Gua tak pernah lagi lah dengar kalau nak mohon kelulusan permohonan untuk menyewa atau menggunakan Dewan Serbaguna, permohonan itu mestilah diluluskan oleh Yang Di Pertua Majlis Perbandaran yang berkenaan. Yang gua tau permohonan ni ada pegawai yang bertugas yang akan kendalikan dan gua tak faham kenapa perlu ada campur tangan YDP yang lebih banyak masalh yang dia perlu buat dan fikir selain menulis perutusan di dalam web Majlis Perbandaran. Sekarang ni gua nak beri contoh salah seorang YDP yang telah mempraktikkan perkara bodoh lagi menyusahkan ni. YDP yang gua maksudkan ini adalah Yang di Pertua MPSP iaitu Puan Maimunah bt Hj Sharif.
'Puan Maimunah bersama CM ketika pengumuman pelantikannya sebagai YDP baru'
Gua takde niat untuk malukan dia tapi gua tak faham kenapa permohonan untuk menyewa Dewan Millenium oleh UMNO Kepala Batas tidak boleh diluluskan melalui laluan yang biasa tetapi perlu mendapat kelulusan peribadi daripada YDP? Masakan Dewan Millenium yang dibina oleh Kerajaan BN yang terdahulu untuk kegunaan rakyat tidak diberi guna pakai kepada pihak UMNO? YDP perlu ingat Dewan Millenium itu hak rakyat dan UMNO Kepala Batas juga rakyat yang berada di muka bumi ini. Gua ambil contoh Majlis Tahlil sempena Sambutan Ulangtahun UMNO ke 66 tempoh hari.
Gua dapat tahu, baru tahu sebenarnya, surat rasmi permohonan untuk menyewa Dewan Millenium telah dibuat dan telah diserahkan kepada pihak MPSP untuk diberi kelulusan dan pada waktu ketika itu, pegawai yang bertugas memaklumkan bahawa permohonan yang dibuat tidak dapat diberi kelulusan serta merta kerana menurut pegawai tersebut, mana-mana program yang melibatkan UMNO perlu diberi kelulusan oleh Yang diPertua MPSP, walaupun sebenarnya boleh diluluskan oleh pegawai tersebut kerana memberi kelulusan penggunaan dewan telah merangkumi bidang kuasa pegawai tersebut. Pegawai ini juga menambah mereka tidak berupaya untuk meluluskan sesuka hati, dikhuatiri akan dimarahi oleh YDP. (lelaki kalau dah takut dengan perempuan maksudnya perempuan ni memang garang macam singa betina la beb)
Setelah beberapa hari berlalu, masih tiada lagi jawapan yang diterima dan untuk mempercepatkan permohonan tersebut, pihak UMNO Kepala Batas sekali lagi menghantar surat permohonan tetapi kali ini terus kepada Yang diPertua, yelah mana la tahu kan takut-takut si YDP dah baling buang surat pertama tu dan seperti yang disangka sekali lagi surat permohonan tersebut menemui ajalnya di dalam tong sampah. Walaupun, hajat UMNO Kepala Batas untuk membuat program tahlil secara besar-besaran di Dewan Millenium gagal, dengan kehendak Allah SWT, majlis tersebut berjaya dilakukan di perkarangan Wisma UMNO Kepala Batas walaupun pada skala yang kecil. Di sini gua nak tunjuk surat permohonan tersebut mana lah tahu kot-kot ada individu yang kata gua tipu.
Dan satu lagi persoalan sedang bermain di fikiran gua, bagaimana sebuah Majlis yang baik dan elok sebegini tidak diluluskan semata-mata kerana dianjurkan oleh UMNO tetapi Majlis Bertam Nite yang menayang dan memperagakan penari-penari berbangsa Cina yang galak menunjuk-nunjuk kemontokan buah dada mereka dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat diluluskan oleh Yang diPertua Majlis Perbandaran Seberang Perai? Diminta Puan YDP jangan berdolak dalik memberi alasan kononnya saya tidak baca tentatif program Bertam Nite. Di sini, gua telah diberi ruang oleh Puan YDP sendiri untuk gua bertanyakan mana moral Puan selaku YDP Perempuan yang terakhir di bumi Pulau Mutiara ini?
Link artikel Bertam Nite;
Dan lebih mengejutkan, gua dengar program Maksiat Bertam Nite yang dibuat di Kompleks Sukan Kepala Batas itu tidak dikenakan sebarang sewa disebabkan ianya program kroni. Ye ke ni YDP? Kalau gua salah, mohon puan YDP membuat kenyataan rasmi di media arus perdana yang gua salah, jangan setakat di Buletin Mutiara. Puan YDP, yang gua tahu kroni-kroni ni tidak diamalkan oleh kerajaan DAP. Mana pergi CAT puan YDP ni? Kalau gua salah serta merta gua turunkan artikel ni.
Tak habis lagi dengan isu Majlis Tahlil, satu lagi program UMNO iaitu Program Semarak Budi Untukmu Guru yang dibuat bagi menghargai Guru sempena sambutan Hari Guru juga ditimpa nasib yang sama. Majlis Perbandaran dibawah kepimpinan YDP ini terus mendiskriminasi bukan sahaja kepada UMNO malah kepada individu yang bernama Guru. Untuk pengetahuan umum, Program Semarak Budi ini tetap diadakan di Abedeen Resort, nama bangunan ni je sedap, resort bagai tapi ianya sebenarnya adalah sebuah bangunan separa siap. Separa siap kerana bangunan ini belum lagi menerima Certificate of Fitness dan untuk beberapa tahun dibiarkan kosong dan sunyi tanpa pekerja dan pelawat. Dah macam rumah hantu dah gua tengok bila malam.
Disebabkan tiada tempat lain yang akan diberi kebenaran untuk digunakan oleh pihak UMNO, Abedeen Resort telah menghadapi beberapa baik pulih serta merta sempena Program Semarak Budi dan itupun tetap membuatkan Ballroom Abedeen resort tiada penghawa dingin, yang ada hanyalah protable air conditioner ataupun portable fan untuk membolehkan audiens bernafas. Semua pihak serba tahu betapa panasnya keadaan di Pulau Pinang sekarang dan ini satu penghinaan buat mantan Perdana Menteri Tun Abdullah yang sama-sama turut hadir untuk program tersebut dan lebih -lebih lagi kepada guru yang diraikan. Lagi memalukan apabila artis yang dijemput iaitu Jamal Abdillah dan Shila Hamzah terpaksa membuat persembahan dalam keadaan berpeluh sakan bak kata orang-orang utagha. Bayangkan dua artis ini terpaksa membuat persembahan tanpa proper ventilation? Perkara ini tidak akan terjadi kalau YDP MPSP tak praktikan pemerintahan kuku besi dan double standard.
Disini gua sertakan keluhan guru yang hadir;
" Siapa yang membawa pembangunan di Kepala Batas..siapa yang membawa Dewan Millenium di Kepala Batas... Sedih dan kecewa bila ribuan guru terpaksa berada di dewan abedeen resort tanpa hawa dingin kerana Dewan Millenium xdibenarkan guna ..pada hal yang ada dalam tu semuanya guru...bagai kaduk yg naik junjung...itu baru sepenggal memerintah ...kurang2 pun hormat la pada Tun Abdullah Ahmad Badawi"
Gambar persembahan Jamal Abdillah dan Shila Hamzah;
Gua rasa mungkin disebabkan gila kuasa kot yang menyebabkan si YDP ni buat macam ni. Kelulusan penggunaan dewan pun nak pulun sorang-sorang dekat dia. Bukan ke dah ada pembahagian tugas kepada pegawai-pegawai bawahan? Yang sibuk nak cross tugas pegawai lain kenapa? Dah hilang kepercayaan? Dah tak boleh nak 'take control'? Malu lah beb. Kalau puak - puak ni perintah MPSP pun dah macam lahabau gua tengok, bayangkanlah kalau perintah negara. Bila dah dapat kuasa dewan serbaguna pun depa tak bagi pakai. Cuba tanya tengok dulu kebenaran untuk penggunaan dewan macam mana? UMNO serah bulat-bulat kepada MPSP untuk benarkan sesiapa sahaja guna termasuk pihak daripada Pakatan Rakyat. Tak percaya? Lu tanya sendiri beb.
p/s- kesian dekat awek gua sorang ni kena perform berpeluh-peluh...sabar ye Shila...ekekekeke
gua setuju sangat dengan hujah lu bro..cuma yg gua tak setuju...bila lu kata awek lu sorang...sebab dia pun awek gua..ngeeeee
ReplyDelete