Followers

Tuesday, September 22, 2009

Militant Mas feel 'selamat' in Malaysia?


Tajuk post hari ini diambil daripada The Star, Selasa 22 September 2009 yang menyebut bahawa militan Jemaah Islamiah Mas Selamat Kastari lebih seronok ditahan di Malaysia berbanding di Singapura. Hal ini telah dilaporkan kepada SUHAKAM vice-chairman Tan Sri Simon Sipaun,Mas selamat juga menambah bahawa dia tidak mempunyai apa-apa rungutan terhadap kem tahanannya di Kamunting Perak. Tan Sri Simon Sipaun hanya sempat berjumpa dengan Mas Selamat selama 20-30 minit dan secara fizikalnya Mas Selamat dilihat sihat walafiat dan tiada sebarang tanda-tanda dia didera ataupun diseksa selama dia ditahan di bawah akta ISA. Klu x percaya baca artikel yang diambil daripada The Star-

Militant Mas feels ‘selamat’ in Malaysia


PETALING JAYA: Jemaah Islamiah militant Mas Selamat Kastari is happier being detained in Malaysia than in Singapore, says a human rights commissioner.

Suhakam vice-chairman Tan Sri Simon Sipaun said Mas Selamat did not have any complaint about his detention in Kamunting, Perak, where he has been held since early this year.

“He said he prefers to be in Malaysia. He has no complaints of the treatment he gets here.

“His only complaint is on the failure of his family to visit him. From what I understand, there is no problem as far as the Malaysian authorities are concerned.

“The issue is with the Singaporean authorities,” he said when contacted yesterday.

Sipaun said both him and Suha-kam commissioner Datuk N. Siva Subramaniam had met Mas Selamat, as well as the other seven detainees during their inspection of the centre on Friday.

The 48-year-old militant had escaped from a maximum security detention centre in Singapore in February last year, and swam to Johor. He was arrested at his hideout in a tiny Johor village in April this year.

Sipaun said Mas Selamat had told him during their meeting that he suspected he was drugged while detained in Singapore as he was constantly dizzy after meals.

He said they spoke to Mas Selamat, who looked healthy, for about 20 to 30 minutes.

“He was not aggressive, he was very pleasant and very polite.

“In fact, we didn’t know he was Mas Selamat until we asked him where he was from. Only then did we realise it was him,” he said.

“My only regret is that I forgot to ask him how he managed to escape from Singapore, as Singapore is so strict and the security there is so tight,” he said.

When contacted, Siva Subramaniam said the militant should be allowed to have his day in court.

“Malaysians, of course, do not support terrorists. But he should be tried in court, to see if he is indeed guilty of all the charges brought against him,” he said.

Wak punya Komen=

Setelah wak baca artikel ini wak terkejut..terkejut kerana selama ini apa yang wak dengar ttg kem tahanan di kamunting ni cukup teruk..ni xelok lah..itu xeloklah..tp sedara Mas Selamat kita ini mengatakan bahawa dia tidak menghadapi apa-apa masalah dengan dia ditahan di Kamunting. Alhamdullilah sedara Mas Selamat sihat dan seronok ditahan di situ berbanding dengan Singapura dan tiada pula rungutan ttg mutu makanan yang disediakan dan layanan warden-warden penjara terhadap seorang "pengganas" yang dikehendaki worldwide ini. Wak peliklah, ada seorang tahanan neyh baru kena tahan 7 hari bila keluar je kecoh giler ah mengatakan dia diberi makanan anjing..pastu ad sorg lg mamat legap neyh dia kte die dilarang untuk mengambil ubat-ubatan yang diperlukan memandangkan mamat legap neyh sakit sepanjang dia ditahan..apa yang wak pasti setiap kali geng-geng FUCKATAN RIOT ini ditahan pastu dibebaskn konfem kecoh r satu MAlaysia..Polis Malaysia jahat la..die kena seksa sepanjang tahanan la..mknn disediakan mcm makanan anjinglah..tp kalau tahanan lain bila dibebaskan air muka diorang semua nmpk insaf..xde rungutan pn..yang menjadi persoalannya...MAS SELAMAT KASTARI LEBIH SUKA DITAHAN DI KAMUNTING BERBANDING DI SINGAPURA..hmm....agak-agaknya lah kan..FUCKATAN RIOT ni wayang je lah...apa saja yang dilaksanakan kerajaan FUCKATAN RIOT akan condemn awal-awal lagi..ada saja yang xkena..siap kondem polis MAlaysia lg...kalau lah tiba2 satu hari tuh polis buat satu pakatan untuk tidak bertugas kerana fed up dengan rakyat malaysia yang ever-nagging mcm FUCKATAN RIOT tuh......mcm mana eik ? LU PIKIR LA SENDIRI!

