Followers

Saturday, April 7, 2012

PTPTN HAPUS: Adat bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung.

Adat meminjam, setiap apa yang dipinjam mestilah dilunaskan. Hari demi hari, ribuan mahasiswa begitu ghairah membiacarakan soal ini, soal janji manis yang ditaburkan oleh Pakatan Rakyat untuk menghapuskan PTPTN yang dimulakan pada bulan Jun tahun lalu. Sesungguhnya tawaran untuk memansuhkan PTPTN ini dan menggantikannya dengan pendidikan percuma adalah satu tawaran yang cukup menarik dan sangat sukar ditolak sehinggakan ada yang menyokong dan mempercayai tawaran ini bulat-bulat di mana janji yang  dibuat hanyalah memberitahu 'surface'nya sahaja tanpa mengulas panjang lebar bagaimana ianya akan dilaksanakan. Penulis sangat skeptikal, kerana kita kenal Pakatan Rakyat itu siapa dan modus operandinya.  Mengambil contoh yang diberikan oleh pihak pembangkang yang kononnya jumlah tanggungan pendidikan percuma di seluruh IPTA di Malaysia hanyalah berjumlah RM1.2 billion semata adalah tidak munasabah.

Dibawah, penulis sediakan 'pengiraan' yang diberi oleh Pakatan Rakyat.


Contoh pengiraan  [Universiti Malaya]

a] 20,000 orang pelajar dengan yuran sebanyak RM3,000 setahun.

b] RM3,000 x 20,000 orang berjumlah RM60 juta.

c] Jumlah IPTA terkini 20 buah :

1. Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur,

2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor,

3. Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor,

4. Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang,

5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor,

6. Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang,

7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), KL,

8. Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah,

9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak,

10. Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah,

11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak,
12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), N9,

13. Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor,

14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu,

15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor,

16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka,

17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis,

18. Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Terengganu,

19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan,

20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), KL

d] 20 buah x RM 60 juta = RM 1200 juta  [RM 1.2 bilion]




Dengan hanya menunjukkan bukti yang dkira secara lump sum, ianya menunjukkan lagi ketidak cerdikan pihak penganalisa dari Pakatan Rakyat. Mana mungkin, mahasiswa di Universiti Malaya mempunyai yuran pembelajaran yang sama,lagipun  PTPTN bukan hanya merangkumi pembiayaan yuran pengajian sahaja, yuran-yuran lain macam mana?  Jadi bukti ini tidak relevan dan angka RM1.2billion itu hanyalah retorik politik. Penulis tertarik dengan salah satu janji manis dari Ketua Pembangkang kepada penduduk Kg Buah Pala >>


" you percaya cakap saya...kalau kita duduk di sini 60-70 tahun, dia tak boleh tarik (tanah) macam tu....2 minggu sudah menang mesti itu Ketua Menteri datang sini kasi selesai masalah ni..."




*Alhamdullilah, akhirnya Kg Buah Pala hanya tinggal sejarah. Tanyalah, mana-mana bekas penduduk Kg ni, kalau xsure nak kena bebel satu jam, janganlah tanya.


Berbalik kepada isu asal, penulis ingin menyentuh tentang pendidikan percuma, rakyat sudah maklum bahawasanya Malaysia di bawah pimpinan Dato Seri Najib telah mencadangkan dan melaksanakan perkara tersebut dengan memansuhkan yuran untuk pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Sememangnya langkah ini adalah tepat kerana ianya akan menjadi inspirasi setiap pelajar untuk terus belajar sehingga ke Menara Gading.

