Monday, April 30, 2012

GEMPAR!! KONEK HILANG SEMASA REMPUHAN!!






Sah, video ni dah jelaskan betapa beraninya pendemo-pendemo Bersih melanggar human barricade yg telah dibuat oleh polis dan melanggar kawat berduri yang telah diletakkan di keliling Dataran Merdeka. Pada masa jutaan rakyat malaysia yang lain duduk di rumah sambil berehat bersama keluarga, mereka pula keluar duduk dan bantah di Dataran Merdeka. Walau bagaimanapun penulis tak nampak duduk dan bantah di dalam video ni, penulis hanya nampak berdiri, maki dan rempuh, tetapi penulis sedia maklum sebelum BABI datang, pendemo-pendemo ini duduk dan bantah, tetapi mungkin bosan dan merasakan bahawasanya ianya tidak thrill dan bukan matlamat yg mereka hendak kecapi maka duduk dan bantah bertukar menjadi berdiri, maki dan rempuh. Ya itu baru demo. Mungkin itulah apa yg terdetik di dalam hati KUNING mereka.

Penulis memuji semangat mereka ini, semangat yg datang daripada satu sandaran yang dikatakan PERJUANGAN. Perjuangan apa yang diperjuangkan, penulis tak dapat kenal pasti. Penulis ingin bertanya, selepas kacau bilau yang telah dimulakan oleh BABI sendiri, mana BABI semasa pendemo yang lain kena tangkap? Perlu diingat BABI tidak boleh diganti dengan BARD. Mereka adalah dua entiti berbeza. Ejaan pon berbeza, BABI dan BARD. Saiz mereka pon berbeza. Mana Ambiga? Ini sepatutnya perhimpunan aman seperti yang digembar gemburkan di media tetapi mana amannya? Adakah ianya terletak di keheningan pagi waktu itu? Ataupun terletak di wajah kanak-kanak yang diajak oleh ibu bapa mereka untuk datang berdemo? 

Penulis ingin bertanya lagi, apa jadi dengan 8 tuntutan yang dituntut oleh Bersih? Adakah membuat perhimpunan/demonstrasi/piket (u name it bro) ini segala 8 tuntutan tersebut ditunaikan? Sebenarnya tidak perlu pon Bersih 3.0 ini, tuntutan ini telah dilaksanakan oleh SPR, cuma yang ditolak oleh SPR adalah kempen 21 hari. Permintaan Indelible ink dah ditunaikan, kemelut ballot pos dah settle, akses media pon da settle, media sebagai contoh, tentang Bersih, kalau kerajaan menyekat, kenapa video dan blog yang menunjukkan kononnya kekejaman polis masih giat dimainkan di internet? Kenapa ada portal pembangkang  bebas mengedit gambar BErsih 2.0 dan claim itu adalah gambar Bersih 3.0? 

Penulis masih tertanya-tanya mana pergi, apa jadi, what happen, dengan 8 tuntutan tersebut? Press statement semalam, BABI tidak ada menerangkan tentang ini, BABI sibuk melayan gasakan wartawan. Kenapa BABI? Mana Ambiga? Mana Uncle SAMad? Oh Bersih supporters, do enlightened  me what had happened to your cause. Why instead of clean, bersih, I saw only SHITS?

Tak habis dengan persoalan tu, timbul satu lagi persoalan, mengapa, kenapa, pendemo-pendemo BErsih yang gagah berani yang merempuh human barricade oleh polis, tetapi abg-abg Special Branch yang dapat nama? This is wrong.Totally wrong. U guys should claim the credit. Ini seperti nenen lembu punya susu, sapi dapat nama. Mungkin ini satu lagi akses media yang tidak adil? Mungkin? Mungkin?

Akhir kata, pendemo-pendemo Bersih telah hilang KONEK masing-masing selepas merempuh polis, mungkin inzal telah berlaku dan telah diraba oleh abg atau akak polis semasa rempuhan jadi KONEK-KONEK anda tercicir di sekitar Dataran Merdeka. Berhenti menuduh SB menjadi agent provocateur, bertanggungjawab dengan tindakan anda, tu pon kalau ada KONEK.

Come on BErshitt, come clean. Have some balls. Man Up. Stop accusing the SB's.The credit is yours. 

KONEK KONEK KONEK KONEK


p/s- Lepas berak, tolong flush sendiri, bukan suruh orang laen pegi flush taik ko! Ada paham?






Video Anwar, Azmin, Azizah Threesome Bergasak!!!!!







Sidang media Anwar dan jambunye Azmin kecoh diasak wartawan.  Macam-macam bunga silat anwar bawak keluar semata-mata nak elak soalan wartawan. Haa, apa lagi lepas ni bro? hehe. Rakyat dah muak dah nih. Aku rasa ko boleh lupa lah hasrat nak jadi PM. Bukan setakat rakyat atas pagar meluat, rakyat yang selama ni undi ko pon dah meluat. Hehe. Aku rasa ko da kena start bid farewell to Putrajaya la bro.


