 seramai 1,087 pemilik kedai runcit telah mendapat manfaat drpd menyertai program TUKAR dan purata jualan meningkat sebanyak 30%

32) PNK Per Kapita pada tahun 2009 ialah USD6,700 dan telah meningkat sebanyak 49 peratus kepada USD9,970 pada tahun 2012

33) Sehingga 31 Disember 2012, 149 projek telah diumumkan di bawah ETP dengan jumlah terkumpul sebanyak RM211.34 bilion.

34) Sumbangan PNK pada tahun 2020 dijangka mencecah RM135.64 bilion dan 408,443 pekerjaan dijangka diwujudkan

P/s- Terbukti kerajaan pimpinan Dato Seri Najib Razak berjaya membawa transformasi
Kepada Rakyat.

------------------

Monday, March 18, 2013

Giliran #GM13 diANJINGkan dan DiHALAU di UITM buat sekian kalinya!!!!! @BraderJai @siswa4peace





Berkenaan event speaker corner GM13 di UITM, aku difahamkan GM13 tak jd buat speaker corner d UiTM Shah Alam mlm nie disebabkan dah dicekup Polis Bantuan dan diheret ke balai polis bantuan. Nak dijadikan cerita budak2 GM13 dah dihalau keluar dari UiTM shah alam dengan di bawa menaiki kereta polis bantuan utk keluar dari kawasan kampus.

Difahamkan 8-10 org ditahan dan dihalau. Lbh syahdu, pelajar-pelajar Destini Kenegaraan yang cintakan keamanan kumpul ramai-ramai nyanyi lagu UiTM Di Hatiku dan say "bye-bye" kpd budak-budak GM13 yang tak Betul nih..

Aku dengan lincah roger member aku di UITM, di mana dia pun diantara yang terlibat menghalau GM13 malam ni, dia cakap GM13 bukan dihalau atas sebab tidak benarkan buat speaker corner sekaligus menghalang kebebasan bersuara mereka tetapi GM13 di halau di atas sebab nak buat speaker corner menghasut pelajar UITM supaya buat kacau. UITM tak kisah nak buat speaker corner,tetapi bukan yg berniat untuk timbulkan kekacauan. Seumpama menghina keintelektualan mahasiswa MELAYU UITM.

Mengikut Intel, esok mlm budak-budak GM13 ini akan masuk ke UKM pula jam 9mlm..demo dijangkakan bermula jam 10.10pm depan traffic light uitm berhampiran iCity pula. Lebih kurang 20 org GM13 lawan sorak dgn lbh kurang 40 org Destini Kenegaraan (DK).. lastly GM13 mengalah dan dihalau balik oleh geng DK dgn sorakan "balik!" "anjing PR!!".

P/s- Dulu panggil orang lain ANJING,nah sekarang, KO PULAK YANG ANJING. Anjing! Anjing!


------------------