Saturday, July 16, 2011

PAS KENA MARAH DENGAN DAP.PAS NANGIS!!!!


PAS buat U-TURN EMERGENCY!!

161359 Julai 2011




Keputusan Ustaz Azizan untuk menutup semua pusat hiburan di Kedah bagi menghormati bulan Ramadhan adalah satu tindakan yang amat baik, baik untuk imej PAS dan untuk beliau sendiri. Pada mulanya, aku kagum sebab buat pertama kalinya, PAS walk their talk. Inilah apa yang diharapkan oleh seantero rakyat Kedah iaitu melakukan perubahan because this is why they were voted in, to make a changes, to make something that the BN cannot do during their reign dan Ustaz Azizan juga ada beritahu bahawasanya peraturan yang akan dilakukan ini adalah tertakluk kepada Enakmen Hiburan dan Tempat- Tempat Hiburan yang wujud sejak 1997, iaitu semasa pemerintahan BN, walau bagaimanapun ianya tidak dilaksanakan. Kenyataan daripada Ustaz Azizan ini sudah tentu nak menyalahkan kerajaan BN walaupun yang memerintah Kedah sekarang adalah mereka, PAS dan ini jelas menunjukkan UStaz Azizan adalah seorang yang tidak bertanggungjawab dan takut untuk menerima kritikan atas keputusan yang dibuat olehnya. Penutupan pusat hiburan itu juga merangkumi pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko dan Hungry Ghost Festival yang jatuh pada bulan ramadhan juga tidak terlepas dari tindakan ini.






Walau bagaimanapun, langit tidak selalu cerah, tuan ampunya PAS iaitu DAP secara terang-terangan menentang larangan tersebut apabila Kit Siang berkata bahawa DAP Kedah tidak pernah bersetuju dengan larangan dan perkara itu tidak dibangkitkan pada mesyuarat majlis Pakatan Rakyat Kedah meskipun dipersetujui bahawa perkara-perkara yang sensitive kepada lain-lain komuniti seperti larangan pusat hiburan ketika bulan Ramadan seharusnya dibincangkan pada mesyuarat majlis Pakatan Rakyat negeri terlebih dahulu.

“Dalam keadaan ini, Datuk Seri Azizan seharusnya mempertimbangkan semula dan memansuhkan keputusan untuk melaksanakan sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 khususnya ketika kerajaan negeri BN (dulu) tidak berbuat demikian sepanjang 11 tahun sehingga ia jatuh pada pilihan raya umum 2008,” kata Kit Siang lagi.

Di sini sekali lagi kita boleh lihat bahawa Pakatan Rakyat ingin mengambil jalan mudah dengan menarik sama BN dalam permasalahan negeri yang ditadbirnya. Sehinggakan Dewan Pemuda Pas melalui Exconya Mohd Firdaus Jaafar mengeluarkan satu kenyataan BODOH LAGI BINGAI iaitu>>>>>>>

“Ini adalah akibat apabila UMNO yang merupakan parti tunjang di dalam BN tidak menjelaskan Islam yang sebenar sehinggakan selepas 54 tahun merdeka,MCA masih ‘terkapai-kapai’ dalam hendak memahami Islam. Agama hanya digunakan apabila ada kepentingan politik semata-mata.Islam hanya dibibir mereka bagi mengaburi mata rakyat kononnya merekalah pejuang agama. Ini berbeza dengan DAP yang amat-amat menghormati Islam sebagai agama rasmi negara.,”katanya.

Yang menariknya Mohd Firdaus mengatakan yang DAP ini amat menghormati Islam sebagai agama rasmi tapi pada aku, DAP TERANG-TERANG MENENTANG KEPUTUSAN USTAZ AZIZAN dan yang lebih penting lagi kalau kita lihat dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat di dalam buku jingganya ada menyebut RELIGIOUS TOLERANCE selaras dengan Perkara 153 sebagai salah satu daripada tiga perkara yang diangkat sebagai asas di dalam DASAR BERSAMA dan sekali lagi ianya hanyalah retorik politik yang dikepalai oleh AnUwar Ibrahim.

