Sunday, July 3, 2011

Titah Khas Baginda Tuanku Sultan Mizan


Titah Khas Yang di-Pertuan Agong mengenai Bersih 2.0

040137H Julai 2011

Aku rasa entri kali ini adalah yang paling serius. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah menyuarakan sendiri pendapat peribadi Baginda terhadap Bersih 2.0 yang akan dianjurkan pada 9 Julai ini. Aku xnak mengomel panjang lebar, berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:




Bismillahirrahmanirrahim,

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanaan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.-3/7/2011

Seperti yang sudah dijangkakan, masih lagi ada pencacai dan penjilat jubur ANUwar yang masih menidakkan Titah Khas Baginda dengan memutar belitkan kenyataan tersebut bagi menyedapkan cuping telinga masing-masing. Puak-puak kuning ini se memangnya sudah dikenali sebagai kaki spin PUTAR ALAM kerana setiap puak kuning adalah wajib untuk mempunyai ability kaki spin PUTAR ALAM peringkat mahadewata agar legasi ANUwar PUTAR ALAM dapat diteruskan.

Sudah terang lagi bersuluh, titah khas baginda yang tidak dihormati ini jelas menunjukkan puak-puak kuning dan pencacai seangkatannya TIDAK MENGHORMATI KEDAULATAN INSTITUSI DIRAJA MELAYU. Depan belakang sama rasa, langgar apa pun xapa menjadi moto dan inspirasi kepada puak-puak kuning berkunyit ini. Maka, desas-desus yang menyatakan bahawa Perhimpunan Bersih 2.0 ini mempunyai agenda tersirat adalah ternyata benar.

Bagi menghormati Titah Khas Baginda tiada sebarang video akan diletakkan, tiada yang lebih baik lagi daripada mengakhirinya dengan pantun melayu yang berbunyi begini:


Laju-Laju Perahu Laju,
Perahu Bernama Si Kapal Layar,
Jaga-Jaga Orang Melayu,
Ditelan Naga Dibelit Ular.

Lebah bukan sebarang lebah,
Membawa madu banyak gunanya;
Sembah bukan sebarang sembah,
Sembah Melayu dengan taatnya
.

~wakdanial~

1 comment: