Bergabung, Melayu yang Untung
Selesai Wak mengerjakan solat fardhu wak terpandang rakan wak yang sedang asyik membelek-belek surat khabar berita Harian,wak terpanggil untuk menyuruh beliau membaca satu artikel di dalam ruangan surat & emel yang bertajuk “UMNO, PAS PERLU MENGINSAFI NASIB MELAYU.” Tiada niat buruk langsung yang terlintas di hati Wak untuk menimbulkan pergaduhan. Wak cuma berharap dia boleh membaca artikel tersebut dan menilai mengikut pemahaman sendiri.
Tetapi lain pula yang jadi, mungkin semenjak kecil lagi beliau telah ditanam dengan perasaan prejudis dan sangka buruk yang mendalam terhadap ahli UMNO sehinggakan beliau sanggup untuk bertanyakan Wak satu soalan yang seolah-olah mempertikaikan iman Wak sebagai seorang Muslim.
Beliau bertanya, “ Wak, kalau diberi pilihan antara Melayu dan Islam, mana yang ko pilih?”
Wak menjawab, “Melayu dan Islam datang dengan satu pakej, tiada sebab untuk persoalan sebegitu diajukan kepada aku.”
Rakan Wak terus mengatakan yang Wak telah silap. Melayu dan Islam tidak sama. Memang Melayu dan Islam tidak sama. Kedua-dua ini merupakan dua entiti yang berbeza. Melayu adalah terma yang diberikan kepada bangsa melayu manakala Islam adalah agama Allah.
Satu persamaan yang terdapat hanyalah setiap Melayu yang lahir di Malaysia ini dilahirkan sebagai seorang Islam, setiap bayi yang baru dilahirkan akan didengarkan azan di telinganya. Mengikut apa yang terkandung dalam sistem undang-undang Malaysia, Melayu yang lahir mesti dilahirkan sebagai seorang Islam/Muslim, tetapi tidak semua Muslim adalah Melayu. Oleh itu, sebut sahaja Melayu, kita tahu Melayu itu adalah dari golongan yang beragama Islam. Kalau melayu itu bukan Muslim,maka beliau bukan lah dari bangsa Melayu. Jadi tidak timbul persoalan untuk memilih antara Melayu atau Islam.
Soalan tersebut betul-betul menguji kesabaran Wak, seolah-olah mengatakan yang semua Melayu di dalam UMNO itu semuanya kafir. Permintaan Wak untuk menyuruh beliau menilai artikel tersebut mengikut pendapat beliau dah bertukar menjadi peperangan mulut antara kami berdua. Tentang gabungan UMNO dan Pas Wak tidak merasa ralat pun tentang penggabungan tersebut, sebabnya yang akan untung adalah bangsa Melayu kita yang mana semuanya adalah Islam. Apa salahnya kalau UMNO dan PAS lupakan sengketa lama dan kesilapan masa lampau dan bergabung demi kepentingan Islam dan bangsa Melayu?
Untuk ketika ini, yang betul-betul berhasrat untuk bergabung adalah UMNO.Ini dapat dibuktikan apabila seorang lagi pemimpin UMNO iaitu Timbalan Perdana Menteri sendiri, mempelawa PAS untuk bergabung untuk sekian kalinya dan menjadikan Islam sebagai asas penyatuan jika parti itu mahu meletakkan Islam pada kedudukan yang tertinggi. Seperti yang dijangkakan, pelawaaan tersebut disambut dengan kata-kata bahawa UMNO sudah lemah dan sebagainya.
Lebih elok kalau kedua-dua parti dapat mengenepikan ego masing-masing supaya tidak menimbulkan pergaduhan sekaligus membantutkan usaha penggabungan antara PAS dan UMNO. Sudah masanya untuk bangsa Melayu bergabung semula dgn menjadikan Islam sbg asas penyatuan. Persoalan untuk siapa yang akan mengetuai parti gabungan tersebut kita letak tepi dahulu demi menjaga keharmonian parti tersebut sebabnya itu BUKAN agenda utama.
Nak harapkan PKR,xpayahla. Memang dah terang-terang yang PKR ni parti yang mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang berbeza. Impian untuk bergabung hanya tinggal impian. Entah keadilan dan hak apa lah yang PKR ni perjuangkan pun Wak xpasti, tapi apa yang Wak Nampak perjuangan untuk keadilan dan hak Bang Nuar jadi Perdana Menteri , itu sahaja. Reformasi hanya tinggal roti basi.
Mungkin benar lah apa yang DEPA selalu kata tu, org Pas konferm masuk syurga, org UMNO konfem masuk neraka.
p/s = Berbalik kepada soalan yang rakan Wak ajukan tadi, selama ni DAP dok perjuangkan Islam ka?? Depa dah kena kencing la bro...kekekekeke
Laju-Laju Perahu Laju,
Perahu Bernama Si Kapal Layar,
Jaga-Jaga Orang Melayu,
Ditelan Naga Dibelit Ular.
*wakdanial*
1 comment:
Salam tuan blog
Satu artikel yang baik
Post a Comment