LIHAT LINK INI UNTUK BUKU JINGGA

Selepas Kit Siang, Ustaz Azizan diasak pula oleh Singa Malaya TAK BERGIGI iaitu Karpal Singh Auta. Seantero rakyat tanah melayu tahu si singa Malaya TAK BERGIGI ini lah yang dulu pernah meminta PAS untuk MELANGKAH MAYATNYA DAHULU sekiranya ingin teruskan dengan ideology NEGARA ISLAM. Setelah diasak bertubi-tubi,depan belakang kiri dan kanan, sepertimana juga PAS diasak tentang pendirian NEGARA ISLAMnya, akhirnya Ustaz Azizan bersetuju untuk mempertimbangkan semula Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997. Kalau DAP boleh paksa PAS tukar pendirian daripada NEGARA ISLAM kepada NEGARA KEBAJIKAN,setakat Ustaz Azizan ni apalah sangat, seperti mengopek kacang Guangdong cap ngan yin sahaja.

DENGAN SEGALA FAKTA YANG TELAH DIBERIKAN, AKU DENGAN INI MENGISYTIHARKAN BAHAWA PAS MEMANG LEMBU DAP!!!!!




“Kita bersyukur dengan pendirian DAP kerana sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan Pas tidak mendirikan negara Islam” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999

TAKBIRR!!!!


Laju-Laju Perahu Laju,

Perahu Bernama Si Kapal Layar,

Jaga-Jaga Orang Melayu,

Ditelan Naga Dibelit Ular.

~wakdanial~

Thursday, July 14, 2011

Semua dok kemut!!!!!!!!!

Video AnUwar kantoi lagi!!!
Kali ni dari Dr. Zulkifli Nordin...hehe...enjoy the show...





Wednesday, July 6, 2011

Polis, FRU berkampung di UM?


Keadaan di Universiti Malaya

070513H Julai 2011







Aku dapat gambar ni dari member aku. Katanya polis dan FRU berkumpul di Universiti Malaya dalam kuantiti yang agak besar.Jawapan kepada persoalan mengapa,kenapa, bagaimana,buat apa polis dan FRU berkumpul dekat Universiti Malaya bukan pada aku sebab aku pun tak tau.

Tapi yang pasti,

PENYOKONG BERSIH JAGA-JAGA HAAAA……..HEHE


Video-video BEST Federal Reserve Unit!!!!












Jom tengok beza FRU kita dengan riot police negara lain.





Langsung xkasik chance punya,kasi taruk saja... FRU kita ada jugak sembur water cannon dulu........hehehe



Laju-Laju Perahu Laju,
Perahu Bernama Si Kapal Layar,
Jaga-Jaga Orang Melayu,
Ditelan Naga Dibelit Ular.

Lebah bukan sebarang lebah,
Membawa madu banyak gunanya;
Sembah bukan sebarang sembah,
Sembah Melayu dengan taatnya
.

~wakdanial~


Monday, July 4, 2011

Patriot Batal



Pemuda UMNO batal himpunan Patriot Hormati Titah Agong

041812H Julai 2011



Walau ini bukan apa yang aku harapkan secara total tapi aku rasa tindakan yang telah dimulakan oleh Pemuda UMNO ini untuk membatalkan himpunan Patriot adalah satu langkah yang bijak. Secara jujurnya, aku merasakan Patriot adalah satu perkara yang diperlukan bagi menunjukkan kepada Bersih bahawa terdapat ramai rakyat Malaysia yang menolak demonstrasi jalanan sebagai salah satu option untuk bersuara yang bernaung di bawah nama demokrasi. Walau bagaimanapun pembatalan Patriot adalah yang terbaik kerana aku berpendapat bahawa Patriot ini seakan-akan batu api terhadap Bersih kerana sememangnya dunia sedia maklum bahawa Patriot dan Bersih pantang bertemu, silap hari bulan MALANG TAK BOLEH DITOLAK,MUJUR TAK BOLEH DIRAIH.



