Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menyatakan, (1) "Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan". Boleh diamalkan secara bebas selagi ianya tidak menggugat perasaan dan ketenteraman penganut agama Persekutuan yang majoritinya lebih besar. Apa yang telah berlaku pada pagi 8 Januari 2010 di Gereja Assumption di Petaling Jaya, Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Gereja Life Chapel, Seksyen 17, Petaling Jaya menunjukkan bahawa terma aman damai dalam kebebasan beragama sudah tiada lagi.
Benar, Allah adalah Tuhan untuk semua manusia dan sekalian alam. Namun yang membezakan antara orang Islam dan kafir adalah dua kalimah syahadah. Orang Islam bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah. Bezanya kafir tidak mengucap dua kalimah syahadah. Mereka hanya mahu gunakan satu kalimah sahaja. Kristian percaya bahawa "Jesus is son of God". Apa akan jadi kalau God itu digantikan dengan kalimah Allah oleh Kristian? Ini jelas sekali bertentangan dengan sifat-sifat Allah SWT. Mereka yang liberal tetap dengan fahaman mereka. Namun yang sedihnya, ada juga pemimpin mahasiswa yang memimpin Persatuan Islam di USM menyatakan "jadi tidak perlulah kita menjadi hero seolah-olah kita menjaga sungguh agama kita, sedangkan pada hakikatnya sebaliknya yang berlaku" (baca sini). Kumpulan Pro M ini pandangannya sudah sama dengan Anwar Ibrahim. Tidak berani mereka bercanggah pendapat biarpun perkara itu dikatakan wajib oleh Majlis Fatwa. Apakah YDP PMIUSM ini tidak membaca keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan (baca).
Majlis Raja-Raja perlu menamatkan polemik isu kalimah Allah ini dengan segera. Fatwa yang sudah dikeluarkan pun diketepikan. Mungkin mereka yang menolak itu lebih alim dan warak dari mufti sendiri. Apa akan jadi di masa depan jika semakin ramai orang Islam yang sebegini. Pegang kuatlah pada dua kalimah syahadah dan ikutlah ajaran "imam" sebenar. Mengapa perlu menyokong permohonan paderi dan bishop-bishop, sedangkan pandangan mufti sendiri diketepikan. Penyelewengan Yahudi dan Nasara amat halus, berhati hatilah. Jagalah aman dan damai di negara ini. Ya Allah jauhilah kami dari peristiwa 13 berdarah. Amin.
No comments:
Post a Comment