Sekarang aku bagi korang baca blogger pembangkang punya side of story okeyh? Nanti korang cakap aku bias. HEhe.yelah, video pro kerajaan semua kena full, kalau tak, menipu namanya. Tapi video pro pembangkang xpe, xkisah xfull,semua betul.ye idak? hehe

i) Blog amenoworld.

ii) Blog rileksantai



Ok lagi ulasan panjang lebar korang leh baca dekat mynewshub dengan Agenda Daily tentang macam mana Anwar kena gasak dengan wartawan kalau korang malas nk tengok video dekat atas tuh. Hehe.Ok2, video atas tu xde kaitan dengan wartawan.


Ok la aku bagi sikit la sebahagian petikan yang aku ambil dari Agenda Daily:


"Dalam sidang media di pejabat PKR itu juga, menyaksikan hampir kesemua wartawan tidak berpuas hati dengan jawapan Anwar yang cuba mengelak-gelak memberikan kenyataan yang jelas mengenai peristiwa tersebut.
Anwar sengaja pusing cerita kononnya kehadiran 300 ribu peserta Bersih menuntut pilihan raya bebas dan adil lebih besar daripada isu merempuh halangan polis hingga berlaku rusuhan dan polis terpaksa bertindak melepaskan gas pemedih mata serta water canon.
Beliau dan Azmin nyata tidak puashati dan terkejut kerana hampir semua wartawan mahu Anwar berterus terang tentang mengenai pendedahan video tersebut termasuk soalan sama dari wartawan pro pembangkang.
Apabila Anwar sekali lagi menuduh semua itu adalah versi UMNO dan media yang dikuasai kerajaan, saya menyergah beliau supaya jangan menyalahkan pihak lain atau UMNO.
Saya beritahu Anwar, “ kami semua nak jawapan yang betul apa sebenarnya berlaku kerana ramai yang hadir pada sidang medianya turut berada di Dataran Merdeka dan tengok serta dengar apa yang berlaku.
“Saya sendiri lihat peserta Bersih pijak kawat besi, rosakkan dengan kon jalan sebelum Datuk seri sampai. Mereka tidak masuk sebab Datuk Seri tidak sampai lagi…mereka hanya merempuh selepas Datuk Seri berada di situ,” katanya.
Anwar dan rakan-rakan media lain turut tergamam melihat saya sudah hampir hilang kawalan suara bertanya soalan itu tambahan pula tahu Anwar cuba ‘pusing-pusing’ jawab soalan diajukan.
Selain wartawan, sidang media itu sedikit kecoh apabila seorang lelaki Cina mendakwa peserta Bersih 3.0 sergah Anwar depan wartawan sebab dia gagal kawal keadaan himpunan tersebut."



Ok, apa lagi korang nak, hmmm, video isyarat tangan mungkin? Boleh tengok dekat blog amenoworld kat atas tu. owh satu lagi, tentang SB menyamar jadi pendemo Bersih dan kononnya boleh dikenal pasti dengan gelang di tangan tu kan, emm, si kadiaq pon pakai gelang kuning jugak, err, adakah dia pon SB seperti yang dimaksudkan? 

Hehe. Lawaklah. Si Zaharin pon lawak jugak. Hehe.


Oh satu lagi, Unit Amal Pas ditugaskan untuk mengawal keamanan, katanya lah. Ini keamanan yg cuba dikawal dan dijaga? Ur head laaaaa..









aku ada jumpa video ni aritu, tp mne ntah hilang. Emm, ni pon SB jugak ke yg langgar human barricade polis nih? Xde abang-abang gagah unit amal pas yg nak ngaku tampil ke depan dengan tindakan berani mati ni? Ke dah hilang KONEK lepas gambar dan video korang diupload di internet? kikiki


Aku malas nak berbual,komen banyak pasal Bersih nih, sebab apa yang aku pasti rakyat dah makin muak dengan Pakatan Rakyat. Haram apa pun tak buat untuk jana ekonomi negara, menjahanamkan lagi adalah. Ini belum lagi perintah,kalau perintah.......haish..simpang malaikat 44 bro-bro sekalian.

Akhir kata, tahniah kepada Polis Diraja Malaysia, anda telah melakukan kerja dan tanggungjawab anda sebaiknya. SALUTE!! *manly tears.


p/s: Ermmm, Benjy Lim dalam video kat atas tu pon mungkin SB jugak kottttttttt.......ye kottttt....ce tnye geng-geng totok pembangkang..ceciter ceciter..kekekeke











Wednesday, April 25, 2012

Debate: Khairy vs Ambiga.






















 p/s- Penulis tengok Ambiga S. kena bantai teruk. Cemane ni? Bar Council President kena hentam dengan Ketua Pemuda? Ekekekeke. Takde kelas langsung. Penulis ada borang masuk Pemuda UMNO. Nak? :D





Sunday, April 22, 2012

VIDEO: 10000 Jentera BN PP sedia gempur Pakatan!!!



 


Sejurus selepas penulis pulang daripada Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Pulau Pinang yang dihadiri lebih daripada 10000 jentera Hardcore Barisan Nasional semalam, penulis yakin Barisan Nasional mampu untuk merampas kembali Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat. Melihatkan semangat dan kerjasama yang diberikan dan ditunjukkan sebentar tadi, Barisan Nasional mampu menggegarkan setiap markas dan ranting-ranting Pakatan Rakyat yang menapak di bumi Pulau Mutiara ini.