Dalam satu sidang media khas yang telah dibuat, Patriot akan patuh dan mentaati Titah Khas tersebut dan mendesak kepada penganjur Perhimpunan Haram turut sama mentaatinya sekaligus membuktikan bahawa Patriot ini terdiri daripada anak-anak watan yang bertanggungjawab. Tindakan berani ini juga aku harus puji sebagai satu langkah untuk membersihkan imej orang UMNO yang sering dikaitkan dengan keganasan selepas insiden Dato Hishammudin mencium keris. Aku masih mengharapkan Patriot akan sentiasa memerhatikan gerak geri Bersih dan jika mereka ingkar Titah Tuanku dan berhasrat mengganggu kedaulatan istana, Patriot dan ahli-ahli gabungan yang lain bangkit menjadi benteng Tuanku yang terkehadapan.

Sememangnya, aku menunggu dengan rasa penuh debaran tentang berita yang akan keluar di dada akhbar keesokkanya kerana tindakan Patriot ini sudah tentu akan mendapat respons yang negatif. Kenyataan berbaur seperti UMNGOK BACUL, PENGECUT DAN SEBAGAINYA akan menjadi antara respons yang aku tunggu. Kalau bukan dari Bersih secara rasmi pon, mana-mana respons negatif dari penyokongya akan aku anggap datang dari pihak Bersih. Aku nak lihat esok, kalau respons yang dikeluarkan adalah negative maka terbuktilah mereka memang puak kekecohan.

Aku mengharapkan yang terbaik untuk bumi bertuah ini, pertumpahan darah silam tidak perlu diulang kerana bangsa aku juga yang kerugian. Terjadinya pertumpahan darah 9 Julai kelak, yang akan BERSIH bukan system electoral tetapi MELAYU YANG AKAN DISAPU BERSIH. Maka laungan Tuah, MELAYU TIDAK AKAN HILANG DI DUNIA tinggal menjadi bahan ketawa si Columbus. Hilanglah BIN, hilanglah BINTI dan hilang juga MUHAMAD. Jebat si derhaka duduk keseorangan menyesal tak sudah, menunggu nasibnya merempat di bumi sendiri.

Daulat Tuanku!!

“If the day should ever come when we [the Malays] must go, if some day we are compelled to leave the scene of history, we will slam the door so hard that the universe will shake and mankind will stand back in stupefaction..” - wakdanial

Sunday, July 3, 2011

Titah Khas Baginda Tuanku Sultan Mizan


Titah Khas Yang di-Pertuan Agong mengenai Bersih 2.0

040137H Julai 2011

Aku rasa entri kali ini adalah yang paling serius. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah menyuarakan sendiri pendapat peribadi Baginda terhadap Bersih 2.0 yang akan dianjurkan pada 9 Julai ini. Aku xnak mengomel panjang lebar, berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:




Bismillahirrahmanirrahim,

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanaan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.-3/7/2011

Seperti yang sudah dijangkakan, masih lagi ada pencacai dan penjilat jubur ANUwar yang masih menidakkan Titah Khas Baginda dengan memutar belitkan kenyataan tersebut bagi menyedapkan cuping telinga masing-masing. Puak-puak kuning ini se memangnya sudah dikenali sebagai kaki spin PUTAR ALAM kerana setiap puak kuning adalah wajib untuk mempunyai ability kaki spin PUTAR ALAM peringkat mahadewata agar legasi ANUwar PUTAR ALAM dapat diteruskan.

Sudah terang lagi bersuluh, titah khas baginda yang tidak dihormati ini jelas menunjukkan puak-puak kuning dan pencacai seangkatannya TIDAK MENGHORMATI KEDAULATAN INSTITUSI DIRAJA MELAYU. Depan belakang sama rasa, langgar apa pun xapa menjadi moto dan inspirasi kepada puak-puak kuning berkunyit ini. Maka, desas-desus yang menyatakan bahawa Perhimpunan Bersih 2.0 ini mempunyai agenda tersirat adalah ternyata benar.

Bagi menghormati Titah Khas Baginda tiada sebarang video akan diletakkan, tiada yang lebih baik lagi daripada mengakhirinya dengan pantun melayu yang berbunyi begini:


Laju-Laju Perahu Laju,
Perahu Bernama Si Kapal Layar,
Jaga-Jaga Orang Melayu,
Ditelan Naga Dibelit Ular.

Lebah bukan sebarang lebah,
Membawa madu banyak gunanya;
Sembah bukan sebarang sembah,
Sembah Melayu dengan taatnya
.

~wakdanial~