Followers

Thursday, March 28, 2013

REVISITING MEMALI (VIDEO 1) : APA KAITAN DENGAN SAUK, BERSIH DAN LAHAD DATU? @ZAHID_HAMIDI @HISHAMMUDDINH20




"Bunuh! Bunuh! Allahu Akbar! Allahu Akbar!"


Pisau pisau panjang, golok-golok, buluh-buluh runcing serta batang-batang kayu yang semakin menggila bersimpang siur mengelilingi saya. Beberapa batang lastik pula sentiasa diarahkan ke wajah saya. Tolakan atau singgungan yang paling lembut pun sudah cukup membuatkan beberapa butir peluru lastik tersebut terbang ke arah saya dengan  bunyinya yang bersiungan. 


Ini sepatutnya cuma satu rondaan rutin yang biasa, sekadar mahu memandu melewati ceramah politik umum oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bagi memastikan sendiri undang-undang terus dihormati dan keselamatan awam pula terkawal. Anak-anak buah yang lain pula sedang menjalankan tugas mereka, mengawal lalu lintas dan memastikan keselamatan para hadirin. 


"Bunuh! Bunuh! Bunuh! Bunuh!"


Sebatang dahan pokok sedang ditarik melintasi jalan. Saya bersama sama rakan sepasukan kini sudah terperangkap. Malah pintu kereta pun tidak dapat dibuka langsung. Sekurang-kurangnya seramai 200 orang lelaki telah mengepung kereta peronda yang saya naiki, yang terus menerus dipukul dan dihentam dengan segala senjata sambil mereka melaungkan bermacam-macam ugutan. 


Sebilah pisau panjang muncul tak sampai satu kaki pun jaraknya dari tingkap saya yang terbuka. Dengan harapan dapat mengejutkan para perusuh tersebut agar kembali waras, saya pun menghulurkan lengan keluar lalu menampar sisi pintu kereta dengan sekuat-kuatnya. " Bertenanglah. Apa masalah ini?"


"Pulangkan balik senjata kami kalau tidak kami bunuh!' jerit seseorang. Para perusuh menangkap katanya dan jeritan mereka makin bergempita.


"Bunuh! Bunuh! Bunuh! Bunuh!' kemudian diikuti pula oleh satu hinaan yang tidak menyenangkan langsung. "Kami mati syahid, hangpa mati katak!"

Tunku Muszaffar Shah bin Tunku Ibrahim
OCPD Baling
Ceramah Politik Umum PAS
Kampung Memali, Baling, Kedah
20 Oktober 1985 / 8.00 malam



MEMALI REVISITED


Petikan di atas merupakan sebahagian daripada nukilan pengalaman Tunku Muszaffar selaku OCPD Baling pada waktu kejadian Memali berlaku, yang ditulis di dalam buku beliau 'Memali: Pengalaman Seorang Polis'. Sepanjang pengalaman beliau bertugas, beliau mendapati Amanat Haji Hadi adalah salah satu penyebab/punca utama kepada perilaku orang kampung yang merusuh seakan akan dirasuk dan melawan kerajaan. Amanat ini yang dipercayai disampaikan oleh Ibrahim Libya kepada pengikutnya di setiap ceramah beliau juga telah menyebabkan beberapa pengikut mereka yang anak-anak berkahwin dengan polis atau pun orang UMNO telah dipulau oleh Ibrahim Libya sendiri dan pengikut pengikut yang lain.

Melalui petikan diatas ini juga kita boleh lihat betapa taksubnya pengikut Ibrahim Libya terhadapnya dan juga terhadap amanat Haji Hadi Awang. Di mana-mana, melalui video yang ditayangkan jugak, kita boleh lihat amanat tersebut digantung dan disebarkan di dalam pelbagai bentuk dan kaedah semata mata untuk memastikan amanat itu disebarkan secara meluas dan digunakan secara maksimum untuk membangkitkan perasaan benci yang amat sangat kepada UMNO dan Polis.

Ibrahim Libya merupakan satu satunya anak jati kampung yang berjaya belajar di luar negara (Maahad Dakwak, Tripoli, Libya) pada waktu ketika itu, dan kemudiannya bertugas sebagai pendakwah yang dibiayai oleh Kerajaan Libya dan ditempatkan di Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri dan pernah beberapa kali  menyampaikan syarahan agama menerusi Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). Pada 16 Januari 1976 beliau meletak jawatan dan kembali ke kampung halaman dan mengajar di Madrasah Ittifaqiah Islamiah.

