Undi Pos dan Jawatankuasa Pemilih Parlimen
19 2008H Ogos 2011
Sibuk sangat kebelakangan ni sampaikan niat nak menulis pun terbantut, tapi digunakan juga masa yang terluang untuk menulis artikel baru walaupun kualitinya tidaklah sehebat artikel di dalam Reader’s Digest dan blog-blog otai yang lain. Semenjak dua menjak ni Negara kita sibuk dikecohkan dengan berita kristianisasi orang-orang Islam di Malaysia dan daripada respons yang telah diberikan oleh pihak JAWI, ternyata selama ini mereka hanya tidur. Kalau sebelum ini, aduan yang dibuat kepada mereka dibuat endah tak endah dan Nampak seperti tiada usaha yang dibuat untuk menyelesaikan kes terbabit tapi selepas kes seperti guru tuisyen menyebarkan dakyah kristian di Klang Lama didedahkan oleh para blogger, barulah semuanya kelam kabut,menggelabah tak tentu pasal, barulah Nampak ada tindakan, siasatan, press conference dan apa jadah lagi ntah. Memalukan kerana setiap Jabatan mempunyai biro aduan tersendiri tapi kalau dilihat trend yang sedang berlaku lebih baik hapuskan sahaja biro tersebut, lebih baik lantik blogger sahaja menjadi wakil mereka. Senang. Kos pun dapat jimat.
BUKT I BLOGGER JADI TEMPAT ADUAN
Semalam lepas sahur,portal berita harian ada menyiarkan kenyataan Rasmi oleh Panglima ATM sendiri iaitu Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berikutan undi pos yang sepertimana hangat diperkatakan oleh pihak pembangkang telah dimanipulasi. Tuduhan tersebut dihangatkan lagi dengan pengakuan empat orang bekas anggota ATM yang mengatakan mereka telah dimanipulasi melalui undi pos sepanjang perkhidmatan mereka. Empat orang anggota tersebut adalah Mejar(B) Risman Mastor, Kamarulzaman Ibrahim, Mohd Nasir Ahmad dan Mohd Kamil Omar (ex-PASKAU). Tambah Jeneral Tan Sri Zulkifeli lagi, Angkatan Tentera Malaysia tidak akan melaksanakan perkara-perkara yang boleh mencemarkan kredibiliti ATM itu sendiri dan tidak pernah menghalang kebebasan anggota-anggota mereka dalam membuang undi. ATM akan berkhidmat dengan Government of the Day dan taat setia ATM kepada Yang Di-Pertuan Agong adalah bersifat TOTAL. Ada juga aku terbaca di wall seorang bekas komando yang juga merupakan bekas penguatkuasa undang-undang, mengatakan sepanjang beliau menjadi adjutant, beliau tidak pernah membuka kertas undi anggota dan menukar pangkahan di setiap kertas undi dan aku rasa tuduhan oleh empat orang bekas anggota tersebut tidak berasas. Kalau berani sangat kenapa tak menyuarakan perkara ini sewaktu perkhidmatan? Baru menunjukkan diri sendiri tu ada pendirian walaupun berdepan risiko akan kena hempuk dengan pegawai. Kalau salah kata salah, kalau betul kata betul, baru HEBAT.
Satu lagi isu yang menjadi buah mulut adalah apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Seri Nazri Aziz dalam satu sidang media mengumumkan satu Jawatankuasa Pemilih Pilihanraya akan ditubuhkan bagi mengukuhkan lagi peraturan pilihanraya kerana kerajaan juga bersama-sama rakyat dalam mengkehendakkan pilihan raya yang bersih dan juga untuk membincangkan perkara-perkara yang dibangkitkan berkaitan dengan undang-undang pilihanraya sekarang. Walau bagaimanapun ianya tidak bermakna pilihanraya sekarang tidak bersih tetapi kerajaan sentiasa inginkan transformasi agar sesuatu perkara yang baik itu menjadi lebih baik. Jawatankuasa Pemilih ini akan dianggotai oleh 9 orang ahli Parlimen, iaitu 5 orang dari Barisan Nasional, 3 orang dari pembangkang dan seorang lagi daripada wakil Bebas. Datuk Seri Nazri Aziz menambah lagi, kerangka Jawatankuasa ini akan dibincangkan dengan EC dan ianya akan dibentangkan dalam satu memorandum. Usul ini akan dibentangkan di Parlimen sejurus selepas memorandum tersebut diluluskan. Jawatankuasa ini juga akan diketuai oleh seorang menteri cabinet, walau bagaimanapun keputusan ini telah menimbulkan perasaan kurang senang oleh beberapa pemimpin pembangkang.
Antaranya adalah Lim Kit Siang yang melalui blog beliau baru-baru ini,menyatakan keinginan beliau untuk melihat wakil dari pembangkang mengetuai Jawatankuasa Pemilih tersebut seperti mana apa yang disebutkan di dalam blog beliau, ‘To prove good faith,we request the prime minister to incorporate the following demands (that) the head of the Parliamentary Committee should be from the opposition’ . Dan seperti biasa, di sebalik permintaan ini ada niat yang terselindung dan aku berharap supaya Perdana Menteri kita tak akan tunduk dengan permintaan ini, bukan apa, kita boleh tengok apa yang dah jadi dengan negeri-negeri yang dikawal PR, asal bersidang dalam Dewan DUN je bergaduh, speaker masing-masing halau dan kalau macam tu yang terjadi dengan PSC,susah lah nak dapat kata putus. Asyik nak menangkan pihak dieorg aje. Sebab apa tuntutan sebegitu dibuat aku akan ulas lebih lanjut kemudian tapi aku rasa untuk pastikan tuntutan-tuntutan yang diguna pakai sebagai alasan Bersih 2.0 akan dilaksanakan.Waima,aku rasa jalan yang terbaik adalah untuk melantik seorang yang bersifat apolitical bagi mempengerusikan Jawatankuasa Pemilih tersebut supaya tidak ada tuduhan yang mengatakan keputusan perbincangan yang diberikan adalah tidak adil.
p/s- Tun Mahathir menyokong penuh Jawatankuasa Pemilih ni, Tun juga ada bagitau time dia memerintah ada cubaan pembangkang untuk menipu dengan memindahkan lebih 50 nama pengundi berasal dari tempat lain ke satu alamat rumah yang sama. Pihak yang berkenaan patut siasat kenyataan Tun, jangan jadi macam JAWI. Asyik TIDUR. Dah kena sepak baru sedar. BODOH.
No comments:
Post a Comment