Begitu juga dengan Pelantikan Setiausaha Gerakan iaitu Datuk Teng Chang Yeow oleh Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Barisan Nasional dengan mengantikan Senator Tan Sri Koh Tsu Koon serta merta. Ianya diumumkan di hadapan ketumbukan penuh jentera Barisan Nasional Pulau Pinang yang menerima pengumuman itu dengan tepukan yang gemuruh tanda bahawasanya Barisan Nasional Pulau Pinang setuju dan seia sekata akan mematuhi kepemimpinan yang baru dilantik itu bagi menggempur Pakatan Rakyat.

Lagi info tentang Datuk Teng Chang Yeow


Dato' Seri Najib juga menambah bahawasanya wajah sedih dan perasaan muram yang beliau pernah nampak di riak muka jentera BN ketika Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat suatu ketika dahulu, kini kembali dengan wajah yang ceria,bersemangat dan perasaan yang berkobar-kobar untuk mengalahkan Pakatan Rakyat di Pilihan Raya Umum yang ke-13 nanti. Beliau berasa gembira dan terharu akan sokongan yang diberikan dan beliau yakin jentera Barisan Nasional Pulau Pinang di bawah penaungnya iaitu Mantan Perdana Menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Pengerusinya yang baru dapat melakukan amanah dan tanggungjawab untuk merampas kembali Pulau Pinang.

Beliau juga menambah rakyat di Pulau Pinang sudah belajar daripada kesilapan yang lepas dan dapat membezakan bahawasanya Kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan realist dan bukan populist seperti Pakatan Rakyat yang penuh dengan slogan-slogan dan propaganda semata. Dato' Seri Najib Tun Razak juga menegaskan di dalam kepala beliau masih lagi banyak idea-idea baru dan pembaharuan yang akan menguntungkan rakyat jelata khususnya dan akan dilaksanakan mengikut peringkat demi peringkat demi kesejahteraan rakyat tetapi dengan syarat, tampuk pemerintahan negara kekal berada di bawah pimpinan Kerajaan Barisan Nasional, kerajaan untuk rakyat.

Jentera Barisan Nasional juga dinasihatkan jangan mudah rasa selesa dengan crowd yang hadir pada hari ini, tetapi berusaha lebih keras untuk menarik minat dan menanam perasaan cinta akan kerajaan Barisan Nasional bagi memastikan undi mereka memihak kepada Gelombang Biru kelak. Beliau juga berharap semangat yang telah dizahirkan oleh jentera Barisan Nasional Pulau Pinang ini akan terus dikekalkan dan diturunkan kepada generasi anak-anak bangsa yang lain agar api perjuangan Barisan Nasional tidak akan pernah padam.

Gambar di sekitar majlis:-































p/s - emmm, totok pembangkang xde nk spin isu ke? buat posting kerusi kosong ke? hehehe


Monday, April 16, 2012

PTPTN: UAI SOKONG BN.

Macam ni Persatuan Mahasiswa Islam mengajar anak buah macam mana nak hormat orang tua? Tak tau langsung makna hormat.




Aku tahu korang dah bosan dengan isu PTPTN nih dan aku tahu majoriti mahasiswa di Malaysia setuju untuk tidak memansuhkan PTPTN. Ya, dan majoriti itu adalah daripada mahasiswa yang berpegang prinsip non-partisan. Dan majoriti mahasiswa inilah yang sering dihentam oleh Pro Mahasiswa Kaki Demo Guling-Guling sebagai tidak berpendirian, penakut, mahasiswa yang tak tahu dunia luar,tak tahu pasal malaysia, hanya tahu dating, DOTA, wayang, sukan, dan sebagainya yang tidak dapat disenaraikan oleh aku.

Perlu diingat, kelompok Pro Mahasiswa Kaki Demo Guling-Guling ini juga lah yang selalu menyalak tentang kebebasan bersuara, freedom of speech, hak sebagai rakyat, dan ko peduli hape nak ngutuk bebudak atas pagar ni yang nampak tak ambil pusing pasal negara tapi sebenarnya mempunyai hujah-hujah dan semangat yang luar biasa. Ko hape tahu Kaki Demo, ko lepak puak ko je, orang lain ko kondem.

Ok, berbalik kepada video di atas, aku sikit punya jelek tengok brader bulat buncit kepala botak sentiasa lapar perut masuk angin (aku pedulik hape, freedom of speech woi!), macam dengan siyeee berlagak. Tak kisah nak berlagak tapi jangan sampai menjatuhkan maruah orang lain walaupun orang tersebut seorang peminta sedekah sekalipun. Come on berbual macam orang pandai, tapi aku ni haaa rakyat jelata nampak ko sangat membodohkan diri sendiri. Dan satu lagi, ehem, aku nak bagitau, ye memang betul perlembagaan itu lagi tinggi daripada undang-undang DBKL tapi ko kena ingat, pikir sendiri pakai kepala otak, undang-undang yang kecil inilah yang akan membentuk undang-undang yang besar, yang kecil menjadi dasarnya sebab ianya lebih detail. Itulah setakat ambil sekerat sekerat dalam GROUP FB politik pastu sekali gaya berbual dah macam Hakim Negara. Ok sebagai contoh, aku quote daripada Perlembagaan Malaysia sendiri, Artikel 10 tapi aku lebih fokus kepada kebebasan berhimpun.


Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan

10. (1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)---

(a) tiap-tiap warganegara  berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara:
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata
(c)semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan

(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan---

(b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya  perlu atau suai manfaat demi KESELAMATAN PERSEKUTUAN ATAU MANA-MANA BAHAGIANNYA ATAU KETENTERAMAN AWAM.


Jadi suka untuk mengatakan yang bodohnya bukan penguatkuasa DBKL tetapi mamat botak pendek buncit itu. Penjawat awam ini sememangnya arif akan tugas mereka. Berdasarkan layman's view, aku berpendapat  DBKL berhak mengenakan syarat-syarat bagi memastikan ketenteraman awam itu terjamin bagi memastikan dan memudahkan untuk mereka mengetahui siapa individu yang akan berhimpun di tempat jagaan mereka supaya jika berlaku sebarang masalah, DBKL tahu dengan siapa mereka berurusan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mencegah itu sesungguhnya lebih baik daripada merawat.

Menyebut tentang hak rakyat, abang badan besar baju merah tapi cakap serupa ponde tu, mungkin terlupa majoriti rakyat malaysia yang juga rakyat dan mempunyai hak sebagai rakyat untuk mempunyai sebuah negara yang aman tanpa sebarang kisah-kisah buruk, demo pala buto yang akan menakutkan pelancong di Malaysia bahkan pelajar Malaysia di luar negara juga berpendapat Malaysia sudah tidak aman lagi gara- gara segelintir pendemo ini. Pendemo-pendemo ini gah mengatakan mereka pejuang hak rakyat, tetapi susah ke untuk Pro Mahasiswa dan anak ikannya memperjuangkan hak rakyat dengan menghormati hak rakyat yang lain untuk mempunyai sebuah negara yang aman?

Bukan kah lebih sesuai dan beradab untuk mereka ini duduk dan berbincang, berdebat mungkin, tentang apa implikasi pemansuhan PTPTN. Ya, itu akan mendatangkan banyak kesenangan kepada pelbagai pihak yang terlibat yakni kepada pendemo itu sendiri. Tak perlu untuk buat khemah bagai. Sudah nyata dalam arahan supaya jangan erect stucture di tempat berhimpun.bukan susah.susah duduk bawah khemah buat apa. Perjuangan? Perjuangan habessss.Nak kata buat teduh dari panas pon nak percaya tak boleh sebabnya khemah itu sendiri panas berkuap di bawah sinaran mentari.

Oh ya, aku berenti setakat ini untuk korang semua menghayati video di bawah:









Aku assume korang dah hayati video yang aku saji tu kan? So sekarang aku nak tanya, ada sesiapa paksa ko bersusah payah menyiapkan dokumen PTPTN dan berbondong bondong beratur seperti itik pulang petang yang panjangnya boleh menjangkau dari Penang ke Kuala Lumpur? Sembang pasal perjuang hak rakyat tapi sendiri pakai duit rakyat sapu hutang sendiri.

Ko malu? Heh.

Tapi mamat pendemo ni tak tahu malu. Jom tengok satu lagi laporan pendemo-pendemo ni curik makanan gelandangan. Dengan gelandangan pon nak bersaing???? PUiiiiii! Tengok sini KAKI DEMO KAKI TIPU





p/s- Puak-puak nih dengar nasihat puak-puak dia ja, sebab tu aku letak video UAI, cbe aku letak video Hassan Ali ke, Ustaz Kazim ke, Ustaz Zul Nordin ke, haram sampai ke sudah tak dipercayanya. Peh, ini semua unsur kroni. Kroni dalam ilmu agama.


 

Laju-Laju Perahu Laju,
Perahu bernama Si Kapal Layar,
Jaga-jaga Orang Melayu,
Ditelan Naga Dibelit Ular













Saturday, April 14, 2012

MANSUH PTPTN HANYA UTK ORANG MELAYU! CINA INDIA DITIPU!!!









Kemain, dalam universiti aktif dalam Persatuan Mahasiswa Islam tapi, tak reti hormat orang, biadap, pergi kalungkan bunga dekat DS Najib dan Dato Khaled sebagai simbolik?? Kepala konek kau lah.







Ini contoh segelintir pelajar BANGSAT yang kononnya berjuang untuk mahasiswa. Berarak, terjerit-jerit melaungankan 'STUDENT POWER' macam orang gila, yang kononnya pelajar-pelajar IPTA sekarang ditindas dan dirampas hak mereka, iaitu hak orang melayu untuk mendapat FREE EDUCATION. Mereka ini jugalah yang dahulunya mengatakan mereka tidak rasis, mereka inginkan hak sama rata, mereka tolak UMNO parti rasis, tapi kali ini mereka lebih RASIS dari UMNO. Rasis disebabkan puak-puak ini, memperjuangkan FREE EDUCATION untuk MELAYU, mereka juga mengatakan tidak perlu FREE EDUCATION untuk bangsa lain, biarkan saja bangsa-bangsa lain mendapat FREE EDUCATION sampai peringkat sekolah menengah tapi untuk orang melayu sampai peringkat UNIVERSITI. Bila ditanya di mana pergi hak bangsa lain, mereka diam tidak bersuara. Ini buktinya :-









Penulis juga difahamkan ada sesetengah pendemo yang menyertai demo ini disuruh untuk berdemo tanpa mengetahui apa tujuan tersebut. Bila ditanya, ini jawapan mereka:

" Mereka telefon dan arahkan memanggil ramai lagi orang. Kemudian, berkumpul di sini. Tujuannya, hanya mengikut sahaja tindakan dan pergerakan orang lain," kata mereka.