Mengikut cerita oleh orang kanan Ibrahim Libya iaitu Muhamad Yusuf Husin, memberitahu, dalam hal kematian, jika ada orang Pas yang mati, sebahagian besar orang UMNO akan datang berziarah. Tetapi jika ada kematian di kalangan orang UMNO, Ustaz Ibrahim dan pengikutnya tidak pergi menziarahi mayat, malah menurut Yusuf Husin lagi, masyarakat Memali akan mengadakan sembelihan di Madarasah Islahiah  Diniah pada tiap tiap tahun. Ibrahim Libya tidak membenarkan orang orang UMNO dijemput atau daging korban disedekahkan kepada mereka dengan alasan orang UMNO itu kafir.

Pada 12 Jun 1984, di Kg Musa Pedu, Kuala Nerang Kedah, beliau menyeru supaya "MENENTANG SESIAPA SAHAJA DENGAN PEDANG WALAUPUN ADIK,ABANG ,PAK CIK ATAU DATUK NENEK KITA SENDIRI DAN JANGAN KITA CAMPURI MEREKA KERANA MEREKA ITU ADALAH MURTAD. JANGAN BERCAMPUR GAUL DENGAN ORANG ORANG UMNO YANG TELAH KAFIR. SEMBELIHAN MEREKA, MASAKAN MEREKA ADALAH HARAM. JANGAN KITA HADIRI KENDURI MEREKA."

Bapa kepada Ibrahim Libya, iaitu Haji Mahmood mempercayai Ibrahim Libya mula menjadi EKSTREM ketika datangnya Ustaz Mohd Hassan bertemu dengan anak nya. Bapa Ibrahim Libya, menambah, " Anak saya itu tidak suka mengikut nasihat orang lain termasuk diri saya sendiri. Saya telah menasihatkannya sebanyak 20 kali iaitu selepas 20 kali hari Jumaat supaya ia menyerah diri tetapi dia terus berdegil. Saya ingat 20 kali ini kerana mengikut orang tua-tua, kalau hendak menasihatkan anak, elok dibuat selama 20 Jumaat. Kali terakhir saya menasihatkannya ialah pada pagi 19 November 1985 tetapi dia terus engkar walaupun saya mengugutnya jika dia tidak mahu mendengar nasihat saya, saya tidak mahu mengakunya anak."

KAITAN INSIDEN MEMALI, SAUK, BERSIH, LAHAD DATU

Di sini kita boleh lihat, tercetusnya Peristiwa Memali bukan disebabkan oleh Ustaz Ibrahim Libya tetapi ianya  dek termakan dengan hasil Hasutan Ustaz Mohd Hassan melalui amanat Haji Hadi Awang. Ustaz Ibrahim Libya selaku seorang idola kampung halamannya sudah tentu mempunyai ramai anak buah, justeru, Ustaz Mohd Hassan telah mengambil kesempatan terhadap beliau dengan menggunakan pengaruh yang besar itu, bagi menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan.

Penangan amanat Haji Hadi itu masih lagi boleh dirasakan sampai ke hari ini, di Sauk, bagaimana tumpasnya kumpulan Al Maunah, semasa Bersih, Polis sekali lagi dihina sebagai anjing kerajaan, dipijak, dirempuh ditendang oleh perusuh-perusuh terutamanya dari PAS sendiri iaitu melalui Unit Amal mereka. Untuk kes di Lahad Datu pula, polis dihina sehina hinanya apabila dituduh anjing kerajaan, sanggup jual maruah dan nyawa sendiri semata mata untuk memenangkan Barisan Nasional pada PRU 13 nanti berikutan dengan kenyataan Tian Chua menyatakan krisis di Lahad Datu hanyalah SANDIWARA yang DIORKESTRAKAN oleh UMNO.

Jelas, di Memali, Sauk dan Lahad Datu, yang memulakan 'panic attack' atau menyebarkan propaganda adalah daripada pihak pembangkang dan aku sendiri pun tak faham kenapa mesti dari pihak pembangkang. Adakah ini bukti jelas menunjukkan mereka sememangnya adalah dalang dalam kes di Lahad Datu dan juga di dalam peristiwa peristiwa lain untuk mengkucar kacirkan negara?

Persoalan tersebut aku biarkan kepada pembaca untuk sama-sama kita fikirkan.



p/s - Revolusi PAS, dulu nasionalis sayap kiri (sebelum Merdeka), kemudiannya Islamist Radikal (acuan Pas terhadap revolusi Iran), dan pada hari ini Islam Liberal. (Monopoli Puak Erdogan) 




1 comment:

wakdanial said...

SAYA DAH LETAK. MOHON PAUTKAN JUGA LINK SAYA DI BLOG TUAN. TERIMA KASIH.