Monday, September 21, 2009

Sedarlah Wahai Melayu..Sedarlah Wahai Umat Islam..Masih Dibuai Mimpikah?

KADANGKALA saya musykil kenapa orang Melayu mudah menjadi ‘cair’ apabila mendengar orang bukan Islam bercakap pasal Islam atau memuji Islam atau memetik satu dua ayat Quran untuk dijadikan hujah sandaran. Misalnya, ucapan beberapa pemimpin pembangkang bukan Islam yang memetik beberapa ayat suci al-Quran dan mahu mengambil pendekatan urus tadbir negeri mengikut cara pemerintahan Umar Abdul Aziz.

Benar, dari satu segi nampak orang bukan Islam cenderung kepada Islam. Tetapi kita perlu ingat adakah mereka ini benar-benar mahu beriman atau percaya kepada al-Quran atau sekadar lakonan semata-mata untuk mengaburi mata orang Melayu Islam? Saya cukup yakin bahawa golongan ini sudah dapat membaca dan memahami psikologi orang Melayu. Mungkin orang Melayu boleh memberikan jawapan apakah mereka sebenarnya sudah memahami psikologi mereka?

Orang Melayu mudah ‘cair’. Mereka biasanya mudah berasa terpesona dan terpegun bila ada orang lain yang memuji bangsa dan agama mereka. Justeru, mereka akan bermati-matian mempertahankannya tanpa menoleh ke belakang. Mereka akan mendabik berkata ‘tengok orang bukan Islam pun nakkan Islam, sedangkan orang Islam sendiri menolak Islam’.

Lanjutan itu, mereka akan menjaja ke mana sahaja kata-kata ini, bahkan sanggup menolak rakan seagama yang sanggup menghulurkan tangan untuk berbaik-baik. Huluran tangan rakan seagama ini bukan sahaja ditolak mentah-mentah, tetapi dijawab dengan andaian-andaian negatif dan prejudis. Mereka rela bekerjasama dengan orang bukan Islam daripada orang Islam sendiri.

Kita tidak pernah belajar atau mahu belajar dari sejarah, bila berhadapan dengan golongan seperti musang berbulu ayam ini. Pengalaman telah banyak mengajar kita. Mereka ini tidak pernah bersetuju dengan Islam apatah lagi agenda untuk menegakkan negara Islam dan hukum Islam. Penolakan mereka selama ini amat jelas. Tidakkah kita pernah mendengar kata-kata “Langkah mayat aku dulu jika mahu menegakkan negara Islam”, " Malaysia mesti kekal menjadi negara sekular”, “Negara Malaysia bukan kepunyaan orang Melayu”, “Melayu adalah juga pendatang” dan berbagai-bagai kenyataan yang menyakitkan.

Tidakkah orang Melayu sedar akan agenda mereka? Apakah kita tidak takut dengan ancaman golongan ini terhadap agama kita? Tidakkah kita terfikir bahawa parti ini amat baik dengan parti yang memerintah negara Singapura yang merupakan pecahannya? Bagaimana suatu hari nanti, mereka berpakat-pakat untuk melemahkan kita?

Tidakkah kita mengambil pengajaran daripada tindak-tanduk Singapura hari ini yang amat mencurigakan. Cukuplah dengan kita telah kehilangan Pulau Batu Putih dan ruang udara kita sentiasa dicerobohi. Itu belum termasuk kolam takungan air di Johor yang dikawal rapi oleh tentera Singapura sehingga kita sendiripun tidak boleh masuk. Tidak ketinggalan, tanah-tanah negara kita yang telah tergadai ke tangan mereka. Pendek kata, Singapura tidak mahu sama sekali berkongsi dengan kita. Mereka amat ultra kiasu. Sesuatu yang menggugat kepentingan mereka akan ditentang habis-habisan seperti isu perjanjian air, merobohkan Tambak Johor dan menggantikannya dengan jambatan bengkok.

Berbalik kepada isu parti pecahan yang memerintah Singapura hari ini, apakah benar-benar mereka ingin atau akan melaksanakan pemerintahan Umar Abdul Aziz apabila mereka berkuasa nanti? Adakah pemerintahan Umar Abdul Aziz benar-benar akan dilaksanakan? Bagaimana dengan nilai-nilai kehidupan beragama yang dilaksanakan oleh Umar Abdul Aziz? Pernahkah golongan ini mempamerkan nilai-nilai agama tersebut?

