Followers

Tuesday, May 15, 2012

Politik Troll Nizar: Anwar Siap Sedia.




Tindakan Nizar menyerbu masuk ke satu siri ceramah membongkar pembohongan beliau di Tualang Sekah baru-baru ini dilihat sebagai satu tindakan yang gentleman oleh setiap penyokong Pakatan Rakyat. Ya, penulis sendiri mengaku dan memuji itu adalah satu tindakan yang sangat berani dan gentleman tetapi sudahkah Nizar memikirkan kesan-kesan yang akan dihadapinya? Atau kesan yang akan dihadapi oleh bos beliau iaitu Anwar? Bayangkan bagaimana penerimaan puak-puak Anwarinas ini apabila menerima kunjungan hormat daripada bekas rakan-rakan beliau di UMNO dan Parti Keadilan suatu ketika dahulu?


Penulis khuatir hanya Anwar yang pucat lesi muka beliau tetapi puak-puak Anwarinas akan bertindak provokatif seperti mana yang pernah berlaku ketika hari #901 tempoh hari hanya disebabkan tindakan PERKASA turun bersama-sama banner dan kain rentang menentang ideologi LGBT dan Anwar, ahli-ahli PERKASA dipukul. Penulis hairan apabila puak-puak Anwarinas yang memukul, tiada perkataan gangster dilemparkan kepada mereka oleh ahli-ahli PAKATAN RAKYAT yang lain sebaliknya mereka bersorak dan menyokong tindakan ganas tersebut. Bayangkan kalau pihak UMNO yang melakukan perkara sedemikian? Maki hamun pun dianggap GANGSTER.


UMNO tidak takut dan penulis mendapat berita dengan precedent terbaru ini, ahli-ahli UMNO dan Barisan Nasional sedang giat menyediakan jentera untuk mengikut trending yang telah dilakukan oleh Nizar ini dan Anwar bakal menerima kunjungan hormat daripada tetamu yang tidak diundang tidak lama lagi. Penulis juga difahamkan, ceramah yang terdekat adalah di dalam satu siri roadshow "Ceramah Merdeka Pasca Bersih 3.0".


Masih ingat lagi video ini? #901.





p/s- Brader Anwar amacam? ada bran? Takpe, brader Anwar tak takut punya. Ada banyak barua yang sanggup pukul dan backup untuk Anwar, lepas tu lari. Eh, ye ke? Puihh.




No comments: