Followers

Thursday, November 24, 2011

Prof next week saya tak dapat datang kelas, ikut demo parti.maaf ye.




Prof Sayang Seribu Kali Sayang
Pensyarah
Jabatan Sakit Puan
Fakulti Pembedahan
Universiti of Merusuh

Tuan

PERMOHONAN PENGECUALIAN KELAS UNTUK SERTAI DEMONSTRASI

Saya merujuk kepada perkara di atas.

2.        Sukacita dimaklumkan bahawa kami dari Parti Amat Susah ingin mengadakan satu demonstrasi bagi menuntut pilihanraya yang paling adil dan bersih.

3.        Sehubungan dengan itu, kami ingin meminta pihak tuan memberi pengecualian kepada 2 orang pelajar ini bagi menyertai kami mengangkat banner,bunting,backdrop dan sekangkatan dengannya. Penglibatan mereka ini amat penting kerana mereka adalah ikon kepada masyarakat. Jadi kami dengan jujur dan ikhlas akan menggunakan mereka untuk kepentingan parti kami. berikut adalah senarai pelajar terbabit:

                        i) Mohd Syahsaf bin Rempit
                        ii) Ermastura bt Abu

4.        Berikut adalah butir aktiviti:
                             
                        i) Tempat: Dataran Afrika Jaya
                        ii) masa- 2 petang (kelas pagi tak boleh)
                        iii) Penganjur- Parti Amat Susah

5.        Diharap pihak tuan dapat memberikan pelepasan kepada pelajar-pelajar ini dan sesungguhnya perjuangan parti politik kami ini sangat penting dan murni hasratnya daripada kelas yang sentiasa bosan dan membuatkan pelajar mengantuk.( aduan pelajar sendiri)

Segala kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.

Sekian.

Yang selalu benar ,orang lain semua salah.

amat_121

Amat Sabun bin Basuh
Setiausaha
Parti Amat Susah


"Demo didahulukan,kelas ditinggalkan"





Thursday, November 17, 2011

RM100. Itu hak mereka bukan gula-gula


KUALA LUMPUR: Sebuah sekolah rendah di Keramat di sini yang didakwa memotong RM50 daripada wang bantuan persekolahan RM100 yang diberikan kerajaan kepada pelajar sudah diarah untuk memulangkan wang itu dengan segera. 

Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan, Datuk Khairil Awang, berkata beliau sudah menghubungi guru besar sekolah itu semalam yang bersetuju untuk memansuhkan pemotongan dan akan segera mengembalikan wang itu.
"Apabila mengetahu hal itu yang dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, saya terus menghubungi pihak sekolah untuk segera mengembalikan wang bantuan itu," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.
"Tidak boleh sesiapa pun, mahupun guru besar sekolah membuat potongan wang bantuan yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk pelajar," katanya. 

Isu potongan itu dibangkitkan semalam oleh seorang bapa pelajar di sekolah terbabit ketika sesi soal jawab bersama Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, apabila mendakwa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu memotong RM50 daripada RM100 bantuan itu. 

Sebanyak RM550 juta diperuntukkan kerajaan bagi melaksanakan program wang bantuan persekolahan itu, yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 bulan lalu. - BERNAMA 


wakdanial


1. Macam biasa, segala hal baik yang kerajaan lakukan mesti ada yang akan sabotaj, bila ada sekolah yang tak dapat atau short dalam jumlah duit yg sepatutnya diberi mulalah ada yang akan menyalak kroni,kroni,kroni.


2. DS Najib juga ada kata yang duit agihan ini untuk semua tidak kira kaya atau miskin tapi terpulang kepada individu tersebut nak terima atau tidak sudah cukup membuktikan bahawa dakwaan Malaysia akan bangkrup adalah hanya retorik politik dalam menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU yang akan datang.


3. Seronok budak-budak yang ambik keputusan UPSR, datang sekolah dapat result dengan duit RM100. Syukur, alhamdullilah dan gunakan duit tu sebaik mungkin bukan buat modal pegi buat bende tak paedah.


4. wak ada dengar-dengar ramai yang sakit hati dengan duit agihan ni walaupun anak-anak sendiri yg dapat sebabnya yang bagi duit ni dekat pihak sekolah adalah dari pak menteri pak menteri Barisan Nasional, malu nak terima pada mulanya sebab selama ni dok canang merata tempat kata Malaysia nak bangkrup bawah BN, tup2 dapat bantuan RM100. 


5. Ada jugak yang pertikai kata 'alah setakat RM100 tu apalah sgt, bukan bagi RM1000,' sambil tangan tu perlahan-lahan belek duit RM100 sambil senyum. 


6. Belah sana kata DS Najib tiru bulat-bulat belanjawan Mat NUaq, ceyt kalau betul lah belanjawan mat nuaq tu satu realiti buatlah, apa nak takut..bukan selama ni dok canang Kerajaan Berkebajikan serupa duit tu depa yang punya nk belanja sesuka hati. Waima apa pun depa dok menyalak, DS Najib do walk the talk.


7. Pumpang pumpang lah kot mana sekalipun, at the end of the day walaupun berbeza fahaman kepartian, masing-masing dapat apa yang sepatutnya dapat, tanpa mengira lu tu pas ke, pkr ke, dap ke, ap ke atau apa2 sekalipun kerana kerajaan Barisan Nasional pimpinan DS Najib mesra rakyat,pentingkan kebajikan rakyat tanpa mengira KALER BULU MASING-MASING HIJAU,BIRU,MERAH,ATAUPUN BENTUK ROKET. wakaka.


p/s: berpolitik dan berparti politik membawa dua maksud yang berbeza.