Saya diserang dan dikecam habis-habisan oleh golongan ini, semata-mata kerana saya mempertahankan larangan berzina dan arak. Bagi mereka itu adalah hak asasi manusia. Bagi mereka hak asasi manusia mesti dipertahankan berbanding dengan hak Tuhan Yang Maha Esa. Adakah ini corak pemerintahan Umar Abdul Aziz?

Kita jangan tertipu dengan golongan ini. Jika mereka benar-benar mahu laksanakan corak pemerintahan Umar Abdul Aziz, sudah lama parti ini akan melantik rakan sekutunya, yang dikatakan memperjuangkan Islam di salah sebuah negeri yang diperintahnya sebagai exco. Ini kerana, rakan sekutunya memang sudah terkenal dengan imej ‘bersihnya’ seperti kelihatan seolah-olah ‘Umar Abdul Aziz’! Tetapi di manakah kedudukan rakan sekutunya itu di negeri tersebut? Pada saya, mereka tidak pernah suka pada dasar Islam yang dibawa rakannya itu. Mereka amat prejudis sesama sendiri walaupun berada dalam satu pakatan. Bermakna, mereka juga prejudis terhadap Islam. Itu amat jelas sekali. Saya tidak perlu mengajar rakan sekutunya itu kerana sudah terang lagi bersuluh. Sikap biadab mereka berkaitan isu arak dan tuduhan mereka terhadap Jamaah Islah Malaysia sebagai pelampau agama sudah menunjukkan belang mereka yang sebenar. Banyak lagi contoh lain tentang kebiadabannya terhadap Islam.

Terhakis

Umar Abdul Aziz sentiasa memperkasakan identiti Islam di dalam pemerintahannya. Apakah identiti Islam dipelihara di negeri yang diperintah oleh golongan kiasu ini? Apa yang saya tahu identiti Melayu dan Islam semakin terhakis di negeri yang diperintahnya. Contoh kecil, nama-nama papan tanda, medan selera atau nama bangunan sudah langsung tidak mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Saya tidak menyatakan kerajaan dahulu lebih baik? Tetapi jika kita benar-benar mahu mengikuti Umar Abdul Aziz, sudah tentu kita perlu tunjukkan yang kita lebih baik berbanding sebelumnya. Sebab Umar Abdul Aziz hebat integritinya, tetapi Umar tidak pernah mengenepikan identiti bangsa Arab Islam selaku penduduk asal. Bahasa al-Quran diperkasakan di mana-mana sahaja. Bagaimana pula dengan Malaysia sebagai sebagai sebuah negara yang berasal daripada Tanah Melayu? Adakah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terpelihara?.

Perlu dingatkan bahawa Umar Abdul Aziz tidak mementingkan kekayaan dan kemegahan dan memilih untuk hidup dalam kesederhanaan. Walaupun mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi rakyat, beliau menggalakkan rakyat supaya memilih khalifah yang baru sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan pemerintahannya. Umar juga membahagikan tanah jajahan Umayah kepada rakyat dan amat jarang menerima hadiah kerana takut dirasuah. Beliau juga mendesak kaum keluarganya supaya mendermakan barang kemas kepada perbendaharaan awam.

Umar menolak sikap pemerintah yang selalu melantik pegawainya untuk mengawasi rakyat. Tetapi Umar melantik rakyat untuk mengawasi diri dan kelakuannya. Jika rakyat mendapati beliau melakukan kesalahan, Umar Abdul Aziz meminta dibimbing atau dihalang daripada melakukan kesalahan tersebut.

Saya harap umat Islam tidak merasa ditipu dengan penonjolan pemerintahan Umar Abdul Aziz oleh golongan kiasu ini. Apakah kita masih belum mengenali isi hati dan hati budi mereka setelah 52 tahun merdeka? Adakah kita boleh bekerjasama dengan orang sebegini, bila mana mereka digalakkan memakai songkok ketika pembukaan Parlimen di hadapan sultan, golongan ini menolak mentah-mentah? Apatah lagi untuk memakai baju Melayu?