Lagi cerita mengenainya di SINI

Penulis juga difahamkan peserta-peserta demo semalam tidak sampai pon angka 5000 seperti yang dicanangkan oleh Adam Adli. Yang hadir kurang daripada 300 orang, itu pon ada yang tak tahu menahu ttg demo yg dibuat. Itu tak termasuk wakil media danpara blogger yang hadir.hehehe. Memang syok sendiri lah geng-geng Pro mahasiswa nih. Khalid Ismath dengan Safwan Anang pon ada. Dah2 la tu, Khalid duduk rumah jaga bini lagi bagus, kerja part time untuk sara keluarga ke..hehe...Safwan Anang yang orang kata dah nak mampus masa malam New Year tu pon pergilah bawak berehat..kalau mampus sekali lagi macam mana? hehehe. Maaf lah Polis pon dah naik muak, polis ada bukan korang nak dengar pon, lagi jadikan modal untuk dapatkan simpati adalah. Shame on you la this two leader of Pro Mahasiswa. Shame on you. 



"Gambar sebelum ini telah dibuang oleh penulis di atas sebab-sebab tertentu. Harap maaf kepada yang terlibat. Moga Allah merahmati kalian. Terima kasih."





Penulis tengok pendemo-pendemo ni sendiri dah pening. Dah tak tahu tujuan ataupun sebab mereka berada di situ. Haish jadi kuda tunggangan la gamaknye. Rafizi Ramli kata ada dua cara untuk hapus PTPTN, buat satu trust fund, dan kerajaan akan sediakan funding setiap tahun dan funding yang di simpan ini akan membiayai pendidikan setiap anak Malaysia di mana perlaksanaan hanya akan dilakukan selepas 10 -15 tahun dari sekarang.Itu pon kalau buat sekarang. Satu lagi option, adalah kerajaan akan buka satu bond yg bernilai RM 2billion yang dipanggil government bond dan bond ini akan dibeli oleh investor yang berminat dan ianya akan dibayar balik apabila bond tersebut sudah sampai maturity datenye. FYI, bond ada maturity date,untuk yang tak tahu, sila google.

The first idea, is a good one, tapi memakan masa yg lama.oleh itu, jangan sembang nak mansuh PTPTN lepas menang PRU 13 dan satu lagi PETRONAS TERLALU BANYAK DIBEBANKAN. Untuk baca lebih lanjut mengenai PETRONAS, sila klik DI SINI.

The second idea, tak bagus. Negara berhutang dengan investor. dan satu lagi, in order untuk bayar balik investor tersebut, i'll be goddamn sure, akan ada tax reform, GST mungkin? tapi ini GST pembangkang. Pembangkang akan sokong punyalah. Tak percaya? Who said, Pakatan Rakyat menang, Nik Aziz jadi Perdana Menteri?? Not in a million years a kawan. Tolong jadi realistik.

Nak tahu apa beza student Aspirasi Mahasiswa dengan Pro Mahasiswa?







p/s- Penulis dapat maklumat, sebab kegagalan demo semalam, hari ini akan diadakan flash mob di Kl Sentral pukul jam 2 petang dan akan berkumpul di Dataran merdeka sejam dari sekarang. Tak habis-habis barua-barua ni nak buat masalah....






Saturday, April 7, 2012

PTPTN HAPUS: Adat bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung.

Adat meminjam, setiap apa yang dipinjam mestilah dilunaskan. Hari demi hari, ribuan mahasiswa begitu ghairah membiacarakan soal ini, soal janji manis yang ditaburkan oleh Pakatan Rakyat untuk menghapuskan PTPTN yang dimulakan pada bulan Jun tahun lalu. Sesungguhnya tawaran untuk memansuhkan PTPTN ini dan menggantikannya dengan pendidikan percuma adalah satu tawaran yang cukup menarik dan sangat sukar ditolak sehinggakan ada yang menyokong dan mempercayai tawaran ini bulat-bulat di mana janji yang  dibuat hanyalah memberitahu 'surface'nya sahaja tanpa mengulas panjang lebar bagaimana ianya akan dilaksanakan. Penulis sangat skeptikal, kerana kita kenal Pakatan Rakyat itu siapa dan modus operandinya.  Mengambil contoh yang diberikan oleh pihak pembangkang yang kononnya jumlah tanggungan pendidikan percuma di seluruh IPTA di Malaysia hanyalah berjumlah RM1.2 billion semata adalah tidak munasabah.

Dibawah, penulis sediakan 'pengiraan' yang diberi oleh Pakatan Rakyat.