Untuk pinjaman PTPTN pula, 1/4 daripada jumlah pinjaman yang diberikan adalah merangkumi yuran pengajian dan selebihnya adalah wang untuk pelajar menyara hidup mereka di universiti seterusnya mengurangkan beban ibu bapa yang menghantar anak mereka belajar di universiti. Semua sedia maklum pinjaman PTPTN ini diberikan kepada mereka yang layak sahaja yakni mereka yang datang dari golongan keluarga yang mempunyai pendapatan rendah sehingga sederhana. Sememangnya PTPTN adalah satu bentuk pinjaman yang dibuat untuk senang diluluskan dan disebabkan itulah kebanyakan pelajar menyalahgunakan duit tersebut, walau bagaimanapun ada segelintir rakan-rakan penulis yang bertanggungjawab dengan menghantar sebahagian daripada duit pinjaman itu kepada kedua orang tua nya di rumah.

Penulis berasa pelik dengan sikap sesetengah peminjam yang ingin mengadakan demonstrasi untuk menuntut PTPTN dihapuskan/dimansuhkan, sedangkan PTPTN bukannya paksaan.Penulis tertanya adakah tiada jalan penyelesaian yang lain selain daripada berdemo? Alangkah gembiranya penulis sekiranya mahasiswa - mahasiswa yang ingin berdemo ini menunjukkan kebijaksanaan masing-masing lantas menjustifikasikan mengapa beliau dipanggil mahasiswa dengan menyerahkan atau merangka serba sedikit resolusi-resolusi serta permudah cara untuk kerajaan melaksanakan apa yang tercetus di hati. Masing- masing untung. win-win situation. Kalau berdemo dapat apa? Perjuangan? Perjuangan datang/muncul dalam pelbagai soma wahai kawan.

Penulis juga ingin menjelaskan sesungguhnya PTPTN boleh digilir menjadi biasiswa sekiranya pelajar terbabit mendapat ijazah Kelas Pertama  yakni hanya untuk mereka yang betul-betul layak. Ini merupakan langkah yang bagus bagi memupuk persaingan yang sihat di kalangan pelajar dan membuktikan duit pinjaman yang dijana daripada duit rakyat itu berbaloi atau wajar diberikan terus kepada pelajar yang berhak. Ini bagi menjaga amanah yang diberikan iaitu belajar bersungguh-sungguh dan penulis percaya rakyat tidak mahukan duit mereka digunakan secara percuma oleh pelajar yang tidak mahu belajar bersungguh-sungguh. Pagi petang membanting tulang mencari rezeki, boleh pulak ada yang guna duit PTPTN untuk beli handphone baru. Mana aci.

Ditanya mengenai dari mana datangnya modal atau suntikan kewangan bagi menjayakan pemansuhan PTPTN ini, Pakatan Rakyat dengan mudah menjawab, kita kan ada PETRONAS, apa nak ditakut, untung berbillion billion.



Memang tidak dinafikan, Petronas merupakan pelaburan Malaysia yang paling berjaya sekali dan merupakan di antara syarikat minyak yang mempunyai pentadbiran yang terbaik di dunia. Petronas juga telah disenaraikan di dalam senarai 100 syarikat yang terunggul di dalam Fortune 500. Sejak penubuhannya pada tahun 1974, Petronas telah menyumbangkan kepada kerajaan pusat sebanyak RM653 billion yang mana ianya meliputi dividen, royalti, cukai korporat dan petroleum, dan juga duti eksport. Disebabkan 'easy money' ini jugalah yang membuatkan Malaysia terlalu bergantung terhadap keuntungan yang diperolehinya melalui minyak dimana ianya diterajui oleh Petronas sendiri. Bank Dunia juga telah menegaskan bahawa kecenderungan ini tidak mampu untuk menampung wang perbelanjaan untuk Kerajaan Pusat beroperasi sekiranya Kerajaan Pusat tidak mencari alternatif/sumber yang lain.

