Saturday, March 30, 2013

REVISITING #MEMALI (VIDEO 2) - MENGHADAPI SAAT-SAAT KEMATIAN




Semasa kami bergerak meninggalkan Kem Tanjung Pari, cuaca amat terang dan terik. Apabila pasukan FRU tiba, dan berhenti kira kira 100-150 meter dari rumah sasaran, hujan rintik rintik sudahpun bermula. Masa ketika itu jam lapan setengah. Kenderaan kami iaitu command vehicle berhenti lalu Komander FRU terus mengeluarkan arahan anak-anak buah untuk turun dan berkumpul di hadapan command vehicle itu. Pada masa yang sama, beberapa butir batu dari lastik telah datang dari arah semak samun kedua-dua belah bahu jalan. Anggota pasukan FRU kemudian bergerak mara, kira kira 50 meter dari rumah itu saya dapat lihat beberapa orang bersenjata keluar dari arah sebelah kanan jalan yang berdekatan dengan rumah suspek.

Mereka berdiri di tengah jalan menghadap command vehicle sambil berteriak melaungkan 'Allahu Akbar!'. Kesemuanya menghayun senjata masing- masing yang terdiri daripada beberapa bilah pedang/parang panjang dalam keadaan yang seakan akan dirasuk. Arahan bersurai diberi oleh Komander FRU tetapi apabila arahan tersebut tidak diendahkan, pasukan FRU mula menembak gas pemedih mata ke arah para penyokong Ibrahim Libya yang bersenjata tadi bagi menyuraikan mereka. 

Kumpulan bersenjata itu kemudian berpecah, berlari-lari ke kiri dan kanan jalan raya. Seorang lelaki, yang bersenjatakan parang/pedang, tetap berdegil dan enggan melarikan diri. Terus tegak berdiri di situ dan tiba-tiba menghayunkan senjata nya lalu terus menerpa ke arah anggota FRU yang terpaksa berundur ke command vehicle kerana mereka tidak dilengkapi senjata berbahaya. Ketika hiruk pikuk inilah saya terdengar bunyi beberapa tembakan dilepaskan. Diikuti dengan beberapa anggota FRU yang rebah ke tanah. Lelaki yang tadinya bersenjata parang terus mara dan merapatkan dirinya kepada command vehicle dan pada masa itu sudah hampir menaiki command vehicle sebelum ditembak dari dalam oleh anggota keselamatan. Lelaki tersebut rebah ke tanah, meninggal dunia

Dari arah semak samun itu tadi , semakin banyak tembakan yang dilepaskan dari kiri dan kanan bahu jalan. Satu tembakan tersasar melepasi saya namun mengenai pipi kanan jurugambar polis tersebut. Ketika keadaan sudah mula untuk tenang, saya membawa jurugambar polis itu ke dek bawah command vehicle. Di bahagian dek bawah, saya ternampak seorang polis berpangkat Sarjan turut ditembak dan darah mula keluar melalui mulutnya. Manakala seorang lagi anggota polis berpangkat konstabel ditembak di tempurung lutut kirinya. Setelah beberapa ketika, konstabel tersebut telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya manakala Sarjan FRU, jurugambar polis dan mayat Konstabel itu tadi dikejarkan ke Hospital Daerah Sik.

Untuk pengetahuan, pada hari kejadian, Pengarah Kementerian Dalam Negeri pada waktu ketika itu, Datuk Yahya ada merayu melalui pembesar suara meminta penyokong penyokong suspek yang berada di rumah dan di sekeliling rumah beliau untuk menyerah diri kepada pihak polis. Datuk Yahya juga mmberanikan diri untuk berjalan menuju ke pintu pagar rumah suspek dan apabila sampai, saya diminta oleh Datuk Yahya untuk membacakan amaran bertulis tadi.

 Selepas itu, Datuk Yahya sekali lagi membuat percubaan untuk berunding, berunding agar mereka menyerah diri kepada polis dan patut membenarkan wanita dan kanak kanak agar keluar dari situ, walau bagaimanapun mereka tetap enggan malah menyatakan bahawa mereka mahu kekal dan menghadapi apa sahaja yang bakal terjadi. Dan sekali lagi, Pengarah iaitu Datuk Yahya memberikan perusuh lima minit lagi untuk menimbangkan tawarannya.

However, the least expected outcome did happened and its saddened me. 

Kerana taksub.


Tunku Muszaffar Shah
OCPD Baling
Kem UKK Tanjung Pari
19 November 1985 / 8.15 pagi


No comments:

Post a Comment