Contoh pengiraan  [Universiti Malaya]

a] 20,000 orang pelajar dengan yuran sebanyak RM3,000 setahun.

b] RM3,000 x 20,000 orang berjumlah RM60 juta.

c] Jumlah IPTA terkini 20 buah :

1. Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur,

2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor,

3. Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor,

4. Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang,

5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor,

6. Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang,

7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), KL,

8. Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah,

9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak,

10. Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah,

11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak,
12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), N9,

13. Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor,

14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu,

15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor,

16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka,

17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis,

18. Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Terengganu,

19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan,

20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), KL

d] 20 buah x RM 60 juta = RM 1200 juta  [RM 1.2 bilion]




Dengan hanya menunjukkan bukti yang dkira secara lump sum, ianya menunjukkan lagi ketidak cerdikan pihak penganalisa dari Pakatan Rakyat. Mana mungkin, mahasiswa di Universiti Malaya mempunyai yuran pembelajaran yang sama,lagipun  PTPTN bukan hanya merangkumi pembiayaan yuran pengajian sahaja, yuran-yuran lain macam mana?  Jadi bukti ini tidak relevan dan angka RM1.2billion itu hanyalah retorik politik. Penulis tertarik dengan salah satu janji manis dari Ketua Pembangkang kepada penduduk Kg Buah Pala >>


" you percaya cakap saya...kalau kita duduk di sini 60-70 tahun, dia tak boleh tarik (tanah) macam tu....2 minggu sudah menang mesti itu Ketua Menteri datang sini kasi selesai masalah ni..."




*Alhamdullilah, akhirnya Kg Buah Pala hanya tinggal sejarah. Tanyalah, mana-mana bekas penduduk Kg ni, kalau xsure nak kena bebel satu jam, janganlah tanya.


Berbalik kepada isu asal, penulis ingin menyentuh tentang pendidikan percuma, rakyat sudah maklum bahawasanya Malaysia di bawah pimpinan Dato Seri Najib telah mencadangkan dan melaksanakan perkara tersebut dengan memansuhkan yuran untuk pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Sememangnya langkah ini adalah tepat kerana ianya akan menjadi inspirasi setiap pelajar untuk terus belajar sehingga ke Menara Gading.

Untuk pinjaman PTPTN pula, 1/4 daripada jumlah pinjaman yang diberikan adalah merangkumi yuran pengajian dan selebihnya adalah wang untuk pelajar menyara hidup mereka di universiti seterusnya mengurangkan beban ibu bapa yang menghantar anak mereka belajar di universiti. Semua sedia maklum pinjaman PTPTN ini diberikan kepada mereka yang layak sahaja yakni mereka yang datang dari golongan keluarga yang mempunyai pendapatan rendah sehingga sederhana. Sememangnya PTPTN adalah satu bentuk pinjaman yang dibuat untuk senang diluluskan dan disebabkan itulah kebanyakan pelajar menyalahgunakan duit tersebut, walau bagaimanapun ada segelintir rakan-rakan penulis yang bertanggungjawab dengan menghantar sebahagian daripada duit pinjaman itu kepada kedua orang tua nya di rumah.

Penulis berasa pelik dengan sikap sesetengah peminjam yang ingin mengadakan demonstrasi untuk menuntut PTPTN dihapuskan/dimansuhkan, sedangkan PTPTN bukannya paksaan.Penulis tertanya adakah tiada jalan penyelesaian yang lain selain daripada berdemo? Alangkah gembiranya penulis sekiranya mahasiswa - mahasiswa yang ingin berdemo ini menunjukkan kebijaksanaan masing-masing lantas menjustifikasikan mengapa beliau dipanggil mahasiswa dengan menyerahkan atau merangka serba sedikit resolusi-resolusi serta permudah cara untuk kerajaan melaksanakan apa yang tercetus di hati. Masing- masing untung. win-win situation. Kalau berdemo dapat apa? Perjuangan? Perjuangan datang/muncul dalam pelbagai soma wahai kawan.

Penulis juga ingin menjelaskan sesungguhnya PTPTN boleh digilir menjadi biasiswa sekiranya pelajar terbabit mendapat ijazah Kelas Pertama  yakni hanya untuk mereka yang betul-betul layak. Ini merupakan langkah yang bagus bagi memupuk persaingan yang sihat di kalangan pelajar dan membuktikan duit pinjaman yang dijana daripada duit rakyat itu berbaloi atau wajar diberikan terus kepada pelajar yang berhak. Ini bagi menjaga amanah yang diberikan iaitu belajar bersungguh-sungguh dan penulis percaya rakyat tidak mahukan duit mereka digunakan secara percuma oleh pelajar yang tidak mahu belajar bersungguh-sungguh. Pagi petang membanting tulang mencari rezeki, boleh pulak ada yang guna duit PTPTN untuk beli handphone baru. Mana aci.

Ditanya mengenai dari mana datangnya modal atau suntikan kewangan bagi menjayakan pemansuhan PTPTN ini, Pakatan Rakyat dengan mudah menjawab, kita kan ada PETRONAS, apa nak ditakut, untung berbillion billion.



