Prof Sayang Seribu Kali Sayang
Pensyarah
Jabatan Sakit Puan
Fakulti Pembedahan
Universiti of Merusuh
Tuan
PERMOHONAN PENGECUALIAN KELAS UNTUK SERTAI DEMONSTRASI
Saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa kami dari Parti Amat Susah ingin mengadakan satu demonstrasi bagi menuntut pilihanraya yang paling adil dan bersih.
3. Sehubungan dengan itu, kami ingin meminta pihak tuan memberi pengecualian kepada 2 orang pelajar ini bagi menyertai kami mengangkat banner,bunting,backdrop dan sekangkatan dengannya. Penglibatan mereka ini amat penting kerana mereka adalah ikon kepada masyarakat. Jadi kami dengan jujur dan ikhlas akan menggunakan mereka untuk kepentingan parti kami. berikut adalah senarai pelajar terbabit:
i) Mohd Syahsaf bin Rempit
ii) Ermastura bt Abu
4. Berikut adalah butir aktiviti:
i) Tempat: Dataran Afrika Jaya
ii) masa- 2 petang (kelas pagi tak boleh)
iii) Penganjur- Parti Amat Susah
5. Diharap pihak tuan dapat memberikan pelepasan kepada pelajar-pelajar ini dan sesungguhnya perjuangan parti politik kami ini sangat penting dan murni hasratnya daripada kelas yang sentiasa bosan dan membuatkan pelajar mengantuk.( aduan pelajar sendiri)
Segala kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.
Sekian.
Yang selalu benar ,orang lain semua salah.
amat_121
Amat Sabun bin Basuh
Setiausaha
Parti Amat Susah
"Demo
didahulukan,kelas ditinggalkan"
baca post asal di blog http://umbloggerboy.blogspot.com/2011/11/meh-baca-surat-pelepasan-kuliah-yang.html
2 comments:
Salam,
terima kasih linkkan blog saya.
hang x p demo yg we love PM k??
dgr cite pengetua siap bg surat pelepasan kuliah kn?
mesti dy tiru surat mcm hang..
huahuahua...
Post a Comment