Tidakkah kita sedar bahawa selama ini, golongan inilah yang paling kuat menentang Islam atau negara Islam. Lihatlah sejarah penentangan mereka terhadap hukum Islam dan perisytiharan negara Islam oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed suatu ketika dahulu. Perisytiharan negara Islam ketika itu hanya pada nama sahaja, bukan pelaksanaan hukum yang sebenar. Jika benar-benar hukum Islam dilaksanakan, bagaimanakah gelagat mereka agaknya? Persoalannya, adakah corak pemerintahan Umar Abdul Aziz tidak berasaskan Islam? Soalan-soalan ini hanya boleh dijawab oleh golongan kiasu ini?

Rakan sekutu mereka dalam pakatan selalu berhujah, itu pandangan generasi lama atau generasi tua. Generasi baru tidak sebegitu pemikirannya. Setelah mengkaji parti kiasu ini sekian lama, saya tidak nampak ada perbezaan antara generasi baru dan lama. Sama sahaja. Jika perjuangannya adalah Malaysian Malaysia seperti mana yang diperjuangkan oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP), sampai bila-bila saya tidak akan percaya.

Justeru, jangan perjudikan masa depan negara demi mencapai kepentingan masa kini. Apa berlaku pertembungan antara kepentingan masa depan dengan masa kini, maka kepentingan masa depan mesti diutamakan. Begitu juga dengan kepentingan masa depan dan kepentingan parti atau etnik, maka masa depan negara mesti diutamakan. Sama juga halnya apabila kepentingan agama bertembung dengan kepentingan bangsa, maka agama perlu didahulukan.

Biarkan

Jangan biarkan diri kita dipermainkan atau diperkotak-katikkan. Jangan jadi hamba di bumi sendiri. Tetapi bangunlah, bangunlah mempertahankan yang hak tanpa menafikan hak orang lain. Jika tidak, satu hari nanti kita akan menyesal. Ketika itu saya bimbang sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur. Sebelum ia berlaku, marilah kita merapatkan saf dan merenungkan kembali masa depan kita dan Islam.

Janganlah gunakan nama Umar Abdul Aziz sekadar untuk memenangi hati orang Melayu yang mudah ‘cair’. Orang Melayu hari ini bukannya bodoh. Mereka sudah celik dengan taktik kotor ini. Kembalilah kepada fitrah. Sesungguhnya, hari kemenangan ini menjanjikan kepada kita, yang hak itu tetap hak dan batil itu tetap batil. Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, kembalilah kita menghayati manusia fitrah yang bersih dari dosa dan noda dengan mengkaji kesucian agama Islam sendiri, sebelum ‘terlebih’ mempercayai orang lain. Saya bimbang kita akan tertipu dengan permainan silap mata ini. Akhirnya kita sendiri yang rugi. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin, sepanjang membaca tulisan saya di akhbar ini.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah,
Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
(Mingguan Malaysia, 20 September 2009)

Wednesday, September 16, 2009

RAYA WOI RAYA!



Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia kepada semua pengunjung-pengunjung blog wak..
Terlebih dahulu wak ingin meminta maaf kerana telah terlalu wak meyepi dari dunia blogging. Ini semua adalah disebabkan wak sibuk dengan assignment yang berlambak2, berkoyan2 dan bertimbun2 di dalam bilik wak..Sepanjang ketiadaan wak terlalu banyak buah fikiran yang tidak dapat diekspresikan masih tersimpan di dalam medulla oblongata wak yang geliga ini..terlalu banyak peristiwa yang wak tidak dapat nukilkan di dalam blog kerana tidak punya kesempatan masa..Insyaallah, setelah selesai segala kerja-kerja wak, wak akan kembali..


Di kesempatan masa untuk berblogging ini wak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin terlebih dahulu kepada ibunda tercinta, Pn Siti Mariam,ayahanda tersayang, En. Nasiren,adik-beradik yang sentiasa diingati, Akmal dan Iman dan tidak lupa jugak kepada INFINEIGHTERS, guru-guru di MRSM LANGKAWI yang saya kenal, budak-budak KMPP,budak-budak ragbi kmpp, usahawan-usahawan luxor dan juga upline yang dikasihi Diamond Manager Syafiq Fitree,jentera-jentera downline yang mantap, pasukan ragbi UTM PIRATES, pasukan ragbi K11, mountain bikers CROSSORT XC, rakan-rakan seperjuangan di UTM, dan akhir sekali kepada semua jurulatih-jurulatih PALAPES UTM, senior dan Inter PALAPES UTM dan kepada BATCH PALAPES 20 Junior dan tidak lupa juga kepada Nur Salsabila bt Darani yang dikasihi.


Selamat Hari Raya Semua!