Memang tidak dinafikan, Petronas merupakan pelaburan Malaysia yang paling berjaya sekali dan merupakan di antara syarikat minyak yang mempunyai pentadbiran yang terbaik di dunia. Petronas juga telah disenaraikan di dalam senarai 100 syarikat yang terunggul di dalam Fortune 500. Sejak penubuhannya pada tahun 1974, Petronas telah menyumbangkan kepada kerajaan pusat sebanyak RM653 billion yang mana ianya meliputi dividen, royalti, cukai korporat dan petroleum, dan juga duti eksport. Disebabkan 'easy money' ini jugalah yang membuatkan Malaysia terlalu bergantung terhadap keuntungan yang diperolehinya melalui minyak dimana ianya diterajui oleh Petronas sendiri. Bank Dunia juga telah menegaskan bahawa kecenderungan ini tidak mampu untuk menampung wang perbelanjaan untuk Kerajaan Pusat beroperasi sekiranya Kerajaan Pusat tidak mencari alternatif/sumber yang lain.

Memetik petikan di dalam The Edge Malaysia,


"Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Idris Jala - who is the CEO of the PEMANDU - on March 27 acknowledged the government's heavy dependence on oil and gas revenue and indicated that it needs to diversify its income stream. On average, about 40% of the Fed. Government's revenue comes from oil and gas. Last year, Fed. Government revenue was about RM 183billion, barely covering its operating expenditure of RM180 billion. With development expenditure at RM 48 billion, the budget was in deficit to the tune of 5.4% of GDP"


Melihat kepada trend ini, adalah mustahil untuk Kerajaan Pusat sekali lagi terlalu bergantung harap dengan duit PETRONAS yang sedia ada. Dengan 40% kebergantungan hasil kita terhadap PETRONAS, pembiayaan pemansuhan PTPTN menggunakan duit PETRONAS pasti membebankan syarikat itu sendiri. Melihat daripada segala trend penaburan janji-janji daripada Pakatan Rakyat melalui program 100 hari Pakatan Rakyat yang termaktub di dalam Buku Jingga-y, antaranya menghapuskan tol yakni meng'kerajaankan' tol yang sedia ada, menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20% dan membeli semula konsesi pengurusan air daripada pihak swasta. Cuba teka daripada mana duit untuk Pakatan Rakyat melaksanakan ini semua? Tidak lain tidak bukan, sudah tentulah dari Petronas. Tak percaya? Pergi tanya rakyat marhaen tentang ini, penulis yakin jawapan yang akan diberikan adalah Petronas dengan mimik muka yang Petronas tu memang kaya tak akan bangkrup dan dasyhat habes. Persoalannya adakah Petronas mampu? Adakah Malaysia mampu?

Apa yang dirisaukan oleh penulis sekarang ini bukan setakat kedudukan Petronas pada masa hadapan, malah kedudukan Malaysia sendiri kerana kebergantungan melampau terhadap Petronas. Adakah Malaysia akan menjadi seperti Greece? Suka penulis untuk memetik catatan Tun Dr Mahathir di dalam The Financial Times >>>



"...the most important thing about money, which everyone knows without the need to be an expert, is that if you spend more than you have, you will be in trouble. Simply put, if you have RM 100 but you spend RM 110, you will be in debt to the amount of RM 10 but if you spend RM90 out of your RM100, then you will not face trouble."


"But when you have a million or billion, your 10% overspending will put you in debt to a level which you may not be able to pay and the person you owe money to may not be so ready to forgive. Greece is now bankrupt. The reason is simple enough. Greece overspent.It borrowed more money than it is able to pay. We can borrow but there is a limit to borrowing."



Tun Dr Mahathir juga ada menyebut, kerajaan sedia ada tidak boleh menjadi tidak bertanggungjawab dan menjadi popular dengan menaikkan gaji penjawat awam, menghapuskan tol dan memberi lebih banyak subsidi. Jadi, selain daripada Petronas, adakah sumber hasil lain untuk Malaysia? Jawapannya TIADA LAGI buat masa sekarang dengan penangguhan Lynas dan Goods and Services Tax (GST) yang sedang berkuatkuasa. Perlu diingat, perlaksanaan GST sebanyak 4% di Malaysia akan membawa masuk hasil tambahan sebanyak RM 6.3 billion untuk kerajaan pusat manakala di Singapura yang telah melaksanakan GST sebanyak 7%, penambahan hasil tambahan sebanyak RM25.7 billion untuk mereka sedang berlaku.

Penulis juga sering tertanya, jika satu hari nanti sudah ditakdirkan Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, dan jika satu hari nanti janji ini tidak ditepati, tanah ini dijajah kembali, adakah Pakatan Rakyat akan bertanggungjawab? Harapnya begitulah, seperti kata orang-orang lama, adat orang mengail,sekiranya ikan terlepas tentulah dikatakan ikan itu besar dan janganlah hanya agak lebih daripada agih kerana air beriak tanda tidak dalam. 

Akhir kata dari penulis, Adat bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung yang membawa maksud Hidup di dunia ini tidak boleh mementingkan diri sendiri. Renung-renungkan. Selamat malam. :)











Tuesday, April 3, 2012

Edisi Ajaq Pala Hang: Video Adam Kena Tumbuk!!!








p/s- Penulis dengaq dia kena tumbuk dengan salah seorg daripada penduduk rumah pangsa yang nak kena roboh nih..hehehe..tu la sapa suruh hang gatai2 lantik diri jadi Datuk Bandar KL...dok buat pandai lagi...ajaq pala hang...kikiki

Sunday, April 1, 2012

Emel dari pembaca: Pulau Pinang lebih selesa dengan BN.




