Followers

Tuesday, April 23, 2013

VIDEO KARPAL SINGH JATUH TERSEMBAM DIHUMBAN PENYOKONG SENDIRI. @TUNFAISAL #GE13 #BNBAGUS






Selain daripada insiden bom meletup di salah satu Bilik Gerakan Barisan Nasional di Pulau Pinang, satu lagi insiden yang terjadi semalam iaitu ketika Karpal Singh selaku Pengerusi DAP Pusat dalam usaha untuk naik ke pentas ceramah DAP jatuh mencium bumi apabila kerusi roda beliau yang cuba diangkat oleh pengikut-pengikut beliau telah terlepas dari tangan pengikutnya lalu menyebabkan beliau terhumban ke hadapan pentas. Insiden ini telah menyebabkan mulut beliau bengkak, berdarah dan beberapa gigi beliau patah dan ceramah oleh beliau telah dibatalkan serta merta.


p/s- Agak-agak yang tolong angkat Karpal naik atas pentas ni kena buang parti tak? 


Saturday, April 6, 2013

VIDEO PENGAKUAN PENGARAH JACOB & CO TENTANG CINCIN ROSMAH @NAJIBRAZAK @CHEGUBARD



Kronologi Cincin 24 Juta:

1) Pada 15 April 2011, cincin tersebut telah dibawa keluar (shipped out) melalui syarikat perkapalan MALCA- AMIT USA LLC daripada ibu pejabat Jacob & Co yang terletak di New York, Amerika Syarikat untuk dibawa masuk ke Kuala Lumpur, Malaysia



2) Menurut Phillip Nassimi, Director of Fine Jewelry Jacob & Co cincin tersebut dibawa masuk ke Malaysia diatas tujuan pameran dan pemeriksaan oleh Madam Maira Nazabayerva, iaitu seorang pelanggan VVIP Jacob & Co dan bukan di atas tujuan untuk dijual

3) Cincin tersebut kemudiannya sampai di Pelabuhan Singapura terlebih dahulu dan telah diterima oleh Syarikat perkapalan MALCA- AMIT USA yang berpangkalan di Singapura sebelum ianya dihantar ke Kuala Lumpur.

4) Disebabkan Madam Maira Nazabayerva bukan seorang warganegara Malaysia, beliau memerlukan seorang warga tempatan sebagai penama dan 'care taker' cincin tersebut bagi membolehkan cincin tersebut dibawa masuk ke Malaysia. Oleh disebabkan pada waktu ketika itu, Mdm Maira merupakan tetamu di kediaman rasmi Datuk Seri Najib Razak, maka nama Datin Seri Rosmah Mansur telah diguna sebagai penama tersebut. Malang sekali apabila nama Datin Seri Rosmah telah di spin oleh pihak pembangkang dengan mengatakan bahawa beliau telah membeli cincin 24 juta terbabit. 

5) Sebagai bukti cincin tersbut tidak dijual, ianya telah pun diisytiharkan masuk semula ke Amerika Syarikat pada 12 Mei 2011 oleh Department of Homeland Security. Kemudian, pada 16 Mei 2011, satu laporan rasmi berkenaan kemasukan semula cincin tersebut telah dikeluarkan oleh pihak berwajib dan telah pun dikembalikan kepada ibu pejabat Jacob & Co di New York USA. 



6) Untuk pengetahuan, cincin tersebut telah pun dijual kepada seorang lagi pelanggan VVIP Jacob & Co pada bulan Jun 2012 dan bukan kepada Datin Seri Rosmah Mansur. 

Untuk makluman yang lebih jelas, diminta rujuk video terbabit. Tapi kalau dah jenis tak faham bahasa Inggeris,aku tak tahu nak cakap apa. Memang susah lah nak faham. Itulah lain kali jangan dok baca Harakah, KEadilan Daily yang asyik maki hamun tu je....itu asyik memfitnah je..



p/s - Lets vote Barisan Nasional for a #BetterNation!!