Monday, July 4, 2011

Patriot Batal



Pemuda UMNO batal himpunan Patriot Hormati Titah Agong

041812H Julai 2011



Walau ini bukan apa yang aku harapkan secara total tapi aku rasa tindakan yang telah dimulakan oleh Pemuda UMNO ini untuk membatalkan himpunan Patriot adalah satu langkah yang bijak. Secara jujurnya, aku merasakan Patriot adalah satu perkara yang diperlukan bagi menunjukkan kepada Bersih bahawa terdapat ramai rakyat Malaysia yang menolak demonstrasi jalanan sebagai salah satu option untuk bersuara yang bernaung di bawah nama demokrasi. Walau bagaimanapun pembatalan Patriot adalah yang terbaik kerana aku berpendapat bahawa Patriot ini seakan-akan batu api terhadap Bersih kerana sememangnya dunia sedia maklum bahawa Patriot dan Bersih pantang bertemu, silap hari bulan MALANG TAK BOLEH DITOLAK,MUJUR TAK BOLEH DIRAIH.



Dalam satu sidang media khas yang telah dibuat, Patriot akan patuh dan mentaati Titah Khas tersebut dan mendesak kepada penganjur Perhimpunan Haram turut sama mentaatinya sekaligus membuktikan bahawa Patriot ini terdiri daripada anak-anak watan yang bertanggungjawab. Tindakan berani ini juga aku harus puji sebagai satu langkah untuk membersihkan imej orang UMNO yang sering dikaitkan dengan keganasan selepas insiden Dato Hishammudin mencium keris. Aku masih mengharapkan Patriot akan sentiasa memerhatikan gerak geri Bersih dan jika mereka ingkar Titah Tuanku dan berhasrat mengganggu kedaulatan istana, Patriot dan ahli-ahli gabungan yang lain bangkit menjadi benteng Tuanku yang terkehadapan.

Sememangnya, aku menunggu dengan rasa penuh debaran tentang berita yang akan keluar di dada akhbar keesokkanya kerana tindakan Patriot ini sudah tentu akan mendapat respons yang negatif. Kenyataan berbaur seperti UMNGOK BACUL, PENGECUT DAN SEBAGAINYA akan menjadi antara respons yang aku tunggu. Kalau bukan dari Bersih secara rasmi pon, mana-mana respons negatif dari penyokongya akan aku anggap datang dari pihak Bersih. Aku nak lihat esok, kalau respons yang dikeluarkan adalah negative maka terbuktilah mereka memang puak kekecohan.

Aku mengharapkan yang terbaik untuk bumi bertuah ini, pertumpahan darah silam tidak perlu diulang kerana bangsa aku juga yang kerugian. Terjadinya pertumpahan darah 9 Julai kelak, yang akan BERSIH bukan system electoral tetapi MELAYU YANG AKAN DISAPU BERSIH. Maka laungan Tuah, MELAYU TIDAK AKAN HILANG DI DUNIA tinggal menjadi bahan ketawa si Columbus. Hilanglah BIN, hilanglah BINTI dan hilang juga MUHAMAD. Jebat si derhaka duduk keseorangan menyesal tak sudah, menunggu nasibnya merempat di bumi sendiri.

Daulat Tuanku!!

“If the day should ever come when we [the Malays] must go, if some day we are compelled to leave the scene of history, we will slam the door so hard that the universe will shake and mankind will stand back in stupefaction..” - wakdanial

No comments:

Post a Comment