Gendang pilihan raya umum sudah semakin kuat kedengaran. Sebagai warga Pulau Pinang, saya masih tertanya-tanya apakah strategi yang dilakukan parti Gerakan untuk menawan kembali negeri ini ke pangkuan Barisan Nasional (BN).


Setakat ini tiada sebarang program untuk mendekati rakyat dan menjelaskan banyak kelemahan dalam pemerintahan DAP sekarang yang tidak pernah wujud pada zaman pemerintahan BN dulu. Saya lihat seolah-olah parti Gerakan sudah selesa dengan pemerintahan DAP, malah jika dilihat senario politik Lim Guan Eng yang biasanya hanya menyerang pemimpin UMNO menunjukkan kesepakatan antara kedua-dua parti berkenaan.Saya sudah menetap di Pulau Pinang hampir 16tahun dan ingin berkongsi sedikit sebanyak 'kebajikan' yang kami nikmati sekarang berbanding zaman pemerintahan BN dahulu.


Pertama, sekarang kalau rakyat guna air RM30, kami terpaksa membayar hampir RM40 kerana dikenakan surcas. Lebih tinggih jumlah air lebih tinggi surcas.Pada zaman BN dahulu tidak ada surcas.


Kedua, pada zaman BN dahulu sistem pungutan sampah sangat cekap dan dikutip tiga kali seminggu tepat mengikut jadual. Jarang-jarang sekali perlu membuat aduan mengenai masalah sampah. Tetapi hari ini sampah dikutip tidak menentu masanya. Kita boleh lihat setiap rumah terpaksa menyediakan dua tong sampah kerana masalah ini. Tong sampah besar yang ada di sekitar kawasan perumahan, kena tunggu melimpah  di tepi jalan, baru dipungut. Kadangkala terpaksa buat aduan kerana hilang sabar.

Ketiga, setiap meja peniaga restoran yang diletakkan di luar kedai dikenakan bayaran setiap 20 meja RM300. Pada zaman BN, peniaga terutama melayu jarang ada masalah dengan kerajaan negeri.


Keempat, kalau pada zaman BN dulu, apabila kita mengadu mengenai kerosakan lampu jalan dua tiga hari gerenti beres tetapi hari ini sebulan belum tentu siap. Malah pada zaman BN dulu setiap aduan kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) ada sistem trackingnya, tetapi hari ini setiap kali buat panggilan kita terpaksa ulang segala masalah kita dari A sampai Z.


Kelima, pada zaman BN pemandangan pekerja MPSP dengan mesin dan racun rumput di tepi jalan adalah perkara biasa tetapi hari ini pemandangan semak samun pula jadi perkara biasa.


Keenam, pada zaman BN dulu baik ketika perayaan Hari Raya mahupun Tahun Baru Cina kebanyakan jalan, misalnya di kawasan kediaman saya di Kepala Batas, dihiasi dengan lampu jalan yang cantik tetapi hari ini hiasan lampu jalan ketika Hari Raya Puasa dan Aidiladha sudah tidak ada di atas alasan elakkan pembaziran tetapi ketika perayaan Tahun Baru Cina pula kebanyakan jalan utama (misalnya di tempat kerja saya di Jalan Raja Uda) dihias dengan begitu hebat sepanjang tiga atau empat kilometer.


Apa yang saya sebut diatas hanyalah sebahagian kecil sahaja kerana kalau hendak diceritakan  semuanya, terlalu banyak dan tidak cukup ruang dan saya mengharapkan rakyat terutama orang Melayu renung-renungkanlah sebelum mengundi.


Ini kerana walaupun BN kembali semula memerintah negeri ini, tanah Melayu yang hilang tidak mungkin boleh dikembalikan.


Md Saleh Ali
Kepala Batas, Pulau Pinang





Penulis selalu dengar orang-orang PAS marah terlampau sangat dengan orang UMNO sebab asyik dok perjuang pasai melayu tak habeh sampai Islam pon depa lupa, nih nak habaq mai betui ka orang UMNO lupa pasai Islam, awat takda ka orang UMNO pi mayang pakai kepiah, antaq anak pi ngaji, ada anak jadi tahfiz..bagi yang masih tak bley terima hakikat,kita layan  video ustaz kazim sambil cicah biskut kering dengan ayaq teh o panaih.JOM LAYAN.






p/s- Punya ultra-kiasu DAP nih sampai lampu perayaan pon depa sekat untuk depa-depa ja...ceyt..GERAKAN pon sama la...puiii....asyik dok pertikai pasai melayu tapi haram xnmpak pon keja hang buat...penulis ingat penulis ja dok nampak benda nih, ada lagi yang nampak, jadi penulis tak silap nengok la yer...heheh..bila tak tau BN Penang nak bawak keluaq buletin Pulau Pinang untuk lawan buletin Pulau mutiara DAP punya tu...haishhh...lame bebenor nunggu nih haaa....