Followers

Monday, December 24, 2012

Isu Kalimah Allah: PAS bantah Guan Eng tapi...

Kuala Lumpur : Pas Dan ulama membidas tindakan Lim Guan Eng membangkitkan semula isu menuntut Kerajaan Pusat membenarkan kalimah Allah digunakan dalam bible versi Bahasa Melayu.

Tindakan itu kata mereka bukan saja akan mengelirukan umat Islam malah menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak menghormati keputusan yang sudah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Guan Eng dalam perutusan khas sempena Krismas di laman blognya, semalam menggesa Kerajaan Pusat diterajui Barisan Nasional (BN) membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu.




Ahli Majlis Syura Ulama Pas yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi, berkata tindakan Setiausaha Agung DAP itu mengelirukan umat Islam di Negara ini.

"Pas mengambil pendirian seperti diputuskan Majlis Syura parti sebelum ini, tidak bersetuju dengan desakan mana-mana pihak berhubung isu berkenaan.

"Kita tidak boleh lawan Majlis Syura yang sudah putus perkara ini sebelum ini, kalau lawan....jadi benda lain. Kita tidak akan ikut, pakai dia (Guan Eng) sebab dia keliru banyak, nak guna benda karut.

"Tapi terpulang kepada kerajaan (persekutuan), kalau nak buat. Bagi Pas, Kita bantah, tidak boleh guna perkataan itu," katanya kepada BH. Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi mahu Guan Eng berhenti daripada membangkitkan isu itu kerana boleh mencetuskan kekeliruan umat Islam.

"Tindakan Guan Eng itu boleh mencetuskan semula polemik yang sudah lama reda. Isu ini tidak perlu ditimbulkan lagi dan sepatutnya beliau merujuk kepada ulama sebelum mengeluarkan kenyataan seperti itu secara terbuka.

"Isu kalimah Allah ini bukan boleh dijadikan polemik kerana ianya sangat sensitif dan boleh menimbulkan ketegangan agama jika tidak ditangani dengan baik," katanya.

Nasrudin berkata, jika masyarakat agama lain masih tidak memahami isu itu sewajarnya ia dibincangkan secara tertutup bersama ulama bagi mengelakkan ketegangan agama.

Ditanya sama ada PAS akan bertemu dengan Guan Eng berhubung isu terbabit, Nasrudin berkata, perkara itu diserahkan kepada pucuk pimpinan parti.



MAJLIS SYURA??????






TOK GURU KATA BOLEH




p/s- No wonder la guan Eng berani....dapat lesen besar terrrrr....




Wednesday, December 5, 2012

SENATOR DATO RAHIM BIDAS MENTERI ESOK DI PARLIMEN @NAJIBRAZAK @WAHAZMAN @SAIFUDDINABD @KHALEDNORDIN @KSU_KPT





Saksikan esok penerangan oleh Senator Dato Rahim berkenaan keperluan khidmat pengurus harta tanah berdaftar di dalam Strata Management Bill 2012.

Gua suka bila dapat tau pak menteri dah panas bontot, tapi gua hairan dengan rakan seperjuangan gua yang lain, masih ada yang bertenang macam tak ada apa yg berlaku, ada jugak berpeluk tubuh duduk jauh mengkritik usaha orang lain. Kesian bila dapat tahu, rakan-rakan gua yang kena bash pasal akta nih, sampaikan ada yg menangis rasa sia-sia belajar sampai empat thun selama ni.

Ini perjuangan kita bersama, bukan perjuangan seorang. Pertolongan/ sokongan jgk bukan hnya dengan bentuk fizikal,pertolongan/sokongan moral sudah memadai. Ayuh, kita doakan kemenangan di pihak kita. Amin.

P/s : hidup jangan berkira, hari ni hari dia, mna tau hari lain hari kita?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Video Bukti: Tun M tolak hudud, Ustaz Kazim sangkal.








p/s: Amacam?? Member aku siap sumpah Wallahi cakap Tun tolak hudud. Jangan lupa minta maaf hoocayyyy. ;)