Memetik petikan di dalam The Edge Malaysia,


"Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Idris Jala - who is the CEO of the PEMANDU - on March 27 acknowledged the government's heavy dependence on oil and gas revenue and indicated that it needs to diversify its income stream. On average, about 40% of the Fed. Government's revenue comes from oil and gas. Last year, Fed. Government revenue was about RM 183billion, barely covering its operating expenditure of RM180 billion. With development expenditure at RM 48 billion, the budget was in deficit to the tune of 5.4% of GDP"


Melihat kepada trend ini, adalah mustahil untuk Kerajaan Pusat sekali lagi terlalu bergantung harap dengan duit PETRONAS yang sedia ada. Dengan 40% kebergantungan hasil kita terhadap PETRONAS, pembiayaan pemansuhan PTPTN menggunakan duit PETRONAS pasti membebankan syarikat itu sendiri. Melihat daripada segala trend penaburan janji-janji daripada Pakatan Rakyat melalui program 100 hari Pakatan Rakyat yang termaktub di dalam Buku Jingga-y, antaranya menghapuskan tol yakni meng'kerajaankan' tol yang sedia ada, menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20% dan membeli semula konsesi pengurusan air daripada pihak swasta. Cuba teka daripada mana duit untuk Pakatan Rakyat melaksanakan ini semua? Tidak lain tidak bukan, sudah tentulah dari Petronas. Tak percaya? Pergi tanya rakyat marhaen tentang ini, penulis yakin jawapan yang akan diberikan adalah Petronas dengan mimik muka yang Petronas tu memang kaya tak akan bangkrup dan dasyhat habes. Persoalannya adakah Petronas mampu? Adakah Malaysia mampu?

Apa yang dirisaukan oleh penulis sekarang ini bukan setakat kedudukan Petronas pada masa hadapan, malah kedudukan Malaysia sendiri kerana kebergantungan melampau terhadap Petronas. Adakah Malaysia akan menjadi seperti Greece? Suka penulis untuk memetik catatan Tun Dr Mahathir di dalam The Financial Times >>>



"...the most important thing about money, which everyone knows without the need to be an expert, is that if you spend more than you have, you will be in trouble. Simply put, if you have RM 100 but you spend RM 110, you will be in debt to the amount of RM 10 but if you spend RM90 out of your RM100, then you will not face trouble."


"But when you have a million or billion, your 10% overspending will put you in debt to a level which you may not be able to pay and the person you owe money to may not be so ready to forgive. Greece is now bankrupt. The reason is simple enough. Greece overspent.It borrowed more money than it is able to pay. We can borrow but there is a limit to borrowing."



Tun Dr Mahathir juga ada menyebut, kerajaan sedia ada tidak boleh menjadi tidak bertanggungjawab dan menjadi popular dengan menaikkan gaji penjawat awam, menghapuskan tol dan memberi lebih banyak subsidi. Jadi, selain daripada Petronas, adakah sumber hasil lain untuk Malaysia? Jawapannya TIADA LAGI buat masa sekarang dengan penangguhan Lynas dan Goods and Services Tax (GST) yang sedang berkuatkuasa. Perlu diingat, perlaksanaan GST sebanyak 4% di Malaysia akan membawa masuk hasil tambahan sebanyak RM 6.3 billion untuk kerajaan pusat manakala di Singapura yang telah melaksanakan GST sebanyak 7%, penambahan hasil tambahan sebanyak RM25.7 billion untuk mereka sedang berlaku.

Penulis juga sering tertanya, jika satu hari nanti sudah ditakdirkan Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, dan jika satu hari nanti janji ini tidak ditepati, tanah ini dijajah kembali, adakah Pakatan Rakyat akan bertanggungjawab? Harapnya begitulah, seperti kata orang-orang lama, adat orang mengail,sekiranya ikan terlepas tentulah dikatakan ikan itu besar dan janganlah hanya agak lebih daripada agih kerana air beriak tanda tidak dalam. 

Akhir kata dari penulis, Adat bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung yang membawa maksud Hidup di dunia ini tidak boleh mementingkan diri sendiri. Renung-renungkan. Selamat malam. :)











No comments: