Followers

Thursday, October 20, 2011

PAS TAKUT 'BINI'! KENA QUEEN CONTROL!



HIMPUN ATAU TAK NAK HIMPUN?

PAS Selangor mengarahkan semua ahlinya tidak menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang akan diadakan Sabtu ini bagi membincangkan isu khusus murtad dan pemesongan akidah di kalangan Muslim.

Ia memberi amaran akan mengenakan tindakan disiplin ke atas mana-mana ahli yang menyertai perhimpunan itu kerana ia melanggar keputusan kepimpinan parti malam tadi.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata arahan tersebut dikeluarkan susulan pendirian PAS pusat semalam bahawa parti itu tidak akan menyertai perhimpunan itu.

“Presiden PAS telah menyatakan bahawa PAS tidak terlibat dalam Himpunan Sejuta Umat, oleh itu Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman mengarahkan semua ahli PAS di Selangor, agar tidak terlibat dalam himpunan tersebut,” kata beliau dalam satu kenyataan SMS petang ini.


PAS buat hal lagi. Macam biasalah perkara macam ni kalau dapat ‘pasangan’ yang queen control. Kalau dulu isu disko dan tempat hiburan di Kedah, kali ini tentang perhimpunan sejuta umat di stadium Shah Alam pulak, lepas dibuatnya meeting dengan kalipah Lim Kit Siang, Presiden PAS iaitu Haji Hadi sebulat suara untuk tidak turun menyertai perhimpunan tersebut kerana kata beliau Pas menghormati pendirian HIMPUN yang inginkan penyatuan umat islam pada hari tersebut tanpa mengira parti. Aku pon tak tau bila si Haji hadi nih pandai spin ayat, aku kata bangang nanti ada orang butthurt pulak. Nih Haji, nak habaq mai, maksud HIMPUN tu suruh kita sama-sama berhimpun tanpa ada permusuhan dari segi ideology parti, maksudnya pi himpun nanti toksah la dok pakai baju bersih ka, patriot ka, UMNO ka, PAS ka, DAP ka segala bagai. Itu maksudnya, pandai. Adik aku pon paham maksud HIMPUN tuh. Tolong jangan merendahkan martabat anda sebagai seorang ulama dengan mengeluarkan kenyataan tidak cukup umur itu. Malu.

Aku heran sebenarnya, kalau dulu perhimpunan Bersih ramai daripada juak-juak mereka nih yang terkinja-kinja nak pergi berdemo dan ada juga yang dah berniat nak syahid kononnya polis akan pukul mereka sampai mati tapi sebaliknya yang berlaku, kena tangkap dapat makan nasi beriyani lagi, balik umah ucap alhamdullilah dapat makan nasi briyani, bukan cakap alhamdullilah nasib baik aku tak mati tadi.Bersih juga merupakan anjuran daripada ‘NGO’ so they called it, tapi mengapa PAS turun berdemo menghantar wakil pompang sana pompang sini? Laungan ‘Allah Maha Besar’ sentiasa berkumandang tapi dalam hal ini mana pergi suara? Mana pergi gegak gempita? Salah seorang ulamak Dap hasil tarbiyah PAS iaitu Nga Kor Ming dalam twitternya ada menyebut, TAHNIAH KEPADA PAS KERANA TIDAK MENYERTAI HIMPUN SEJUTA. LANGKAH BIJAK TIDAK IKUT RENTAK UMNO- PERKASA!’.

Yang nih si Cina DAP, tak tengok lagi cina MCA. Dulu bukan maen lagi kata, si Nga tengah mendalami al quran bilanya dia guna ayat al quran untuk berpolitik, mendalami pejadah kalau sebab musabab HIMPUN nih pon tak leh paham? Tarbiyah pejadah kalau benda simple macam HIMPUN nih pon takleh explain?

Aku masih tertanya-tanya, dalam mesyuarat yang dihadiri oleh Kit Siang nih, siapa yang buat keputusan? Haji Hadi atau Kalipah Lim Kit Siang? Dah ada perubahan pemegang jawatan Presiden PAS ke sebab banyak kali dah ni orang laen yang buat decision untuk Pas. Siapa yang ditarbiyah sebenarnya? DAP atau PAS sendiri?


Selain daripada PAS dan DAP, ada satu lagi parti aku nak kondem iaitu PARTI KEMPUNAN maaf PaRTI KOMPONEN BARISAN NASIONAL iaitu MCA. Sepertimana yang anda tahu Chua Soi Lek iaitu presiden MCA mengatakan bahawa beliau menginginkan Pehimpunan sejuta umat ini dibatalkan kerana bagi beliau kes murtad bukanlah suatu Isu di Malaysia. Bagi aku kenyataan yang dikeluarkan oleh mamat tua apek kaki kongkek ni munasabah la dengan moral dia, kira satu level. Mamat ni kaki kongkek so isu berkaitan moral memang dia tak pernah ambik port. Ni nak habaq mai orang tua, kes murtad di kalangan orang Islam merupakan ISU YANG SANGAT BESAR di Malaysia. Kalau tak percaya cuba cakap yg isu murtad bukan satu isu di Malaysia di hadapan segerombolan muslim, kalau lu tak kena pukul on the spot haa apek, gua potong jari gua. Amacam lu ad berani? Lu jangan maen-maen haa apek, lu kena ingat parti lu macam dah takda fungsi lu tau ka? Macam –macam statement bau busuk lu buat sebelum-sebelum ni, pasal melayu lah banyak sekali, pastu sekarang nak menyalak pasal Islam, pasal kes murtad pulak kan? Lu nak dapatkan balik sokongan bukan macam ni la apek kongkek…MCA bukan parti komponen tau sekarang tapi parti kempunan.Kempunan kan sokongan. Jangan jadi bodoh soi lek! Jangan jadi macam tsu koon!


p/s: bila polis bagi permit, takde spe pulak yang kata polis anjing kerajaan, kalau tentang islam, kalau PAS kata tak nak tak mengapa, kalau orang UMNO kata tidak, penuh maki hamun yang disampaikan, kapir la,APCO lah, apa lah. Aku percaya ramai Nampak perubahan dlm pas dan tindakan pas yang selalu akur dengan DAP, Cuma takde yang berani bersuara sebab TAKDE TELORRRRRR!!!

Adakah beliau akan muncul di HIMPUN ? kita sama-sama tunggu!