Monday, June 25, 2012

USTAZ AZIZAN MENGAKU DISKO BARU DILULUSKAN



Akhirnya Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan mengaku sebanyak empat lesen baru  pusat hiburan telah diluluskan oleh Kerajaan Pas Negeri Kedah selepas tiada bantahan daripada agensi penguatkuasaan termasuk polis dan bomba. Selebihnya merupakan lesen-lesen yang diperbaharui semula di atas sebab pusat hiburan tersebut kembali aktif. Antara empat lesen yang diluluskan juga termasuk lesen pusat hiburan terbesar di Mergong, Alor Setar. Pusat hiburan itu juga yang telah menjemput DJ terkemuka dari Perancis, Liz Candy. Untuk merujuk kembali artikel tersebut klik;


Satu benda sahaja yang aku respek dengan Ustaz Azizan, dalam keratan akhbar ni Ustaz Azizan tak kata 'INI SEMUA SALAH UMNO'. Ustaz Berani mengaku 'YA KAMI LULUSKAN'. Bagus dan syabas ustaz Azizan kerana sekali lagi berjaya membuktikan di kalangan totok pembangkang masih lagi mempunyai individu yang ADA TELOR. Tapi ustaz, aku heran, sebabnya, semasa pemerintahan Kerajaan BN di bawah pimpinan Mahadzir Khalid, masih terngiang-ngiang lagi laungan menghapuskan segala pusat hiburan yang terdapat di Kedah, dan Ustaz, kali ini impian itu sudah termakbul atas doa dan usaha bersama Pakatan Rakyat, aku dan serata umat manusia di Malaysia tidak nampak perkara ini terjadi malah terkejut dengan penambahan pusat hiburan yang tumbuh seperti cendawan. Apa sudah jadi Ustaz? Mana hilang laungan keramat dulu? 

Aku setuju kalau ustaz kata pusat hiburan ini dibuat untuk hiburan pengunjung bukan Muslim. Ustaz setuju tidak kalau aku cakap kilang arak di Shah Alam yang besar tu, pusat judi di Genting Highlands tu jugak untuk non Muslim? Kalau ustaz setuju baguslah. Harap juga ustaz boleh terangkan dekat anak-anak buah ustaz yang lain yang masih bebal membangkitkan perkara tersebut kononnya kerajaan Barisan Nasional menggalakkan maksiat. Mohon juga diterangkan segala langkah sudah diambil untuk kerajaan menghindarkan daripada masyarakat Islam daripada membeli arak. Seperti juga kata ustaz lesen pusat hiburan ini diluluskan tidak bermakna pengunjung dan pengusaha boleh berbuat sesuka hati, samalah juga ustaz dengan apa yang telah dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional.

Ustaz oh ustaz, apabila lesen pusat hiburan ini telah diluluskan dan diperbaharui aku musykil dan tak tahu macam mana kerajaan pimpinan Ustaz  memastikan keuntungan daripada pembukaan kelab ini tidak dicampur sekali dengan pendapatan lain yang halal. Ustaz,dekat sini aku tak maksudkan keuntungan kelab tersebut secara total tetapi pembayaran cukai pintu dan pembayaran untuk iklan bercahaya di depan pintu pusat hiburan tersebut ustaz, dan lebih menakutkan iklan bercahaya 7 meter hanya dikenakan RM50, lagi kecil jumlahnya bukankah makin sukar untuk diasingkan? Tak termasuk lagi dengan cukai pintu yang aku anggar dalam RM500, kita darab pulak dengan empat buah pusat hiburan yang baru diluluskan, totalnya sudah berjumlah RM2000. Banner dan bunting promosi kelab hiburan lagi ustaz? Macam mana ni ustaz? Mohon penjelasan. Kesian rakyat Kedah, kelip-kelip mata depa baca artikel aku ni ustaz. 

Kecik hati orang Kedah Ustaz bila depa tau ustaz lulus lagi empat buah pusat hiburan. Mana pergi janji dulu ustaz? Rata-rata orang Melayu Kedah yang mengundi Pas mengharapkan perubahan yang lebih baik daripada dulu tetapi HAMBAR la ustaz. Ustaz kalau dekat Penang ustaz, aku selalu nampak poster-poster promosi perumahan ekslusif, megasale, tapi aku tak nampak pun ustaz banner dan bunting promosi pusat hiburan/kelab malam, bertambah lagi heran aku ustaz dengan apa yang terjadi di Kedah sekarang. Dulu Pas ada berjanji juga akan menarik balik lesen menjual arak oleh kedai serbaguna seperti 7 Eleven tetapi apakan daya setelah berkuasa semuanya hanya indah khabar daripada rupa. Konon mereka lah yang paling lantang membantah kilang arak di Shah Alam  tapi dalam tak sedar mereka juga yang menyokong industri dan kilang arak yang dibenci itu.

Setakat itu sahaja daripada aku rakyat marhaen yang memerhati.




p/s: Bila entah kerajaan negeri Selangor nak revoke lesen perniagaan arak besar-besaran di Shah Alam tu eyh?? Mohon juga dihapuskan I-City yang dikatakan menjadi tempat utama untuk konsert berlangsung di sana. Maksiat boh maksiat.




No comments:

Post a Comment