Followers

Thursday, June 24, 2010

Lesen Judi- Pendirian Pemuda UMNO

Pendirian Pergerakan Pemuda Umno berhubung isu lesen pertaruhan atau judi sukan bola sepak

Menurut Ketua Pemuda Umno, beliau telah pun menyampaikan pendirian beliau (mewakili Pemuda Umno) berhubung isu lesen pertaruhan atau judi sukan bola sepak kepada pucuk pimpinan melalui saluran dalaman. Walau bagaimanapun, beliau terpanggil utk menyuarakan pendirian tersebut secara terbuka kerana merasakan masih ada tekanan dari pihak2 tertentu utk menjayakan pemohonan Ascot Sports. Syarikat itu juga telah memberi gambaran kononnya mereka telah menerima kelulusan dari Kementerian Kewangan utk memulakan operasi mereka sepenuhnya walaupun YAB Perdana Menteri masih lagi member ruang untuk maklum balas umum mengenai perkara tersebut.

Berikut adalah pendirian Pemuda Umno, antaranya:

1)      Lesen pertaruhan ini tidak diterima dengan baik oleh majority rakyat Malaysia tidak kira agama. Sebagai umat islam sudah tentu membantah sebarang cadangan sebegini kerana ianya bertentangan dengan ajaran agama di samping tidak yakin dengan jaminan bahawa  orang beragama Islam tidak akan terlibat dengan gejala judi ini, walaupun dikendalikan oleh pengusaha berlesen.

 

Mereka yg beragama Islam juga tidak bersetuju dengan cadangan pemberian lesen ini, lebih – lebih lagi apabila ada suara yang menyatakan bahawa judi itu adalah sebahagian dari budaya mereka.

2)      Hujah bahawa judi sudah pun menjadi perkara yang lazim melalui pasaran gelap juga dapat disanggah apabila kita melihat penguatkuasaan yang berkesan dalam dua minggu yg lepas ini. Isunya bukan sama ada judi itu adalah sebahagian daripada reality lantas wajar dihalalkan, tetapi yg penting adalah iltizam utk menguatkuasakan undang-undang sedia ada bagi membanteras kegiatan jenayah ini. Mutakhir ini kita membaca laporan mengenai serbuan dan operasi pihak polis membanteras gejala judi habis-habisan. Ini membuktikan bahawa jika ada komitmen dan iltizam, maka masalah judi haramboleh ditangani. Pemuda Umno di sini juga menggesa agar penguatkuasaan yang kita saksikan akhir-akhir ini bukan bermusim dek kerana isu lesen pertaruhan ini hangat diperkatakan atau musim Piala Dunia, sebaliknya penguatkuasaan perlu dilaksanakan secara berterusan.

3)      Persoalan juga timbul mengapa Ascot Sports telah membuat kenyataan mengenai lesen yang kononnya bakal diberi kepadanya tanpa sebarang kelulusan dari Kementerian Kewangan? Bukankah sepatutnya lesen in ditawarkan secara tender terbuka? Alasan bahawa lesen yang diberi ini kononya adalah untuk memperbaharui lesen yg pernah diberi dahulu tidak boleh diterima sama sekali kerana lesen tersebut telah pun luput. Maka, Ascot Sports tidak lagi mempunyai hak penafian pertama atau first right of refusal. 

Tambah Ketua Pemuda Umno lagi, oleh sebab-sebab diatas, Pemuda Umno membantah sekeras-kerasnya sebarang cadangan pemberian lesen judi atau pertaruhan sukan bola sepak dan berharap bahawa Kerajaan akan mengumumkan keputusan muktamad mengenai perkara ini dalam masa terdekat, setelah mengambil kira sentimen dan maklum balas dari rakyat Malaysia.

Wakdanial

kenyataan ini telah dipetik dari rembau.net untuk rakan-rakan yg tidak pernah terdetik utk membaca blog atau laman web pemuda umno dan blog-blog sedemikian rupa.  Sebagai salah seorang dari Pemuda, post kali ini adalah untuk manfaat semua. 

Berbagai-bagai rungutan dan juga tuduhan mengatakan kerajaan ingin menggunakan hasil dari sumber haram sebagai pendapatan Negara. Adakah dengan tidak memberikan lesen judi, semua hasil pendapatan Negara masih lagi drpd sumber-sumber yg halal? Habis tu mcm mna  pulak dengan perniagaan yg dtg dari sumber yg halal tetapi telah diurus dengan cara yang haram di sisi Islam? Sudah semestinya kenyataan ini akan mendapat komen2 yg berbunyi spt >> “UMNO RASUAH ITU, UMNO RASUAH INI, KRONI SANA KRONI SINI”

Persoalannya adakah semua kakitangan dan pegawai  yg berkhidmat dlm sektor kerajaan ini adalah orang UMNO??  Macam mana pulak dengan 40 lesen arak yg telah diluluskan oleh kerajaan PAS di Kelantan??  Keuntungan daripada penjualan arak ini secara tidak langsung  akan digunakan utk membiayai pentadbiran Kerajaan pusat. Sumber laen2 tp tetap haram jgk. Kenapa xdak bunyi pon dari ahli-ahli Pas? Owh  terLupa plak..org Pas konfem masuk syurga,org UMNO konfem masuk neraka. Jgn dok sibuk jaga tepi kain org laen klu kain sendiri pon x terjaga. Apa-apa pun keputusan yg telah dibuat oleh parti masing-masing, apa yg salah tetap salah, yg betul tetap betul. Mana yg salah kita tegur, mana yg betul kita sokong.

 

Laju-laju perahu laju,

Perahu bernama si kapal layar,

Jaga-jaga orang Melayu,

Ditelan naga dibelit ular.

 

*Wakdanial*

2 comments:

Hazlin Lalala said...

mawi..
ade ke org bace ko wt sume nie??
hebat gile..
gile politic sgt eyh??
wow...

wakdanial said...

hazlin-
ade je....terima kasih la kerana menjadi org yg pertama baca..hehe
gile politik?
xlah...hobi masa lapang je...